Pages

Saturday, May 15, 2010

Sekreteriat Gerai dan Pameran



ambil kesempatan semester ni untuk terlibat dengan aktiviti kolej.
Flora Fauna Festival.
Hari Terbuka Kolej Ungku Omar...
bila lagi nak join aktiviti macam nie.
ni pun hasil invite 'org kuat pejabat'..
si AB la sape lg.hahha..
offer dr akhir sem sebelum ni lg..
bagi nama n daftar...
asyik2 nasib baik jer..
x pegi interview n meeting first and second pun..
ingtkan dah kene reject..
mula2 mmg rase nak cancel jer.
Tp nk gak try something new kan...

awal sem, third meeting baru g meeting bersama exco n sekereteriat lain..
oh merasa gak terlibat ngan meeting untuk event yang dikira besar ar..
meeting nie lebih kepada perbincangan progress setiap exco dan AJK..
aku ditempatkan di sekreteriat gerai dan pameran
Acad n AB kat keselamatan..
aiseh awat aku jer tercampak sengsorang nie?
surprisingly aku di bawah Jee.heheh
waa bekerja dengan classmate sendiri..
n Dayah pun ader..dua org classmate ar.hii..
well keje tetap keje.. jgn malas2..
bwah sekreteriat ni keje nya of coz berkaitan dengan peggerai..
mencari penggerai untuk kanopi2 yg akan disewa nnti..
dan juga mencari pihak2 yang mahu membuat pamera masa hari terbuka ni nnti..
secara overall nya bahagian ni gak la yang menjadi antara sumber pendapatan..

Tugas aku mencari penggerai bahagian gerai basah..
no phone dah ada dalam senarai yg Jee bagi..
walaupun aku agk lambat mnyertai misi ni..
lepas meeting kedua baru aku join..
team kami terdiri daripada 7 org...
jee n khairul sbg exco..
aku, dayah, azizi,kak farihah n safuan...
mula2 aku besa la..pemalu la katakan...
lama2 dah jd ok.. best gak berada ngan diorng..
tmbh2 si safuan yang asyik2 wat klako..sebijik cam Eidy..

cabaran dalm tugasan yg psling mencabar adalh masa deal ngan pelanggan..
sbg penganjur kita kena sebaik mungkin puaskan hati mereka..
customer always right!!!
masa ni la aku belajar untuk bersikap profesional..
i mean dari segi pengucapan dan negotiate dgn customer..
tsk dinafikan, kdg2 kita akan beremosi gak,
tambah2 bile berdepan dgn penggerai yang terlampau mahu yang terbaik..
kebanyakan penggerai mahukan gerai yang paling menonjol dari segi lokasi dan kedudukan..
contohnya paling dekat dengan pintu masuk
dan yang paling ramai pengunjung pergi..
tapak lah isu yang paling mencabar..
kita nak puaskan hati semua orang memang susah..
aku rasa kami dah sehabis baik bertolak ansur dan menyediakn apa yang terbaik..
walaupun tak dinafikan ada gak kelemahan..
lumrah lah tak semua benda boleh sempurna..
cabaran lain adalah masa kutipan deposit..
kadang2 kita akan jd kesian pada penggerai yang ada antaranya tak mampu nak byar ikut
yang ditetapkan..so pendekatannya setakat yang mampu je aku kutipkan..
tapi yang releven gak ar,coz bahagian kami kena kutip bagi dana untuk
sewaan kanopi dan pentas..

Bahagian gerai dan pameran adalah antara bahagian yang sibuk sepanjang FLOFAF nie..
Sebelum, semasa dan selepas kami terpaksa bertungkus lumus..
sebelum program, kami perlu dapatkan penggerai yang mencukupi
mengikut jumlah yang telah ditetapkan
agak mencabar gak coz kali ni bilangan kanopi dan gerai keseluruhan telah bertambah
masalah yang kami hadapi antaranya penggerai yang membatalkan penyertaan
tapi itulah yang kami perlu hadapi dan kami perlu mencari pengganti..
bila tiba hari kejadian bahagian kami juga antara bahagian yang menjalankan tugas yang awal
kami bertanggungjawab memantau kemasukan penggerai
dan juga menyediakan kelengkapan seperti yang ditetapkan
contohnya kerusi,meja dan kanopi..
kami bertujuhlah yang bertanggungjawab mengangkat serta mengagihkan kelengkapan tersebut
thanks kpd bahagian lain yang turut membantu..

sepanjang program ni, byak kenangan manis dan pahit.hehhe
biasa la tu.pengalaman...
aku hepi sangat coz masa ni lah aku dapat kenal ngan JMK, kwan2 sekreteriat
dan juga melihat sendiri bagaimana cara nak handle event2 besar
memang sngat mencabar dan bg aku susah.huhu..
dan aku gak terpaksa menghadapi gelagat penggerai yang pelbgai ragam..
ada satu penggerai yag aku mmg tak boleh lupa..hahahah
menguji kesabaran dan mental...
biasalah bak kata aku td susah nak puaskan hati semua orang..
aku pun orang bawahan jer, tak boleh nak mengarah apatah lagi membuat keputusan
cuma agak terkilan jugak coz sebagai orang dewasa dia patut berfikir dengan lebih matang
tak perlu lah nak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan..
aku masih lagi boleh menahan emosi..cuma pada hari terakhir aku agak panas
dan aku bersuara juga coz sebelum ni aku cuma berdiam diri dan mengangguk
tu jer la yg aku mampu wat..
coz aku still hormat dia sebagai orang dewasa..
nasib baik masa tu ada Jee..heehe..thanks Jee.. aku ni panas baran tau sebenarnya..
cuma certain condition aku kena kawal la..
apapun..semua tu mengajar aku untuk pandai mengahdapi kerenah orng yang kita xleh jangka

time Flofaf nie kebetulan aku ade latihan suksis...
so, sabtu n ahad siangnya mmg tak dapat nak trlibat ar..
sorry ye geng2 gerai..
dah la malam khamis n sabtu tu dah excuse..
coz jd MC..hehehe
secara keseluruhannya aku amat enjoy mnyertai sekreteriat gerai ni..
walaupun last evet penat skit..
besalah aktivit kemas-mngemas.hehe
but i really satisfied...
love Flofaf!!! hehehe

sepanjang berada bwah sekreteriat gerai ni ada beberapa perkara yang boleh
aku rungkaikan dari sudut pandangan aku:

1. Deal dengan penggerai yang utama ialah kepastian tentang semua maklumat. contohnya,
berkenaan tapak, harga sewa, peraturan dan juga kelngkapan lain yang disediakn
seperti rumah tumpangan dan sebagainya.. Perkara sebegini amat penting kerana penggerai akan
mempersoalkan nanti terutama pada hari kejadian. masalah akan timbul sekiranya konfirmation dan
maklumat yang jelas tidak diberikan.

2.mesti ada orang yang khusus untuk menguruskan penggerai, maksudnya yang deal dengan penggerai.
tak perlu ramai sebab bila ramai penggerai akan keliru, untuk berhubung dengan siapa. org yang
deal perlu tahu semua maklumat berkaitan supaya segala persoalan dari penggerai dapat
dijwab.

3. ahli perlu ramai terutama sekali dalam sesi mengangkut dan membahagikan kelengkapan kerusi,
meja dan sebgainya..(kami memang betul2 penat hari tu.hehe)

4. perlu ada kemahiran komunikasi dan negotiate yang tinggi..lagi bnyak cakap lag ok.hehhe..
(Dayah aku puji ko ni..hahahha) perlu gak mesra dan snyum sokmo dengan penggerai ...
ianya perlu.. xcya tnyer dayah..byk yang dia dpt hari tu sehinggakan berlaku kejelesan
pada kami yang lain.hahahah...

5. perlu ada persediaan mental dan kesabaran yang tinggi..terutama nak mengahdapi kerenah
penggerai yg x dijangka.. psikologi pun kena pandai gak nie..hehe.. bermainlah dengan kata- kata
mu..hihihi...

6. perlu alert dengan rungutan penggerai,mana yang boleh diperbaiki kita perbaiki segera..
kepuasan pelanggan kena dipenuhi setakat mampu selagi tidak menyalahi atau menyusahkan kita.

7. perlu ada pertemuan dengan semua penggerai untuk penerngan pjg lebar mahupun persoalan dr
pnggerai.. kami ada wat perjumpaan sekali dengan undian tapak, tapi masalahnya tak ramai penggerai
yang hadir...

8. just be nice n cool...hehehhe.. apa2pun yg terjadi.. take it as a challenge.. hehe. teringat
bile geng2 gerai call n msj aku malam tu pas kene toce ngan tutt..tutt..hehe.. korang..aku bukan
x jawab call la..bateri aku low n mlam tu aku jd MC xsempat jumpe korang.. sory ye wat korang
risau,heehe... papepun thanks.korang memang TERBAIK!! love u all..n semua exco n sekreteriat yg
lain...




0 si kacak dan si cantik berkata-kata...: