Pages

Wednesday, December 15, 2010

main masak-masak...


aku memang minat memasak..
masak air.hahaha
btol2 nie.hihihih
bile memasak, tak kisah la simple or rumit,
kepuasan tu dtg..
bukan puas yg ehem2.hahah

bila memasak untuk santapan org lain,
kita akan rasa xnk mkan byk pun masakan tu,,
melainkan betol2 lapar..
sebb kita akan rasa lebih puas bila org suka pe yg kita masak..
bile tgk org makan dngn nikmat
bukan gelojoh tau..hahah
hati pun rase senang..

bile memasak, aku lebih senang kalo time tu aku da mandi..
heheh
jrg la msk tp blum mandi kecuali la mmg dah lapo time tgh malam..
mybe aku tkt bile xmandi, mknan busuk mcm bdan aku kot
hahaha...
but seriously aku akan pastikan mandi dulu...
and mesti berbaju..
hahaha
malu ngan mkanan kot,kakakakaka
lagi satu msa masak, jngan bad mood..
bile masak dlam keadaan stress or terpksa..
semua benda xjadi..
mkanan pun jd xsedap (eh btol2 je aku nie)
heheh
tp aku akan cube hepikan diri time memasak..
baru la bahan2 memasak yg akan jd korban pun hepi hahah
tp perangai buruk aku time masak adalah>>>
jeng2...
kelam kabut..
so bersepah2 la dapur tu..
lg satu sgt liat untuk membasuh ..ahaha
mama la yg slalu jd mgsa kalo aku wat kek..
sorry mama.^.^

tp kebelakangan ni
passion untuk memasak tu makin pudar
(mengaku jelah ko tu makin malas)
hahahaha
padahal skang da byk perlatan n kemudahn
especially new OVEN ..heheh..
so bila da malas,
kurangla resepi baru yg dicipta.hehe
xpe rehat sbentar bersama2 ... tempoyak n smbal petai!!
hhaha wah teringat smabl petai nenek kenduri aritu
mmg meletopz!!
aku yg kurang mkn petai ni pun jd ketagih lak ngan sambal tu,
smpai kan skang pun still ada bau2 petai kat aku..
opps tebocor rahsie.hahah
anyway.. food is my lover!!! ^.^

Monday, December 13, 2010

life at U...



dulu.. masuk universiti adalah impian semua org..
org tau..bukan org utan! hahah
aku pun mmg impikan nak masuk U.
alhamdulillah... syukur ..skang pun da 5 sem kat u..
terasa dah lanjut usia plak..
eh sy muda lg la.. tgk muka ni cute lg,.hahah

dulu masa kt skolah, cikgu ada ckp..
"zul, hidup kt universiti sgtlah menarik dan best! bile da keja,kamu mesti
rindu saat berada kat u"
ooo ea? tol ke cikgu..
huhuhu
bile dah berada kat u awal2nye..
uh biasa je..
mcm kt sekolah je rase..
bezanya cume cra pembljaran la..
xder kelas..
jdual pun berbeza..
n most important,
mula mengenal ASSIGNMENT!!!..
huhhu byk nyer..hahah
but thats the duty!

berbalik kpd life kat u..
aku seriously not feel good at the fisrt..
sem 1 n sem 2 berlalu mcm zaman sekolah2..
padan muka pd diriku..
sebab??
aku sendiri yg xnak crik life yg menghiburkan..
be silence n shy person! <> hahah

tp skarang,....my life is full of happiness
thankls to all my frenz..
kwn gelak,sakit,suka duka n kawan kutuk mengutuk,,
hahahah
love u all
tinggal sisa masa je kat UPC nie,...
so..aku kene hjargai setiap detik masa itu!1 hehe

Friday, November 12, 2010

i'm back!!

salam semua..
hi every body..
lama sungguh x mnerjah blog ni..
sangat lama..haha
selama umur ku..
( ini tipu!!,hahah)
maka xder la entry yg baru ye..
dah lame so byk citer kan..
(ini bohong!haha)
hehe
bukan xmo menulis, tp mmg xmau.haha
( segan nak mengaku malas la tu)
ntah la..bak kta td byk citer nk dikongsi..
tp tngan ini sgt malas untuk menaip

selama menyepi byk sebenarnya perkara yg berlaku...
(yg ni x bohong,hehe)
ttg diri ini, kehidupan, keceriaan, dunia sebenar,
dunia abnormal( pelik???,huhu), alam mistik( wah suspen)
persahabtan, pergaulan dan cinta..
( CInta?? are you kidding?? haha)

sebab tu la kehidupan ni unik..
hidup ibarat pentas lakonan..
kitalah pengarah dan pelakon ..
orang lain sbg penonton..hhuuhu
(sejak bile masuk kelas sastera ni?)

jd arahlah lakonan anda sebaik mungkin!! heheh
supya bakal menang byk anugerah di akhirat nanti!!
heheh


Saturday, September 11, 2010

ceritera syawal ini.. sawan gelak..




di syawal yang mulia ini..
terasa kesyahduan di hati..
raye pertama dengan tugas wajib..
bermaafan dengan keluarga
dan melawat sanak saudara yang terdekat....

second day..
time to hang up with friends..
kuar tengah hari...
pg siapkan cupcakes coklat yg xsempat siap malam td...
hari ni sedara pun dtg..
ingat nak cancel beraya..
tp sedara dah dtg sblum aku beraya..
so dpt la kuar,haha

sesi beraya:
umah ika>>> gelak+ kutuk2+ bahan 0rg..
hahahha
suke2
umah amree>>> gelak lgi + makan kerepek sampai abes

umah pica>> malu2+ gelak2 lagi+ makan laksa yg sedap...

umah paie>>> kerepek lagi+ mengata+ bahan org lagi+ gelak..gelak...gelak...+ mr.bean

umah ayu pipah>>> toilet+ cerek ajaib+ kepek lagi+ gelak 400000x + sengal + gilerrr!!! hahaha

aduh sepanjang hari gelak jer...
tp serius aku dah lame x hang up..really best melayan lawak2 bodooo..
hahaha
hahahah
hahah lagi...

syangnyer reunion esok cancel..
kalo x leh berjangkit swan gelak nie.hahahah

Friday, September 10, 2010

salam aidilfitri ... jom kutip duit raya...




-credit to pak google & kadviral.com-

salam aidilfitri buat semua umat Islam di dunia
semoga syawal yang mulia ini memberi seribu satu berkat dan rahmat
buat anda semua..
dikesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf
atas segala silap dan salah yang dilakukan...
andai tersalah bahasa,
terlanjur kata,
terkasar bicara,
segalanya harap dimaafkan...

sempena bulan baik ini,
saya dengan berbesar hati
nak bagi duit raye
pada blogger yg sudi..
heheh
tp xder la lumyan mana..
lagipun saya study lg,,
xder bajet besar..
hahah

kpd yang berminat, mudah jer caranya..
just tinggalkan ucapan hari raya pada ruangan komen..
jgn lupa tinggalkan sekali link blog anda beserta email untuk dihubungi..
ucapan yg paling kreatif akan mendapat duit raya
bernilai RM10..(sikit jer)..hiiihii
yg berminat silalah sertai ya..
heheh
tarikh tutup:20 september 2010

0

Wednesday, September 8, 2010

tips memilih cermin mata...


salam rindu buat semua...
rindu kat byakugan ( mata putih ) aku yg hilang tu..
la ni nk tgk jauh pakat mngecilkan sambil mengenyit mata..
hahaha
kat semua orang aku senyum..
ye la takut2 org yg kenal,
kata aku sombong lak..
huhuhu
padahal aku x nampak nie..
rabun..heheh
sempena tema cermin mata nie..
aku mencari2 tips memilih cermin mata kat pak google...
saje nak berkongsi ngan anda semua...
ceh padahal berniat nak carik pengganti byakugan aku
hahahha
tgk bajet dulu la yer.hehehe

TIP MEMILIH CERMIN MATA YANG SESUAI

BUKAN semua orang mempunyai penglihatan yang baik. Masalah seperti rabun bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. Di mana-mana sahaja, anda boleh melihat mereka mengenakan cermin mata.

Namun, apabila bercakap tentang cermin mata, bukan semua orang berasa gembira untuk memakainya. Mungkin kerana itu, mereka lebih suka memilih kanta lekap untuk melihat dengan lebih jelas.

Terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita enggan mengenakan cermin mata. Bagi mereka, memakai cermin mata membuatkan wajah mereka seperti seorang yang skema, naif atau tidak menarik. Anda sendiri tahu, bagaimana cermin mata sering dijadikan 'efek helah' untuk 'menghodohkan' wajah sesuatu watak dalam sesebuah drama atau filem.

Namun, mereka sewajarnya mengakui bahawa cermin mata sememangnya praktikal untuk digunakan. Bagi mereka yang hanya memerlukan 'bantuan penglihatan' ketika membaca atau melihat objek yang amat jauh, cermin mata adalah aksesori yang lebih wajar untuk dimiliki kerana ia boleh ditanggal dan dipakai pada bila-bila masa dikehendaki. Jika menggunakan kanta lekap, adalah leceh untuk menanggal dan memakainya berkali-kali dalam sehari.

Tetapi, bukan itu sahaja masalahnya. Sesetengah orang terutamanya lelaki enggan berkaca mata kerana tidak tahu bingkai cermin mata yang bagaimana sesuai untuk mereka. Membuat keputusan ketika memilih cermin mata di kedai optik sering mengambil masa yang begitu lama. Jika tidak ada rakan yang menemani untuk memberikan pandangan, barangkali anda hanya akan pulang dengan tangan kosong.

Sebagai mana gaya rambut, bentuk kepala memainkan peranan penting dalam menentukan bingkai cermin mata yang sesuai dengan anda. Stailo kali ini memberikan panduan kepada para jejaka untuk memilih cermin mata yang sesuai sekali gus tampil segak dan bergaya.



Kepala bulat


Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat seperti Elton John, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih cermin mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.

GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai cermin mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.

Kepala petak

Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai cermin mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh 'melembutkan' sedikit bentuk kepala anda.

Kepala bujur

Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk cermin mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih cermin mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu berpetak.

Kepala segi tiga

Jika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih cermin mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.

Kepala bentuk hati

Jika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk cermin mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.

Selain itu, apa yang perlu diberi perhatian apabila hendak memilih cermin mata ialah jangan sesekali memilih cermin mata yang menutupi kening anda. Pastikan kening anda kelihatan walaupun memakai cermin mata bulat atau empat segi yang besar.

Memandangkan kebanyakan kita di Asia berambut hitam, pilihan warna bingkai cermin mata tidak begitu menjadi hal.

Mengenai rim (bingkai depan) pula, ada sesetengah kita tersepit dalam memilih cermin mata rim penuh atau rim separa atau langsung tidak berim. Tipnya mudah. Lihat berapa kuat kuasa cermin mata anda. Jika lensa cermin mata anda tebal, masakan anda mahu memakai cermin mata yang tidak berim sehingga membuatkan orang boleh melihatnya dan bertanya 'berapa kuasa cermin mata anda?'

Bagaimanapun, Stailo! mendapati trend hari ini memperlihatkan cermin mata berbentuk maskulin dan tradisional lelaki kembali bangkit.

Bingkai horn-rimmed atau jenis aviator dilihat kembali menawan hati para lelaki. Bingkai yang tebal dan besar termasuk pada bahagian temple (bahagian cermin mata yang memanjang di tepi dan menyangkut telinga) menjadi trend tanpa mengira warna.

Cermin mata bingkai plastik agak tebal ala Clark Kent (biasanya berwarna hitam atau coklat) juga meraih perhatian dengan kembalinya gaya retro.

Cermin mata langsung tidak berim pula sesuai untuk jejaka berjiwa manimalis.

-credit to:http://www.jomlayan.com/mybb/tip-memilih-cermin-mata-yang-sesuai-t-19230.html



Friday, September 3, 2010

byakugan? dimana kau???


BYakugan!!!
oh ku masih mencarimu..
dimana??
xjumpa...
ku rindu kamu
wahai mata putihku...

tanpamu aku susah..
terpaksa ku kenyit
kesana
kemari...
uh
semacam org sengal
semua org akan ku senyum
kabur...
tkt terlepas pandang
baik senyum dr muncung..

byakugan...
xlama kau denganku..
ah slah ku
xjga kau dengan betul
waa
sedih
pilu
duka
xmenentu..

aku syang kamu..

# byakugan merujuk kepada cermin mata aku yg tetibe leh plak nak main sorok2 ngan aku..
byk canteek.. hergh..mana la kau ni..
penat aku mencari.....

Monday, August 30, 2010

resepi chocolate pancake : eM@R 2


satu lagi menu yg mudah untuk dibuat
yg ni rekaan saya sendiri
inspirasi mase tgk cheft selebriti..
sesuai untuk minum petang or sbg pencuci mulut coz ianya manis..
heheh
selamat mencuba..

bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu gula
1 sudu teh garam
8 biji kurma
2 biji epal merah
1 biji telur
air suam
sedikit minyak masak

sos:
4 sudu serbuk koko
5 sudu gula
1 cawan susu
air
sedikit tepung jagung

cara-cara:

1. masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula, garam, telur dan air.
kacau sebati.. jika pekat boleh tambah air.. masukkan sedikit hirisan kurma.
2. panaskan kuali dengan sedikit minyak (supaya pancake x lekat).. tuang adunan tepung td ke atas kuali panas.. ( bentuk leper seprti roti canai)
3. angkat bila sudah agak garing..

4 sos: masukkan serbuk koko, gula, susu dan air kedalam periuk, panaskan di
atas api perlahan..
5.masuk sedikit tepung jagung yang telah dilarut dalm sedikit air supaya sos jd pekat..

6. untuk hidangan, potong epal kecil2 dan hiris kecil buah kurma.letak hirisan kurma dan epal atas pancake yang digoreng td.. kemudian tuang sos coklat di atas pancake... sedia
untuk dimakan.


Thursday, August 26, 2010

resepi simple fruit salad : eM@R 1






resepi eM@R (easy meal @ramadhan yg pertama:
resepi ni adalah dari jamil
dier wat time kami buka puasa ala2 western..
so simple.. tp aku sgt suke..
hihii

bahan-bahan:

3 biji epal merah
5 biji epal hijau
1 biji lobak merah
1/4 biji kobis
sedikit serbuklada hitam
mayonis
secubit garam
sedikit gula.

cara-cara:

1. epal dipotong dadu.
2. lobak dan kobis dihiris nipis-nipis
3. campurkan epal,lobak dan kobis serta gaul dengan mayonis
4. tabur sedikit serbuk lada hitam, garam dan gula...
5. gaul sebati dan sedia untuk dimakan.

Easy meal @ RAmadhan Contest....


-sorry, my editing just a simple one..xreti,hehehe-

Ramadhan tiba lagi untuk tahun ini..
semoga barakah dan rahmat dikecapi bersama..
insyaallah..
sempena bulan ramadahn ni,
jom kite berkongsi juadah di bulan yang mulia ini..
dengan suka citanya
saya memperkenalkan easy @ ramadhan..
walaupun puasa tinggal lebih kurang 2 minggu jer lagi..
masa yg tinggal nie kite leh guna untuk berkongsi resepi..

easy @ ramadhan nie adalah satu medan untuk blogger berkongsi resepi
bulan ramadhan yang mudah dan boleh dibuat oleh semua orang..
sesuai dgn konsep easy,
supaya org ramai terutama pelajar boleh mencuba..
sesuai untuk berbuka atau bersahur...

dan dikesempatan ini,
teringin gak saya nak wat contest untuk slot nie..
kpd blogger yg sudi,
join la yer..
ada hadiah,tp tunggu...surprise.heheh..

caranya:

mudah jer.. kpd yg berminat, sila tinggalkan komen pada page ni..
tinggalkan url blog anda di ruangan komen...
then leh antar resepi ( kalo leh beserta gambar menu) ke e-mel saya..
resepi tersebut akan saya post kan di blog ini...
resepi seeloknya diberi bahan dan sukatan serta cara-cara membuat...

pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti resepi,
originaliti,kesesuaian
dan popular.. (makin byk komen blogger lain kat page resepi anda,
makin byk markah bonus diberi..)

tarikh tutup sehingga 20 hb september 2010...
so ader mase lg...
sudi2 la try yer..
my email: zaxx4zul89@gmail.com.



Wednesday, August 25, 2010

Buat salah...


manusia tak pernah lari dari kesilapan...
slalu dengar ayat nie
ayat nak memujuk hati..huhhu
anda pernah wat salah????
aku? of coz...
skang pun...
bile wat salah,
mesti akan rasa bersalah...
tp kali nie rasa bersalah tu sgt2 menghantui...
dalam dilema...
jujur , terus terang...
or
stay in da silence n just let it go... warning for the future..dont do again..
tp adakan ia semudah tu?
TIDAK!!!!!
menyesal...
sgt mnyesal...

terlalu serabut...
xnak dihimpat rase berslah sepanjang hidup..
serius..ni bukan benda kecik..
benda ni akan berkait smpai bile2...

tp aku xder lg kekuatan nak jadi segagah tu..
aku xnak carikkan perasaan org lain..
ttg aku?
aku dah xkisah...
tp tipu la kalau aku xkisah,,
cume harap kesannya tak seteruk yang aku sangka

TIDAAAAKKKK!!!!
ak bergune...
kenapa aku BODOH sgt ketika itu??
sebabkan satu tindakan tu,....
aku mmg xtenteram skang..
dan semestinya bukan sekaranag jer
ingat2...
akhirat tu pasti wahai muhamad zulhelmi...

maaf buat segalanya..
tp maaf saja cukup ker?
arghh... xtau
xtau
xtau
nak wat pe...

Tunjukkan lah jalan kepadaku...


Thursday, August 12, 2010

Resepi: sup bebola daging




menu first sahur bulan puasa nie..
hasil tunjuk ajar jamil
jom try!!!

BAHAN-BAHAN:

satu paket bebola daging (sejuk beku)
satu paket rempah tumis sup tulang
satu paket sup bunjut
dua ulas bawang merah
seulas bawang putih
6 biji cili padi
dua inci halia
3 biji kentang ( dipotong 12)
sebiji lobak merah ( dipotong kecil)
dua sudu teh garam
3 sudu sos tiram
1 1/2 sudu serbuk lada hitam
4 cawan air
2 kiub pati daging
1 kiub pati ayam

CARA-CARA:

1. tumis rempah tumis sup tulang dan sup bunjut sampai naik bau
2. kemudian tumis pula hirisan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. tumis sampai agak garing
3. masukkan kentang dan lobak.goreng bersama
4. kemudian masukkan sos tiram dan air.
5. masukkan kiub ayam dan daging serta serbuk lada hitam.
6. selepas agak mendidih,masukkan bebola daging
7. tambah garam dan jika mahu lebih rasa, boleh tambah sedikit lagi sos tiram.
8. biarkan mendidih untuk beberapa minit
9. sedia dihidang dan dimakan!!! kalau ader bawang goreng dan daun sup,leh ditabur di atasnya. selamat mencuba!!!



kesayuan kenangan itu..

dalam meniti pagi yang syahdu ni,
aku tetiba teringat kengkawan aku
bertuah sgt aku coz dpt kawan yg begitu aku hargai..
persahabatanlah yang mewarnai kehidupan...
sejak lahir hingga sekarang,
jumlah kawan sememangnya terlampau ramai,
cuma aku agak kecewa coz aku jenis yg cepat lost contact
sorry to all my frenz..

sambil melayan homework yg bertimbun nie,
aku sempat buka blog hiliran .blogspot,
mengenang kembali kwanku yg telah pergi wat selamanya,
hanya al-fatihah dan doa yg mampu kami beri..
semoga bersemadi dgn aman
arwah muhamad hambali bin mustafa
walaupun dah beberapa tahun pemergiannmu,
kau tetap di hatiku...

credit to :hiliran.blogspot

Nama: Muhammad Hambali Bin Mustafa
Lahir: 25 August 1989
Meninggal: 6 May 2008 [ jam 11.30 pm]
Sebab: Pendarahan teruk di kepala akibat kemalangan Motorsikal
Tempat: Hospital Selayang Selangor
Usia: 18 Tahun 9 bulan

Dear my friends and surfers,
Let us recite Al-Fatihah for Arwah. Let him rest in Peace in "Alam Barzakh".
Arwah is my nephew, live with us since his mother died in 1997 [ He was 8 years old that time].
I miss him so much, for the last 3 month, never had a chance to meet hi








Bila Aku Sudah Tiada Lirik :-
Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika



Kita mampu hidup selamanya…

Wednesday, August 11, 2010

resepi: dadih coffe choc



thanks to all my friends yg sudi jd tukang rase untuk resepi ni
just first time try wat
kepada yg xsempat merasa tu
ader rezeki aku wat lg...
sudi2 la jd tukang rasa resepi2 aku yer..heheh

RESEPI:
(sukatan bahan disertakan dalam cara-cara membuat)
DADIH:

1. Panaskan 3000 ml air. selepas mendidih masukkan 3 senduk gula pasir ( ikut kemanisan yg disukai). biarkan gula melarut.

2. Selepas beberapa ketika,tambahkan satu tin susu cair. selepas agak mendidih,masukkan pula satu paket dadih segera perasa coklat.

3. kacau dan biarkan mendidih. selepas mendidih, sejukkan sebentar dan bolehlah dituang dalam acuan. sejukkan dalam peti sejuk untuk hasil yang lebih nikmat.huhuu...

SOS COFFE CHOC:

1. Panaskan sedikit susu cair ( ambil dalam satu cawan susu cair dari susu yang dididihkan untuk membuat dadih). tambah dua sudu gula pasir (ikut kemanisan ).

2. Masukkan serbuk koko ( anggaran 4 sudu, kalau nak pekat leh tambah lagi). campur sedikit air ( siki jer kalau pekat sangat). tambah sedikit( satu sudu teh) serbuk kopi.

3. larutkan dua sudu tepung jagung dengan air suam. masukkan larutan tepung jagung ini kedalam campuran sos soklat td.

4. kacau sehingga pekat. jika sos agak cair,leh tambah serbuk koko atau larutan tepung jagung.

5. sos boleh dituang ke atas dadih yang separa beku.

notes: for me dalam beresipi nie, kreativiti xterhad,so jgn tkut untuk cuba modified ikut citarasa kita, mana tau kita leh cipta resepi yg leh jd masterpieces. untuk dadih nie, aku sebenarnya ada gak terfikir bebrapa idea. antaranya, dadih buahan, guna dadih perasa non-milk macam laici, limau n campur buahan segar cam epal, nanas, anggur.. kire macam jeli or puding buah la.. idea lain, dadih lapis, tp ni just cara bekukan jer, wat lapisan dadih setiap lapisan lain perasa.then bekukan peringkat demi peringkat.

Wednesday, August 4, 2010

radio di upsi??? lets try!!!

bersengkang mata nak siapkan report..
ngah layan report
my roomate suggest one channel radio yg baru
called taman u fm
mybe organise by sbahan people..
coz dj tu pun slang sabah..
boleh bah kalau kau.hahah
nice to try n support en...
aku pun try post my song request
tyme aku post nie, still tunggu giliran my song
heheh
hope ade la en lagu yg aku minta tu.heheh

so for all of you why not try..hehhe

nak try click disini

http://tamanyoufm.listen2myradio.com/

Thursday, July 22, 2010

iron chef??? diet or gemok???






lama dah x berblog..
cuti semester,so blog pun bercuti la..
kui..kui..kui..
ckap pasal cuti, uh bile dikenang..
waa i want back my 2 month holiday,...
rase nak cuti lg..coz nak wat mcm2 benda..
cuti jer nama dua bulan tp duk umah tgk tv,makan,,
pastu tgk t balik,..makan plak..
aduish mana la x GEMOK!!!

cuti tu ader la gak menyerang dapur mama..
yeee haaa... maka bersepah la dapur tersebut
dan mama mulai menggunakan teknik feveret..
ya itu dua leter tyme..haha
xder la,mama aku mane suke leter k..
luv u mama..hehe

so dah masuk dapur,mcm la tringin nak wat
nsb baik bajet time cuti xbyk,
so wat mane yg mampuu jer..
tambh2 dah ader pembakar yg baru...hahah
ya jom lihat ...
what;s next recipes???

dikategori mengikut plan asal & hasil:

1. ASAL: tart jem strawbery..... HASIL: tart yang keras mcm kayu dicampur sos coklat melimpah ruah...haha

2. ASAL: pizza.. HASIL: pizza dengan warna kehitaman..wahaha salah guna keju.abes hangus..

3. ASAL: bihun hailam HASIL: bihun goreng versi basah..citt terkurang kuah lak..

4. ASAL: mee soba japanese HASIL: mee sup versi kicap berperisa kuah megi ayam.hahah

5. ASAL: char kuey teow HASIL: kuey teow goreng udang...xreti aku nak wat

6. ASAL; kuey teow kungfu HASIL: kuey teow goreng kicap,kuah perisa ayam

7. ASAL: puding roti HASIL: roti lembik yang manis melampau


hahaha itulah cubaan yang dilakukan... namun,hampa!!!
hahahaha....
tp papepun dah try en...
so nak tak nak makan jer la...hiihihii
nak kongsi resepi, tp wat mase nie xsempat nak menaip..
len kali la kot....
jom jalan2 carik makan
biar kembung perut!!


Tuesday, June 1, 2010

beware... pink colour!!!!






WARNING!!!!
beware of the pink colour!!
ha? pe tu???
bg lelaki mmg la kebyakan nye tak suke pink..
tp apa kene mengenanya?
ha ni nak citer...

tersebutlah kisah dahulu kala...
eh..salah lak..
last week aku g shah alam..
konvo maksu kat uitm shah alam...
sempat la bermalam kat shah alam..
after finish everything kitorang pun nak balik ar...
aku ngan akak aku je ni..
kami cadang nak singgah tanjung malim..
so, dr padang jawa kami naik komuter..

berebut2 nak naik komuter
ramai tol orang..
mybe sebab time tu petang org nak cuti wesak..
so naik la koc tu...
ahahha
yes!!!
dapat tempat duduk...
bagus..bagus..bagus...
then aku perasan something after aku dengar dak pompuan tu ckap..
"eh ada laki gak???"
ha? nape lak?
oh my!!!
nape ramai pompuan ja nie??
then terdengar lagi dialog..
tp ditutur oleh seorang lelaki ngan seorang pompuan..
"how do you know this for women only?"
" i see the sticker over there"
hahahahahahhahahahaha
aku termasuk koc khas untuk wanita..
koc merah jambu..
malu..malu..malu..siooooT!!!!
dpt jer tau aku terus tunduk..senyap jer
akak aku kata xpe, dah tersalah duk jer..
pastu baru la aku ader geng!! ader gak yg masuk koc ni..
yes!! kawaku..kite dah kena beb!
hahahahh
so pada jantan2 di luar sana,,
hati2 ye..
jgn salah masuk..
nanti org cop sebagai " LELAKI MIANG!!!"
hahahah

Saturday, May 15, 2010

MC... Master of ceremony or surat MC?





aku n fifi pas abis tugas...

MC atau dalam bahasa omputehnya Master Ceremony or Mr. Chairperson...
bidang tugas lebih kepada menjadi pengacara majlis...
orang yang terlibat untuk mngendalikan acara sesuatu majlis..
ianya lain sedikit daripada pengacara macam kat TV tu...
tapi dua2 aku suka..
Mc majlis dan jugak pengacara TV..
tp untuk sampai tahap pengacara TV ..
uhuhu..jauh panggang dr api...

Berada kat UPSI ni aku ada gak libatkan diri dalam hal2 pengacraan majlis ni..
tambah2 lagi dalam acara SUKSIS..
hakikatnya aku memang xda pengalaman langsung..hehee
sekadar mencuba,haha..
minat tu yg penting..
bila diimbas kembali..
sepanjang berada di UPSI ada la beberapa event yg aku join..
tp semuanya tu xder la event besar pun..
start dgn first semester, aku jd MC untuk majlis hari raya program wacana..
untuk nie aku leh kategori MC jenis campur...
coz mula2 tu rasmi,then start spontan masa mula persembahan..
berpasangan dengan Rafiah,aku cukup selesa..
tp besala kalo dah spontan nie, idea mengarut la byk keluar..
coment from my lecturer.. kena tau kesemua perkara mengenai majlis,
jgn lupa nama tetamu...coz time tu aku terlupa (xtau sebenarnya) nama suami my lecturer tu..
heheh..sorry puan rohaizah yer..hehe

next.. first sem gak masa majlis penutup latihan intensif kawad kaki..
time ni walaupun just event kecil-kecilan, tp try gak wat the best..
first time berpasangan dengan Sayidah..
she is one of the best MC for me..
waktu ni la aku dpt style aku..
hehe.. idea dr Mdm kursus english aku dulu..
dia kata " use attention grabber to capture audience attention"
tu la yg aku wat.. yg aku dpt fikir, attention grabber yg pling disenangi ialah..HUMOR!!
ya sebab tu aku n Sayidah try fikir apa yg leh wat org ketawa..
thanks to en. KEm..jurulatih kami..
dialah jd bhan kami wt lawak..
byk gaya dia yang kami tiru..hahaha...
dan skrip semuanya spontan coz kami mmg xsempat nak wat skrip..
so pe yg kami leh wat? redahh je ar..
well tu la first time aku n sayidah ditonjolkan dlm SUKSIS...

go to the next event..
sem dua ader ker yer??
oo kalau tak silap masa kursus etika..
yup sekali lagi aku dipasangkan dengan sayidah...
aku memang sgt2 selesa bekerja ngan sayi nie..
dia pun byk idea, n dia mudah terima idea aku..
betul2 xstress bila ngan dier..
pe yg aku suka, kami saling membackup..
ni lagi tugasan MC spontan atas permintaan Puan ROs..
so bila spontan skrip mmg spontan gak..
bila ade yg blurr,yg sorang lagi akan backup..
tu la yg penting bila MC berpasangan..
lagi sekali teknik yg sama kami apply..
try to find any humor sbyak mungkin..
cuma yg mjlis malam ni, coz masa smkin suntuk,
so bila dah time yg hujung2 tu, gimik2 dah xleh wat..kejor masa..hehe..
papepun..enjoy!!!

sem 3..xder rasenye... hehehe
jom ke sem 4 lak..
ha time nie ade peluang jd MC untuk program kolej..
tu pun bidan terjun jer..
thanks to acad n naimah yg sruh aku join...
at least experience tu yg aku nak..
untuk FLOFAF yg mmg aku pilih sendiri adalah untuk MC pertandingan dikir barat..
berpasangan dengan acad..
acad bukan calang2 orang tau..
dia gak antara MC the best selain sayidah..
Mc kali ni..ya jenis Spontan lagi..
untuk MC nie merasa la pakai baju sponsor.hahah
time nie aku mmg sgt gugup..
acad la yg tenangkan aku..
respect kat dier..
dier begitu tenang...
oleh sebab aku sgt2 nervous, mula la aku bertutur laju,
macam train memecut..haha
sorry naimah..
papepun really a good experience for me..
thanks naimah selaku Protokol masa tu..

baju sponsor...hahah

lagi satu untuk pertandingan nasyid..
yg ni betul2 bidan terjun..
ikut jadual bukan aku yg jd pengacara..
n aku rehearsal pun last minit..
aku kan ada latihan kawad siang tu..
pas balik naimah call..
giler ar bergegas nak tgk skrip semua..
pasangan aku..FIFI..
seb baik naimah kata dah ada skrip, cume ubah2 ikut kesesuaian..
kalau ada skrip mknenye Mc formal la kot..
No.. separa formal.. NAimah nak ala- ala dikir barat hari tu,
tp skit lebih formal..
hmm..camne fifi?
haha bantai jer ar..
last2 masa kejadian..trus bertukar macam formal..
ni la akibat bergantung pada teks.hiihi
well, so sorry..
tp mlm tu aku suka sgt..coz ada Azzam idola kecil wat persembahan..
hahah leh kasi Ima jeles nie.
tapi pe yg aku agak kesal malam tu ialah tindakan aku ni..
ada masalah teknikal masa azzam..
so mmg senggang masa tu ada byk..
kalau ikutkan secara professionalnya, sbg MC aku leh la cover..
wat2 interview azzam ke.. pape je la supaya xnampak kosong...
but aku x wat.mmg nyesal pastu..huuu..
tp mcm aku ckp td semuanya pengalaman dan pengjaran kpd aku..

Azzam di flofaf ( taken from Farisazmi blogspot)

rasenye xder dah kot yg aku join..
coz kbyakan event untuk suksis aku terlibat belakang tabir..
untuk Event baru ni jd Setiausaha n SM (stage manager)
but i am a bad SM.hahah
bg event lain2 just MC xformal untuk mjlis kecilan cam majlis besday..
kat sekolah sebenarnya ada gak terlibat ngan Mc..
cthya masa seminar, MC perhimpunan of coz la..
pengawas..xleh lari jd MC perhimpunan.hihi
secara keseluruhan,aku mmg minat terlibat dgn bidang ni..
mencabar minda dan mental..
bak kata acad, MC la antara penentu majlis berjaya ke tak..
kalau MC xdapt handle majlis dgn baik.
so ada kecacatn majlis tu..

aku sgt2 gembira berada bersama MC berbakat terutama yg ada dlm suksis,
byk yg aku dpt belajar..
dlm suksis ni.. bebrapa nama yg aku leh sebut sbg MC berwibawa..
Sayidah dan Acad sgt fleksible dan versetaile..
dua2 format spontan n formal boleh diorang bawak..
Faris sgt2 cocok bila jd MC spontan..
coz dia mmg pandai berhumor..
untuk MC Formal stakat ni yg mendominasi semstinya senior azila or kak cik..
bakat sbg MC formal mmg xleh dipertikai..
selain nada suara n tona yng mmg kene untuk majlis formal,
kak cik pandai kwal mjlis..'
sbb tu la masa majlis kwad komaden bersama naib canselor baru2 ni kak cik dipuji..
aku respect sama kak cik! heheh
senior armadi pun antara MC yg terbaik.. he's fleksible too.
nama2 lain..senior asmira n senior basiro
nama lain bg yg bukan suksis..emm..
aku kagum ngan faris jasmi..dia sesuai ngat untuk spontn n rasmi..
jd dj lg sesuai..
suara dia yg garau n macho sgt2 sesuai sbg MC.. jeles2.haha

tp sekarang situasi kami dlm suksis memang nak kan ramai lagi yang boleh terlibat jd MC..
so atas dasar keterbukaan, ada gak pelapis2 baru yg bg aku mmg boleh diketengahkan..
antaranya Asmad, Zulfadli, Yan, kak Effa, Naimah, Kak Huda n junior2 yg pergi audition MC
yg kami adakan.
aku berkesempatan untuk jd salah seorang panel audition tu ditemani sayidah n acad..
wah gembira aku diberi peluang ni..
seriously aku bukan nya terbaik pun untuk audition org..
aku masih dalam pembelajaran...
so time tu aku leh bagi komen secara overall jer ar.
dr segi teknikal biar la otai2 yg bagi komen.heheh
tp kak cik xdpt hadir malam tu..
ha kat audition ni mmg hampir kesemua yg hadir berbakat..
smpaikan aku leh kata ada yg lebih baik dr aku..huuhu
antara yg hadir malam tu.. efasha, shakirah, robihah, ummi,hadi,faris,naimah,yan..
aku sgt berpuas hati dan lega coz ada pelapis yg akan
menggantikan kak cik, sayidah, acad dan MC senior yg lain...
setkat nie yg dah kami tonjolkan untuk event ialah efasha, robihah n ummi..
untuk Ramah mesra HEP n jalinan mesra baru2 ni..
well diorang mmg xmenghampakan.. Good Job Girl!!!


dah byak celoteh pasal rentetan aku sbg MC..
mmg satu pengalaman yg sgt menhiburkan n aku enjoy sgt2..
ada bebrapa perkara berdasarkan pendapat peribadi aku ttg MC ni..
khususnya Mc majlis la..
1. menjadi seorang MC memrlukan satu kemahiran komunikasi dan pertuturan yang baik..

2. MC yang baik adalah yg dapat menarik audiens untuk terus lekat mendengar setiap bait kata-katanya..

3. MC perlu sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tak dijangka sepanjang majlis.
jgn panik bila perkara tersebut berlaku,sebaliknya perlulah dengan segera mencari idea dan penyelesaian untuk mengatasi dan meng'cover' keadaan tersebut.

4. seorang MC perlu pandai mempelbagaikan nada dan tona suara mengikut kesesuaian teks dan keadaan. contohnya, bg perkara yang penting, perlu ditekankan (stress) dr segi nada supaya audiens tahu itu sesuatu yg mereka perlu ambil perhatian.

5. Bagi MC spontan, Mc perlu bijak mengeluarkan idea yang sesuai mengikut keadaan. cuba sedaya upaya menarik perhatian audiens kerana MC spontan tidak terikat secara keseluruhan dengan teks.

6. Bagi MC formal, variety dan kepelbagaian nada dan tona sgt penting.. protokol juga perlu dititikberatkan.. salutasi majlis perlu betul supaya tidak menyinggung mana2 tetamu terutamanya tetamu VVIP...

7. penggunaan perkataan perlulah tepat dan sesuai.sedaya upaya mengelak menggunakan bahasa harian.contohnya 'korang' sebaiknya diganti dengan 'anda', 'kalian' atau 'hadirin'.. perbanyakkan perbendaharaan kata supaya apabila blurr, perkataan yang kita tak dapat ingat pada waktu itu dapat diganti dengan perktaan yang lain..

8. cuba sedaya upaya hilangkan perasaan gugup kerana kadang-kadang ia boleh mencacatkan tutur kata dan boleh menyebabkan lupa.
9.rehearsal dan latihan amat penting... tidak salah sekiranya berckap seorang diri dihadapan sermin.. bukan gila,tp berlatih

10. bagi MC berpasangan,keserasian amat penting. berlatih berpasangn juga sangat membantu.. jika baru pertama kali berjumpa atau mengenali pasangan, ambil masa untuk berbual dan bersembang untuk ambil mood supaya serasi bersama..

11. Be fleksible..bykakan study..try observe style or cara MC lain..