Pages

Showing posts with label zaxx. Show all posts
Showing posts with label zaxx. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

Bisikan Itu Kembali...


ASsalamualaikum dan Salam Ramadhan...





Sunyi...
Sepi...
Badan terasa penat, namun aku gagahkan jua...
Langkah longlai...
Dapur dituju... perlahan...

Tiada suara..
Lampu tidak dibuka...
Suram... seram...

Tiba- tiba, fokus tercalar...
Telinga mencerap sesuatu...
Aku pasti... seyakinya pasti...
Bisikan itu.. bisikan itu...

Jantung berdebar...
Jiwa meracau...
Salah dengarkah aku??
Pipi ku tampar..sah! ini benar....

Suara itu... bisikan itu..
memecah kesunyian hari...
apa harus kulakukan?
kaget...

langkahku laju, deras...
terasa darahku mengalir laju...
nafasku kencang...
aduh.... ku masih tidak percaya..
sekilas ku lihat,...
ya..memang dia...
aku takut....
benar- benar takut...
kerana dia berbisik........

"Yusoff Thaiyobb".....

Kan..... meroyan sangat.... iklan je pun.. Kau takut apa? oh faham! Takut tak dapat makan siang hari la tu.... Haruslah,bulan puasa ok! hehehe
Salam Ramadhan Al-mubarak Zaxx ucapkan kepada semua umat Islam.. semoga Ramadhan ini memberi seribu satu barakah kepada kita dan keluarga tercinta.. Merasa la puasa jauh diperantauan selatan semenanjung.... Walau jauh dari keluarga tercinta, diri tetap sayang semua....:)

Rasa sekejap je dah bulan Ramadhan... rindu kenangan berblog last puasa... rindu nk berposto-posto kad raya bagai.. tapi ntah sempat tak,huhuhu

p/s: harap readers semua selamat menjalani ibadah puasa denga penuh berkat... jangan nakal- nakal macam Zaxx ...hehe Nakal macam ne? macam ni la-----> sila baca..gituh..:)

Thursday, July 12, 2012

Jom Berebut Yuna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Siapa Yuna?

Anak Makcik Rogayah yang menang Ratu Kebaya tu ker?

Ke janda hujung kampung yang baru kematian suami kelima dia?

Bulan kot, sebab Yuna dalam bahasa Jepun maksudnya bulan...

Atau nama anak kucing yang baru Si Putih lahirkan?

Semua bukan..ni Yuna si penyanyi tu la...:) 

yuna- google

Kawan aku pernah cakap...

"Aduh sapala yang menang AJL (Anugerah Janda Laku  Anugerah Juara Lagu) malam ni? Janganlah si penyanyi yang nyayi tak bukak mulut tu..."

Keji kan mulut kawan aku cakap Yuna nyanyi tak buka mulut! Nak kena cili mulut tu dengan cili rendaman air stoking ni! ( sesambil kat pala otak fikir, aah la Yuna macam tak berapa nak buka mulutnya tatkala melontarkan vokalnya itu...ahakz haha!!) Aku ngan geng-geng ntah ngape tak brape terpikat kat Yuna ni..(ok aku tipu..aku suka,tapi sesaje je ikut kengkawan wat-wat tak berkenan, padahal start dari Dan Sebenarnya sampaila Terukir Di Bintang aku follow retis nie,hahah sory frenz terhipokrit depan korang..:p)

Tapi di pagi yang hening, bertemankan bunyi-bunyi rintik hujan renyai yang syahdu ini, bukanlah mulut Yuna yang ingin kujadikan bahan...tetapi... aduh ayat drama la..haha Actually aku nak bagitau yang Yuna ni sememangnya kreatif dalam penghasilan karya-karya beliau..ni pendakpat aku la..kengkorang aku tak tau la,heheh.. kekreatifannya tu membuatkan ramai yang berhajat nak lagu yang dicipta beliau.. Bukan calang-calang orang tau,termasuk la dua penyanyi tersohor tanah air, Dato Sheila Majid dan Dato Siti Nurhaliza..Aku pernah terbaca pasal dua artis ni berminat kalau Yuna dapat hasilkan lagu untuk mereka.. Kelass kan..kalau dah kreatif, berbakat dan hebat, semua orang pandang,berkejor-kejor main lumba lari dalam guni nak dapatkan.. 

Dato Sheila Majid - google


dato siti nurhaliza-google

Anyway, sebenarnya moral of the story yang aku nak kongsikan ialah 

" Be a Quality Person, Then You Will be Noticed by Others!!" 
Teruskan usaha untuk jadi yang terbaik dalam apa pun yang dilakukan..:) Ganbatte Kudasai!!! (Semoga Berjaya in Japanese) 

Nah..oleh sebab entry ni ada 3 artis yang disebut..kalo penyanyi ni kerjanya mestilah menyanyi,tak kan plak jual kerusi urut kan, so kira tribute untuk they all la... terimalah..kesumbangan lagu yang telah dipuakakan oleh zaxx..Juga boleh dibuat ubat telinga kasi taik telinga keluar..:P Amaran: yang sakit jantung sila jangan buka video ini,takut terkejut sampai pengsan..serius huduh suara weyh.hahah !!! anyway..nk gelak silakan,:P

kunun-kunun yuna la..haha sampai lirik pun salah..:P



hahah..bajet retiss..:P lagu by dato sheila majid..


adoyai..yg ni serius huduh,,haha sedaya upaya nk wat ala-ala dato siti..:P


p/s: hanya gurauan semata-mata,tidak berniat untuk menyakitkan telinga mana-mana pendengar hahaha...






Tuesday, June 26, 2012

HUNDRED

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masih kekal dalam ingatan saat  pertama kali terlanjur... (masing-masing mesti fikir aku ni dah tiada kedaraan kan? coi!! tak habis ayat lagi la.) .. maksud aku, terlanjur menulis blog. It was a long,long time ago... Once upon a time, there was a young boy who had an inspiration to write his blog (nada story telling) ..bla.bla..bla..it was on 2009.. sedar tak sedar dah empat tahun berblogging ( reader: wow,4 years? but why your blog nampak amatur sangat,dengan bilangan follower yang ter"amat" banyak tu?) hahah.. satu soalan yang jujur dan sinis,:P. dan aku akan jawab: " aku ni low profile!!", ya itu dia ,satu jawapan bajet artis dan sungguh nak mencover diri..haha!! ok fine,AKU TAK FAMOUS!!! ngee...

Jujurnya, masa mula-mula berblogging tu, aku anggap blog ni macam diari sendiri..rahsia kite-kite aje.huhu.. (ni kes malu nak ngaku entry tak bagus la nie,hahah). Itu pasal tak terniat pun nak sharing adress blog. Namun begitu, setelah agak berkurun lamanya, rasa nak share je, at least kalo ada time tu dilema ke, need pendapat orang lain ke,leh la diorang komen ( hakikatnya, tak ramai pun yang komen,haha, tak percaya? cuba la cek setiap entry. >> dengan harapan reader akan betul2 cek dan terbaca lah semua entry,ahha licik!!) But really thanks kepada kengkawan yang mengajar and sama-sama berblogging dulu terutamanya sifu aku FARIS AZMI (aku bagi link facebook dia,coz aku dah try cari link blog dia,but somehow, tak jumpa lak. tapi bagi facebook pun takpe kan korang? hhehe) Weh Faris, aku promote ang nie..ang tunggu je la nanti ada la orang masuk minang,:P *ada gak dalam blog ni aku wat entry khas untuk sifu aku ni.. klik SINI. Sifu aku ni la yang dah banyak ajar aku..:)

Kalau dulu enrty kebanyakan nya berkisar tentang luahan hati, almaklumla, konon-konon diari.:) dan yang peliknya, aku suka sangat guna istilah-istilah kiasan yang aku rasa kadang-kadang bila reader baca (kalau baca,haaha) diorang mesti tak faham. Contohnya, Mata putih(byakugan), sharingan la.. huhu actually tu merujuk kat cermin mata aku..huhuhu nak baca klik SINI dan SINI. Nampak sangat terlalu terpengaruh ngan NARUTO ni..hehhe 

Entry bertajuk hundred ni sebenarnya sebagai menghargai blogger-blogger yang sudi jenguk blog ni dan kepada yang sudi follow,really appreciate it. walaupun kalau nak compare ngan blogger lain, mencapai 100 follower bukan lah sesuatu yang hebat pun,huhu tapi bagi aku (yang baru nak aktif semula,tapi tak tau bertahan sampai bila,haha) ianya sangat-sangat dihargai..:) So, sempena mencapai follower 100 , zaxx dengan ini nak bagi la sedikit gift yang tak seberapa kepada follower yang ke- 100. Jadi, yang bertuah tu adalah CIK YAYA.. Kepada Cik Yaya, zaxx nak mintak detail awak,so senang la urusan penghantaran gift tu..:) Untuk reader, ni klik SINI untuk jenguk blog Cik Yaya.

Okeyla, sampai sini je untuk entry kali ni.. kita jumpa lagi diwaktu dan hari yang sama (eh dah macam pengacara TV lak,:P) sebelum berpisah, sedikit trivia mengenai blog Zaxx in Da House nie..:)

1. Follower pertama adalah Shah Mk (http://ahmk89.blogspot.com/).Rakan universiti kat UPSI tapi berlainan jurusan.

2. Follower ke 100 adalah seperti dalam entry>> CIK YAYA (http://tentangyaya.blogspot.com/) 

3. Entry yang ke- 100 adalah entry khas bertajuk KEKASIHKU sempena hari ibu . (http://zaxx-in-da-house.blogspot.com/2010/05/kekasihku.html)

4. Terdapat entry-entry berkaitan dunia masakan dan resepi, jugak gambar-gambar kek n makanan sebab pemilik blog ni suka memasak,haha
berminat, leh jenguk SINI

5. Entry bertajuk cinta itu SUB'STRACT...(subjective + abstract)merupakan entry paling banyak pageview, tapi tak de komen langsung,hahah tak tau kenapa, orang zaman sekarang suka bercinta kot,walaupun pemilik blog ini masih lagi belum ketemu cintanya..:) (ini serius promote diri..cess,haha)

6. Entry pertama adalah bertajuk Hajimemashite!!! dan kebetulan tajuk ni lebih kurang dengan first entry blogger FATIN LIYANA (klik sini). 

Reader: eleh,nak tumpang glemer la tu..FL dah start blog awal dari ko Mr. 
 Zaxx( Jan 2009) ,ko baru start July 2009,..ko tiru!!
Mr. Zaxx: hahah..oh ye ke? hihihi tak perasan, (tapi ikhlasnya memang aku time tu tak tiru FL pun..jujur ni..) 
#suka tengok first entry blogger2 feymes, sbg inspirasi nak jadi macam diorang..:)

7. Seperti blogger lain, blog ni gak beberapa kali ditukar layout, tapi layout terkini (jeans denim) ni dah lama tak ditukar,coz rasa cam unik je walaupun ada berhajat nak tukar. (rasa gelap la blog,hhuu) 

8. Semasa entry ni ditulis, blog ni tak ada header  cun melecun macam kebanyakan blogger yang paparkan kecantikan dan kehenseman masing-masing sebab pemilik blog ni low profile.( ye la tu,hakikatnya pemalas nak edit-edit gambar dan malu nak pampangkan muka yang kurang hensem sikit je dari mentadak,:P)

9. Semasa entry ni ditulis gak, blog ni ada 156 post termasuk entry ni(tak termasuk yang tertunggak sebab malas nak menaip,haha)

10. Pemilik blog ini seorang yang kacak,hensem dan tampan. Sekian (haha,ini bohong!:P)


p/s: trivia tambahan>> 

11. Reader blog ni dan semua blogger luar sana adalah penulis yang cambest!!! Keep on blogging,.

"to write is to share" (tagline entry first aku..rindoo dan kelakor bila baca entry-entry lama,hingusan sangat..huhuh). dah rindu,aku pun layan la gambor-gambor zaman paleolitik ni,haha


berebut nak posing

konon-konon artis ler tu



selalu celebrate besday ngan kengkawan... (banyak noise lak gambo ni..)







Saturday, April 7, 2012

kenapa lembu bunyi macam lembu? moooo..



assalamualaikum..

eh kenapa lembu pulak yang jadi bahan entry kali ni? hhuhuu
oo lupa pulak..mood kahwin tak reda lagi la tu..:P
ewah-ewah, macam taksabar nak kahwin je..
dah sunat belum? hahah

dah... berbalik pada lembu tadi..
soalan pada tajuk entry tu sape boleh jawab?
put ur hands up!!! lalalalalaa (lagu korea..:) )
haha cepat bagi jawapan anda!!
apa? sebab lembu tu lembu baru la bunyi moo?
eh memang la encik, kalau bunyi meow,tentu-tentu itu bunyi kucing..
ahhaha...
sebenarnya ada satu kisah yang diceritakan oleh ayahku kepada diri ini
tentang bunyi lembu tu la..huhuu
begini cerita nya...

tersebutlah kisah... (nada syair)
~~~~~~~~
oppss!! stop!! cepat la cerita,jangan la bersyair pulak..
huhuh
ok2..jangan marah,nanti kena jual,hehe
pada zaman dahulu, lembu dan kerbau berkawan baik
mereka selalu berjalan-jalan bersama-sama...
pada suatu hari,mereka jumpa la sebatang sungai yang cantik
mereka berhajat nak mandi
lalu masing-masing menanggalkan pakaian mereka (kulit mereka sebenarnya)
mereka pun mandi la puas-puas.. (kambing tak join,kambing takut air,haha)
lepas mandi, mereka bergegas nk baik umah
tanpa disedari , dalam kelam kabut tu mereka tertukar pakaian
apalagi..si lembu terpakai pakaian kerbau yang gedoboh (besar dan labuh) kerbau lagi besar saiz dari lembu)
dan si kerbau terpakai pakaian si lembu yang kecil dan sempit.
nak dijadikan cerita, pakaian atau kulit tu tak dapat ditanggalkan
maka terpaksa la mereka pakai juga kulit yang tertukar tu..
jadinya masing-masing menjerit...
sempitttttttttttttt!!! , jerit si kerbau
gedobohhhhhhhh, jerit si lembu
akhirnya masing-masing lekat dengan bunyi sempit dan gedoboh...
cuba bunyikan gedoboh dengan sedikit sengau dan nada bunyi lembu,
mesti iras-iras bunyi moooooo..
dan begitu gak dengan kerbau..:)
macam tu la apa yang diceritakan ayahku..huhu
tak logik? terpulang nak percaya ke tak..
(sambil nyanyi lagu stacy kisah dongeng)

lagi satu,kalau perasan,lembu ada kulit lebih kat bahagian bawah leher kan..
dan kerbau takde,tapi kulit kerbau muat-muat badan.. :)



Sunday, April 1, 2012

top chef just dessert>> Miss PYqa: Yigit is tuttt??








welcome chef!!!
hahahha...waaa top chef just dessert
my feveret programme bila tiba hari sabtu..
dah terpacak depan tv kul 8.30 malam..

suka tengok..sebab???
of coz sebab semua chef kena masak
dan semua kena masak>>> desserts!!!
aku suka bab-bab pastry world ni..

dari program ni dapat la gak tambah-tambah ilmu yang serba kurang ni..
hhehe...barula kenal macarron, sorbet dan yang sama waktu dengannya... huhhu
dan tentunya ada gak kek...:)

semalam, as usuall.. kul 8.30malam
terpacak lagi..
bukan rambut tau..huhuhu
terpacak depan tv la..
nk tengok rancangan ni..
tema minggu ni wedding cakes
tup2 terkejut dengar bila dengar sorang peserta tu namanya yigit
(sebenarnya one of my feveret contestant)
dia inspirasikan kek tu untuk boyfriend dia..
eh pe yang peliknya??
(hello..F.Y.I yigit adalah lelaki,huhuhuhu)
adik aku yang duk sebelah terkejut..
lantas berkata ( eh cm novel lak)
aik? boyfriend,,hahahah
tup2 pastu smpai mesej from miss pyqa
bertnya hal yang sama...
huhuhuhu
aku pun jawab mybe dia G**...
Miss pyqa: muka hensem tp G**..
:)
kecewa ke miss Pyqa?? hehhe

lalalalalalala,...
anyway next week kt ntv7 finale...
walaupun mr Nuar dh mesej ckp YIgit juara...
mybe tgk kt internet kot..:)
mr.Yigit (feveret miss pyqa kot..:))

macarron

sorbet






laman sesawang yang dah bersawang...;)


assalamualaikum...
ada orang tak ni?
uhuhuhk... banyaknya sawang ye..
hehehhe aduh aduh aduh...
lamanya la tak menjenguk rumah kedua aku ni..
patutla habuk pun banyak..:)

lately, nak kata sibuk , tak de la sibuk mana pun,
lagipun study pun da abes kan,
so lagi banyak la masa yang terluang..
tapi tetap jari ni terkena penyakit malas nak menaip..uhuhuhu
berat n kritikal penyakit ni..
nak kena inject kat tutttttt...hahahha

actually , dengan semester last yang kunun2 nya bizi with final research,
(padahal last sem ni la banyak sangat berjalan2 nye..:P)
so blog ni memang bukan jadi pilihan untuk dilawat..
apatah lagi nak update entry..
walapun memang banyak benda nk share..
so baru baru bi la baru timbul minat nak aktif sikit..
(walaupun ntah bertahan berapa lama je..hihihi)
chaiyok2...:P
so welcome home ye mr.zaxx..:)