Pages

Saturday, June 16, 2012

BULU KAKI KU MALU...



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tajuk entry yang apakah??? Walaupun terasa macam picisan je,tapi aku nak jugak tulis. Engkau apa kisah..wahahah..

Bulu kaki, kat mana nak jumpa bulu kaki ini? (mestilah kat kaki, takkan kat dada, nanti tak la namanya bulu kaki,jadi bulu dada la pulak kan..)

Abang Mamak:  Itu bulu dada juga kasi seksi sama saya tau?
Mr.Zaxx: ergh!! Sempat gak kau nak interfrem ek..nah.. (zergggghh zssszsss- bunyi apakah ini??)
Abang Mamak: Ayoyoyo...banyak dengki juga kamu, apa pasal cukur sama bulu dada saya?? Uwaaa sudah ilang itu seksi maaa...

Mr. Zaxx: Padan muka kau!!! .. ( sambil nyanyi.. nasha hey to nehi...eh ada kena mengena ke?)

Ergh, over la pulak aku ni, tadi kata bulu kaki, ni bulu dada abang mamak lak jadi bahan. Lupakan abang mamak yang kehilangan bulu tu, kita berbalik pada topik kita yang bakal hangat dibincangkan (nada pengerusi majlis rancangan Hujah..:P)

Nah ni dia bulu kaki..( Mr Orang: bulu kaki ke badan monyet ni? ) eh sibuk je..
 
bulu kaki kan nie..errk bukan bulu lain kan,huhu ( risau je gambar dari pakcik google ni terkurang sesuai) haha
 
Sebenarnya, apa yang membuat aku terdetik nak menulis pasal bulu kaki ni bukanlah sebab aku peminat setia encik bulu ( bulu tu je yang jadi peminat aku sebab tu la dia tumbuh merimbun je ni..adess). Tapi alkisahnya..tersebutlah kisahhh haa aaaa aaa (nada syair).dah-dah hentikan karutan ini, bosan dah pembaca nak membaca karut marut kau ni, cepat sambung( hehe sorry ye, terover lagi)..

Pagi itu,aku menolong papa ku (puji la aku rajin,hahah) di kolam ikan kelinya.. tolong pindahkan ikan keli yang saiz dah gedabak- kuat makan tau keli-keli ini.. untuk dijadikan induk persenyawaan.( kira proses nak dapatkan anak la.ala macam kita belajar sains dulu tu.. mak ayah ehem2 dapat anak.gitu la..faham?? apa? Tak faham? Nak demo? Tetttttttttttt makluman,ini bukan blog lucah,hahahah)

So, disebabkan kawasan kolam tu agak lama ye tidak ditumpaskan rumput-rumput liar, makanya aku pun main langgar je la rumput itu, langgar tau,bukan pijak( puji la aku baik) ahha gila pujian betol kau..  apa yang menariknya (bagi aku menarik tapi kalau bagi engaku tak menarik,ada aku kisah? Tetap nak cakap menarik jugak,heheh) ada la sejenis rumput ni yang ada buah kecik-kecik tu, yang kalo kita lalu buah tu melekat kat seluar kita .. ala yang tu.yang tu la. aku pun tak tau nak explain rupa dia macam mana , nama plak aku tak tau..lupa nak tanya tumbuhan tersebut.haha gila,tumbuhan leh bercakap kah? J dan nak tau, buah tu pun melekat la kat aku( memangla dah kau lalu kat dia mesti la melekat,lain la kau terbang ke,konfirm tak melekat..:P) tapi bukan kat seluar tau, dia dengan bangga nya melekat kat bulu-bulu kaki aku yang berimbun tu ( aku pakai short, sebab tu tak lekat kat seluar- moral of the story,tutuplah aurat anda...:)  sekali  tengok kelakar, sekali tengok, comel la plak bila bulu-bulu tu berjaya memerangap buah-buah itu ibarat ikan yang terkena jaring, umpama lalat terkena labah-labah dan seperti Thor terkena penumbuk hulk ( dalam avengers-mesti melekat kat dinding,haha). Aduh pujangga nya la peribahasa segala bagai,hehhe
 
 
bedebush..amik ko thor..:P
 

Tapi bukan sebab perlekatan buah ke bulu kaki itu yang aku nak sangat tulis ni, sebenarnya ada simboliknya,huhu ( simbolik la sgt,:P) tetiba time tu aku tersedar, rupanya aku ni dah besar,in fact dah semakin gedabak dan gemokkkkkkk haha. Bulu kaki merimbun,sah-sah la aku ni bukan lagi budak-budak, tapi jujurnya aku nak war-warkan disini, aku masih lagi terasa macam budak-budak. Aku selalu anggap semua perkara leh jadi gurauan, aku selalu tak serius, selalu ambik mudah sesuatu benda , selalu sambil lewa, ( brapa banyak selalu daaaa) selalu curik-curik ratah ikan yang mama baru siap goreng, selalu stalk fb orang, selalu bersin,selalu main tepuk amai-amai, selalu ketawa sambil mnagis ( eh serius ni tak de kena mngena,hahah) kiranya selalu wat tak kisah la tu, even masa study kat universiti pun macam tu. Some things yang penting (penting la sebab kengkawan lain semua sibuk pasal tu,kau sorang je wat dek ala-ala cool), aku la orang yang last-last amik tahu, bukan maksudnya aku biarkan orang lain uruskan,Cuma aku ni bab nak concern satu pekara tu lambat sangat panasnya. Lagi satu,aku ni selalu nak fun je, enjoy la konon, kadang-kadang tak pun rasa serius nak fikir pasal masa depan..teruk kan?

 Yang ni lagi tak boleh blah, aku serius rasa aku ni muda lagi,ala ibarat budak-budak sekolah tu.. aku kan comel hahah ( bajet muka baby face,padahal masa ikut akak pegi beli baju kat kedai pakaian perempuan pekerja kat situ claim aku ni pakwe akak aku,bila aku gebang cakap umur 19, masing-masing jerit: ee tak nampak 19,macam 30 an je..erkk tua sangat ke muka aku? Coii!!) tapi betol la. Aku selalu nk rasa muda lagi,kalo pegi kedai, mesti nak panggil abang or kakak kat cashier tu,padahal tau dah muka pun nampak baru lepas SPM,siot je aku kan,haha .habisla kalo aku tau korang tua dari aku, even beza setahun, sebulan mahupun sehari, aku akan anggap aku muda sepoloh taun dari korang..hahah kau mampu? Ee gedik..itula perumpamaannya yang menunjukkan aku ni tak sedor diri dan perasan budak-budak lagi.hehe lepas ni kena la aku selalu pandang-pandang hutan amazon kat kaki aku ni, in case kalau aku bajet aku muda lagi,hukhukhuk..   so, bila dah sedor umur tu tua,akan seriusla pemikiran aku ni untuk memikirkan masa depan kan kan kan.. bukan nak fikir enjoy je..huhuhu

Adess aku rasa panjang pulak entry ni.mesti kamu-kamu semua bosan sudah,,hahah ye..okey2. akhir kata, BULU KAKIMU BUKAN BULU KAKIKU,KALAU BULU KAKIMU ITU BULU KAKIKU MESTI BULU ITU BERADA DI KAKIKU BUKAN DIKAKIMU YANG BERBULU ITU...hahahah

p/s: puas menggodek pakcik google.tak ketemu plak gambor artis nampak bulu kaki,haha padan muka tak jumpa..selamat ko dari disaman,hahah

4 si kacak dan si cantik berkata-kata...:

Adylia Qarissa said...

kamo ada bulu kaki ey? ;-)

zaxx said...

hahahah...Adylia,agak2 sy ada tak? hikhihik..:)
naseb baik tanya bulu kaki,kalo bulu lain td,berpeluh nk jawab,hahaha thanks ek adylia lawat blog sy nie..:)

Adylia Qarissa said...

hahahaaa..kalau tak ada bulu kaki tu macam pelik jer...ala2 auuuwww lak kan..harap ada la bulu kaki tu..kehkekekeh

zaxx said...

kikiki.ada2,nk tgk??hehe..ala malu la.huhu