Pages

Wednesday, August 11, 2010

resepi: dadih coffe choc



thanks to all my friends yg sudi jd tukang rase untuk resepi ni
just first time try wat
kepada yg xsempat merasa tu
ader rezeki aku wat lg...
sudi2 la jd tukang rasa resepi2 aku yer..heheh

RESEPI:
(sukatan bahan disertakan dalam cara-cara membuat)
DADIH:

1. Panaskan 3000 ml air. selepas mendidih masukkan 3 senduk gula pasir ( ikut kemanisan yg disukai). biarkan gula melarut.

2. Selepas beberapa ketika,tambahkan satu tin susu cair. selepas agak mendidih,masukkan pula satu paket dadih segera perasa coklat.

3. kacau dan biarkan mendidih. selepas mendidih, sejukkan sebentar dan bolehlah dituang dalam acuan. sejukkan dalam peti sejuk untuk hasil yang lebih nikmat.huhuu...

SOS COFFE CHOC:

1. Panaskan sedikit susu cair ( ambil dalam satu cawan susu cair dari susu yang dididihkan untuk membuat dadih). tambah dua sudu gula pasir (ikut kemanisan ).

2. Masukkan serbuk koko ( anggaran 4 sudu, kalau nak pekat leh tambah lagi). campur sedikit air ( siki jer kalau pekat sangat). tambah sedikit( satu sudu teh) serbuk kopi.

3. larutkan dua sudu tepung jagung dengan air suam. masukkan larutan tepung jagung ini kedalam campuran sos soklat td.

4. kacau sehingga pekat. jika sos agak cair,leh tambah serbuk koko atau larutan tepung jagung.

5. sos boleh dituang ke atas dadih yang separa beku.

notes: for me dalam beresipi nie, kreativiti xterhad,so jgn tkut untuk cuba modified ikut citarasa kita, mana tau kita leh cipta resepi yg leh jd masterpieces. untuk dadih nie, aku sebenarnya ada gak terfikir bebrapa idea. antaranya, dadih buahan, guna dadih perasa non-milk macam laici, limau n campur buahan segar cam epal, nanas, anggur.. kire macam jeli or puding buah la.. idea lain, dadih lapis, tp ni just cara bekukan jer, wat lapisan dadih setiap lapisan lain perasa.then bekukan peringkat demi peringkat.

0 si kacak dan si cantik berkata-kata...: