Pages

Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Recipe: Chocolate Topping & Chocolate Sauce

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Salam Ramadhan...

Seorang bujangga (ala-ala pujangga mungkin..) telah berkata....

"Sejak bila blog lu jadi blog masakan nih? :P" MK Syahir, 2012.

Hahaha... eh memang la..bersama-sama saya dalam rancangan 5 Sepah 5 Raksasa... Resepi hari ini ialah bunga-bunga Cinta Monyet Bersalut Tepung Abadi.. Bahan-bahannya ialah... seorang aweks dan seorang balaks.. Ok sekian..jumpa lagi di abad hadapan..Maseh..:)

Hajat hati memang la teringin nak jadi macam Sherson Lian.. (sebut betol-betol,bukan lion ok!..aummm) Tapi dah tak ada bakat, jadi Cepwan pun okey la.. * Cepwan adalah Tokwan yang jadi cep .. sekian untuk sesi karut mengarut yang ntah apa-apa ni...Baik tengok Karrot Komedia,lagi best..hehehe


Nah, ni entry resepi sebagai respon dari CharlieAngelo. Harap-harap dapat membantu kamu..:) Saya budak baru belajar, kalau salah tolong pukulkan montot ni ye..dengan senduk tu tau..heheh Nah amik gambar dulu..KLikk!!!








Ekceli ada banyak cara dan variasi untuk topping nie (merujuk kepada topping coklat).. Cara paling mudah ialah dengan mencairkan coklat masak atau mana-mana coklat kesukaan dan just tuang atas kek . Cara lain leh wat ganache atau mana-mana jenis sos coklat... Ni ada beberapa cara yang Zaxx selalu wat..Untuk resepi ganache yang asli, leh google search..ni just bagi yang zaxx biasa wat..:) experimental sendirik,haha

1. Original Coklat cair
- Cara ni yang paling mudah macam yang zaxx bagitau tadi..Cuma cairkan coklat masakan atau coklat lain yang digemari (coklat kompaun misalnya) dengan kaedah double boiling...

2. Sos Coklat Simple
- ni resepi yang zaxx cuba-cuba.. Just masukkan serbuk koko, susu pekat, sedikit saja air masak ( kalau suka leh letak sikit susu tepung).. Panaskan direct heat dengan api perlahan...kacau sampai pekat..kalau rasa cair leh tambah sikit larutan tepung jagung..

3. Sos Coklat Campuran
- Yang ni zaxx dah modified dari sos coklat simple tu... Sekarang zaxx memang selalu guna cara ni , sebab rasa dia lagi rich dan lagi mudah nak kawal konsistensi dan kepekatan yang dikehendaki.. Yang ni jga guna direct heat tapi api perlahan.. Campurkan serbuk koko, coklat masak atau coklat kompaun ( zaxx suka campur kedua2nya) , sedikit coklat putih ( ni optional,kalau ada leh letak, tapi zaxx lebih suka guna coklat kompaun putih dari coklat masakan putih) , susu pekat, susu tepung (optional), sikit je esen vanila, dan sedikit je air. Tapi kalau dah sedia kepekatan yg dikehendaki even tak tambah air,so takperlu lagi nk tmbah air k.. kacau sampai pekat.. sos jenis ni cepat mengeras,so kalau nak wat sos ni, make sure kek dah sedia dibakar ,just tunggu untuk ditoppingkan je..kalau tak,satu hal plak nak kena panaskan semula sos ni kasi cair..

* untuk sukatan bahan,zaxx just campak ikut sesedap hati,huhu.. leh pm Fb zaxx kalo nk tau lanjut.. (promote fb ,hahah )

P/s: ehem2 ada gaya cepwan tak aku ni? :P

Tuesday, August 7, 2012

Kek coklat, Aku, Kau dan Cinta & Chocolate Cake Recipe


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Ramadhan...

Sekadar gambar hiasan...


"Aimi seorang gadis yang lemah lembut pada dasarnya, tetapi tiba-tiba bertukar tegas dan lantang apabila ditindas atau dipermainkan terutamanya oleh sang lelaki. Dia mempunyai minat yang mendalam terhadap kek coklat. Selain menyukai rasa yang dianggap tiada tolok bandingnya, Aimi juga begitu menghargai hiasan kek coklat yang dianggapnya sebagai seni yang tiada berpenghujung sehinggakan dia sanggup bekerja di sebuah kedai kek selepas mendapat ijazahnya semata-mata minatnya tyang mendalam terhadap kek coklat. Zul pula seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat pembekal barangan hiasan dalaman. Dia adalah anak yang sangat manja dengan emaknya, kerana emaknyalah menjadi peneman hidup setelah bapanya meninggal dunia empat tahun lalu. 

Lain pula dengan Zul, dia sangat tidak menyukai kek coklat dan segala benda yang berkaitan coklat. Coklat dan Zul seperti musuh ketat, tapi bukan bagi ibunya yang sememangnya pengemar tegar  kek coklat, sama seperti Aimi . Suatu hari, Zul ke kedai kek tempat  Aimi bekerja dan membeli sebiji kek coklat hasil buatan Aimi khas sempena hari lahir ibunya. Kena dengan selera ibunya mungkin, ibu Zul seakan ketagih dengan kek coklat Aimi dan meminta Zul membelinya setiap kali pulang dari kerja. Zul pada mulanya seakan menolak kerana terpaksa berhadapan dengan "musuh ketatnya" iaitu kek coklat. Namun,dek kerana sayangnya terhadap ibunya, Zul akur dan menurut permintaan ibunya. 

Bermulalah kisah perkenalan Zul dan Aimi  yang sering kali disulami dengan pertelingkahan kerana masing-masing mempertahankan pendapat mereka. Aimi bertegas dengan keenakan dan seni kek coklat manakala Zul  sering kali mempersoalkan kelebihan kek coklat serta sentiasa merendah-rendahkan keunikan kek coklat dengan mengaitkannya dengan kesan terhadap kesihatan. Apakah kesudahan kisah mereka? Adakah kek coklat mampu menjadi pengikat dua hati yang sering bertelagah ini? Ikuti kisah menarik Aimi dan Zul  dalam "Kek coklat, Aku, Kau dan Cinta"...."

Kehidupan sebagai seorang penulis sememangnya menarik. Penulis ibarat pengarah yang boleh mencipta  satu kisah yang dicoret sendiri. Begitulah keseronokan sebagai seorang penulis. Wah terasa skema pulak ayat..huhu erm korang!!!  Amacam..ok tak sinopsis yang aku reka kat atas tu? Sesungguhnya aku sedang berangan menjadi seorang penulis novel,tapi apakan daya,profesion tok mudim jugak yang aku sandang..tidak mengapa..:)

Ekceli aku bukan la nak promote novel terbaru aku tu. Bukan kan novel, cerpen pun aku tak mampu nak buat dek kerana virus kemalasan yang melanda.heheh. Apa yang nak dikongsikan dalam entry kali ni ialah kek coklat! Dah lama rasanya tak kongsi post entry berkaitan resepi, so oleh sebab entry-entry lain masih dalam pembikinan, aku bagi korang satu resepi yang memang selalu aku wat. Senang pun senang.. Boleh la mencuba untuk raya nanti..:) Tapi aku memang jarang la sukat by gram,so aku just bagi nisbah ikut cawan je ye.. saiz cawan tu ala-ala cup orang minum kopi kat kedai makan tu.. Apa? kat kedai makan korang selalu order kopi guna jug air? Ok itu aku tak leh nak cakap pe la.. kalo guna jug air, mungkin kek tu nanti bersaiz Doraemon jadinya, hahah..

SIMPLE CHOCOLATE CAKE RECIPE

Bahan/ Ingredients:

1 Cawan Mentega / 1 cup butter
1Cawan gula kastor/ 1 cup castor sugar
1 Cawan tepung gandum / 1 cup flour
4 biji telur/ 4 egss
1 sudu besar esen vanila/ 1 table spoon vanilla essent
1 sudu besar serbuk penaik/ 1 table spoon baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat/ 1 tea spoon soda bicarbonat
3 sudu besar serbuk koko/ 3 table spoon cocoa powder

Cara/ method:

1. Panaskan oven .Ayak bahan kering bersama iaitu tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat.
   ( Preheat the oven. Sieve dry ingredients- flour, cocoa powder, baking powder and soda bicarbonate)

2. Putarkan mentega dan gula sehingga kembang.
   ( Mix butter and castor sugar until they rise)

3. Masukkan esen vanila dan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan mentega dan gula tadi. Putarkan .
   ( Add vanilla essence and eggs one by one into the mixture of butter and sugar. Mix them again.)

4. Masukkan bahan kering yang telah diayak tadi dan putarkan sehingga sebati.
    ( Add the dry ingredients that had been sifted and mix them well)

5. Tuang adunan kedalam acuan dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 hingga 30 minit.
  ( Pour the batter into the mould and bake at 180 degree celcius for about 20 to 30 minutes)

6. Untuk toping, boleh la cairkan coklat dan tuang ke atas kek yang telah sejuk atau buat sos coklat sendiri- masakkan coklat, serbuk koko, susu pekat, sedikit mentega dan sedikit air.
(for topping, melt chocolate and pour to the cool cake or make your own chocolate sauce by cook mixture of chocolate, cocoa powder, condense milk , a little butter and a little water)

Tips:

1. Masa membakar kadangkala bergantung kepada jenis oven yang digunakan. Sentiasa periksa kek selepas dibakar selama 20 minit dengan mencucuk kek menggunakan garfu atau pencungkil gigi. Sekiranya tiada sisa kek melekat pada garfu atau pencugkil gigi tadi, itu menandakan kek sudah masak. Jika tidak, teruskan membakar. Jangan bimbang sekiranya setelah lebih 30 minit, kek masih melekat pada garfu atau pencungkil gigi setelah dicucuk. Ini mungkin fungsi setiap oven adalah berbeza.

( Baking time is sometimes depends on the types of oven used. Always check the cake after 20 minutes of baking by insert fork or toothpick. If it will come out clean,that show that the cakes is already cook. If not, keep on baking. Dont worry to exceed 30 minutes of baking, this may due to the different function of different types of oven.)

2. Hentak acuan yang telah berisi adunan kek untuk mengeluarkan udara.
(tap the mould that contain the batter to remove air bubbles)

3. Resepi ini adalah basic resepi yang boleh dipelbagaikan.. Contohnya nak buat kek perisa strawberry. Tukar je serbuk koko dengan perisa strawberry. Bahan lain adalah sama, cuma perlu diingat, sekiranya perisa adalah jenis cecair macam esen vanila, tambah tepung sebanyak suku cawan unutk kekalkan tekstur.. kalau perasa jenis serbuk dan guna 3 sudu macam serbuk koko, resepi tetap sama. adjust tepung je untuk dapatkan kosistensi yang sama ( yang ni xda english translation, aku tetiba kemalasan nk translate,huhuhu)

Ok selamat mencuba.. Bapak2 pun leh try..mudah je..:) Resepi ni aku panggiil konsep 1:1:1 sebab bahan utama nisbah dia satu cawan kepada satu cawan..senang nak ingat..:) Nah, aku sajikan dengan beberapa cubaan membunuh diri..eh silap..cubaan membuat kek menggunakan resepi yang sama ni..:)



















sempena hari bapa..Klik SINI









Yang ni 3 kek the latest..last week punya..




Kantoi ada bayang tangan,hahah



Ni khas untuk bakal kakak ipar..:)



P/s: Teringin lak nak buat betol-betol "Kek Coklat, Aku , Kau dan Cinta" huhuhuhu....

Tuesday, June 26, 2012

HUNDRED

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masih kekal dalam ingatan saat  pertama kali terlanjur... (masing-masing mesti fikir aku ni dah tiada kedaraan kan? coi!! tak habis ayat lagi la.) .. maksud aku, terlanjur menulis blog. It was a long,long time ago... Once upon a time, there was a young boy who had an inspiration to write his blog (nada story telling) ..bla.bla..bla..it was on 2009.. sedar tak sedar dah empat tahun berblogging ( reader: wow,4 years? but why your blog nampak amatur sangat,dengan bilangan follower yang ter"amat" banyak tu?) hahah.. satu soalan yang jujur dan sinis,:P. dan aku akan jawab: " aku ni low profile!!", ya itu dia ,satu jawapan bajet artis dan sungguh nak mencover diri..haha!! ok fine,AKU TAK FAMOUS!!! ngee...

Jujurnya, masa mula-mula berblogging tu, aku anggap blog ni macam diari sendiri..rahsia kite-kite aje.huhu.. (ni kes malu nak ngaku entry tak bagus la nie,hahah). Itu pasal tak terniat pun nak sharing adress blog. Namun begitu, setelah agak berkurun lamanya, rasa nak share je, at least kalo ada time tu dilema ke, need pendapat orang lain ke,leh la diorang komen ( hakikatnya, tak ramai pun yang komen,haha, tak percaya? cuba la cek setiap entry. >> dengan harapan reader akan betul2 cek dan terbaca lah semua entry,ahha licik!!) But really thanks kepada kengkawan yang mengajar and sama-sama berblogging dulu terutamanya sifu aku FARIS AZMI (aku bagi link facebook dia,coz aku dah try cari link blog dia,but somehow, tak jumpa lak. tapi bagi facebook pun takpe kan korang? hhehe) Weh Faris, aku promote ang nie..ang tunggu je la nanti ada la orang masuk minang,:P *ada gak dalam blog ni aku wat entry khas untuk sifu aku ni.. klik SINI. Sifu aku ni la yang dah banyak ajar aku..:)

Kalau dulu enrty kebanyakan nya berkisar tentang luahan hati, almaklumla, konon-konon diari.:) dan yang peliknya, aku suka sangat guna istilah-istilah kiasan yang aku rasa kadang-kadang bila reader baca (kalau baca,haaha) diorang mesti tak faham. Contohnya, Mata putih(byakugan), sharingan la.. huhu actually tu merujuk kat cermin mata aku..huhuhu nak baca klik SINI dan SINI. Nampak sangat terlalu terpengaruh ngan NARUTO ni..hehhe 

Entry bertajuk hundred ni sebenarnya sebagai menghargai blogger-blogger yang sudi jenguk blog ni dan kepada yang sudi follow,really appreciate it. walaupun kalau nak compare ngan blogger lain, mencapai 100 follower bukan lah sesuatu yang hebat pun,huhu tapi bagi aku (yang baru nak aktif semula,tapi tak tau bertahan sampai bila,haha) ianya sangat-sangat dihargai..:) So, sempena mencapai follower 100 , zaxx dengan ini nak bagi la sedikit gift yang tak seberapa kepada follower yang ke- 100. Jadi, yang bertuah tu adalah CIK YAYA.. Kepada Cik Yaya, zaxx nak mintak detail awak,so senang la urusan penghantaran gift tu..:) Untuk reader, ni klik SINI untuk jenguk blog Cik Yaya.

Okeyla, sampai sini je untuk entry kali ni.. kita jumpa lagi diwaktu dan hari yang sama (eh dah macam pengacara TV lak,:P) sebelum berpisah, sedikit trivia mengenai blog Zaxx in Da House nie..:)

1. Follower pertama adalah Shah Mk (http://ahmk89.blogspot.com/).Rakan universiti kat UPSI tapi berlainan jurusan.

2. Follower ke 100 adalah seperti dalam entry>> CIK YAYA (http://tentangyaya.blogspot.com/

3. Entry yang ke- 100 adalah entry khas bertajuk KEKASIHKU sempena hari ibu . (http://zaxx-in-da-house.blogspot.com/2010/05/kekasihku.html)

4. Terdapat entry-entry berkaitan dunia masakan dan resepi, jugak gambar-gambar kek n makanan sebab pemilik blog ni suka memasak,haha
berminat, leh jenguk SINI

5. Entry bertajuk cinta itu SUB'STRACT...(subjective + abstract)merupakan entry paling banyak pageview, tapi tak de komen langsung,hahah tak tau kenapa, orang zaman sekarang suka bercinta kot,walaupun pemilik blog ini masih lagi belum ketemu cintanya..:) (ini serius promote diri..cess,haha)

6. Entry pertama adalah bertajuk Hajimemashite!!! dan kebetulan tajuk ni lebih kurang dengan first entry blogger FATIN LIYANA (klik sini). 

Reader: eleh,nak tumpang glemer la tu..FL dah start blog awal dari ko Mr. 
 Zaxx( Jan 2009) ,ko baru start July 2009,..ko tiru!!
Mr. Zaxx: hahah..oh ye ke? hihihi tak perasan, (tapi ikhlasnya memang aku time tu tak tiru FL pun..jujur ni..) 
#suka tengok first entry blogger2 feymes, sbg inspirasi nak jadi macam diorang..:)

7. Seperti blogger lain, blog ni gak beberapa kali ditukar layout, tapi layout terkini (jeans denim) ni dah lama tak ditukar,coz rasa cam unik je walaupun ada berhajat nak tukar. (rasa gelap la blog,hhuu) 

8. Semasa entry ni ditulis, blog ni tak ada header  cun melecun macam kebanyakan blogger yang paparkan kecantikan dan kehenseman masing-masing sebab pemilik blog ni low profile.( ye la tu,hakikatnya pemalas nak edit-edit gambar dan malu nak pampangkan muka yang kurang hensem sikit je dari mentadak,:P)

9. Semasa entry ni ditulis gak, blog ni ada 156 post termasuk entry ni(tak termasuk yang tertunggak sebab malas nak menaip,haha)

10. Pemilik blog ini seorang yang kacak,hensem dan tampan. Sekian (haha,ini bohong!:P)


p/s: trivia tambahan>> 

11. Reader blog ni dan semua blogger luar sana adalah penulis yang cambest!!! Keep on blogging,.

"to write is to share" (tagline entry first aku..rindoo dan kelakor bila baca entry-entry lama,hingusan sangat..huhuh). dah rindu,aku pun layan la gambor-gambor zaman paleolitik ni,haha


berebut nak posing

konon-konon artis ler tu



selalu celebrate besday ngan kengkawan... (banyak noise lak gambo ni..)