Pages

Saturday, September 11, 2010

ceritera syawal ini.. sawan gelak..




di syawal yang mulia ini..
terasa kesyahduan di hati..
raye pertama dengan tugas wajib..
bermaafan dengan keluarga
dan melawat sanak saudara yang terdekat....

second day..
time to hang up with friends..
kuar tengah hari...
pg siapkan cupcakes coklat yg xsempat siap malam td...
hari ni sedara pun dtg..
ingat nak cancel beraya..
tp sedara dah dtg sblum aku beraya..
so dpt la kuar,haha

sesi beraya:
umah ika>>> gelak+ kutuk2+ bahan 0rg..
hahahha
suke2
umah amree>>> gelak lgi + makan kerepek sampai abes

umah pica>> malu2+ gelak2 lagi+ makan laksa yg sedap...

umah paie>>> kerepek lagi+ mengata+ bahan org lagi+ gelak..gelak...gelak...+ mr.bean

umah ayu pipah>>> toilet+ cerek ajaib+ kepek lagi+ gelak 400000x + sengal + gilerrr!!! hahaha

aduh sepanjang hari gelak jer...
tp serius aku dah lame x hang up..really best melayan lawak2 bodooo..
hahaha
hahahah
hahah lagi...

syangnyer reunion esok cancel..
kalo x leh berjangkit swan gelak nie.hahahah

Friday, September 10, 2010

salam aidilfitri ... jom kutip duit raya...




-credit to pak google & kadviral.com-

salam aidilfitri buat semua umat Islam di dunia
semoga syawal yang mulia ini memberi seribu satu berkat dan rahmat
buat anda semua..
dikesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf
atas segala silap dan salah yang dilakukan...
andai tersalah bahasa,
terlanjur kata,
terkasar bicara,
segalanya harap dimaafkan...

sempena bulan baik ini,
saya dengan berbesar hati
nak bagi duit raye
pada blogger yg sudi..
heheh
tp xder la lumyan mana..
lagipun saya study lg,,
xder bajet besar..
hahah

kpd yang berminat, mudah jer caranya..
just tinggalkan ucapan hari raya pada ruangan komen..
jgn lupa tinggalkan sekali link blog anda beserta email untuk dihubungi..
ucapan yg paling kreatif akan mendapat duit raya
bernilai RM10..(sikit jer)..hiiihii
yg berminat silalah sertai ya..
heheh
tarikh tutup:20 september 2010

0

Wednesday, September 8, 2010

tips memilih cermin mata...


salam rindu buat semua...
rindu kat byakugan ( mata putih ) aku yg hilang tu..
la ni nk tgk jauh pakat mngecilkan sambil mengenyit mata..
hahaha
kat semua orang aku senyum..
ye la takut2 org yg kenal,
kata aku sombong lak..
huhuhu
padahal aku x nampak nie..
rabun..heheh
sempena tema cermin mata nie..
aku mencari2 tips memilih cermin mata kat pak google...
saje nak berkongsi ngan anda semua...
ceh padahal berniat nak carik pengganti byakugan aku
hahahha
tgk bajet dulu la yer.hehehe

TIP MEMILIH CERMIN MATA YANG SESUAI

BUKAN semua orang mempunyai penglihatan yang baik. Masalah seperti rabun bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. Di mana-mana sahaja, anda boleh melihat mereka mengenakan cermin mata.

Namun, apabila bercakap tentang cermin mata, bukan semua orang berasa gembira untuk memakainya. Mungkin kerana itu, mereka lebih suka memilih kanta lekap untuk melihat dengan lebih jelas.

Terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita enggan mengenakan cermin mata. Bagi mereka, memakai cermin mata membuatkan wajah mereka seperti seorang yang skema, naif atau tidak menarik. Anda sendiri tahu, bagaimana cermin mata sering dijadikan 'efek helah' untuk 'menghodohkan' wajah sesuatu watak dalam sesebuah drama atau filem.

Namun, mereka sewajarnya mengakui bahawa cermin mata sememangnya praktikal untuk digunakan. Bagi mereka yang hanya memerlukan 'bantuan penglihatan' ketika membaca atau melihat objek yang amat jauh, cermin mata adalah aksesori yang lebih wajar untuk dimiliki kerana ia boleh ditanggal dan dipakai pada bila-bila masa dikehendaki. Jika menggunakan kanta lekap, adalah leceh untuk menanggal dan memakainya berkali-kali dalam sehari.

Tetapi, bukan itu sahaja masalahnya. Sesetengah orang terutamanya lelaki enggan berkaca mata kerana tidak tahu bingkai cermin mata yang bagaimana sesuai untuk mereka. Membuat keputusan ketika memilih cermin mata di kedai optik sering mengambil masa yang begitu lama. Jika tidak ada rakan yang menemani untuk memberikan pandangan, barangkali anda hanya akan pulang dengan tangan kosong.

Sebagai mana gaya rambut, bentuk kepala memainkan peranan penting dalam menentukan bingkai cermin mata yang sesuai dengan anda. Stailo kali ini memberikan panduan kepada para jejaka untuk memilih cermin mata yang sesuai sekali gus tampil segak dan bergaya.



Kepala bulat


Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat seperti Elton John, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih cermin mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.

GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai cermin mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.

Kepala petak

Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai cermin mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh 'melembutkan' sedikit bentuk kepala anda.

Kepala bujur

Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk cermin mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih cermin mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu berpetak.

Kepala segi tiga

Jika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih cermin mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.

Kepala bentuk hati

Jika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk cermin mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.

Selain itu, apa yang perlu diberi perhatian apabila hendak memilih cermin mata ialah jangan sesekali memilih cermin mata yang menutupi kening anda. Pastikan kening anda kelihatan walaupun memakai cermin mata bulat atau empat segi yang besar.

Memandangkan kebanyakan kita di Asia berambut hitam, pilihan warna bingkai cermin mata tidak begitu menjadi hal.

Mengenai rim (bingkai depan) pula, ada sesetengah kita tersepit dalam memilih cermin mata rim penuh atau rim separa atau langsung tidak berim. Tipnya mudah. Lihat berapa kuat kuasa cermin mata anda. Jika lensa cermin mata anda tebal, masakan anda mahu memakai cermin mata yang tidak berim sehingga membuatkan orang boleh melihatnya dan bertanya 'berapa kuasa cermin mata anda?'

Bagaimanapun, Stailo! mendapati trend hari ini memperlihatkan cermin mata berbentuk maskulin dan tradisional lelaki kembali bangkit.

Bingkai horn-rimmed atau jenis aviator dilihat kembali menawan hati para lelaki. Bingkai yang tebal dan besar termasuk pada bahagian temple (bahagian cermin mata yang memanjang di tepi dan menyangkut telinga) menjadi trend tanpa mengira warna.

Cermin mata bingkai plastik agak tebal ala Clark Kent (biasanya berwarna hitam atau coklat) juga meraih perhatian dengan kembalinya gaya retro.

Cermin mata langsung tidak berim pula sesuai untuk jejaka berjiwa manimalis.

-credit to:http://www.jomlayan.com/mybb/tip-memilih-cermin-mata-yang-sesuai-t-19230.html



Friday, September 3, 2010

byakugan? dimana kau???


BYakugan!!!
oh ku masih mencarimu..
dimana??
xjumpa...
ku rindu kamu
wahai mata putihku...

tanpamu aku susah..
terpaksa ku kenyit
kesana
kemari...
uh
semacam org sengal
semua org akan ku senyum
kabur...
tkt terlepas pandang
baik senyum dr muncung..

byakugan...
xlama kau denganku..
ah slah ku
xjga kau dengan betul
waa
sedih
pilu
duka
xmenentu..

aku syang kamu..

# byakugan merujuk kepada cermin mata aku yg tetibe leh plak nak main sorok2 ngan aku..
byk canteek.. hergh..mana la kau ni..
penat aku mencari.....