Friday, May 7, 2010
Paa (father)… story of a progeria kid..
Penuhi masa dengan movie… kini beralih arah dengan Hindustan movie, slalunye anime jer ar jd peneman cuti ni…citer ni agak lame ar..kalo tgk kat poster kat ats dec 2009..tp aku bru jer tgk..hehe let the story begin…
Paa.. mengisahkan seorang budak Auro yang baru berumur 12 tahun, tapi fizikalnya seperti seorang yang berumur 80 tahun. Inilah penyakit yang bernama progeria. satu penyakit dimana seseorang itu tua sebelum usianya yang sepatutnya.. Auro dibesarkan oleh ibunya Vidya dan neneknya yang digelar Bum. Vidya hamil sebelum kahwin dengan seorang lelaki, Amol yang bercita-cita untuk menjadi ahli politik yang berjaya ( ayah Amol juga seorang ahli politik). Mengetahui Vidya telah hamil, Amol menasihatnya untuk menggugukan kandungan itu kerana dia mahu meneruskan impiannya dan tidak bersedia lagi untuk berkeluarga. Vidya menolak dan membuat keputusan melahirkan dan membesarkan Auro tanpa Amol.
Selepas 12 tahun, takdir menemukan dua beranak yang telah lama terpisah. Walaupun masing- masing tidak mengetahui pertalian mereka yang sebenarnya wujud itu. Pada masa ini. Amol telah berjaya menjadi seorang presiden. Pertemuan mereka bermula di sekolah Auro apabila Mr. Presiden melawat sekolah berkenaan. Amol tertarik dengan Auro yang mempunyai pemikiran yang luar biasa bagi budak sebayanya. Namun, rahsia pertalian darah mereka itu hanya diketahui oleh Vidya dan ibunya.
Hubugan Auro dan Mr.P itu semakin rapat sehinggakan Amol mengajak Auro untuk melawat rumah Mr.P. Vidya akhirnya menceritakan hal yang sebenar kepada Auro mengenai bapanya itu pada hari jadi Auro. Auro tetap merahsiakan kepada Mr.P hal yang sebenar. Namun akhirnya mereka sekeluarga dipertemukan di hospital apabila Auro dimasukkan ke hospital. Vidya masih tidak dapat menerima Amol. Keadaan Auro semakin kritikal, hanya satu yang dihajati Auro supaya keluarga mereka ini kembali bersatu. Akhirnya vidya memaafkan Amol, di depan Auro. Apa yang dihajati auro tercapai, namun Auro kemudiannya menghembuskan nafas yang terakhir….
Begitula sedikit sebanyak synopsis dari aku..nak tau lebih lanjut tengokla movie nie.hehe.. bagi aku movie nie sangat best… bukan sebab ade pelakon cantik dan seksi.hehe tp pengisian dan jalan cerita nya yg menarik perhatian aku.. plot disampaikan dengan baik, tak meleret dan sangat pantas, jadi penonton tak cepat rasa bosan.. olahan suntingan ala-ala melodi( scene cepat2..aku xtau apa istilah yang betul.huhuh ) tp mmg nampak kelainan. Tmbahan lak, nie la antara citer Hindustan yg xder nyanyi lagu2 sambil menari2..hihi..lagu dan melodi dalam movie nie ditonjolkan tepat pada masa, tu pun bukan scene tarian macam filem cinta Hindustan yg lain…
Apa yang menarik lagi bagi aku adalah bebrapa penggunaan ayat dlam dialog pelakon terutama Auro.. full of meaning.. contohnya… masa scene Auro keluar ngan Mr.P, dia tnya kpd Mr.P knpa selalu pakai pakaian putih, jawapan Mr.p sbab baru org akan tau dia ahli politik, then auro ckp, tp org akan pakai serba putih bila ada kematian..Mr.P gtau itu lain..tp auro jwab:
“ politicians wear white to mourn because the country’s dying”
Penuh sinikal ayat ni… bg aku mendalam maksudnya. Lagi satu bila Vidya memarahi Amol
Vidya said:
“ just by lending me your bloody sperm doesn’t make him your bloody son. You don’t become a father just by producing a child”
Bermakna gak ayat tu.. ya betul la.. menjadi seorang ayah bukanlah hanya pabila menghasilkan sja tapi perlu disusuli dengan tanggungjawab terhadp anak itu.
Itu antaranya la..kalo nk lagi watch n discover yourself k. its fun.hahhaha… overall aku terhibur dgn movie nie.. bukan jer mengisahkan kehidupan seorang yang tidak sempurna macam insane normal lain malah diselitkan gak unsur2 lain seperti politik, sosial dan ketabahan.. tp aku tertnya gak..Mr.P ni xsibuk ker sampai leh luangkan masa untuk auro.heheh.. best kalo dpt gitu..but aku xnak jd auro..hihihi..
Citer ni dilakonkan oleh abishek batchan, Vidya balan… sbgai amol n vidya..bile dah sampai penghujung citer aku terkejut bile tgk nama pelakon..Auro dilakonkan oleh amitabh batcahn..hohoho btol ke nie? Serius kalo tgk dari mula mmg xcam yg tu adalah amitabh batchan.. you got to watch it.hehehe...
Posted by
zaxx
at
5:49:00 PM
Labels:
abishek batchan,
amitabh batchan,
hindustan,
movie,
paa,
progeria,
vidya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 si kacak dan si cantik berkata-kata...:
Post a Comment