Pages

Thursday, August 12, 2010

Resepi: sup bebola daging




menu first sahur bulan puasa nie..
hasil tunjuk ajar jamil
jom try!!!

BAHAN-BAHAN:

satu paket bebola daging (sejuk beku)
satu paket rempah tumis sup tulang
satu paket sup bunjut
dua ulas bawang merah
seulas bawang putih
6 biji cili padi
dua inci halia
3 biji kentang ( dipotong 12)
sebiji lobak merah ( dipotong kecil)
dua sudu teh garam
3 sudu sos tiram
1 1/2 sudu serbuk lada hitam
4 cawan air
2 kiub pati daging
1 kiub pati ayam

CARA-CARA:

1. tumis rempah tumis sup tulang dan sup bunjut sampai naik bau
2. kemudian tumis pula hirisan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. tumis sampai agak garing
3. masukkan kentang dan lobak.goreng bersama
4. kemudian masukkan sos tiram dan air.
5. masukkan kiub ayam dan daging serta serbuk lada hitam.
6. selepas agak mendidih,masukkan bebola daging
7. tambah garam dan jika mahu lebih rasa, boleh tambah sedikit lagi sos tiram.
8. biarkan mendidih untuk beberapa minit
9. sedia dihidang dan dimakan!!! kalau ader bawang goreng dan daun sup,leh ditabur di atasnya. selamat mencuba!!!



3 si kacak dan si cantik berkata-kata...:

teacher sarah said...

zul..mcm menakutkn je gmbr sup ekor u tu

dell loVe said...

nk tnyr zul ade dapur ke kat KUO...ehehehhe

zaxx said...

haha... serra gambar ni mmg khas ditangkap untuk mood seram.kikii..
dell... xder dapur.. masak dalam mimpi.kikik