Pages

Tuesday, July 31, 2012

First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

"Mama..oh mama..aku ingin pulang...."

"OH mama,saya mahu kawen..."

"Mamma mia.."

lalala..lalala...

ok ni bukan segmen vokal bukan sekadar rupa..

Ni adalah segmen..nak hadiah manyak-manyak, hahah semakin kemaruk mahujoin GA..:) eh tak pasti sempat lagi ke tak ni..rasa masa macam telur di hujung seluar tanduk je ni... Apapun...'Saya mahu menyertai First Giveaway yg dianjurkan oleh seorang Mommy Blogger di Malaysia iaitu sharidawati.blogspot.com'. 



Lagu di atas khas di"sumbang"kan untuk amma..eh silap mama a.k.a mommy blogger Pn Sha..Nak nyanyi lagu ada words mommy tak jumpa lak..cuma ada seakan-akan je..
"renyuk ,goncang, makan.... Mamee Monster"  mamee dan mommy sebutannya lebih kurang je kan, hikhikhik..:)

ENtry best pilihan hati (untungla hati je dapat pilih,sian limpa,jantung dan ginjal terpaksa mengalah..:P) ialah ..."abang ensem di mata aku"... Eh jangan salah faham. Aku tu merujuk kepada Pn Sha la kan..bukan zaxx yer..hihihi.. yang abg hensem tu je merujuk kepada zaxx (ini poyo,haha)

Ni link entry tu..Klik sini atau link bawah... 


berminat nak join, klik je banner di atas or KLIK SINI..:)

P/s: Bro QueAchmad follower ke 222..cantik plak no tu..hehe 

Contest Reka Dialog Bro Framestone

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Salam Ramadhan...

Dulu-dulu masa kecik-kecik orang selalu kata aku ni.....

1. Peminat seni, ada bakat jadi pelukis...sebab?
Flashback: Suka conteng dinding guna pencil kaler, nasib baik fikiran suci, kalau tak mau dah ditulis..." What da F***.. #*&^$., bla..bla.. Aku suka Neelofa..blaa lagi..bla..".. mujur hanya mampu praktis tulis A..B..C dan bulat kecil ,bulat besar...bla..bla.. jadi anak beruang...

2. Berbakat jadi penyanyi...sebab?
Flasback: Suka "melalak" , dalam erti kata lain mengeluarkan air mata sambil menjerit-jerit menampakkan gigi rongak, walaupun hanya disebabkan kalah main guli...

3. Potensi jadi pengarah dan pekerjaan dalam bidang perfileman..sebab?
Flashback: Suka mengarah orang lain wat sesuatu,walaupun waktu itu aku la yang paling cenonet( kecik), sampaikan abang sendiri pun kena patuh arahan "beta"...hew..

Oleh sebab semua yang orang kata time aku kecik-kecik dulu tu lekat kat aku, jadi arini sesaje je tetibe buang tebiat nak jadi yang no 3 tu...


Nah kau, hahah konon-konon penulis skrip la..buatkan dialog untuk pelakon.. gedik sangat kan..haha Tak salah berangan kan,sebab...

 Dari berangan, hasillah impian. Dari impian hasilnya harapan. Dari harapan mana tau terhasil kejayaan... Tapi wajiblah dengan usaha yang berterusan..:) 

P/s: actually ni entry untuk contest reka dialog Bro Framestone..heheh sesaje je gatai-gatai nak wat entry gini.. So, sesape yang nak join, leh la wat rombongan ke blog bro yang feymes ni..:) 



Saturday, July 28, 2012

Info Tentang Angka 200...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Salam Ramadhan...

" Pak cik, gula-gula ni satu berapa sen yer??" kata semakhluk budak hingusan kepada aku ketika mahu membeli gula-gula dikedai runcit makcikku.. 

"Hello, dik!! PAKCIK? Muka cute macam ni panggil pakcik? Adik rabun ea? Kita kan sebaya!! (8tahun).. Cuma bezanya aku dah sunat, kau hade??" balas aku secara kekwatnya kepada budak itu (tapi dalam hati je la..:P)

Situasi di atas sebenarnya adalah salah satu contoh pesakit Sindrom Perasan Terlebih, dimana pesakit mempunyai hormon bajet hensem/cantik yang berlebihan menyebabkan pengidapnya mengalami kecacatan kromosom rendah diri seterusnya mengakibatkan mutasi kepada gen riak dan takabur...:) Haa tengok..tu info tu..Waa berjaya jugak aku buat entry yang berinfo, selalu2 asyik entry merepek jer,hahahah... Sekian..


********************



Baca tajuk pun dah faham kan murid-murid.. So, tak mau berleter panjang... terimalah sedikit info tentang angka 200. Sumber dari SINI.. Tak sure la ni latest info ke tak..:) Just google on it.. Nanti try la klik link tu untuk confirmation..Kalau ada salah silap, feel free to inform zaxx yer..:) Kalau dia menipu, maka aku pun menipu korang la dan dalam masa yang sama aku pun jadi mangsa tipu kepada si tipu ini...:P

1. Suku daripada kekayaan dunia dikawal oleh 200 kompeni (company).

2. Purata sebanyak 200 batu sehari jarak yang dilalui oleh Pony Express, servis penghantaran surat east-west pertama di United State.

3. Setiap bunga dendalion menghasilkan kira-kira 200 biji benih.

4. 200 eksekutif di Jepun mati dalam golf course setiap tahun

5. Dalam mitos Greek, Typhon the Titan (father of monster) mempunyai  200 mata berapi yang berkelip-kelip, 2 bagi setiap 100 kepalanya.

6. Selepas 200 tahun kematian Mozart (1791) , pada 1991,sebuah syarikat Jepun, Triumph International telah mereka bra berlampu yang boleh mengeluarkan muzik "Twinkle Twinkle Little Star" selama 20 saat.

7. Jean-Antoine Nollet (1700-1770) , profesor fizik pertama di University of Paris, yang berminat dengan electricity telah membuat satu eksperimen dengan menyusun 200 monks (sami kan?????, not sure..LOL)  dalam satu bulatan setiap satunya disambung dengan jalur besi.

8.Darjah kehenseman Mr.Zaxx adalah 200 % .Sila angguk.. (ngee.gurau2 je..hahah)

9. Seramai 200 orang aweks berada dalam waiting list Mr.Zaxx untuk diapprove samada berjaya keluar dating bersama atau tidak.. Jom percaya lagi..:P * keletukkk!! Adess sape ketuk kepala aku ni???


10. Follower ke 200 Zaxx - In - Da- House ialah Aiman Syafiq, berumur 15 tahun dan bakal menghadapi PMR tahun ini..:)

Aku ni bukan la pandai mana nak bagi tips dan info..Sekadar curik kat web-web kt internet jerk..huhu Dah la mentranslate pun tunggang langgang,haha sory mory ye..:) Aku memang tak pandai, tapi suka memandai, tengok je la info nombor 8 dan 9 tu,hahaha

FOKUS yang nombor 10... Ya itulah sebenarnya isi entry ni..Nak perang-perangkan (war-warkan) yang zaxx dah ada follower ke 200..:) Untuk adik Aiman Syafiq , tahniah!! oleh sebab ada la sikit-sikit duit poket ni,so abang zaxx (bukan Pakcik okeyh.hahah) nak bagi la sikit saguhati yang tak seberapa..tunggu ye..:) F.Y.I, zaxx ada wat entry pasal satu video, yang zaxx dapat tau dari blog adik ni la..:) Klik SINI untuk tengok entry Zaxx tu.. 

And tak lupa kepada adik, belajar molek2 deh.. gudluck untuk PMR nanti..:) Bagus adik ni, muda-muda dah ada blog, kalau zaxx dulu time umur gini, nak antar email pun tak pandai .Bila ada kelas komputer kat sekolah, belajar Powerpoint, dapat buat slide yang ada custom animation, huruf-huruf bergerak, gambar-gambar kartun pun dah bangga giler..huhuhu...



klik kat banner ni untuk ke blog adik aiman..:)


p/s: Sedar tak sedar dah capai 200 dah..Walaupun tak da la banyak kalo nk dibandingkan blogger feymes tu, tapi aku tetap heppy tambah-tambah dapat berkongsi penulisan aku yang tak seberapa ni.:) nice to know all of you..( tak tau la bila dah keja nanti sempat tak nak aktif dalam blogging ni..huhu)










Thursday, July 26, 2012

JOM JOIN GIVE AWAY EDY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Salam Ramadhan buat semua...
 
 

Ramai orang kata entry aku sokmo (selalu) panjang...okeyh kali ni nak wat yang pendek je.. Dah baca tajuk entry kan? Ok tu la tajuk merangkap isi.. SEKIAN.. (see, pendek kan entry kali ni,hahah..:P)
 
"Bedebushhh!!!" 
 
Adeh...dah kena flying kick ala-ala Jackie Chan kat dagu oleh Encik Kaki.. My writing, my style.hahah tak kisah la panjang ke pendek.. thats the real Zaxx,... Ok.. dah sudah mengarut...ni nak story mory betol2..:) To bro Edy Fee..sorry la..aku bukan tak nak join Giveaway ko awal-awal,tapi ko tau kan tahap pelupa aku dah mencapai index kritikal.. Tengok post ko yang latest tentang hadiah tu, baru la aku tersentap!! Aku tak wat lagi entry GA brader edy nie...So baru duk kalut menaip..

Why? Aku kalut bukan sebab nak hadiah, tapi sebagai one of my support to brader Edy.. Bro edy ni selalu singgah kat blog Zaxx (blog yang entah pape ni..:) Bukan setakat jenguk, tapi siap bawak buah tangan, bancuh kopi, urut-urut bahu, dodoikan sambil nyanyi lagu tiga kupang bila nak tido..( Ok, ini tipu..:P) Tapi bro edy ni rajin tau mengomen post, tu yang suka tu..:) heheh... Lagipun bre edy gak yang sendiri invite untuk join GA ni..so mana leh tolak kan.. we support each other right..:) cuma... edy, zaxx tak sure sempat lagi tak ea..dateline GA ni biler yer? huhuuh...
 
Nak kawen pun ada syarat kan..so GA ni pun ada syaratnya..tapi mudah je bai..::) first Bro edy mintak kita citerkan sikit pasal blog beliau..ala sikit je? zaxx nk citer banyakk ..leh? heheh Blog edy ni satu blog yang kalo korang tengah sedu sedan tangkap leleh sebab baru lepas tengok kucing korang clash ( mood sedih la senang cakap..:P) , korang leh tetiba bertukar!!! bukan bertukar dari orang biasa ke Power Rangers merah..no no no.. tapi bertukar dari tersedut-sedut hingus terus jadi mak lampir!! ketawa mengilai-ngilai macam Maya Karin versi terlampau cantik (pontianak).. Sebab pe..sebab lukisan and story dalam entry brader sorang ni cute miut dan kelakar... tak caya? Nah.. Klik la kat contoh link bawah ni...:)

 
Tak cukup? Nak lagi? Nah..korang klik direct ke blog beliau yang cun melecun ni.. EDY FEE
or korang klik je kat banner kat atas tu... Senang kan..:) 

To edy, keep on blogging...aku setia menjadi reader mu..:) sebagai cadangan... Ko lukis gambar aku versi kartun sedang digoda neelopa, kojol, aishwayar rai, dan sebagainya...mesti ko bertambah feymes.hahah ok gurau..:P Pe kata ko wat entry citer pasal kenakalan ko kat sekolah (kalo nakal la..:P) dan ragam masa sambut raya..:)

untuk yang nak join leh klik SINI... untuk yang nak duit raya, leh klik..eh nk klik mana eh? korang klik kat mesin ATM korang lah senang..hahaha..

"bedebushhhh!" adeh kena lagi..

p/s: baru perasan, follower dh capai 200..erm..ada hadiah ke yer? :)






Tuesday, July 24, 2012

Sayangnya... Gadis Cantik Tapi Bermisai...???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

*Amaran:entry ini panjang dan penuh gambar..sekian

Tajuk cukup misteri... Mengalahkan Misteri Nusantara mungkin...Cuma ini  tidak berkaitan sama sekali dengan jenglot mahupun toyol.. Tidak juga bersangkut paut dengan Upin dan Ipin walaupun rupa paras mereka dengan toyol ada iras-iras bila dalam gelap (rujuk satu episod Upin dan Ipin berkaitan toyol). Sebelum kita mengupas bawang misteri ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk menontonkan satu gambar yang hajatnya dijadikan gambar Wordless Wednesday esok hari..Kiranya ini entry 2 in 1 la.. (menampakkan sedikit kemalasan ye di situ..ahaksz..)

Wordless Wednesday for tomorrow...








 

Ok..kembali ke studio bersama zaxx ..:)
Kisah ini berlaku baru-baru je lagi... Satu hari hatiku terpana ,(bukan sepanar ok).. Dia memang cantik... Wajahnya sipi-sipi lagi nak iras-iras Neelofa.. Matanya yang galak persis Wardina Safiiya...punya makcik!! (ok ini tipu..:P) Bibirnya yang mungil, merah bak water kaler Buncho kurang sikit je sexy dari Angelina Jolie, tapi lebih sexy dari Angeline Tan... hidungnya..telinganya..dahinya... parut jerawatnya..eh2 silap... keningnya.. waduh!!! Pretty Zienta la wa cakap sama lu... (istilah cantik pretty yang dihiperbolakan..) arghh..susah mau crita..lu olang tengok sendiri la...
kan..iras-iras neelofa tak

Tengok..Cik Dilla kenyit mata kat aku..waa pengsann..:P

Kan..aku dah cakap..Cun siot..huuhuhu... gegar iman kala bulan ramadhan yang mulia ni..heheh.. Tapi apakan daya..hatiku hancur bila dapat tahu identitinya yang sebenar... oh Nor Mastura Saodah Kepayang Al-mengkudu... (nama timangan yang aku bagi kat dia...nama sebenar CIk Tipah mungkin..)


Arghh..kau cantik dan menjadi idaman hati..tapi kenapa kau bermisai A.Galak??? Runtun hatiku..huhuhuhukk...

Ok,  da abes dah drama senetron ala-ala Putri Yang Ditukar tu..sekian..hahah...
To Cik Dila, sowie naik lori coz jadi mangsa repekan zaxx yer..hihihi... sesaje nak promote muka cantik awak tu...Ini adalah entry khas Buat Cik Dilla the sempoi girl kita.. Thanks to CIk Dilla for the cute Zaxx versi kartun tu.. (gambar wordless wednesday di atas) lagi comel dari zaxx yang sebenar..yaww..:P. 

Bukan nak mempromote tapi nak mempromosi (eh bukan sama je ke??) blog Cik Dilla ni..:) For those yang sukakan something yang honest, try check out entry Cik Dila.. I really like those entry yang for me bila baca dapat rasa the writing is written from the heart.. And one i like about Cik Dila is....

readers: SEBAB DIA CANTIK KAN??? 


ohoi..choi!! bukan la (sambil mengangguk dalam hati..haha) Ok, thats one of..huhuu Axtually Cik Dilla ni super duper animal lover..hihihi.. sampaikan lipas pun kesian dia nk kill kill die die!!! huhuu... nak tau lanjut..terjah la blog si cantik ni..:) Owh One more thing... she is good in drawing too... in fact, Cik Dilla ada satu blog khas untuk hasil-hasil lukisan dia, and start pagi tadi duk pulun jenguk2 koleksi lukisan dia yang cambest sampai leh guling-guling terkekeh (ketawa) coz some of them are very "kena batang hidung" aku..:P yee heww..Rasa gatal tangan lak nak copy paste some of them kat sini..Mintak ijin ya bu Dilla..:) sekadar penyeri buat teman2 lain tertarik sama hasil kerjanya ibu..(tetibe je slang sinetron kuar..haha) Anyway..enjoy and jangan segan-segan terjah blog Cik Dilla kat SINI or klik banner..


And these are some of her artwork yang nice gitu..:) Nak tengok lagi klik kat one of her blog :










OPss..sudah-sudah..terbanyak la pulak paste..Sorry Cik Dilla..I cant stop coz your cartoon were so awesome...:) untuk yang teringin nk tengok banyak lagi..klik je kat link yang aku bagi kat atas tu.. yang entry part koleksi kartun yang dilukis Cik Dilla je dh ada seratus lebih kartun,so jom baca smpai lebam..:P hihiii

p/s: dah kata entry ni panjang.hheh.. thnks la sape yang sudi baca hingga titisan darah terakhir..eh silap..hingga ke abjad terakhir la..:) macam aku cakap awal td ni entry 2 in 1..so entry wordless wednesday untuk esok adalah pic yang diatas sekali tu..:) macam biasa..zaxx slalu ada pic ada ayat gak..masih kabur lagi is it wordless wednesday or pic with words wednesday.hahah.... Actually zaxx sengaja gabungkan dengan niat entry ni still berada di atas so that leh la lama skit promote blog Cik DIlla..:)
Selamat berbuka puasa..:)

Sunday, July 22, 2012

Berapa Banyak Dosaku...



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Salam Ramadhan buat semua yang beragama Islam... Mengintai detik-detik sebagai seorang manusia yang kini bakal berusia 23 tahun pada bulan depan sememangnya banyak perkara yang telah dilakukan dalam hidup. Sudah tentu banyak juga kesalahan dan khilaf yang dilakukan. Dikesempatan ini, bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ingin ku mohon ampun dan maaf kepada anda semua, atas segala kealpaan dan kekhilafan yang dilakukan, terutama sepanjang perkenalan mahupun sepanjang menjadi blogger.. Salam Al-Mubarak dan Selamat berpuasa.

 
Hidup perlu sentiasa muhasabah diri.. ( cover version dari zaxx..:P)


Kalau bercakap tentang kesalahan dan kekhilafan, aku rasa kalau nak senaraikan, waduh.. panjang sih.. tak tertulis rasanya.. Bila dikenang zaman kainak-kanak dulu, memang banyak kemaksiatan yang dilakukan,huhuhu... (kenakalan la tu, bukan maksiat seperti yang disangka,hhaha) keji tau berprasangka buruk..:P

Muka poyo zaman tedika...


1. Memecahkan telur ayam kampung encik papa yang akan dimakan bersama madu pagi esoknya, tanda protes sebab gaduh ngan abang aku

2. Mengoyakkan buku muzik abang aku depan matanya, betul-betul pagi sebelum dia pegi sekolah,gara-gara sakit hati...

3. Menggigit bahu abang aku semasa bergaduh sehinggakan puan mama letak sirap bagi aku takut dan tak pukul-pukul abang lagi...

4. Memulas  troter motor semasa puan mama sedang membetulkan tudung sementara menunggu si kakak siap pakai kasut untuk kesekolah, sehingga melambung motor dan melecur kaki puan mama terkena ekzos...

5. Meminta kembali semua guli yang ditagang (ditaruhkan) semasa kalah bermain guli dengan sedara mara..(patut la aku leh kumpul bertin-tin  Milo guli..:P)

6. Meminta puan mama membawa ke kedai semula sekiranya aku mendapat tahu puan mama pergi ke kedai semasa aku sedang tidur, dengan ayat" pergi balik, pergi balik"...

7. Sentiasa mengambil buku-buku mewarna sedara mara dan mengaku itu koleksi sendiri..choii sangat

8. Mencubit lengan makcik aku dengan kuat sampai berkesan kira-kira berpuluh-puluh cubitan, dengan alasan nak tengok power ke tak tangan tu macam Wondergirls. eh silap Wonderwoman la.. (aku dicabar okeyh,huhuhu)

9. Memberitahu puan mama ada latihan lakonan, hakikatnya pergi main panggang ikan kat sungai belakang umah kawan...

10. Memberitahu Puan Mama lepas tusyen nak lepak umah kawan, tapi pergi lepak ngan kengkawan panjat bukit belakang kampung, konon-konon nak wat jungle trakking la sangat.. dengan kawasan ladang sawit yang merimbun dan sunyi tu, dah la pergi lelaki campur perempuan...nasib baik time tu nafsu serakah ala-ala baby lagi, hahaha kalau tidak..ergh... tak dapat diselamatkan haha ..mau jadi magsa Jiwa Taiko,:p


Bila diingat, aku ni memang nakal,mungkin sebab waktu tu aku lah yang paling kecik... hopefully list-list tu dikira kenakalan la,bukan kejahatan..huk huk huk... anyway..tu waktu kecik-kecik, dah besor ni bukan la kata takda kesalahan, malah lagi banyak walaupun tanpa disedari... Paling aku kesalkan adalah mengguris perasaan kengkawan and my parents... So, kengkawan sekalian yang terbaca entry nie. aku mintak ampun dan maaf ye.. tak berniat nak lukakan hati korang- korang... anggapla tu kealpaan aku.Ampun maaf dipinta..:( Kepada mama n papa...salam kemaafan dari anakanda...






Friday, July 20, 2012

Kau Memang Sengaja Nak Sakitkan Hati Aku Kan???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aku tak suka sebenarnya nak marah-marah nie.. sebab bila marah menambahkan kedutan- kedutan di muka aku yang halus mulus ni..  bila marah gak, otot-otot bekerja lebih nak buat mimik muka marah tu berbanding untuk senyum. baik aku senyum je.. kan senyum tu senaman muka... Lagipun, kalau dah berkedut, tak boleh la aku nak berbangga guna ayat tagline aku kat korang semua..


".Usia? bukan penghalang..kerana diriku begitu berharga...kecantikan adalah hak milik setiap insan....bla..bla..bla.."


Tapi, aku tetap nak jugak mengexpresskan ketidak puasan hati aku kat satu makhluk ni...grrrrrrr... walaupun terpaksa mengambil risiko penuaan bertambah cepat dan potensi wajah menyerupai Aaron Aziz bakal berkurang!! Damn... Aku malas nak citer panjang..korang baca je la sesi dialog ala-ala telenovela antara aku ngan dia...

Tempat: Alam maya
Masa: Di kala bulan tak berapa nak mengambang.. cahaya malap ala-ala romantik gitu..




Aku: hai awak
Dia: hai jugak


Aku: awak tak bosan ke jadi burung?
Dia: bosan laa ni.. tu chat dgn awak ni ..hehehe


Aku: awak suka saya ke?
Dia: x suka..pecah belah masyarakat lah


Aku: hoi agak-agak la .bila masa saya jadi jahanam macam tu?
Dia: tinggalkan dia. tak pandai hargai pasangan.


Aku: motif? saya single lagi
Dia: Motifnya, ada aku kesah?


Aku: kau memang celaka
Dia: selalu la..kau je tak tau


Aku: ini dah main kasar.kau pernah makan kaki cap gajah duduk?
Dia: Simi x mkn . Simi suka kena manja


Aku: dah..dah..ko jangan nak mengada.. aku tak ingin nak bermanja dengan kau burung sundal!
Dia: nak ! awak kan baik !


Aku: aku tak makan pujuk ok!
Dia: nnti die pujak awk la..bwa besabar k.jangn bertindak terburu buru.if awk sygkan die.hati awk pada die.tunggu die.ok?!


Aku : hoi takde kena mengena dengan dia.aku kan kata aku single!! kau ni tak dengar ke?
Dia: name pun robot.


Aku: sedar diri pun!
Dia: yela2..sapela aku! merajuk..huhu


Aku: ceh!! kau ingat aku nak pujuk? pirrah!!
Dia: tak payah. mak aku tgh jemur pakaian kt luar. karang hujan, mengamuk pulak org tue tuh


Aku: kau ni dah sah-sah pekak,aku cakap lain ko cakap lain.
Dia: saya budak baru belajar =)


Aku: eh..memandai lak ko nak wat muka tak bersalah...
Dia: izzul mmg cun......


Aku: kau ni apahal? izzul tu sapa?
Dia: Pakwe Aisyah Hanis kan? Kenal sangat. Dulu pernah dengan aku.


Aku: dah datang dah penyakit gila ko ni..baik ko pergi makan ubat
Dia: Burung murai


Aku: memang ko burung murai paling hodoh!
Dia: burung garuda


Aku: dah main tukar-tukar spesis plak..ko memang fail subjek sains ek?
Dia: sekolah legend tu ??


Aku: sekolah je legend ,ko yang hampeh!!!
Dia: SMKA Al-Irshad kat Pulau Pinang :D


Aku: dah ko jangan nak mengarut!!!
Dia:takde ape2 lah, lupekan je lah bang...


Aku: pandai pun ko respect aku!!
Dia:terima kasih


Aku: reti rupanya ko nak bersopan ye
Dia: reti!!aq reti masak smbl belacan ...2 je aq tau


Aku: ko memang kelaut.. tak faham bahasa!
Dia: memang pon saya cute kan


Aku: ok fine..boleh jadi gila aku borak dengan ko
Dia:sama sama,berdoalah :) 


Aku:coi!!!!!!!!!!
Dia: I have no response.


Aku:ko berniat doakan aku jadi gila!
Dia:yup


Aku:ok bye!!
Dia:bye!!! jgn lupe aku kayy!!!


Aku: jangan harap..aku dah delete ko dari hidup aku!!
Dia:ada la dalam 10 tahun


Aku:gila!!!!!!
Dia:I have no response.


Aku: dah-dah aku nak mandi..bye burung hodoh!!
Dia:Jangan le cian kat aku. T_T


Aku:bye!
Dia: ape bye2? assalamualikum.. =)


Aku: waalaikumsalam!
Dia: bgos2


 




p/s: Mesti dah agak kan aku chat ngan mnatang burung tu.haha xtually bukan wat aku marah, tp wat aku tergelak2 sengsorang. siap leh ajar aku bg salam..rrr..haha.. Kalau nak hilangkan stress,try la chat ngan sim simi ni..:)
 

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


p/s: At NRIC 2012 (Novel Research and Inovation Competition ) di USM...

Sunday, July 15, 2012

Oh My Pos Malaysia!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Pos Malaysia.. Korang mesti dah dapat agak kan fungsinya. Ala semua orang tau Pos Malaysia ni diguna untuk kita menghantar apa saja dokumen atau barang ke mana-mana alamat. (cuma penghantaran ke Planet Nameck je belum di buka lagi...ahaks.:p) 

Dulu-dulu, kalau nak hantar surat, tak kisah la kat aweks ke, sedara ke..even ke majalah (hantar gambar posing-posing maut ala-ala Naomi Campbell , dengan mulut terjuih, konon-konon sexy laa eeuw, HAHA!) Masa tu memang berharap gambar keluar magazine ruangan kenalan pastu ada la aweks2 yang cambest cun menghantar surat berkenalan..huhu sweeeeett!!! Bila dah keluar magazine, mula la lekat hobi baru...
 
Mak: Hobi kau apa sekarang ni Meon?
Meon: Tunggu Abang Posmen mak..euuw..(sambil buat muka blushing!!)
Mak: Kejadah kau..kau menunggu surat apa? Surat saman sebab kau ditangkap khalwat dengan kambing Pak Seman malam semalam?

Kan dah cakap, korang mesti duk pulun tunggu abg posmen punyalah,hahah Tambah-tambah kalau aweks yang balas tu cun melecun macam Neelofa or ganteng macam Remy Ishak...fulamak!! layanzz..haha.. Ok enough dengan carutan panjang lebar aku ni. huhuhu

Xtually, sesaje je nak citer pasal Pos Malaysia ni sebab nak gtau, setakat ni aku puas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.. Dulu, mula-mula guna Pos Malaysia ni coz nak masuk pertandingan . Ye la senah oi..dulu mana ada lagi Fesebuk yang leh masuk online contest like- mengelike macam Contest Brader Retis Hazwan Hairy tu,hehehe Korang tolong undi ea header-header cantik menawan kengkawan blogger kita..Bagi support tau..:) Pernah la menang rice cooker dari Seng Heng, patung Doraemon gedabak, tetikus Storm Rider..Tu masa zaman-zaman kecik-kecik aku dulu.. sekarang dah jarang masuk contest...huhuu

Lagi satu Pos Malaysia ni berguna sangat2 time aku nak hantor dokumen-dokumen penting macam sijil persatuan, borang PTPTN or kalau aku nak pos barang.. sesuai untuk wat online bisnes gak.. Pernah gak aku pos Coklat dari Zaxx Choc (klik kalo nak tengok,heheh). Tapi coz it is for the first time, aku tak alert untuk elak coklat dari cair..heww~ tapi hopefully skang dah tau sikit2 cara nya,hehe.. 

owh ok2..aku dah terpesong jauh ni,hahah xtually (dah dua kali xtually bai!!) aku nk say thanks kat Pos Malaysia coz barang yang aku pos untuk blogger yang jadi follower ke- 100 aku dah selamat sampai kat tuan punya Cik Yaya...teruja gak coz cik yaya siap wat satu entry khas..:) terharu..siap wat review blog lagi,hehe tq cik yaya.. oleh sebab aku xleh nk copy gambar tu (kuat tol security blog cik yaya,haha ), kalo korang nk tgk pe la barang yang tak seberapa dari aku tu (tp ikhlas okey..:P) klik kt SINI.. (link blog CIk YAya).. 

P/s: Thanks to all readers yang sudi menjenguk blog zaxx yang ala-ala suam-suam kuku je kefeymesannya..hahaha anyway..tq guys.. kalau ada rezeki leh la bagi lagi gift ,tapi tak taulah untuk follower ke brapa...ahakz..:) Tak sangka gak follower dah nk dekat 200 walaupun baru je dapat cik yaya as 100th follower..:)