Assalamualaikum dan salam sejahtera
Matematik dan kehidupan memang tak dapat nak dipisahkan. Ibarat handphone dengan jari. Sehari tak call atau mesej tak sah (itu aku). Hak hak! Kat handphone pun ada matematik jugak la. Tu yang nombor-nombor segala bagai tu, kan matematik tu. Mesti ingat lagi kan zaman-zaman purba masa kita kecik-kecik dulu, belajar mengira..
"Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk!!!". Eh tu kiraan Sang Kancil menipu Buaya la! sang Kancil sangat pandai.Jadi girls yang kat luar tu,jadilah sang kancil supaya tak mudah ditipu "buaya".ahakzs..:) (teringat dulu-dulu lepas balik sekolah pagi, mesti ada citer ni kat telebision,tapi aku suka lagi kisah Sang Kancil dengan Monyet kes makan cili tu, sebab tiap kali aku tergigit cili bila makan meggi,teringat kat monyet tu..eh ayat ni macam nak kata aku ni monyet jerk!! ok aku silap. Bukan aku yang gigit cili,tu kawan aku! Damn!! )
|
Gelak? gelak la puas-puas,memang buruk pun lukisan ni. Standard la gambar wat masa tadika (betol-betol ayat cover,padahal baru je buat tadi,hahahak!) Aku tak pandai melukis. Sekian |
***********
Petang kelmarin aku main jadi cikgu-cikgu. (korang mesti time kecik-kecik dulu pun pernah main kan. Lantak la kalau ajar ABC je pun,yang penting kita la cikgu masa tu. Kau murid,kau diam! (sambil tunjuk pembaris kat muka kawan korang). Petang itu jugak la aku jadi Cikgu Matematik kepada anak murid aku- makhluk berspesies homosapeins (cikgu,kena saintifik,haha) bergelar sepupu pompuan derejah 5 (sebutan darjah orang dulu-dulu). Ok fine. Yang ni bukan main-main la. Bukan cobaan, betol-betol! (ayat mula-mula saja je wat statement main cikgu-cikgu,saje je bagi korang flashback sikit.:) eh apsal aku kuat mengfeleshbek je nih?)
"Tajuk hari ini ialah Pecahan. Soalan simple je okeyh. Sila lorek 9/4 pada gambar rajah di bawah!" kata aku dengan bangganya sebagai cikgu. Sepupu aku terus kira sembilan bahagian dalam gambar tu! Lantas aku menyapanya dengan berkata: "eh, tak boleh senang-senang kira sembilan biji gitu, kena faham konsep! konsep okey! (sambil sambil jari telunjuk tunding otak! okey itu kerek!!)
|
Warna yang dipilih adalah secara rawak okeyh. bukan sengaja. Sebarang persamaan adalah kebetulan semata-mata ( aku ckp mcm ni sebab tak nak hak jantan tu duk fikir kalo bulat tu ada dua biji je,he.he) |
Atas sebab keprofesionalan aku sebagai cikgu konon-konon, aku pun berkata kepada sepupuku itu secara panjang lebar.( Sepupu aku ni jenis lambat sikit nak panas,jadi aku kena terangkan satu persatu- dia tak bodo okeyh!!) Dengan sikit mukadimah,pantun-pantun dulu ,kemudian kata-kata aluan serta pendahuluan, isi dan penutup serta ditambah sedikit peribahasa untuk menyokong hujah (okey ni serius terlebih), aku pun terangkan la pasai jenis pecahan (wajar, tak wajar dan pecahan bercampur) dan cara nak convert bentuk dari pecahan bercampur kepada tak wajar dan sebaliknya ( rasa macam banyak je perkataan 'dan',huhuhu). Jadi ,dapatlah dia tukarkan kepada pecahan bercampur ( 2 1/4)- dibaca dua satu perempat. TIba-tiba masa nak pi lorek gambar, aku jadi blur macam budak darjah satu tengok kucing jantan dok naik atas kucing betina. kata budak itu dalam hati " buat apakah kalian berdua itu? seperti seronok sahaja perbuatan itu." he.he.he.. sudah,sudah,jangan nak mengarut. OK. Aku jadi terkedu seketika, macam mana nak lorek ni? part satu per empat tu tau la lorek satu ja, tapi yang dua ni aku nak tibai cakap pe? takkan dua je nak lorek? (korang tak faham ea dilema aku ni? ok,sila rujuk gambar).
|
tak faham lagi dilema aku? Ok abaikan,sila ke ayat terakhir dan klik nuffnang sebelum kuar,hahaha (cisss!)
|
Ok sebagai guru, aku kena yakin,jangan cakap tak tau.Jadi penyelesaiannya....
" Ha, lorekla. Kira sembilan, lorek sembilan bahagian!!(sama macam mula-mula dia buat yang aku duk kata sambil tunding jari ke otak tu!)." damn..
Serius sengal aku tu aku terasa ada kat otak ibarat plak yang melekat kat gigi.. sebenarnya camna nak terangkan ea? korang tau? hahah korang pun tak tau kan.(ayat nk cover diri aku)
# sebenarnya boleh je nak diterangkan konsep pecahan wajar dan tak wajar tu. bila dah dapat tukaran kepada nombor bercampur 2 1/4 tu, kena la tambah penerangan kepada nombor bulat 2 (dua). nombor bulat yang bukan pecahan mewakili satu entiti yang penuh.contohnya, sebiji kek diwakili 1 (satu), dua biji kek diwakili 2 (dua). sebab kalau pecahan baru lah dipecah-pecahkan , contoh separuh kek= 1/2 kek. jadi dalam kes ni, 1 bulatan mewakili satu entiti, 1= 4/4 so lorek empat bahagian pada bulatan pertama,oleh sebab ada dua entiti penuh,kenala lorek dua bulatan. haa..korang faham tak? (aku yang menulis ni agak lama nak tangkap pe yang aku tulis ni,haha serius sengal!)
|
Ini skema jawapan. |
|
Ini jawapan aku |
Ini plak jawapan aku..huahahaha (gelak bangga) ada gambar roda beskal
siap ngan dynamo (bukan jenama pencuci,tapi alat yang diletak kat
basikal bagi nyala lampu tu, derejah enam korang belaja) dan pizaa.
Korang:
Pizaa? mana?
Aku: tu yang ujung tu..
Korang: Pizza ada panda??? grr..
Aku: rilex, creative is fun! ahhah
Ni jawapan yang dikira nak membodek cikgu kasi bagi bintang banyak-banyak! ala dulu korang pun suka kan kalo cikgu raik (tanda) buku korang lepas tu bagi bintang kan.. makin banyak bintang maka konon-kononnya tanda makin pandai la korang. sampai ada kadang-kadang kita duk tambah sendiri bintang sebab tak mau kalah ngan kawan sampai letak spoloh bintang!! nampak sangat tak logik bintang korang tu!!! hahah (Giler ar flashback lagi.hhahah) Tapi agak-agak la kalo jawapan aku seperti di atas kan berapa bintang yang bakal aku dapat??? ( sampai senyum nakal dan bayangkan bintang lalu nyanyi lagu twinkel khanna,eh silap lagu twinkel-twinkle little star...)
|
Asal la tetiba banyak lak katun aku wat ni? hahah saje je praktis guna paint.jeles tengok kawan aku wat tesis dia guna paint,cantik lak tu, tu yang jeles tu,kalo hasil macam aku ni (tadika style) takda aku nk jeles wei..haha btol tak miss pyqa? hehe |
Moral: Matematik itu indah,jangan bencinya... (aku tak benci matematik la wei!!)
p/s: ada lagi kisah bab matematik ni, tapi perut tak breakfast lagi, nak makan dulu la
p/s lagi: sebenarnya aku dah abes menaip kul 9 tadi lagi,tap disebabkan nak jugak wat kekatun (istilah untuk katun yang banyak,:P) tu, haa kul 11 lebih baru siap,jadi sila abaikan p/s aku yang mula-mula tu.. aku tak breakfast lagi okeyh!!!