Pages

Tuesday, January 6, 2015

Siapa Alihkan Keju Saya?



Anda ada satu kawasan yang penuh dengan keju dan anda sedang menikmatinya dari sehari ke sehari. Namun, suatu ketika, semua keju itu hilang. Apakah yang akan anda lakukan?

Nukilan kreatif Dr. SpencerJohnson “Who Moved My Cheese?” ini bukanlah semata-mata cerita fiksyen ala story telling kanak-kanak macam yang mak kita selalu baca bagi mata kuyu lantas terlelap, tapi sebenarnya berkait dengan kehidupan kita yang sentiasa perlukan perubahan dan perlu ucapkan selamat tinggal kepada zon selesa.

Serius, pertama kali membaca tajuknya, memang dalam fikiran terbayang mod kisah kanak-kanak yang dibaca semasa waktu mahu memejamkan mata. Tapi yang menghairankan, ada caption “One of the most successful business books ever” Ok, apa kaitan keju dengan bisnes? Lagi membuak-buak darah muda yang tinggi nafsu ingin tahunya. Kebetulan di saat dan ketika ini, buku berkaitan bisnes memang menjadi penggoda diri. Persoalannya lagi, ini buku bisnes jual keju ke?

Baca sampai habis, baru anda tahu kisah disebaliknya. Memang ada wujud keju tapi diibaratkan sebagai kemahuan diri dalam kehidupan kita, tak kisahlah berkait dengan kerjaya, perhubungan mahupun hajat yang ingin dicapai. 

Ceritanya bermula dengan 4 watak yang digambarkan sebagai 4 jenis manusia dalam dunia yang mereflek kepada perubahan. Dua ekor tikus yang bernama Sniff dan Scurry serta Orang Kecil bernama Haw dan Hew. Mereka menjumpai bekalan keju dalam Maze hasil pencarian mereka. Namun, apabila satu hari semua keju itu hilang, mereka terpaksa mencari kawasan keju yang baru di dalam maze itu. Sniff digambarkan dengan sifat manusia yang cepat mengetahui perlunya sesuatu perubahan dilakukan. Contohnya, kalau korang rasa dah nak terkentut, cepat-cepat la berubah tempat duduk dan lari jauh-jauh. Ok yang ni aku gurau. Scurry pula mereflek sifat seseorang yang cepat bertindak kearah perubahan yang difikirkan perlu. Haw dan Hew menggambarkan sifat sesetengah manusia yang takut akan perubahan. Namun, Haw akhirnya sedar perlunya untuk berubah demi mencapai sesuatu. Hew pula terus dengan ketakutan untuk berubah dan tidak berani mencabar diri untuk berubah. Ala-ala dah tau diri tak pandai nyanyi tetap tak nak ambil kelas vokal Cikgu Syafinaz. Ok,ni takda kaitan,opps..

Pokok pangkalnya, jangan takut lakukan perubahan. Lumrah hidup, kita akan berasa bimbang perubahan yang dilakukan tidak memberi impak yang diharap. Tapi kalau kita tak cuba macam mana nak tau kita berjaya atau tak? Kau rasa dalam hidung ada tahi hidung, tapi tetap degil tak nak usaha guna jari kelingking melombong mereka, maka akan kekal lah mereka bersemadi di dalam lubang keramat itu. Kan kan kan...


Walaupun buku ini sebenarnya dah lama berada di pasaran, tapi aku baru baca. Itupun selepas usaha menggeledah beg adik aku. But, for sure, cuba lah baca buku ni, harap-harap korang pun dapat jumpa korang punya “New Cheese”...