Pages

Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts
Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Tahniah, kerjaya baru awak senang je.. terjah menerjah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

*Bukan sekadar gambar hiasan.

Setelah bersusah payah mengisi borang kerja hari tu.. akhirnya berjaya jugak mengepos borang itu  dengan kapasiti setem 10sen lima belas keping yang ditampal dengan susunan bentuk love..eh? sweet kan...alamak lupa nak suruh korang semak..leh tengok borang tu kat SINI. :)

Tadi pagi , inbox email tetiba penuh.. satu persatu  aku belek tajuk email dari atas sampailah bawah... 

"Respon permohonan menternak tapir untuk bekalan susu  ".. uh yang ni nanti la bukak.. aku scroll lagi ke bawah... 

" Laling, kita dah dapat anak baru!!! Comel, macam maknya, Si Comot!" ah, kucing je pun, later!! 

Skroll lagi, ternampak satu iklan mencuit cecelah hempedu sipi-sipi nak terkena pankreas... " Contest Jom Rebut Peluang Mandi Bersama Neelopa Punya Itik! Citt aku baru excited nak klik, baca betol-betol rupanya itik je, Cancel... 

Tiba-tiba mata aku terperosok kat satu tajuk email ni... " Permohonan kerja anda berjaya!"

Dengan sepantas kura-kura aku mengelik tajuk email tu..(* kura-kura ni pantas ke ?) Teruja nak membacanya sampaikan aku tersedak serbuk biskut yg aku sedut perlahan-lahan tadi..biasala penganggur, bab makan kena la berjimat... makan pun serbuk biskut je..:( Dengan penuh hati-hati umpama menantang minyak yang penuh... (kenapa mesti minyak je yang ditatang..aku nak tukar leh?) Dengan berhati-hati umpama menatang air nescafe yang penuh, aku pun membaca satu persatu dengan kuat isi intipati email itu sambil mengikut rentak lagu Gangnam Style... 

"Tahniah, anda berjaya menjadi sebahagian daripada geng cambest kami, Tak perlu bersusah payah, tak perlu kira bulu hidung kambing Zul De alexis, Tak perlu nak menggerudi inul depan Mas Idayu, apatah lagi nak mejuihkan bibir agar mirip Exora Ecah (sepupu Izara Aishah), tak perlu semua tu.. anda hanya perlu lakukan aktiviti terjah menerjah!! Nah, tugas pertama anda bersama rakan sekerja yang kacak ibarat Aaron Ajis dan si cantik manis persis Salina Gomen. Tugasan: Menerjah gosip skandal Korn El. Jr dengan Neelopa walaupun dah berkasih-kasihan dengan Gadis rama-rama..."

Uh!. Ini rupanya kerja aku.. Ah,dah toksah memilih sangat.aku rembat je la.. terjah pun terjah la labu oi... Dah,aku nak pi salun ni..Nak wat rambut ketak-ketak macam Abg Nas Melodi... Amik feel la katakan..Zasss.. Terjah sama dia!!!

P/s: entry ini sempena  Segmen : " Hanif Idrus Segmen Menerjah" .jom join..sila klik banner kt atas tu atau klik link kat bawah ni...


Sunday, August 12, 2012

Kegunaan Lain Buluh Yang Aku Baru Tahu...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ramadhan semakin dekat meninggalkan kita, Syawal pulak bakal tiba... lepas tu Zulkaedah pula menyusul, kemudian Zulhijjah, Kembali semula kepada Muharram, next Safar, selepas itu Rabiu'l awal, muncul pula Rabiu'l Akhir , dan kemudiannya Jamadil Awal, tiba pula Jamadil Akhir, dan Rejab seterusnya Sya'ban...  Eh? Sesi mengenal bulan-bulan Islam kah ini? Tak apa, sekurang-kurangnya, dapat juga kita mengimbas kembali nama-nama bulan Islam, baik juga tu. Selalunya asyik ingat bulan Masihi je kan... tetambah bulan Februari, Valentines Day la kunun.. Tak boleh sambut hokeyh!!..

Dah, lupakan bab bulan tu..:) sebenarnya, aku just nak kaitkan bulan Ramadhan dan Syawal tu je, tetapi secara terover tersangkut pulak dengan bulan-bulan lain,huhuhu... Bila tiba bulan Ramadhan dan menjelang syawal, ada satu benda yang memang feymes la tetiba.. Kefofularannya mampu mengalahkan mana-mana Bintang Paling Popular Berita Hairan Harian.. Hape? Tak percaya Aaron Aziz pun leh kalah? Ce citer..ce citer.. bak kata Usop Wilca,hehehe... Nak citer le ni.. benda tu ialah.. BULUH!!! hi hi hi..

Apsal? Ye la.. start puasa je budak-budak dah isytiharkan perang.... Perang Meriam buluh... Nak buat meriam buluh kenala guna buluh kan..tak kan la nak guna batang pisang lak..nanti jadi meriam pisang plak.. Bila dah memasing pakat-pakat raih undi pujuk kengkawan jadi geng masing-masing, maka bergedebangg kebabommla kampung anda sekalian.. Bukan je sebab meriam buluh membuatkan kefeymesannya menyerlah, malah kegunaan yang lain waktu bulan gini pun meyumbang undi paling popular tu..heheh.. Nah kau, buluh leh wat buluh lemang of coz, pelita punjut,rumah, beskal dan ubat pengasih (ok yang last ni aku tipu,:P) eh!! buluh leh wat beskal? biar betol? hang pa tak caya? mai pakat tengok video ni, kasi tengok lain-lain kegunaan buluh...



*pergi ke 2.40 timing kalau nak tgk terus beskal buluh..:)


Tapi ekceli, entry ni au nak citer pasal satu kegunaan lain buluh yang aku baru tau ( loh,yang panjang-panjang perkataan kat atas tu, mukadimah je ker? :P) Mungkin ramai daripada anda yang dah tau kegunaan buluh seperti ni,tapi serius aku baru tau,huhuh... OK, membebel kang orang marah..nah nak bagitau, kegunaan lain buluh>>>> MAsak ayam dalam buluh!!! Resepi dari kakak aku.. 

RESEPI AYAM DALAM BULUH
Bahan-bahan:

Nama pun masak ayam..mestilah kena ada ayam kan,takkan tenuk plak..:P


Bahan-bahan rempah... ada bawang putih bawang merah, eh macam filem dulu2 lak,hhehe
Ni bahan pewangi.. serai dan daun kunyit..bukan perfume okeyh! :P






bahan perasa... Kiub pati ayam dan garam...




yang ni cuba korang teka? apa? Lautan cinta dihias kiambang? Salah!! ni pucuk ubi..sekian..





Cara- cara:

Kisar kan semua bahan rempah tadi kecuali daun kunyit dan pucuk ubi...



masuk sedikit sos tiram...



 gaul rempah yang dikisar tadi kepada ayam-ayam kita.. racikkan daun kunyit.. kasi wangi sama dia..:)



Ni part best.. masukkan ayam yang dah dirempahkan tadi ke dalam buluh..selang selikan dengan pucuk ubi...




last, bakar macam kita bakar lemang tu...:)

Haa.. tu je sebenarnya nak bgtau..resepi Ayam Buluh.hehe.. Cuba la korang try.. Mana tau ada lebih2 buluh untuk wat lemang nanti, leh pekena ayam buluh time pagi raya..:)

p/s: Resepi ni ada nilai estetika buat akak aku..cewahh..:) Ni resepi yang diajar oleh ex-bf dia.. Tabah btol, heheh... still sanggup wat walaupun aku gerenti terkenang la saat-saat bersama..hehe alololo kak ngah nanges lettew..:P

Sunday, April 15, 2012

~Diskaun Voucher Z.A shop~ happy shopping..:)



assalamualaikum & salam sejahtera..

selamat hari ahad!!
sempena pembukaan fb pages Mr.Zaxx yang baru ni..
shopping centre pages tau, bukan fan pages ala2 artis tu,hahah
Mr.Zaxx tak sefeymes Aaron Aziz..hahah
cuma cute skit je dr Mr.aaoron hahah

okeyh la stop bebel,
ni nak gtau , nak bg voucher kepada anda semua..
waa baik hati ye..
haha takla ni pun sempena pembukaan shop mr .zaxx..:)

cepat2 yer... voucher valid from 15 April 2012 hingga 28 april 2012
dan untuk selected item je..
so dengan voucher ni, anda dapat less rm5 bagi setiap barang..
tak perlu beli barang dulu...
first barang pun dah leh guna voucher ni..
tp diingatkan for selected item je ye..:)
dan juga harga pos tetap sama..:)
voucher untuk barang je ..

lawati Z.A Shop: (klik link dibawah)
http://www.facebook.com/pages/ZA-ShOp/349975898372372

valid for selceted item:

1. barang dalam album ni..

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.349978118372150.70395.349975898372372&type=3
2. dalam album ni gak
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.350011111702184.70410.349975898372372&type=3
3.album ni gak..:)
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.350001635036465.70405.349975898372372&type=3
4. yg ni gak
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.350003825036246.70406.349975898372372&type=3

cara2:

1. lawat fan pages dan LIKE pages dulu
2. pilih dari album yang ada selected item tu
3. copy link voucher or copy trus gambar voucher di bawah ni atau dr FB Z.A Shop
4. gtau kod item n order n voucher ke msg box pages.
5.have fun..:)

VOUCHER Z.A SHOP:

or link voucher:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyvZDwYXt5Jgty8v0HJNqsibz9aKbHq06CmQTk-SRSDGDsl63THtWALEP6VJ2xJ9zlJimmt9QH5fVORxKaym0OyQPB2WJCZwT8036_d5PTFUl9ayW6bNjmkk1bdrEcSnVWgZFie9ocenU/s1600/2.jpg