Pages

Showing posts with label Edy Fee. Show all posts
Showing posts with label Edy Fee. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

"Kenapa aku terjebak dengan semua ini???? ".... " SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ? "

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Kenapa??? Mengapa??? Satu persoalan yang tinggal tanda tanya.. Oh adakah ini satu penyesalan???? (ayat nak vouge je, kunun2 baru lepas dicabuli la..coi!! hahaha) OK, tak mau mengarut lebih-lebih. Korang baca la sendiri flash back ni... 



Disuatu malam yang sunyi, aku tidak keruan... nafsu ku membuak-buak. "Tidak! Aku mesti memuaskan nafsuku!!!" Lalu dengan penuh ghairah dan gelojoh, jari jemariku memainkan peranan. Satu persatu diraba-raba,ditekan-tekan.. argh.sungguh nikmat rupanya.. Mengapa aku tidak lakukannya dari dulu lagi? Sedikit penyesalan timbul. Biarkan lah, sudah nasibku begini. Lalu aku teruskan perbuatanku tadi.. asyik..memang asyik... akhirnya, apa yang aku mahukan aku dapat.. Nah... terhasillah---> Hajimemashite..

OK maaf tadi tu bukan cerita ehem-ehem ye..hikhkhik sekadar memori di kala mula-mula aku berjinak-jinak dengan dunia blogging.. Actually, aku hasilkan Zaxx In da House ni hanya lah sekadar satu tempat untuk aku berceloteh,luahkan perasaan.. Sebab tu la mula-mula tu aku tak expose pun entry, sekadar buat tatapan sendiri dan beberapa orang kawan yang tau link blog ni... Konon-konon pemalu la,:) Masa tu tau sikit-sikit ilmu berblogging ni pun dari satu kelas subjek teknologi masa semester ketiga. 

Tapi lama kelamaan, aku mula expose sikit-sikit entry sampaila sekarang. dengan niat dapat berkongsi apa yang aku ada ( kecuali duit,hahah) . dan yang palingg penting dapat ramai kawan blogger yang sporting morting. Aku dah berblog beberapa tahun dah, cuma baru-baru ni je agak aktif, so dapatlah kenal ngan geng yang memang CAMBEST!! Thumbs up!.. Kadang-kadang blogging gak leh jadi tempat kita nak tanya pendapat, dapatkan info dan juga tutorial ( jenguk SINI---> LYSSA  FAIZUREEN..promote,bukan bodek,hahah)  orang kata, blogging leh wat duit.. tapi bagi aku duit bukanla motif utama aku berblogging..huhuhu.. ye la.. nuffnang pun dah dekat 4 tahun just rm13.++ je hahahah... ok fine bukan menagih simpati.ahaks..:P

Banyak jenis blog aku suka baca.. jenis personal, humor, informasi, tutorial, resepi, keagamaan dan banyak lagi la.. tambah-tambah kalo blog tu ada lukisan kiut miut.. just suit my eyes..:) Kalau nak cakap pasal blogger kesukaan memang ramai Lyssa semsetinya one of them ..( cubaan bodek lagi ke ni? haha) eh! jujur la..heheh tengok, kat blog zaxx ada lagi cctv yang zaxx belajar dari blog Cik Lysaa..ngee.. 

Ok, selain tu aku gak teruja bila baca blog blogger retis cik Fatin Liyana. entry santai memang mesra pembaca.. satu lagi blog legend bagi aku adalah blog Realiti KOnspirasi by Zack Zuhairi. Entry masyuk dengan flash back yang kebanyakan kena ngan zaman aku, ditambah ngan drawing yang gempak seyh..heheh Then, blogger lain cam MK Syahir, Selendang Merah, Dilla, Hairy, Edy,Korn, Pari- Pari Putih , Boni dan lain-lain ( oh ramai lagi aku admire sebenarnya..:)), semua blogger ni jadi inspirasi aku untuk terus berblogging.. they are awesome, penulisan yang best sentiasa..:) 


bercakap tentang blog aku ni, actually bagi aku zaxx in da house just blog personal yang biasa-biasa, tapi aku ikhlas menulis untuk berkongsi ngan anda semua. Harap teruskan menyokong zaxx ..:) really appreciate semua follower, readers dan kenalan blogger yang really sporting..muah muah untuk kamu semua..:)

P/s: teringat lagi tagline " writing is about sharing..:) " Hope pasni dapat terus berblogging walaupun jarang-jarang update..:( kepada yang nak join segmen ni ,just klik pada banner tu..:) CIk Lyssa ,maaf tajuk segmen diolah sikit,heheh harap cik Lyssa tak babab saya..:) ngeee...






Thursday, July 26, 2012

JOM JOIN GIVE AWAY EDY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Salam Ramadhan buat semua...
 
 

Ramai orang kata entry aku sokmo (selalu) panjang...okeyh kali ni nak wat yang pendek je.. Dah baca tajuk entry kan? Ok tu la tajuk merangkap isi.. SEKIAN.. (see, pendek kan entry kali ni,hahah..:P)
 
"Bedebushhh!!!" 
 
Adeh...dah kena flying kick ala-ala Jackie Chan kat dagu oleh Encik Kaki.. My writing, my style.hahah tak kisah la panjang ke pendek.. thats the real Zaxx,... Ok.. dah sudah mengarut...ni nak story mory betol2..:) To bro Edy Fee..sorry la..aku bukan tak nak join Giveaway ko awal-awal,tapi ko tau kan tahap pelupa aku dah mencapai index kritikal.. Tengok post ko yang latest tentang hadiah tu, baru la aku tersentap!! Aku tak wat lagi entry GA brader edy nie...So baru duk kalut menaip..

Why? Aku kalut bukan sebab nak hadiah, tapi sebagai one of my support to brader Edy.. Bro edy ni selalu singgah kat blog Zaxx (blog yang entah pape ni..:) Bukan setakat jenguk, tapi siap bawak buah tangan, bancuh kopi, urut-urut bahu, dodoikan sambil nyanyi lagu tiga kupang bila nak tido..( Ok, ini tipu..:P) Tapi bro edy ni rajin tau mengomen post, tu yang suka tu..:) heheh... Lagipun bre edy gak yang sendiri invite untuk join GA ni..so mana leh tolak kan.. we support each other right..:) cuma... edy, zaxx tak sure sempat lagi tak ea..dateline GA ni biler yer? huhuuh...
 
Nak kawen pun ada syarat kan..so GA ni pun ada syaratnya..tapi mudah je bai..::) first Bro edy mintak kita citerkan sikit pasal blog beliau..ala sikit je? zaxx nk citer banyakk ..leh? heheh Blog edy ni satu blog yang kalo korang tengah sedu sedan tangkap leleh sebab baru lepas tengok kucing korang clash ( mood sedih la senang cakap..:P) , korang leh tetiba bertukar!!! bukan bertukar dari orang biasa ke Power Rangers merah..no no no.. tapi bertukar dari tersedut-sedut hingus terus jadi mak lampir!! ketawa mengilai-ngilai macam Maya Karin versi terlampau cantik (pontianak).. Sebab pe..sebab lukisan and story dalam entry brader sorang ni cute miut dan kelakar... tak caya? Nah.. Klik la kat contoh link bawah ni...:)

 
Tak cukup? Nak lagi? Nah..korang klik direct ke blog beliau yang cun melecun ni.. EDY FEE
or korang klik je kat banner kat atas tu... Senang kan..:) 

To edy, keep on blogging...aku setia menjadi reader mu..:) sebagai cadangan... Ko lukis gambar aku versi kartun sedang digoda neelopa, kojol, aishwayar rai, dan sebagainya...mesti ko bertambah feymes.hahah ok gurau..:P Pe kata ko wat entry citer pasal kenakalan ko kat sekolah (kalo nakal la..:P) dan ragam masa sambut raya..:)

untuk yang nak join leh klik SINI... untuk yang nak duit raya, leh klik..eh nk klik mana eh? korang klik kat mesin ATM korang lah senang..hahaha..

"bedebushhhh!" adeh kena lagi..

p/s: baru perasan, follower dh capai 200..erm..ada hadiah ke yer? :)






Friday, July 13, 2012

" 1st Giveaway by jaakechik corner "

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Mulai sekarang nama aku ZEX ZAIDI!!! (Hah, tetibe je...)
nama ni ditag oleh en.Korn..:)

Aku seorang budak yang tak berapa nak budak
Sejak dari dulu lagi aku susah nak menang hadiah..
Bukan tak berbakat, mungkin ke"suey"an itu tinggi!! Hoi coi!!
Kau tengok aku golek bola nak masuk dalam lubang masa kat funfair itu hari..
Huh! bukan je kelaut, keangkasa mungkin lepasnya..
Itu belum lagi yang kau tengok masa aku masuk pertandingan mewarna dulu-dulu..
Lagi la hampeh.. Sekarang baru aku faham kenapa kau meluahkan kata-kata keramat itu...
"Engkau ingat kau kreatif la kaler ayam warna biru!!!"
Ok aku tau, aku salah..tapi jangan la kata aku buta warna, mungkin waktu tu buta dunia,kecik lagi katakan..
Tu belum lagi kau ungkit pasal pss..bla..bla..*$%"**&..1,2.3...^&%^*"@
okey cukup!!! tau,tau,tau..tak pernah menang hadiah,suey kan...hahahahah

Rasanya intro tadi cukup untuk menggambarkan Zex Zaidi yang tak berapa nak retis ni. dengan nasibnya yang suam-suam itu. Itula mungkin puncanya si beliau ini rasa kecikk je nak masuk contest yang ada hadiah..Takut sumpahan "dengan kuasa bulan akan menghukum mu" menjelma lagi... huhuhu..Tapi Zex Zaidi bangkit apabila sorang mahaguru tanddoori payau menge"tag" dirinya yang tak seberapa ini...:) TQ mahaguru ciitt KORN yang peymes tu..:)

Cik Puan JAAkechik CORNER ni la mastermind yang wat giveaway ni..Gempak tau cik puan ni..tgk header pun dah tau dengan spek datin tu.. (ini bukan bodek, tapi aku gedik..haha) Orang kampung sekalian leh la Join bersama kat SINI. Senang pun senang,so join la ramai...:)

Zex Zaidi asal dari Pahang, so tempat menarik yang boleh dilawati ialah:  

1.Toilet Zex Zaidi ( menarik sebab ni la tempat recording studio)  
2. Katil Zex Zaidi (menarik kat sini la tempat sesi Bw berlaku)  
3. Dapur Zex Zaidi (menarik sebab kat sini la Zex main wat cupcakes.:P)
ok sory.. ini gurauan...hihihi jangan mara ea..:)

Ni adalah senarai sebenar untuk kalian semua, tempat yang boleh dilawati sekitar Pahang:
  1. 1. Genting Highlands 
  2. 2. Kuala Gandah Elephant Sanctuary
  3. 3. Bukit Tinggi   
Jujurnya kan, dari 3 tempat tu dua je aku pernah pergi. Genting Highlands sape yang tak kenal angkat Bumi!! Tak leh kan ,hahah maknanya korang kenal la..hihii.. Satu taman tema yang memang syiok untuk korang pergi. Sape suka trill tu wajib pergi..Ko tau cik gayah, aku yang penakut tinggi ni menahan jugak gayat tu, lama-lama jadi best sioot..hahah tapi kalau nak lagi best pergi time weekdays and bukan time holidays, so korang leh main sepuasnya..macam aku pergi masa tengah cuti deepavali, nak main satu permainan tu kena la beratur tunggu turn.. 

agak-agak daring tak aku pose..memang pose yang nak mampos!! stok nk kena baling kasut,haha


Satu lagi yang pernah pergi kat Bukit Tinggi. Ni tempat paling sesuai bagi korang-korang yang cintan cintun ngan scenery yang indah dan cantik.. banyak pilihan tempat, Taman Jepun, Taman perancis.. kira kalo nk wat stok posing-posing maut ala retis, memang sesuai la.. Ko bayangkan amik gambar wedding berlatar belakangkan bangunan Perancis, fulamak meletops.. Leh la korang kencing cucu cicit.

 " Dulu majlis resepsi atok kat France okeyh! Ko hade?? " kata atok sambil hidung kembang semangkuk menampakkan bulu hidung yang dikaler highlightkan itu...

depan pintu masuk France Building..kat dalam tu cantik,tp tak jumpa lak folder pic, ni just rompak dr fb kawan..:P

Dalam rumah kat Taman Jepun..tengok tu..semua macam Jepun dah, "putih" sangat..(angguk tau!) hahah

Ok abaikan... ini dalam lif..sama je macam lif kt tempat lain..:P sekadar bajet retiss masing-masing,hahah


Kuala Gandah ni memang satu tempat yang aku idam-idamkan nak pergi,hahah Padahal, ko tau, tempat ni la paling dekat ngan umah kalo nak dibandingkan dua tempat tu..ntah pe dosa la tak lepas lagi nak pergi sini..sejam je dah leh sampai berbanding dua tiga jam pergi dua tempat tu...heww~
Korang yang macam gajah..eh silap..ampunkan hamba..maksud hamba,korang yang suka kan gajah tu, leh la pergi melawat sini.. Kalau btol planning and kena jadual, korang leh sesama mandi dengan gajah, nak naik belakang pun leh..tapi aku tak sure jadual tu camne..cuba korang try tanya pak google... :) Tapi kalo yang berharap nak jumpa JUMBO si gajah terbang dalam Waltz Disney tu memang korang hampa la..Dah lama dah Jumbo pindah balik Africa,hahaha

Oleh sebab aku tak pernah pergi,so cilok la gambar dari pak cik google.. eh tu memang kat Kuala Gandah tau..ramai omputeh tu menunjukkan negara kita Malaysia ni pun jadi feveret pelancong asing..BANGGA k..


Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik contohnya Gambang Waterpark, Pulau Tioman, Cameron Highlands, Temerloh Bandar Ikan Patin, dan tak lupa Rumah Zex Zaidi (hahah ni tak termasuk).. Tapi nk citer semua, panjang la plak, rasa macam duta pelancongan negeri je..hihihih

Ok, time for tagging..:) Rasa nak tag semula brader Korn (sambil bayangkan tag tu macam dart yang leh baling ke muka..hahah) Ok Korn, aku kejam,hahaha Gurau-gurau je..:) Nah,aku tag mereka-mereka ini yang memang best, korang-korang mesti kenal diorang kan..kalo belum,jom terjah blog mereka..:)



Yang lain pun leh la join jugak. Kira aku tag semua reader yang baca gak la..:) Kli je banner tu..At least kita leh la jenguk-jenguk mana tempat best dan menarik kat negeri orang..:) Cuti-cuti Malaysia jom !!..

P/s: Aku dah bercuti selama lebih 6 bulan..kalau mengandung dah memboyot gak la..:) (luahan seorang penganggur,hahah)