Pages

Tuesday, August 7, 2012

Kek coklat, Aku, Kau dan Cinta & Chocolate Cake Recipe


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Ramadhan...

Sekadar gambar hiasan...


"Aimi seorang gadis yang lemah lembut pada dasarnya, tetapi tiba-tiba bertukar tegas dan lantang apabila ditindas atau dipermainkan terutamanya oleh sang lelaki. Dia mempunyai minat yang mendalam terhadap kek coklat. Selain menyukai rasa yang dianggap tiada tolok bandingnya, Aimi juga begitu menghargai hiasan kek coklat yang dianggapnya sebagai seni yang tiada berpenghujung sehinggakan dia sanggup bekerja di sebuah kedai kek selepas mendapat ijazahnya semata-mata minatnya tyang mendalam terhadap kek coklat. Zul pula seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat pembekal barangan hiasan dalaman. Dia adalah anak yang sangat manja dengan emaknya, kerana emaknyalah menjadi peneman hidup setelah bapanya meninggal dunia empat tahun lalu. 

Lain pula dengan Zul, dia sangat tidak menyukai kek coklat dan segala benda yang berkaitan coklat. Coklat dan Zul seperti musuh ketat, tapi bukan bagi ibunya yang sememangnya pengemar tegar  kek coklat, sama seperti Aimi . Suatu hari, Zul ke kedai kek tempat  Aimi bekerja dan membeli sebiji kek coklat hasil buatan Aimi khas sempena hari lahir ibunya. Kena dengan selera ibunya mungkin, ibu Zul seakan ketagih dengan kek coklat Aimi dan meminta Zul membelinya setiap kali pulang dari kerja. Zul pada mulanya seakan menolak kerana terpaksa berhadapan dengan "musuh ketatnya" iaitu kek coklat. Namun,dek kerana sayangnya terhadap ibunya, Zul akur dan menurut permintaan ibunya. 

Bermulalah kisah perkenalan Zul dan Aimi  yang sering kali disulami dengan pertelingkahan kerana masing-masing mempertahankan pendapat mereka. Aimi bertegas dengan keenakan dan seni kek coklat manakala Zul  sering kali mempersoalkan kelebihan kek coklat serta sentiasa merendah-rendahkan keunikan kek coklat dengan mengaitkannya dengan kesan terhadap kesihatan. Apakah kesudahan kisah mereka? Adakah kek coklat mampu menjadi pengikat dua hati yang sering bertelagah ini? Ikuti kisah menarik Aimi dan Zul  dalam "Kek coklat, Aku, Kau dan Cinta"...."

Kehidupan sebagai seorang penulis sememangnya menarik. Penulis ibarat pengarah yang boleh mencipta  satu kisah yang dicoret sendiri. Begitulah keseronokan sebagai seorang penulis. Wah terasa skema pulak ayat..huhu erm korang!!!  Amacam..ok tak sinopsis yang aku reka kat atas tu? Sesungguhnya aku sedang berangan menjadi seorang penulis novel,tapi apakan daya,profesion tok mudim jugak yang aku sandang..tidak mengapa..:)

Ekceli aku bukan la nak promote novel terbaru aku tu. Bukan kan novel, cerpen pun aku tak mampu nak buat dek kerana virus kemalasan yang melanda.heheh. Apa yang nak dikongsikan dalam entry kali ni ialah kek coklat! Dah lama rasanya tak kongsi post entry berkaitan resepi, so oleh sebab entry-entry lain masih dalam pembikinan, aku bagi korang satu resepi yang memang selalu aku wat. Senang pun senang.. Boleh la mencuba untuk raya nanti..:) Tapi aku memang jarang la sukat by gram,so aku just bagi nisbah ikut cawan je ye.. saiz cawan tu ala-ala cup orang minum kopi kat kedai makan tu.. Apa? kat kedai makan korang selalu order kopi guna jug air? Ok itu aku tak leh nak cakap pe la.. kalo guna jug air, mungkin kek tu nanti bersaiz Doraemon jadinya, hahah..

SIMPLE CHOCOLATE CAKE RECIPE

Bahan/ Ingredients:

1 Cawan Mentega / 1 cup butter
1Cawan gula kastor/ 1 cup castor sugar
1 Cawan tepung gandum / 1 cup flour
4 biji telur/ 4 egss
1 sudu besar esen vanila/ 1 table spoon vanilla essent
1 sudu besar serbuk penaik/ 1 table spoon baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat/ 1 tea spoon soda bicarbonat
3 sudu besar serbuk koko/ 3 table spoon cocoa powder

Cara/ method:

1. Panaskan oven .Ayak bahan kering bersama iaitu tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat.
   ( Preheat the oven. Sieve dry ingredients- flour, cocoa powder, baking powder and soda bicarbonate)

2. Putarkan mentega dan gula sehingga kembang.
   ( Mix butter and castor sugar until they rise)

3. Masukkan esen vanila dan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan mentega dan gula tadi. Putarkan .
   ( Add vanilla essence and eggs one by one into the mixture of butter and sugar. Mix them again.)

4. Masukkan bahan kering yang telah diayak tadi dan putarkan sehingga sebati.
    ( Add the dry ingredients that had been sifted and mix them well)

5. Tuang adunan kedalam acuan dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 hingga 30 minit.
  ( Pour the batter into the mould and bake at 180 degree celcius for about 20 to 30 minutes)

6. Untuk toping, boleh la cairkan coklat dan tuang ke atas kek yang telah sejuk atau buat sos coklat sendiri- masakkan coklat, serbuk koko, susu pekat, sedikit mentega dan sedikit air.
(for topping, melt chocolate and pour to the cool cake or make your own chocolate sauce by cook mixture of chocolate, cocoa powder, condense milk , a little butter and a little water)

Tips:

1. Masa membakar kadangkala bergantung kepada jenis oven yang digunakan. Sentiasa periksa kek selepas dibakar selama 20 minit dengan mencucuk kek menggunakan garfu atau pencungkil gigi. Sekiranya tiada sisa kek melekat pada garfu atau pencugkil gigi tadi, itu menandakan kek sudah masak. Jika tidak, teruskan membakar. Jangan bimbang sekiranya setelah lebih 30 minit, kek masih melekat pada garfu atau pencungkil gigi setelah dicucuk. Ini mungkin fungsi setiap oven adalah berbeza.

( Baking time is sometimes depends on the types of oven used. Always check the cake after 20 minutes of baking by insert fork or toothpick. If it will come out clean,that show that the cakes is already cook. If not, keep on baking. Dont worry to exceed 30 minutes of baking, this may due to the different function of different types of oven.)

2. Hentak acuan yang telah berisi adunan kek untuk mengeluarkan udara.
(tap the mould that contain the batter to remove air bubbles)

3. Resepi ini adalah basic resepi yang boleh dipelbagaikan.. Contohnya nak buat kek perisa strawberry. Tukar je serbuk koko dengan perisa strawberry. Bahan lain adalah sama, cuma perlu diingat, sekiranya perisa adalah jenis cecair macam esen vanila, tambah tepung sebanyak suku cawan unutk kekalkan tekstur.. kalau perasa jenis serbuk dan guna 3 sudu macam serbuk koko, resepi tetap sama. adjust tepung je untuk dapatkan kosistensi yang sama ( yang ni xda english translation, aku tetiba kemalasan nk translate,huhuhu)

Ok selamat mencuba.. Bapak2 pun leh try..mudah je..:) Resepi ni aku panggiil konsep 1:1:1 sebab bahan utama nisbah dia satu cawan kepada satu cawan..senang nak ingat..:) Nah, aku sajikan dengan beberapa cubaan membunuh diri..eh silap..cubaan membuat kek menggunakan resepi yang sama ni..:)



















sempena hari bapa..Klik SINI









Yang ni 3 kek the latest..last week punya..




Kantoi ada bayang tangan,hahah



Ni khas untuk bakal kakak ipar..:)



P/s: Teringin lak nak buat betol-betol "Kek Coklat, Aku , Kau dan Cinta" huhuhuhu....

48 si kacak dan si cantik berkata-kata...:

Jiwa Perempuan Gila said...

oi2x zaxx . cake kat atas tuu ko ka yang buat ? cececeeeh

Anonymous said...

gambar yg 1st tuh mmg x tahan..ahahaha... ang terer wat kek ke?? ley la bg gua makan kekenyangan...kah33...

Unknown said...

mohon poslaju-kan sikit kek tu >.<

Rieya Ramlee said...

wOW...Charlie selalu try resepi kek coklat...peminat tegar kek coklat...tapi bila bab topping tu yang selalu tak lepas...selalu salah...boleh tolong ajar buat topping tak??? hihihi

Zul De Alexis said...

pandai ang buat novel..hahaha...sedis sungguh aku wei..:P

Unknown said...

nnt buat la yg betul2 punya...pastu buat entry ye...heheh

Jiwa Perempuan Gila said...

wei3x zaxx . nanti da ada novel jangan lupa post kat aku keyh .
serius best story kau . :P

sekali sekala buat la puisi ka , cerpen ka .

zaxx said...

Jpeg: hahah kek atas tu cobaan aku je,sje suka2 minat bake very much..:)

Syakir: Bos!! nnti aku wat party cake untuk blogger la..hahah (angan2 semata,,hhuhu)

Farah ahin: hahah mohon bagi alamat..:P heheh

zaxx said...

Cahrlie angelo: xtually td teringin gak nk bg full resepi topping tp rasa panjang lak,hehe ok2 nnti ada masa zaxx share topping2 yg pernah diekperimenkan.heheh kalau betol2 berminat leh je pm kt fb..:)

Zul de alexis: hahah ang la sumber inspirasi..kisah cinta ang tu.. haha eh mai mna plak sedih tu.haha ni crita lawak la..haha

eimah: huhuh ada masa dan idea akan diusahakan.heheh

zaxx said...

Jpeg: hahah weyh aku ni malas nak memikirkan idea n menaip pjng2 la..hhuu tp nnti aku try ea..demi kau,,ahhah :P euuwww..hahahh aku pun nk try la jd mcm ko,pandai berpuitis..minta tunjuk ajr ku sifu..heheh

zaxx said...

Jpeg: hahah weyh aku ni malas nak memikirkan idea n menaip pjng2 la..hhuu tp nnti aku try ea..demi kau,,ahhah :P euuwww..hahahh aku pun nk try la jd mcm ko,pandai berpuitis..minta tunjuk ajr ku sifu..heheh

Jiwa Perempuan Gila said...

perrggghhh .
gilaaa arrh kau zaxx .
tabik spring ok ..


hahhaa . cisssshhhh . euuwww :p

NAL said...

zaxx stay mana? NAL nak pergi raya la, leh makan kek coklat ni.. :)

zaxx said...

Jpeg: tq la..ko tabik smpai terkeno idung aku ha.penyek sudah.hahah

Nal: kt pahang..jom la dtg umah..heheh

eqbalzack said...

pandai cari duit poket. bagus2!

Unknown said...

hebat hebat . mohon pos sikit coklat cake ngan novel tuuu yee zaxx . teringin nak baca :P

zaxx said...

eqbalzack: huuhuu kdg2 je org order..kebnyakannya wat untuk makan sendiri..:)

aimi: hihihihi.. nk pos ye.. kalau kek coklat takut hancur, kalo novel..erk.. rajin ke aku ni nak wat,ahhaha

suwara entertainment said...

wow!!! pandai buat kek. dasat la! akak jugak x reti2 nk merajinkan diri buat kek. hehehe

Unknown said...

zaxx aku anggarkan ko akan dapat PAYUNG EMAS ha ha ha asal x citer pasal ko yg jadik couple si aimi jerk... mua ha ha ha >..<

Unknown said...

hoii..jom kolombrasi buat novel hoi..

ikan bilis said...

dashiat ah abg zaxx ni. kelas gituw. aum~

nk geget ket kek tu

Noor Maizan said...

fuhyooo hebatnye buat kek sendiri...

afzalsukasuki said...

oit ape kena mengena budak dua ekor tu ngan kek ko?aku anggapkan dorang umpama lipas cuba curik2 makan time ko tengah buat kek laaa

CikTeddyCorner said...

pandai buat novel ka?hurm menawan..hui3

Hans Hanis said...

sehari dua sebelum raya memang aku selalu buat kek coklat
hehe

Yaya Mohd said...

eeii makin geram taw..
pndai beno wat kek ni..kalah yaya..ish... xpe
nti nk cube repi yg zaxx bg tu la..hehe..slalu wat kek coklt kukus je..^o^

zaxx said...

sue-raya qistina: hiiihihi sesaje je hobi tu..rasa tak tau la sedap tak,hahahaha

paripari putih: hahahah eh2 aku ngan aimi xda papa la..so xde la payung emas..payung zulian je,hikhikhik...

mk syahir: jom jom kolaborasi wat filem la skali..pelakon ada dh dlm gmbar..:)

zaxx said...

ikan bilis: hihhii xla dasat mana adikku,huhuhu nk gigit? silakan .eh ikan bilis ada gigi ker? :P

cik mai: ahhaha try2 je tu..huhuhuh xpndai pun,heheh

afzalsukasuki: dak dua org tu extra actor je..pelakon utama ko tau.hikhkhik... mmg pun diorang tu mmg slalu cilok kek aku,hahaha

zaxx said...

cik tedy: menawan hahah biasa2 je.. nk lg menawan gunala safi balqis..eh? tetibe..hahah

hans: jom2 kita pulun wat kek raya ni..:)

zaxx said...

cik yaya: eh2 jgn geram tau..nti kedut muka.hahah... waa leh la nk rasa kek kukus cik yaya raya ni..:)

Pecinta pink^^ said...

kelas kau jah..hakhak..hebat nye,,seriusly..pndai wat kek?terror..terkesima sebentar..hoho.. btw,best entry ni..siap ad novel..hebak:)

Unknown said...

bro.. ko ada bakat kot jadi penulis. idea tu pun aku rasa dah best tu. apa kata ko try je tulis novel, takpun, try mulakan dengan cerpen..

dilla.d said...

hahahhah fleksibel la zaxx ni XD jd chef boleh penulis pun bolehhh

Korn Ahmad said...

ko nak tau tak.. patblas kali aku baca tajuk entry ni... cemana ke nak sebut nya...
ko nak tau tak... aku da terlayan cerita zul dan aimi tu...
ko nak tau tak, aku dapat bayangkan yang zul dan aimi akhirnya akan bercinta di sebabkan emak zul sukakan hasil tangan kek cok lat tu..
ko nak tau tak, aku xnak ckp ape2 dah...

zaxx said...

pink lover: hikhik xde hebaknya la.zaxx main bantai je tu.hihii eh2 zaxx dh lekat la pnggil pink lover,mohon jgn marah..:) hehehe

boni kacak: alololo bro.. tu idea spontan jer..aiseh, rasa kirang rajin nk taip novel,eheh cerpen mybe akan diusahakan.hehe tgk la cmne nnti..hehe

dilla: hahah flexible ea..tp satu je,tringin nk jd ikan bilis,,eh apakah? hhhoo

zaxx said...

korn: hahaha byk btol perkataan "ko nk tau tak" :) ok2 aku nk tau..heheh

tajuk entry to ko sebut je choc choc,tu nme pendek dia..heheh

mybe aimi n zul x bercinta coz aimi jatuh hati kt pak guard bangla keje bank sebelah kedai kek dia keje. eh? ahhahahahahh (kalo aku wat ending gini agak2 aku berpontesi ditikam laju2 tak? ahhah)

anamizu said...

hahaha kalo ending cam gitu pon kool ape! hehe


aaaaaaaaaaaaaa kek chocolate!!!
bak mai la sini sikit zaxx!!!
rawrrrrrrrrr ~









slm ramadhan,
cik ana

zaxx said...

anamizu kaito: hahah nnti org boikot kalo ending cmtu.hihihihi

nak kek? mai mai raya nie..:)

N.N said...

banyak nyer kek :)

aNiss :):) said...

buat sendiri ehh? wahh! *clapclap* haha. pos kat sini ehh. nak makan time raya :) ohh yaa, dah boleh tuu buat novel sendiri yaa :DD

nursuriani said...

cantek2 nyaaa kek awak buat? awk bukak kedai kek ke?? huhuhu baru tadi tengok crita cinta roti dan kek huhuhu

zaxx said...

pilot lover... meh sini pilih satu yg berkenan..:)

aniss: hehehe ala mai umah zaxx wt kn heheh

sue: hhahha xda kedai just hobi je.wat suka2ehhe

Kak Bunga said...

pndainye deco kek....mohon share resepi nak wat cream utk deco n tulisan tu...weee~

Yana Sakura said...

tudiaaa..cite pnjg lebar..ang nk tnjuk kek coklat rupenyer..haha..
nak kek cket bole.. ^_^

femes memes la Zul De Alexis ngn Aimi pasneh..retiss woo~~

zaxx said...

yana syntax: heheh maksdnya aising ke? xpndai sgt.. tp nnti kalau ada masa zaxx wat entry pasal decoration lak..:)

zaxx said...

haha tersalah tag nama,komen diatas untuk zatil sbnanrya.ehhehe yg ni bru untuk yana:
yana, hahaha yg pjg lebar tu mukadimah je,hak hak hak

Kak Bunga said...

a;a...ising yg zaxx wat kat kek atas tu...heheheh..smpai slh tag nama..

zaxx said...

owh ok2 zatil..nnti kalo zaxx dh cukup info ,nnti zaxx kongsikan ye..;)