Pages

Wednesday, August 15, 2012

Aku dan "kenakalan" di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Salam Ramadhan...

Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Semua insan bergembira menghadapi bulan ibadah ini... tetapi ada seorang mahkluk yang ntah kejadah apa nya berperangai sangatla sopannya..atau bahasa kiasnya.. berperangai jembalang tahap ketiga..:P Ya itu dia makhluk spesies homo sapeins yang bernama Zaxx..
mohon para hadirin dont try this at home ye..

Berikut merupakan kenakalan aku di kala Ramadhan yang memungkin kan aku dihukum geletek tapak kaki sampai hilang pertimbangan atau dihumban dalam air berisi ikan keli dan belut yang sedang menari tanggo atau kedua-duanya jika sabit kesalahan...

1. Bergaduh dengan sepupu derejah lima gara-gara kes ejek mengejek ibarat budak tedika sehingga mengakibatkan kemarahan tahap melampau dan terkeluar ayat bernada ugutan seperti berikut:

"Kau jangan sampai aku tangkap kau, ikat kat tiang dan.... Ku korek lubang hidungmu sampai kau batal puasa, hahahahahaha (gelak devil)"


2. Ketika sedang menonton telebison dengan adik bongsu melayan sinetron 5 Rencah 5 Rasa (eh,ni bukan rancangan memasak ke?) , tiba-tiba aku menangkap dan memegang erat kaki adik ku itu.. Dengan muka terpinga-pinga adikku memandangku.. Aku dengan bangga seraya berkata...

"Yes, berjaya menangkap seekor setan yang terlepas... ahahahahahah (gelak devil lagi)"

3. Ketika sedang bersama-sama bekerja shif petang dengan maksu ku (tua setahun) di kedai runcit milik keluarga, aku dengan beraninya mencabar beliau...

"JOm kita tengok,iman sape lagi kuat... ahahahaha( devil dan devil lagi..)" kata aku dengan riak dan takabur disertai dengan kekembangan hidung sambil menyusun segala jenis minuman kotak ,tin dan botol dihadapan beliau..haha sila rujuk gambar..:P



4. Ketika sedang menolong (lebih tepat menganggu dan mengacau) Puan Mama di dapur yang sedang menyediakan juadah berbuka, dengan nada suara yang seksi dan menggoda, aku cuba memujuk puan mama...

"Mama, nak berbuka lah..lapar... !! ala lagi dua jam je ni.. So, nanti ganti 2 jam je la kan..heheh!"...
lalu Puan mama berkata dalam hati.." palotak kau!!" ahhaha

5. Selalu cuba -cuba cabar mencabar bukak puasa dengan maksu, tetapi semuanya gagal kerana line tak clear coz ramai customer datang kedai..:P.. (kejadah devilnya mengahsut org bukak pose,huhuhu)

Kepada anak-anak diluar sana, jangan contohi perangai ini..Sekian..

P/s: Dah nak dekat raya...tak sabar nak tengok dapat lagi tak duit raya dengan umur yang bangka ni..:p

28 si kacak dan si cantik berkata-kata...:

Unknown said...

ko ni udah kenapa... ha ha ha >..< aku rasa ketebalan pahala ko tuk ari ni jer dah menipis.. lagi nipis dari ozon kat ruang angkas bumi.. >..<

zaxx said...

PPP: mohon bg wa smgat untuk meneruskan perjuangan ini sblum wa tumpas dengan air kotak laici kt tgn wa ni.ahhahahaha

Erna EER said...

haha. sgt hebad gelak devil tu he =)

Noor Atikah Ramli said...

stress maksu tu. hahaha

zaxx said...

erna eer: hahah jom gelak sama2..:P

cik rongos: hahah leh sakit jiwa gak si maksu tu,ahahh

zaxx said...

erna eer: hahah jom gelak sama2..:P

cik rongos: hahah leh sakit jiwa gak si maksu tu,ahahh

Jiwa Perempuan Gila said...

kau memang gila la zaxxxx ..
buat aku gelak pagi buta niey . huhuuuu ..


#sambung sahur

zaxx said...

JPEG: hahahha leh plak ko stop sahur pastu sambung balik kan,hahahaha

ikan bilis said...

post pasal sirap bandung ah kite semua menyukainya

ikan bilis said...
This comment has been removed by the author.
ct cheery said...

" palotak kau!!"
Amekaw,kena ngan ayat devil puan mama..kahkahkah

zaxx said...

ikan bilis: hahaha sirap bandung je? cecah budu nak tak? hahaha

Ct cheery: itulah naseb budak nakal,hahahaha

Kumang Lelang said...

haha..terbaekkk! XD

Unknown said...

haha kelakar la bcer entry ni, tergelak nih

zaxx said...

white dove: heheh terbaik..boboboi,heheh

amir aizat: meh nk geletek,biar terus gelak,hihihihih

vendoline said...

hehe rapat ye..ergurau ngan adik/hehe sweet lak aku bace

kunjungan sempena raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

zaxx said...

Edy: heheh selalu gaduh ngan adik,hahahahh

selamat hari raya..:)

Unknown said...

hahahahha. ko memang nakal tahap mentibang laut..hehehe

Yaya Mohd said...

amboi..memang nakal budak ni..
nak kene babab..haha

zaxx said...

boni: hahah mentibang laut tu comey tak? hehe

cik yaya: hahah mohon babab kt montot,heheh

afzalsukasuki said...

selamat hari raya aidilfitri, papehal jmpa kat kg je nanti ye :D *bajet sekampung lettew :P

ikan bilis said...

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN ZAXX HAR HAR

ஜ miss klanika ஜ said...

hehe. part duet raya tu rasanya tua bangka mmg tak dapat dh .

Unknown said...

nakal eh

Korn Ahmad said...

Untung lah ade adik.. boleh main tgkap kaki adik.. aku takde adik, tak boleh main kaki adek...
(aku tataw nak komen ape sebenarnya) mueheheheheh

zaxx said...

khairul hakim: ahhaha nkal2 manja konon,hahah

korn: meh nk jdi adik..* sednag berlagak muda ni..:P

zaxx said...

khairul hakim: ahhaha nkal2 manja konon,hahah

korn: meh nk jdi adik..* sednag berlagak muda ni..:P

aswadz said...

yg 1st tu mmg terbaekk... aku pun pernah wat gak.