Pages

Showing posts with label Korn. Show all posts
Showing posts with label Korn. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Harta Karun Itu Al-BurBur Yang Punya... ("Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com")


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Tersebutlah kisah.... eh bukan tersebut je, terdengar, terhidu, terlihat, dan segala macam ter yang berkaitan dengan pancainderalah... ada seorang pemuda yang tingaal sebatang kera.. eh silap lagi, maksudnya kara, sebatang kara.. sebatang kera tu lain pulak maksudnya nanti... ye tak..
Arakian nama pemuda yang kurang sikit je kemachoan dia dari Amar Asyraf ini bernama Al-BurBur. Mungkin ibu bapanya suka makan bubur, tu nama anak pun tak ngalah, nak ikut peberet gak.. unik...

Walaupun miskin, Al BurBur tidak kesunyian, kerana pepijat kesayangannya bernama Pelangkung (konon nak tiru Plankton dalam Spongebob la) ada senantiasa. Nak harapkan Cha Cha Maembong temankan? Jangan harap... nak kena lambung, silakan.. 

Satu hari, Al BurBur dan Pelangkung pergi ke hutan untuk mencarik cacing kerawit buat umpan ikan dugong yang akan ditangkap esok. Sedang asyik mengorek lobang idung tanah, tiba-tiba Al- BurBur tersentap mak nyah, kerana batang paip tandas awam yang digunakan untuk mengorek terkena sesuatu... Lantas diambil barang yang entah pejadahnya itu lalu di belek-belek... Dalam hati ada tamannya seraya berkata: "Apakah ini?? Ada tulisan... I.P.A.D!!" Apoko bondo ea jang??" 

******

"Barangsiapa yang dapat ketemu Neelopa.. eh silap, dapat ketemu harta paling bernilai untuk muzium beta, maka dia akan Beta kurniakan darjah kebesaran paling tinggi dan Beta kahwinkan dengan puteri Beta"

Al BurBr tersentap dari lamunan terhentinya.. Titah Sultan Ul Junju pagi tadi masih menjadi igauannya ibarat fenomena Gangnam blas stye kegilaan anak muda masa kini... " Aku mesti mencuba!!" Bisik hatinya sambil tangan terus tetap setia melombong telinga Pelangkung.

Masa yang ditunggu telah tiba. Al Burbur dengan konpident tahap suria baja hitam melangkah ke istana.. Dia yakin berjaya menambat hati Sultan Ul Junju dengan barang yang dijumpainya dulu.. Masakan tidak, dia sendiri saja tertarik dengan benda itu, sampaikan tergelak sakan tanpa henti dengan kelajuan 180km/saat selama dua puluh malam purnama. Baginya, benda itu amat menarik haitnya yang lara. Tambahan pula, dia telah mencuba bereksperimen ke atas beberapa orang.  Mak Midah, bersalin dengan lancar selepas ditunjukkan benda tu, siap baby tu tumpang gelak lagi. Tu ha Pak Jemut umur 80 tahun yang takut nak berkhatan, terus berani sampai mintak khatan kali kedua, pun selepas dia menunjukkan barang yang dijumpainya itu.. Istimewa bukan??

*******

Di istana...

Tiba giliran Al BurBur...

"Ini harta sangat istimewa.. Kandungan nya cukup menggeletek seluruh inci siapa yang melihatnya.. Info? sudah tentu ada... Yang penting, gaya bahasanya yang indah, tapi bukan melara cuma sempoi, santai hendaknya... Menyesal? Apakah itu? Tiada perkataan menyesal jika kalian menatapnya.. Sungguh, ini benar belaka... ditambah dengan kemesraan siperekanya, siapa yang tidak tertawan? rupanya, tajuknya, ceritanya...."

Belum sempat dihabiskan ayat, Sultan Ul Junju merampas barang itu dari Al BurBur.
"Beta tidak percaya!!" sambil terus melihat barang itu..
Baru sesaat kau datang sahaja Sang Sultan sudah terpana, disulami gelak ketawa sambil guling guling...

"Ternyata kau benar!! Layoutnya yang hitam penuh misteri, dengan susunan widget yang kemas, dan paling beta suka ialah isinya. Lain dari yang lain.. sengal, memang sengal! hahaha..tapi satu je komplen beta..... UPDATE selalu, beta tak sabar nak baca lagi dan lagi..hahahah kau menang!! inilah harta muzium beta yang baru..nah puteri Dinding AlleyYez beta!" sambil menolak puterinya tanpa memandang kerana mata asyik ke harta barunya...

Maka hiduplah Al BurBur dengan happily eber after noon... Puteri dapat, jadi kaya pun dia dapat..  Hanya dengan harta yang unik ini.. Dengannya, hidup pasti bahgia.. APAKAH.. destinasi pilihan anda..

hyper contest ada apa dengan blog MK Syahir
Harta itu.eh? jadah pe Apakah leh baca dari Youtube,hahah



P/s: Aku menaip selaju mungkin coz takut tak sempat join,hhuhuhu last 25 Jan kan.hehe harap2 sempat. Maap bro MK Syahir, baru berkesempatan join..:)
entry ini adalah untuk segmen Hyper Contest Ada Apa Dengan Blog MK Syahir anjuran blogger retis ni..:) Jom yang lain join, harap dateline dilanjutkan..:) Nak join , geletek banner kat bawah ni..:)


hyper contest MK syahir.com
Geletek ini banner punya...

"Hyper Contest - Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com" ini telah disponsor oleh blogger-blogger awesome broframestone.comhyebro.combabyaimacomel.blogspot.commizruha.comarjunapopkorn.blogspot.comzestpurple.blogspot.comfuh.mywww.yanty.mybelognanabyte.blogspot.comdenaihati.comkhaiartzfar.blogspot.comciktom.comphat.myqueachmad.com dan di adili oleh benashaari.com dan mksyahir.com


Saturday, October 6, 2012

"Kenapa aku terjebak dengan semua ini???? ".... " SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ? "

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Kenapa??? Mengapa??? Satu persoalan yang tinggal tanda tanya.. Oh adakah ini satu penyesalan???? (ayat nak vouge je, kunun2 baru lepas dicabuli la..coi!! hahaha) OK, tak mau mengarut lebih-lebih. Korang baca la sendiri flash back ni... 



Disuatu malam yang sunyi, aku tidak keruan... nafsu ku membuak-buak. "Tidak! Aku mesti memuaskan nafsuku!!!" Lalu dengan penuh ghairah dan gelojoh, jari jemariku memainkan peranan. Satu persatu diraba-raba,ditekan-tekan.. argh.sungguh nikmat rupanya.. Mengapa aku tidak lakukannya dari dulu lagi? Sedikit penyesalan timbul. Biarkan lah, sudah nasibku begini. Lalu aku teruskan perbuatanku tadi.. asyik..memang asyik... akhirnya, apa yang aku mahukan aku dapat.. Nah... terhasillah---> Hajimemashite..

OK maaf tadi tu bukan cerita ehem-ehem ye..hikhkhik sekadar memori di kala mula-mula aku berjinak-jinak dengan dunia blogging.. Actually, aku hasilkan Zaxx In da House ni hanya lah sekadar satu tempat untuk aku berceloteh,luahkan perasaan.. Sebab tu la mula-mula tu aku tak expose pun entry, sekadar buat tatapan sendiri dan beberapa orang kawan yang tau link blog ni... Konon-konon pemalu la,:) Masa tu tau sikit-sikit ilmu berblogging ni pun dari satu kelas subjek teknologi masa semester ketiga. 

Tapi lama kelamaan, aku mula expose sikit-sikit entry sampaila sekarang. dengan niat dapat berkongsi apa yang aku ada ( kecuali duit,hahah) . dan yang palingg penting dapat ramai kawan blogger yang sporting morting. Aku dah berblog beberapa tahun dah, cuma baru-baru ni je agak aktif, so dapatlah kenal ngan geng yang memang CAMBEST!! Thumbs up!.. Kadang-kadang blogging gak leh jadi tempat kita nak tanya pendapat, dapatkan info dan juga tutorial ( jenguk SINI---> LYSSA  FAIZUREEN..promote,bukan bodek,hahah)  orang kata, blogging leh wat duit.. tapi bagi aku duit bukanla motif utama aku berblogging..huhuhu.. ye la.. nuffnang pun dah dekat 4 tahun just rm13.++ je hahahah... ok fine bukan menagih simpati.ahaks..:P

Banyak jenis blog aku suka baca.. jenis personal, humor, informasi, tutorial, resepi, keagamaan dan banyak lagi la.. tambah-tambah kalo blog tu ada lukisan kiut miut.. just suit my eyes..:) Kalau nak cakap pasal blogger kesukaan memang ramai Lyssa semsetinya one of them ..( cubaan bodek lagi ke ni? haha) eh! jujur la..heheh tengok, kat blog zaxx ada lagi cctv yang zaxx belajar dari blog Cik Lysaa..ngee.. 

Ok, selain tu aku gak teruja bila baca blog blogger retis cik Fatin Liyana. entry santai memang mesra pembaca.. satu lagi blog legend bagi aku adalah blog Realiti KOnspirasi by Zack Zuhairi. Entry masyuk dengan flash back yang kebanyakan kena ngan zaman aku, ditambah ngan drawing yang gempak seyh..heheh Then, blogger lain cam MK Syahir, Selendang Merah, Dilla, Hairy, Edy,Korn, Pari- Pari Putih , Boni dan lain-lain ( oh ramai lagi aku admire sebenarnya..:)), semua blogger ni jadi inspirasi aku untuk terus berblogging.. they are awesome, penulisan yang best sentiasa..:) 


bercakap tentang blog aku ni, actually bagi aku zaxx in da house just blog personal yang biasa-biasa, tapi aku ikhlas menulis untuk berkongsi ngan anda semua. Harap teruskan menyokong zaxx ..:) really appreciate semua follower, readers dan kenalan blogger yang really sporting..muah muah untuk kamu semua..:)

P/s: teringat lagi tagline " writing is about sharing..:) " Hope pasni dapat terus berblogging walaupun jarang-jarang update..:( kepada yang nak join segmen ni ,just klik pada banner tu..:) CIk Lyssa ,maaf tajuk segmen diolah sikit,heheh harap cik Lyssa tak babab saya..:) ngeee...






Thursday, September 6, 2012

Tahniah, kerjaya baru awak senang je.. terjah menerjah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

*Bukan sekadar gambar hiasan.

Setelah bersusah payah mengisi borang kerja hari tu.. akhirnya berjaya jugak mengepos borang itu  dengan kapasiti setem 10sen lima belas keping yang ditampal dengan susunan bentuk love..eh? sweet kan...alamak lupa nak suruh korang semak..leh tengok borang tu kat SINI. :)

Tadi pagi , inbox email tetiba penuh.. satu persatu  aku belek tajuk email dari atas sampailah bawah... 

"Respon permohonan menternak tapir untuk bekalan susu  ".. uh yang ni nanti la bukak.. aku scroll lagi ke bawah... 

" Laling, kita dah dapat anak baru!!! Comel, macam maknya, Si Comot!" ah, kucing je pun, later!! 

Skroll lagi, ternampak satu iklan mencuit cecelah hempedu sipi-sipi nak terkena pankreas... " Contest Jom Rebut Peluang Mandi Bersama Neelopa Punya Itik! Citt aku baru excited nak klik, baca betol-betol rupanya itik je, Cancel... 

Tiba-tiba mata aku terperosok kat satu tajuk email ni... " Permohonan kerja anda berjaya!"

Dengan sepantas kura-kura aku mengelik tajuk email tu..(* kura-kura ni pantas ke ?) Teruja nak membacanya sampaikan aku tersedak serbuk biskut yg aku sedut perlahan-lahan tadi..biasala penganggur, bab makan kena la berjimat... makan pun serbuk biskut je..:( Dengan penuh hati-hati umpama menantang minyak yang penuh... (kenapa mesti minyak je yang ditatang..aku nak tukar leh?) Dengan berhati-hati umpama menatang air nescafe yang penuh, aku pun membaca satu persatu dengan kuat isi intipati email itu sambil mengikut rentak lagu Gangnam Style... 

"Tahniah, anda berjaya menjadi sebahagian daripada geng cambest kami, Tak perlu bersusah payah, tak perlu kira bulu hidung kambing Zul De alexis, Tak perlu nak menggerudi inul depan Mas Idayu, apatah lagi nak mejuihkan bibir agar mirip Exora Ecah (sepupu Izara Aishah), tak perlu semua tu.. anda hanya perlu lakukan aktiviti terjah menerjah!! Nah, tugas pertama anda bersama rakan sekerja yang kacak ibarat Aaron Ajis dan si cantik manis persis Salina Gomen. Tugasan: Menerjah gosip skandal Korn El. Jr dengan Neelopa walaupun dah berkasih-kasihan dengan Gadis rama-rama..."

Uh!. Ini rupanya kerja aku.. Ah,dah toksah memilih sangat.aku rembat je la.. terjah pun terjah la labu oi... Dah,aku nak pi salun ni..Nak wat rambut ketak-ketak macam Abg Nas Melodi... Amik feel la katakan..Zasss.. Terjah sama dia!!!

P/s: entry ini sempena  Segmen : " Hanif Idrus Segmen Menerjah" .jom join..sila klik banner kt atas tu atau klik link kat bawah ni...


Sunday, August 5, 2012

Segmen Raya Sakan : Teka Juadah Raya!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


"Bila sebut pasal raya, Semua ingat Hari Raya.Tapi jangan pulak kita lupa, Ada seribu satu kata Berkait dengan raya, Selain Hari Raya.Tak kira apa bangsa Orang melayu orang cina, Orang putih atau orang india,
Orang timur orang barat Di seluruh dunia Ada hari raya. "

"Kalau banyak harta benda, Orang itu kaya raya. Kalau tempat lalu kereta, Itulah jalanraya. Hentian bas ibu kota ,Itu di Puduraya, Di tengah bandaraya. "
 
"Kalau banyak jalanraya,Dipanggil lebuhraya. Bunga lambang negara, Namanya bunga raya.Tukang menyelenggara Mengawas harta-benda ,Jabatan Kerja Raya"

"Gembira kita di hari raya. Makan kenduri di balairaya.Kalau kita malas nak puasa. Kita sama macam hantu raya"

"Selamat hari raya
Selamatlah beraya"

Bunyi alarm handset itu  menyentakkan aku dari terus bermimpi berasamara dana dengan Neelopa, aweks Korn sambil berpegangan telinga masing-masing... (Oh yang panjang-panjang kat atas tu lirik lagu alarm ker? Ngape? Korang ingat tu tulisan aku ea? Mohon ampun, aku tak kreatif camtu,hahah Makluman, itu adalah lirik lagu Raya dari Jalil Hamid.. Ape, ingat dia pandai nyanyi lagu ayam je ke?)

Ok sambung. Jam dah menunjukkan pukul 6. Aku masih lagi tersadai kat atas katil ibarat ikan disalai atas bara.. BARA ok..sila jangan buang huruf A disitu.. Sedar tak sedar, dah 5hb Ogos.. cepat masa berlalu.. Eh harini besday Korn la.. Camat yer bro...

Setelah agak hilang mamai dibuai keasyikan mimpi bersama Neelopa tercayang, aku sekali lagi tersentak.. Au cak,sayang mama, berdiri!! Eh? (lagu pampers)... 5 hb Ogos gak tarikh monopose expired komplot 3 orang makhluk asing berikut:


Klik banner untuk join..



So apa kena buat? Senang je..korang tak yah wat apa-apa! Cuma tekan tanda pangkah kat atas belah kanan skrin korang..Ala, dalam petak merah tu.. ( Ok aku tipu!! Ke ada korang yang buat? :P) 
Nah, sbenarnya korang kena  teka gambar di bawah ni adalah gambar juadah raya apa? Klu: berinti...

kejadah apakah ini? aku blurr..huhuhu


Mula-mula aku rasa nak jawab macarron with strawberry filling, takpun vanilla shortbread with mango sorbet atau berries pavlova.. Eh tak ngalah , nak makanan omputeh gak .. Gedik..hahaah  Tapi kitakan rakyat Malaysia, so aku bangga nak jawab teka teki ni dengan meletak jawapan------->
Kuih Dadar Gulung berinti..

p/s: weyh,aku tak tau jawapan dia sebenarnya..jadi aku main hentam letak entah pe ke nama tah ni,hahah bak kata pepatah peperiksaan, jangan la ditinggal kosong ruang jawapan, paling tidak, dapat markah kesian ye tak,ahhaahah .Selamat hari Raya.. Kepada yang sudi memberi kad raya tu (or ada yang dipaksa aku,hahah)  thanks a lots..  Terasa kenangan kad raya dulu- dulu,,Leh la pasni nak main gantung kad raya kat dinding..:)



Friday, July 13, 2012

" 1st Giveaway by jaakechik corner "

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Mulai sekarang nama aku ZEX ZAIDI!!! (Hah, tetibe je...)
nama ni ditag oleh en.Korn..:)

Aku seorang budak yang tak berapa nak budak
Sejak dari dulu lagi aku susah nak menang hadiah..
Bukan tak berbakat, mungkin ke"suey"an itu tinggi!! Hoi coi!!
Kau tengok aku golek bola nak masuk dalam lubang masa kat funfair itu hari..
Huh! bukan je kelaut, keangkasa mungkin lepasnya..
Itu belum lagi yang kau tengok masa aku masuk pertandingan mewarna dulu-dulu..
Lagi la hampeh.. Sekarang baru aku faham kenapa kau meluahkan kata-kata keramat itu...
"Engkau ingat kau kreatif la kaler ayam warna biru!!!"
Ok aku tau, aku salah..tapi jangan la kata aku buta warna, mungkin waktu tu buta dunia,kecik lagi katakan..
Tu belum lagi kau ungkit pasal pss..bla..bla..*$%"**&..1,2.3...^&%^*"@
okey cukup!!! tau,tau,tau..tak pernah menang hadiah,suey kan...hahahahah

Rasanya intro tadi cukup untuk menggambarkan Zex Zaidi yang tak berapa nak retis ni. dengan nasibnya yang suam-suam itu. Itula mungkin puncanya si beliau ini rasa kecikk je nak masuk contest yang ada hadiah..Takut sumpahan "dengan kuasa bulan akan menghukum mu" menjelma lagi... huhuhu..Tapi Zex Zaidi bangkit apabila sorang mahaguru tanddoori payau menge"tag" dirinya yang tak seberapa ini...:) TQ mahaguru ciitt KORN yang peymes tu..:)

Cik Puan JAAkechik CORNER ni la mastermind yang wat giveaway ni..Gempak tau cik puan ni..tgk header pun dah tau dengan spek datin tu.. (ini bukan bodek, tapi aku gedik..haha) Orang kampung sekalian leh la Join bersama kat SINI. Senang pun senang,so join la ramai...:)

Zex Zaidi asal dari Pahang, so tempat menarik yang boleh dilawati ialah:  

1.Toilet Zex Zaidi ( menarik sebab ni la tempat recording studio)  
2. Katil Zex Zaidi (menarik kat sini la tempat sesi Bw berlaku)  
3. Dapur Zex Zaidi (menarik sebab kat sini la Zex main wat cupcakes.:P)
ok sory.. ini gurauan...hihihi jangan mara ea..:)

Ni adalah senarai sebenar untuk kalian semua, tempat yang boleh dilawati sekitar Pahang:
  1. 1. Genting Highlands 
  2. 2. Kuala Gandah Elephant Sanctuary
  3. 3. Bukit Tinggi   
Jujurnya kan, dari 3 tempat tu dua je aku pernah pergi. Genting Highlands sape yang tak kenal angkat Bumi!! Tak leh kan ,hahah maknanya korang kenal la..hihii.. Satu taman tema yang memang syiok untuk korang pergi. Sape suka trill tu wajib pergi..Ko tau cik gayah, aku yang penakut tinggi ni menahan jugak gayat tu, lama-lama jadi best sioot..hahah tapi kalau nak lagi best pergi time weekdays and bukan time holidays, so korang leh main sepuasnya..macam aku pergi masa tengah cuti deepavali, nak main satu permainan tu kena la beratur tunggu turn.. 

agak-agak daring tak aku pose..memang pose yang nak mampos!! stok nk kena baling kasut,haha


Satu lagi yang pernah pergi kat Bukit Tinggi. Ni tempat paling sesuai bagi korang-korang yang cintan cintun ngan scenery yang indah dan cantik.. banyak pilihan tempat, Taman Jepun, Taman perancis.. kira kalo nk wat stok posing-posing maut ala retis, memang sesuai la.. Ko bayangkan amik gambar wedding berlatar belakangkan bangunan Perancis, fulamak meletops.. Leh la korang kencing cucu cicit.

 " Dulu majlis resepsi atok kat France okeyh! Ko hade?? " kata atok sambil hidung kembang semangkuk menampakkan bulu hidung yang dikaler highlightkan itu...

depan pintu masuk France Building..kat dalam tu cantik,tp tak jumpa lak folder pic, ni just rompak dr fb kawan..:P

Dalam rumah kat Taman Jepun..tengok tu..semua macam Jepun dah, "putih" sangat..(angguk tau!) hahah

Ok abaikan... ini dalam lif..sama je macam lif kt tempat lain..:P sekadar bajet retiss masing-masing,hahah


Kuala Gandah ni memang satu tempat yang aku idam-idamkan nak pergi,hahah Padahal, ko tau, tempat ni la paling dekat ngan umah kalo nak dibandingkan dua tempat tu..ntah pe dosa la tak lepas lagi nak pergi sini..sejam je dah leh sampai berbanding dua tiga jam pergi dua tempat tu...heww~
Korang yang macam gajah..eh silap..ampunkan hamba..maksud hamba,korang yang suka kan gajah tu, leh la pergi melawat sini.. Kalau btol planning and kena jadual, korang leh sesama mandi dengan gajah, nak naik belakang pun leh..tapi aku tak sure jadual tu camne..cuba korang try tanya pak google... :) Tapi kalo yang berharap nak jumpa JUMBO si gajah terbang dalam Waltz Disney tu memang korang hampa la..Dah lama dah Jumbo pindah balik Africa,hahaha

Oleh sebab aku tak pernah pergi,so cilok la gambar dari pak cik google.. eh tu memang kat Kuala Gandah tau..ramai omputeh tu menunjukkan negara kita Malaysia ni pun jadi feveret pelancong asing..BANGGA k..


Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik contohnya Gambang Waterpark, Pulau Tioman, Cameron Highlands, Temerloh Bandar Ikan Patin, dan tak lupa Rumah Zex Zaidi (hahah ni tak termasuk).. Tapi nk citer semua, panjang la plak, rasa macam duta pelancongan negeri je..hihihih

Ok, time for tagging..:) Rasa nak tag semula brader Korn (sambil bayangkan tag tu macam dart yang leh baling ke muka..hahah) Ok Korn, aku kejam,hahaha Gurau-gurau je..:) Nah,aku tag mereka-mereka ini yang memang best, korang-korang mesti kenal diorang kan..kalo belum,jom terjah blog mereka..:)



Yang lain pun leh la join jugak. Kira aku tag semua reader yang baca gak la..:) Kli je banner tu..At least kita leh la jenguk-jenguk mana tempat best dan menarik kat negeri orang..:) Cuti-cuti Malaysia jom !!..

P/s: Aku dah bercuti selama lebih 6 bulan..kalau mengandung dah memboyot gak la..:) (luahan seorang penganggur,hahah)