Pages

Showing posts with label hanif idrus. Show all posts
Showing posts with label hanif idrus. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Tahniah, kerjaya baru awak senang je.. terjah menerjah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

*Bukan sekadar gambar hiasan.

Setelah bersusah payah mengisi borang kerja hari tu.. akhirnya berjaya jugak mengepos borang itu  dengan kapasiti setem 10sen lima belas keping yang ditampal dengan susunan bentuk love..eh? sweet kan...alamak lupa nak suruh korang semak..leh tengok borang tu kat SINI. :)

Tadi pagi , inbox email tetiba penuh.. satu persatu  aku belek tajuk email dari atas sampailah bawah... 

"Respon permohonan menternak tapir untuk bekalan susu  ".. uh yang ni nanti la bukak.. aku scroll lagi ke bawah... 

" Laling, kita dah dapat anak baru!!! Comel, macam maknya, Si Comot!" ah, kucing je pun, later!! 

Skroll lagi, ternampak satu iklan mencuit cecelah hempedu sipi-sipi nak terkena pankreas... " Contest Jom Rebut Peluang Mandi Bersama Neelopa Punya Itik! Citt aku baru excited nak klik, baca betol-betol rupanya itik je, Cancel... 

Tiba-tiba mata aku terperosok kat satu tajuk email ni... " Permohonan kerja anda berjaya!"

Dengan sepantas kura-kura aku mengelik tajuk email tu..(* kura-kura ni pantas ke ?) Teruja nak membacanya sampaikan aku tersedak serbuk biskut yg aku sedut perlahan-lahan tadi..biasala penganggur, bab makan kena la berjimat... makan pun serbuk biskut je..:( Dengan penuh hati-hati umpama menantang minyak yang penuh... (kenapa mesti minyak je yang ditatang..aku nak tukar leh?) Dengan berhati-hati umpama menatang air nescafe yang penuh, aku pun membaca satu persatu dengan kuat isi intipati email itu sambil mengikut rentak lagu Gangnam Style... 

"Tahniah, anda berjaya menjadi sebahagian daripada geng cambest kami, Tak perlu bersusah payah, tak perlu kira bulu hidung kambing Zul De alexis, Tak perlu nak menggerudi inul depan Mas Idayu, apatah lagi nak mejuihkan bibir agar mirip Exora Ecah (sepupu Izara Aishah), tak perlu semua tu.. anda hanya perlu lakukan aktiviti terjah menerjah!! Nah, tugas pertama anda bersama rakan sekerja yang kacak ibarat Aaron Ajis dan si cantik manis persis Salina Gomen. Tugasan: Menerjah gosip skandal Korn El. Jr dengan Neelopa walaupun dah berkasih-kasihan dengan Gadis rama-rama..."

Uh!. Ini rupanya kerja aku.. Ah,dah toksah memilih sangat.aku rembat je la.. terjah pun terjah la labu oi... Dah,aku nak pi salun ni..Nak wat rambut ketak-ketak macam Abg Nas Melodi... Amik feel la katakan..Zasss.. Terjah sama dia!!!

P/s: entry ini sempena  Segmen : " Hanif Idrus Segmen Menerjah" .jom join..sila klik banner kt atas tu atau klik link kat bawah ni...