Pages

Sunday, January 17, 2010

nasi ayam emi's style...

resepi lagi..huhu.. jap g nak g uruskan pasal sekreteriat... so sajer2 ngah tunggu ni post satu lgi menu... ni pok de yg ajar mase aku keje ngan pokde... aku lapo skang ni..tp aku skang bukan teringin nak makan nasi..aku nak aiskrim!!! who want to give me asikrim??? jap g kalo sempat nak beli ar nnti.hehhehe...

Bahan :
1. Ayam
2. Bawang kecil
3. Bwg putih
4. Halia
5. Rempah sup
6. Sup bunjut
7. Kicap
8. Sos tiram
9. Cili padi
10. Cili besar
11. Serbuk kunyit
12. Daun sup +daun bwg
13. Sayur (salad,timun,tomato…)
Cara:
1. Rebus ayam hingga empuk campur kan sedikit halia dan bwg. Simpan stok rebusan.
2. Toskan ayam yg direbus td ( simpan ayam sedikit dalam air rebusan untuk dibuat sup). Ayam diperap dengan kicap,sostiram,sedikit stok rebusan, gula dan garam. Biar diperap seketika.
3. Untuk nasi, basuh beras. Kemudian gunakan air dari rebusan ayam seabagai air untuk menanak nasi. Campur sedikit serbuk kunyit yg telah dilarutkan dalam air unutk mewarnakan nasi.
4. Untuk sup, tumis rempah sup,sup bunjut,bwang,halia… masukkan bahan ditumis dalam air rebusan td. Biarkan mendidih.
5. Ayam yang telah diperap bolehlah digoreng..
6. Untuk sambal, kisar cili merah(besar), bawang merah,sedikit bwg putih,gula ,garam bersama sedikit air ( supaya pekat).sambal boleh dimasak seketika. Tetapi jika tidak mahu dimasak, air yang digunakan untuk mengisar mestilh air yg sudah dimasak,bukan air paip.
7. Ayam yag digoreng boleh dicincang kecil supaya mudah untuk dimakan.
8. Lebihan bhan perapan ayam boleh dijadikan sos kicap.
9. Hidang dengan sayur dan bawang goring dan daun sup untuk sup..

0 si kacak dan si cantik berkata-kata...: