Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Mulai sekarang nama aku ZEX ZAIDI!!! (Hah, tetibe je...)
nama ni ditag oleh en.Korn..:)
nama ni ditag oleh en.Korn..:)
Aku seorang budak yang tak berapa nak budak
Sejak dari dulu lagi aku susah nak menang hadiah..
Bukan tak berbakat, mungkin ke"suey"an itu tinggi!! Hoi coi!!
Kau tengok aku golek bola nak masuk dalam lubang masa kat funfair itu hari..
Huh! bukan je kelaut, keangkasa mungkin lepasnya..
Itu belum lagi yang kau tengok masa aku masuk pertandingan mewarna dulu-dulu..
Lagi la hampeh.. Sekarang baru aku faham kenapa kau meluahkan kata-kata keramat itu...
"Engkau ingat kau kreatif la kaler ayam warna biru!!!"
Ok aku tau, aku salah..tapi jangan la kata aku buta warna, mungkin waktu tu buta dunia,kecik lagi katakan..
Tu belum lagi kau ungkit pasal pss..bla..bla..*$%"**&..1,2.3...^&%^*"@
okey cukup!!! tau,tau,tau..tak pernah menang hadiah,suey kan...hahahahah
Rasanya intro tadi cukup untuk menggambarkan Zex Zaidi yang tak berapa nak retis ni. dengan nasibnya yang suam-suam itu. Itula mungkin puncanya si beliau ini rasa kecikk je nak masuk contest yang ada hadiah..Takut sumpahan "dengan kuasa bulan akan menghukum mu" menjelma lagi... huhuhu..Tapi Zex Zaidi bangkit apabila sorang mahaguru tanddoori payau menge"tag" dirinya yang tak seberapa ini...:) TQ mahaguru ciitt KORN yang peymes tu..:)
Cik Puan JAAkechik CORNER ni la mastermind yang wat giveaway ni..Gempak tau cik puan ni..tgk header pun dah tau dengan spek datin tu.. (ini bukan bodek, tapi aku gedik..haha) Orang kampung sekalian leh la Join bersama kat SINI. Senang pun senang,so join la ramai...:)
Zex Zaidi asal dari Pahang, so tempat menarik yang boleh dilawati ialah:
1.Toilet Zex Zaidi ( menarik sebab ni la tempat recording studio)
2. Katil Zex Zaidi (menarik kat sini la tempat sesi Bw berlaku)
3. Dapur Zex Zaidi (menarik sebab kat sini la Zex main wat cupcakes.:P)
1.Toilet Zex Zaidi ( menarik sebab ni la tempat recording studio)
2. Katil Zex Zaidi (menarik kat sini la tempat sesi Bw berlaku)
3. Dapur Zex Zaidi (menarik sebab kat sini la Zex main wat cupcakes.:P)
ok sory.. ini gurauan...hihihi jangan mara ea..:)
Ni adalah senarai sebenar untuk kalian semua, tempat yang boleh dilawati sekitar Pahang:
Jujurnya kan, dari 3 tempat tu dua je aku pernah pergi. Genting Highlands sape yang tak kenal angkat Bumi!! Tak leh kan ,hahah maknanya korang kenal la..hihii.. Satu taman tema yang memang syiok untuk korang pergi. Sape suka trill tu wajib pergi..Ko tau cik gayah, aku yang penakut tinggi ni menahan jugak gayat tu, lama-lama jadi best sioot..hahah tapi kalau nak lagi best pergi time weekdays and bukan time holidays, so korang leh main sepuasnya..macam aku pergi masa tengah cuti deepavali, nak main satu permainan tu kena la beratur tunggu turn..
![]() |
| agak-agak daring tak aku pose..memang pose yang nak mampos!! stok nk kena baling kasut,haha |
Satu lagi yang pernah pergi kat Bukit Tinggi. Ni tempat paling sesuai bagi korang-korang yang cintan cintun ngan scenery yang indah dan cantik.. banyak pilihan tempat, Taman Jepun, Taman perancis.. kira kalo nk wat stok posing-posing maut ala retis, memang sesuai la.. Ko bayangkan amik gambar wedding berlatar belakangkan bangunan Perancis, fulamak meletops.. Leh la korang kencing cucu cicit.
" Dulu majlis resepsi atok kat France okeyh! Ko hade?? " kata atok sambil hidung kembang semangkuk menampakkan bulu hidung yang dikaler highlightkan itu...
![]() |
| depan pintu masuk France Building..kat dalam tu cantik,tp tak jumpa lak folder pic, ni just rompak dr fb kawan..:P |
![]() |
| Dalam rumah kat Taman Jepun..tengok tu..semua macam Jepun dah, "putih" sangat..(angguk tau!) hahah |
![]() |
| Ok abaikan... ini dalam lif..sama je macam lif kt tempat lain..:P sekadar bajet retiss masing-masing,hahah |
Kuala Gandah ni memang satu tempat yang aku idam-idamkan nak pergi,hahah Padahal, ko tau, tempat ni la paling dekat ngan umah kalo nak dibandingkan dua tempat tu..ntah pe dosa la tak lepas lagi nak pergi sini..sejam je dah leh sampai berbanding dua tiga jam pergi dua tempat tu...heww~
Korang yang macam gajah..eh silap..ampunkan hamba..maksud hamba,korang yang suka kan gajah tu, leh la pergi melawat sini.. Kalau btol planning and kena jadual, korang leh sesama mandi dengan gajah, nak naik belakang pun leh..tapi aku tak sure jadual tu camne..cuba korang try tanya pak google... :) Tapi kalo yang berharap nak jumpa JUMBO si gajah terbang dalam Waltz Disney tu memang korang hampa la..Dah lama dah Jumbo pindah balik Africa,hahaha
Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik contohnya Gambang Waterpark, Pulau Tioman, Cameron Highlands, Temerloh Bandar Ikan Patin, dan tak lupa Rumah Zex Zaidi (hahah ni tak termasuk).. Tapi nk citer semua, panjang la plak, rasa macam duta pelancongan negeri je..hihihih
Ok, time for tagging..:) Rasa nak tag semula brader Korn (sambil bayangkan tag tu macam dart yang leh baling ke muka..hahah) Ok Korn, aku kejam,hahaha Gurau-gurau je..:) Nah,aku tag mereka-mereka ini yang memang best, korang-korang mesti kenal diorang kan..kalo belum,jom terjah blog mereka..:)
Yang lain pun leh la join jugak. Kira aku tag semua reader yang baca gak la..:) Kli je banner tu..At least kita leh la jenguk-jenguk mana tempat best dan menarik kat negeri orang..:) Cuti-cuti Malaysia jom !!..
P/s: Aku dah bercuti selama lebih 6 bulan..kalau mengandung dah memboyot gak la..:) (luahan seorang penganggur,hahah)




