Pages

Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Monday, May 28, 2012

RESEPI: refreshing fruit medley

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Salam Isnin. bagi yang bekerja tu teruskan la bekerja dalam keadaan yang baik ye, jangan stress.. tak elok untuk kesihatan. bagi Mr.Zaxx yang sememangnya seorang pengaggur semestinya la tak bekerja kan,hehe.. hari ni nak berkongsi dengan anda satu resepi ringkas yang boleh anda cuba. Rasanya lama jugak Mr.Zaxx tak buat entry resepi..so kali ni sempena bahang masterchef malaysia,terimalah resepi ringkas dari Mr.Zaxx..Tada.. :)

BAHAN-BAHAN:

1.buah buahan kesukaan (mr zaxx guna buah epal hijau n merah, tembikai,laici,nanas,sengkuang cina dan pelam, nak senang beli je koktail buah yang dalam tin tu..:))
2. nata de coco ( mr.zaxx guna yang berperisa laici)
3. air sprite
4. ais

CARA-CARA:

1. Potong dadu semua buah-buahan tadi( kalau yang dalam tin biasanya dah siap potong..)
2. masukkan buah-buahan kedalam bekas kesukaan. tambah nata de coco dan sedikit air nya. 
3. kemudian tambah air sprite dan letakkan ais. kalau nak lagi sedap, masukkan air laici dalam tin tu..:)
4. langkah empat ni sangatlah mudah.. bukak mulut dan... ngap la..heheh

selamat mencuba..:)



Monday, August 30, 2010

resepi chocolate pancake : eM@R 2


satu lagi menu yg mudah untuk dibuat
yg ni rekaan saya sendiri
inspirasi mase tgk cheft selebriti..
sesuai untuk minum petang or sbg pencuci mulut coz ianya manis..
heheh
selamat mencuba..

bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu gula
1 sudu teh garam
8 biji kurma
2 biji epal merah
1 biji telur
air suam
sedikit minyak masak

sos:
4 sudu serbuk koko
5 sudu gula
1 cawan susu
air
sedikit tepung jagung

cara-cara:

1. masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula, garam, telur dan air.
kacau sebati.. jika pekat boleh tambah air.. masukkan sedikit hirisan kurma.
2. panaskan kuali dengan sedikit minyak (supaya pancake x lekat).. tuang adunan tepung td ke atas kuali panas.. ( bentuk leper seprti roti canai)
3. angkat bila sudah agak garing..

4 sos: masukkan serbuk koko, gula, susu dan air kedalam periuk, panaskan di
atas api perlahan..
5.masuk sedikit tepung jagung yang telah dilarut dalm sedikit air supaya sos jd pekat..

6. untuk hidangan, potong epal kecil2 dan hiris kecil buah kurma.letak hirisan kurma dan epal atas pancake yang digoreng td.. kemudian tuang sos coklat di atas pancake... sedia
untuk dimakan.


Wednesday, August 11, 2010

resepi: dadih coffe choc



thanks to all my friends yg sudi jd tukang rase untuk resepi ni
just first time try wat
kepada yg xsempat merasa tu
ader rezeki aku wat lg...
sudi2 la jd tukang rasa resepi2 aku yer..heheh

RESEPI:
(sukatan bahan disertakan dalam cara-cara membuat)
DADIH:

1. Panaskan 3000 ml air. selepas mendidih masukkan 3 senduk gula pasir ( ikut kemanisan yg disukai). biarkan gula melarut.

2. Selepas beberapa ketika,tambahkan satu tin susu cair. selepas agak mendidih,masukkan pula satu paket dadih segera perasa coklat.

3. kacau dan biarkan mendidih. selepas mendidih, sejukkan sebentar dan bolehlah dituang dalam acuan. sejukkan dalam peti sejuk untuk hasil yang lebih nikmat.huhuu...

SOS COFFE CHOC:

1. Panaskan sedikit susu cair ( ambil dalam satu cawan susu cair dari susu yang dididihkan untuk membuat dadih). tambah dua sudu gula pasir (ikut kemanisan ).

2. Masukkan serbuk koko ( anggaran 4 sudu, kalau nak pekat leh tambah lagi). campur sedikit air ( siki jer kalau pekat sangat). tambah sedikit( satu sudu teh) serbuk kopi.

3. larutkan dua sudu tepung jagung dengan air suam. masukkan larutan tepung jagung ini kedalam campuran sos soklat td.

4. kacau sehingga pekat. jika sos agak cair,leh tambah serbuk koko atau larutan tepung jagung.

5. sos boleh dituang ke atas dadih yang separa beku.

notes: for me dalam beresipi nie, kreativiti xterhad,so jgn tkut untuk cuba modified ikut citarasa kita, mana tau kita leh cipta resepi yg leh jd masterpieces. untuk dadih nie, aku sebenarnya ada gak terfikir bebrapa idea. antaranya, dadih buahan, guna dadih perasa non-milk macam laici, limau n campur buahan segar cam epal, nanas, anggur.. kire macam jeli or puding buah la.. idea lain, dadih lapis, tp ni just cara bekukan jer, wat lapisan dadih setiap lapisan lain perasa.then bekukan peringkat demi peringkat.