Pages

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Recipe: Chocolate Topping & Chocolate Sauce

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Salam Ramadhan...

Seorang bujangga (ala-ala pujangga mungkin..) telah berkata....

"Sejak bila blog lu jadi blog masakan nih? :P" MK Syahir, 2012.

Hahaha... eh memang la..bersama-sama saya dalam rancangan 5 Sepah 5 Raksasa... Resepi hari ini ialah bunga-bunga Cinta Monyet Bersalut Tepung Abadi.. Bahan-bahannya ialah... seorang aweks dan seorang balaks.. Ok sekian..jumpa lagi di abad hadapan..Maseh..:)

Hajat hati memang la teringin nak jadi macam Sherson Lian.. (sebut betol-betol,bukan lion ok!..aummm) Tapi dah tak ada bakat, jadi Cepwan pun okey la.. * Cepwan adalah Tokwan yang jadi cep .. sekian untuk sesi karut mengarut yang ntah apa-apa ni...Baik tengok Karrot Komedia,lagi best..hehehe


Nah, ni entry resepi sebagai respon dari CharlieAngelo. Harap-harap dapat membantu kamu..:) Saya budak baru belajar, kalau salah tolong pukulkan montot ni ye..dengan senduk tu tau..heheh Nah amik gambar dulu..KLikk!!!








Ekceli ada banyak cara dan variasi untuk topping nie (merujuk kepada topping coklat).. Cara paling mudah ialah dengan mencairkan coklat masak atau mana-mana coklat kesukaan dan just tuang atas kek . Cara lain leh wat ganache atau mana-mana jenis sos coklat... Ni ada beberapa cara yang Zaxx selalu wat..Untuk resepi ganache yang asli, leh google search..ni just bagi yang zaxx biasa wat..:) experimental sendirik,haha

1. Original Coklat cair
- Cara ni yang paling mudah macam yang zaxx bagitau tadi..Cuma cairkan coklat masakan atau coklat lain yang digemari (coklat kompaun misalnya) dengan kaedah double boiling...

2. Sos Coklat Simple
- ni resepi yang zaxx cuba-cuba.. Just masukkan serbuk koko, susu pekat, sedikit saja air masak ( kalau suka leh letak sikit susu tepung).. Panaskan direct heat dengan api perlahan...kacau sampai pekat..kalau rasa cair leh tambah sikit larutan tepung jagung..

3. Sos Coklat Campuran
- Yang ni zaxx dah modified dari sos coklat simple tu... Sekarang zaxx memang selalu guna cara ni , sebab rasa dia lagi rich dan lagi mudah nak kawal konsistensi dan kepekatan yang dikehendaki.. Yang ni jga guna direct heat tapi api perlahan.. Campurkan serbuk koko, coklat masak atau coklat kompaun ( zaxx suka campur kedua2nya) , sedikit coklat putih ( ni optional,kalau ada leh letak, tapi zaxx lebih suka guna coklat kompaun putih dari coklat masakan putih) , susu pekat, susu tepung (optional), sikit je esen vanila, dan sedikit je air. Tapi kalau dah sedia kepekatan yg dikehendaki even tak tambah air,so takperlu lagi nk tmbah air k.. kacau sampai pekat.. sos jenis ni cepat mengeras,so kalau nak wat sos ni, make sure kek dah sedia dibakar ,just tunggu untuk ditoppingkan je..kalau tak,satu hal plak nak kena panaskan semula sos ni kasi cair..

* untuk sukatan bahan,zaxx just campak ikut sesedap hati,huhu.. leh pm Fb zaxx kalo nk tau lanjut.. (promote fb ,hahah )

P/s: ehem2 ada gaya cepwan tak aku ni? :P

Tuesday, August 7, 2012

Kek coklat, Aku, Kau dan Cinta & Chocolate Cake Recipe


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Ramadhan...

Sekadar gambar hiasan...


"Aimi seorang gadis yang lemah lembut pada dasarnya, tetapi tiba-tiba bertukar tegas dan lantang apabila ditindas atau dipermainkan terutamanya oleh sang lelaki. Dia mempunyai minat yang mendalam terhadap kek coklat. Selain menyukai rasa yang dianggap tiada tolok bandingnya, Aimi juga begitu menghargai hiasan kek coklat yang dianggapnya sebagai seni yang tiada berpenghujung sehinggakan dia sanggup bekerja di sebuah kedai kek selepas mendapat ijazahnya semata-mata minatnya tyang mendalam terhadap kek coklat. Zul pula seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat pembekal barangan hiasan dalaman. Dia adalah anak yang sangat manja dengan emaknya, kerana emaknyalah menjadi peneman hidup setelah bapanya meninggal dunia empat tahun lalu. 

Lain pula dengan Zul, dia sangat tidak menyukai kek coklat dan segala benda yang berkaitan coklat. Coklat dan Zul seperti musuh ketat, tapi bukan bagi ibunya yang sememangnya pengemar tegar  kek coklat, sama seperti Aimi . Suatu hari, Zul ke kedai kek tempat  Aimi bekerja dan membeli sebiji kek coklat hasil buatan Aimi khas sempena hari lahir ibunya. Kena dengan selera ibunya mungkin, ibu Zul seakan ketagih dengan kek coklat Aimi dan meminta Zul membelinya setiap kali pulang dari kerja. Zul pada mulanya seakan menolak kerana terpaksa berhadapan dengan "musuh ketatnya" iaitu kek coklat. Namun,dek kerana sayangnya terhadap ibunya, Zul akur dan menurut permintaan ibunya. 

Bermulalah kisah perkenalan Zul dan Aimi  yang sering kali disulami dengan pertelingkahan kerana masing-masing mempertahankan pendapat mereka. Aimi bertegas dengan keenakan dan seni kek coklat manakala Zul  sering kali mempersoalkan kelebihan kek coklat serta sentiasa merendah-rendahkan keunikan kek coklat dengan mengaitkannya dengan kesan terhadap kesihatan. Apakah kesudahan kisah mereka? Adakah kek coklat mampu menjadi pengikat dua hati yang sering bertelagah ini? Ikuti kisah menarik Aimi dan Zul  dalam "Kek coklat, Aku, Kau dan Cinta"...."

Kehidupan sebagai seorang penulis sememangnya menarik. Penulis ibarat pengarah yang boleh mencipta  satu kisah yang dicoret sendiri. Begitulah keseronokan sebagai seorang penulis. Wah terasa skema pulak ayat..huhu erm korang!!!  Amacam..ok tak sinopsis yang aku reka kat atas tu? Sesungguhnya aku sedang berangan menjadi seorang penulis novel,tapi apakan daya,profesion tok mudim jugak yang aku sandang..tidak mengapa..:)

Ekceli aku bukan la nak promote novel terbaru aku tu. Bukan kan novel, cerpen pun aku tak mampu nak buat dek kerana virus kemalasan yang melanda.heheh. Apa yang nak dikongsikan dalam entry kali ni ialah kek coklat! Dah lama rasanya tak kongsi post entry berkaitan resepi, so oleh sebab entry-entry lain masih dalam pembikinan, aku bagi korang satu resepi yang memang selalu aku wat. Senang pun senang.. Boleh la mencuba untuk raya nanti..:) Tapi aku memang jarang la sukat by gram,so aku just bagi nisbah ikut cawan je ye.. saiz cawan tu ala-ala cup orang minum kopi kat kedai makan tu.. Apa? kat kedai makan korang selalu order kopi guna jug air? Ok itu aku tak leh nak cakap pe la.. kalo guna jug air, mungkin kek tu nanti bersaiz Doraemon jadinya, hahah..

SIMPLE CHOCOLATE CAKE RECIPE

Bahan/ Ingredients:

1 Cawan Mentega / 1 cup butter
1Cawan gula kastor/ 1 cup castor sugar
1 Cawan tepung gandum / 1 cup flour
4 biji telur/ 4 egss
1 sudu besar esen vanila/ 1 table spoon vanilla essent
1 sudu besar serbuk penaik/ 1 table spoon baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat/ 1 tea spoon soda bicarbonat
3 sudu besar serbuk koko/ 3 table spoon cocoa powder

Cara/ method:

1. Panaskan oven .Ayak bahan kering bersama iaitu tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat.
   ( Preheat the oven. Sieve dry ingredients- flour, cocoa powder, baking powder and soda bicarbonate)

2. Putarkan mentega dan gula sehingga kembang.
   ( Mix butter and castor sugar until they rise)

3. Masukkan esen vanila dan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan mentega dan gula tadi. Putarkan .
   ( Add vanilla essence and eggs one by one into the mixture of butter and sugar. Mix them again.)

4. Masukkan bahan kering yang telah diayak tadi dan putarkan sehingga sebati.
    ( Add the dry ingredients that had been sifted and mix them well)

5. Tuang adunan kedalam acuan dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 hingga 30 minit.
  ( Pour the batter into the mould and bake at 180 degree celcius for about 20 to 30 minutes)

6. Untuk toping, boleh la cairkan coklat dan tuang ke atas kek yang telah sejuk atau buat sos coklat sendiri- masakkan coklat, serbuk koko, susu pekat, sedikit mentega dan sedikit air.
(for topping, melt chocolate and pour to the cool cake or make your own chocolate sauce by cook mixture of chocolate, cocoa powder, condense milk , a little butter and a little water)

Tips:

1. Masa membakar kadangkala bergantung kepada jenis oven yang digunakan. Sentiasa periksa kek selepas dibakar selama 20 minit dengan mencucuk kek menggunakan garfu atau pencungkil gigi. Sekiranya tiada sisa kek melekat pada garfu atau pencugkil gigi tadi, itu menandakan kek sudah masak. Jika tidak, teruskan membakar. Jangan bimbang sekiranya setelah lebih 30 minit, kek masih melekat pada garfu atau pencungkil gigi setelah dicucuk. Ini mungkin fungsi setiap oven adalah berbeza.

( Baking time is sometimes depends on the types of oven used. Always check the cake after 20 minutes of baking by insert fork or toothpick. If it will come out clean,that show that the cakes is already cook. If not, keep on baking. Dont worry to exceed 30 minutes of baking, this may due to the different function of different types of oven.)

2. Hentak acuan yang telah berisi adunan kek untuk mengeluarkan udara.
(tap the mould that contain the batter to remove air bubbles)

3. Resepi ini adalah basic resepi yang boleh dipelbagaikan.. Contohnya nak buat kek perisa strawberry. Tukar je serbuk koko dengan perisa strawberry. Bahan lain adalah sama, cuma perlu diingat, sekiranya perisa adalah jenis cecair macam esen vanila, tambah tepung sebanyak suku cawan unutk kekalkan tekstur.. kalau perasa jenis serbuk dan guna 3 sudu macam serbuk koko, resepi tetap sama. adjust tepung je untuk dapatkan kosistensi yang sama ( yang ni xda english translation, aku tetiba kemalasan nk translate,huhuhu)

Ok selamat mencuba.. Bapak2 pun leh try..mudah je..:) Resepi ni aku panggiil konsep 1:1:1 sebab bahan utama nisbah dia satu cawan kepada satu cawan..senang nak ingat..:) Nah, aku sajikan dengan beberapa cubaan membunuh diri..eh silap..cubaan membuat kek menggunakan resepi yang sama ni..:)



















sempena hari bapa..Klik SINI









Yang ni 3 kek the latest..last week punya..




Kantoi ada bayang tangan,hahah



Ni khas untuk bakal kakak ipar..:)



P/s: Teringin lak nak buat betol-betol "Kek Coklat, Aku , Kau dan Cinta" huhuhuhu....

Tuesday, June 26, 2012

HUNDRED

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masih kekal dalam ingatan saat  pertama kali terlanjur... (masing-masing mesti fikir aku ni dah tiada kedaraan kan? coi!! tak habis ayat lagi la.) .. maksud aku, terlanjur menulis blog. It was a long,long time ago... Once upon a time, there was a young boy who had an inspiration to write his blog (nada story telling) ..bla.bla..bla..it was on 2009.. sedar tak sedar dah empat tahun berblogging ( reader: wow,4 years? but why your blog nampak amatur sangat,dengan bilangan follower yang ter"amat" banyak tu?) hahah.. satu soalan yang jujur dan sinis,:P. dan aku akan jawab: " aku ni low profile!!", ya itu dia ,satu jawapan bajet artis dan sungguh nak mencover diri..haha!! ok fine,AKU TAK FAMOUS!!! ngee...

Jujurnya, masa mula-mula berblogging tu, aku anggap blog ni macam diari sendiri..rahsia kite-kite aje.huhu.. (ni kes malu nak ngaku entry tak bagus la nie,hahah). Itu pasal tak terniat pun nak sharing adress blog. Namun begitu, setelah agak berkurun lamanya, rasa nak share je, at least kalo ada time tu dilema ke, need pendapat orang lain ke,leh la diorang komen ( hakikatnya, tak ramai pun yang komen,haha, tak percaya? cuba la cek setiap entry. >> dengan harapan reader akan betul2 cek dan terbaca lah semua entry,ahha licik!!) But really thanks kepada kengkawan yang mengajar and sama-sama berblogging dulu terutamanya sifu aku FARIS AZMI (aku bagi link facebook dia,coz aku dah try cari link blog dia,but somehow, tak jumpa lak. tapi bagi facebook pun takpe kan korang? hhehe) Weh Faris, aku promote ang nie..ang tunggu je la nanti ada la orang masuk minang,:P *ada gak dalam blog ni aku wat entry khas untuk sifu aku ni.. klik SINI. Sifu aku ni la yang dah banyak ajar aku..:)

Kalau dulu enrty kebanyakan nya berkisar tentang luahan hati, almaklumla, konon-konon diari.:) dan yang peliknya, aku suka sangat guna istilah-istilah kiasan yang aku rasa kadang-kadang bila reader baca (kalau baca,haaha) diorang mesti tak faham. Contohnya, Mata putih(byakugan), sharingan la.. huhu actually tu merujuk kat cermin mata aku..huhuhu nak baca klik SINI dan SINI. Nampak sangat terlalu terpengaruh ngan NARUTO ni..hehhe 

Entry bertajuk hundred ni sebenarnya sebagai menghargai blogger-blogger yang sudi jenguk blog ni dan kepada yang sudi follow,really appreciate it. walaupun kalau nak compare ngan blogger lain, mencapai 100 follower bukan lah sesuatu yang hebat pun,huhu tapi bagi aku (yang baru nak aktif semula,tapi tak tau bertahan sampai bila,haha) ianya sangat-sangat dihargai..:) So, sempena mencapai follower 100 , zaxx dengan ini nak bagi la sedikit gift yang tak seberapa kepada follower yang ke- 100. Jadi, yang bertuah tu adalah CIK YAYA.. Kepada Cik Yaya, zaxx nak mintak detail awak,so senang la urusan penghantaran gift tu..:) Untuk reader, ni klik SINI untuk jenguk blog Cik Yaya.

Okeyla, sampai sini je untuk entry kali ni.. kita jumpa lagi diwaktu dan hari yang sama (eh dah macam pengacara TV lak,:P) sebelum berpisah, sedikit trivia mengenai blog Zaxx in Da House nie..:)

1. Follower pertama adalah Shah Mk (http://ahmk89.blogspot.com/).Rakan universiti kat UPSI tapi berlainan jurusan.

2. Follower ke 100 adalah seperti dalam entry>> CIK YAYA (http://tentangyaya.blogspot.com/

3. Entry yang ke- 100 adalah entry khas bertajuk KEKASIHKU sempena hari ibu . (http://zaxx-in-da-house.blogspot.com/2010/05/kekasihku.html)

4. Terdapat entry-entry berkaitan dunia masakan dan resepi, jugak gambar-gambar kek n makanan sebab pemilik blog ni suka memasak,haha
berminat, leh jenguk SINI

5. Entry bertajuk cinta itu SUB'STRACT...(subjective + abstract)merupakan entry paling banyak pageview, tapi tak de komen langsung,hahah tak tau kenapa, orang zaman sekarang suka bercinta kot,walaupun pemilik blog ini masih lagi belum ketemu cintanya..:) (ini serius promote diri..cess,haha)

6. Entry pertama adalah bertajuk Hajimemashite!!! dan kebetulan tajuk ni lebih kurang dengan first entry blogger FATIN LIYANA (klik sini). 

Reader: eleh,nak tumpang glemer la tu..FL dah start blog awal dari ko Mr. 
 Zaxx( Jan 2009) ,ko baru start July 2009,..ko tiru!!
Mr. Zaxx: hahah..oh ye ke? hihihi tak perasan, (tapi ikhlasnya memang aku time tu tak tiru FL pun..jujur ni..) 
#suka tengok first entry blogger2 feymes, sbg inspirasi nak jadi macam diorang..:)

7. Seperti blogger lain, blog ni gak beberapa kali ditukar layout, tapi layout terkini (jeans denim) ni dah lama tak ditukar,coz rasa cam unik je walaupun ada berhajat nak tukar. (rasa gelap la blog,hhuu) 

8. Semasa entry ni ditulis, blog ni tak ada header  cun melecun macam kebanyakan blogger yang paparkan kecantikan dan kehenseman masing-masing sebab pemilik blog ni low profile.( ye la tu,hakikatnya pemalas nak edit-edit gambar dan malu nak pampangkan muka yang kurang hensem sikit je dari mentadak,:P)

9. Semasa entry ni ditulis gak, blog ni ada 156 post termasuk entry ni(tak termasuk yang tertunggak sebab malas nak menaip,haha)

10. Pemilik blog ini seorang yang kacak,hensem dan tampan. Sekian (haha,ini bohong!:P)


p/s: trivia tambahan>> 

11. Reader blog ni dan semua blogger luar sana adalah penulis yang cambest!!! Keep on blogging,.

"to write is to share" (tagline entry first aku..rindoo dan kelakor bila baca entry-entry lama,hingusan sangat..huhuh). dah rindu,aku pun layan la gambor-gambor zaman paleolitik ni,haha


berebut nak posing

konon-konon artis ler tu



selalu celebrate besday ngan kengkawan... (banyak noise lak gambo ni..)







Monday, May 28, 2012

RESEPI: refreshing fruit medley

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Salam Isnin. bagi yang bekerja tu teruskan la bekerja dalam keadaan yang baik ye, jangan stress.. tak elok untuk kesihatan. bagi Mr.Zaxx yang sememangnya seorang pengaggur semestinya la tak bekerja kan,hehe.. hari ni nak berkongsi dengan anda satu resepi ringkas yang boleh anda cuba. Rasanya lama jugak Mr.Zaxx tak buat entry resepi..so kali ni sempena bahang masterchef malaysia,terimalah resepi ringkas dari Mr.Zaxx..Tada.. :)

BAHAN-BAHAN:

1.buah buahan kesukaan (mr zaxx guna buah epal hijau n merah, tembikai,laici,nanas,sengkuang cina dan pelam, nak senang beli je koktail buah yang dalam tin tu..:))
2. nata de coco ( mr.zaxx guna yang berperisa laici)
3. air sprite
4. ais

CARA-CARA:

1. Potong dadu semua buah-buahan tadi( kalau yang dalam tin biasanya dah siap potong..)
2. masukkan buah-buahan kedalam bekas kesukaan. tambah nata de coco dan sedikit air nya. 
3. kemudian tambah air sprite dan letakkan ais. kalau nak lagi sedap, masukkan air laici dalam tin tu..:)
4. langkah empat ni sangatlah mudah.. bukak mulut dan... ngap la..heheh

selamat mencuba..:)



Wednesday, July 27, 2011

cheft selebrity: cheft emy .^.^



amboi2 ayat...
ngaku cheft selebriti ek...
hahah
of coz la..
kena brangan,bru leh jd impian..
then baru ada peluang nk jd ..
kan,kan,kan..

lama dh tak ada aktiviti memasak...
terlampau RAJIN!!
lg satu msa xda..
bizi la ala2 ckgu btol2 dh kan..
ngade!!!! hahaa

ni nk kongsi resepi yg dibuat ...
selit2 msa yg terluang tu...:)

SpEcIaL PaNdaN MoLeP:

1. bancuh perasa pandan dengan air gula..
2. masukkan sedikit susu pekat
3.potong dadu epal hijau atau epal merah
4. potong halus cincau
5. masukkan epal dan cincau yang dipotong kedalam air pandan yg telah dibancuh td
6.masukkan sedikit nata de koko.
7.campur ice ciub n sedikit coklat pink sebagai hiasan...



Tuesday, February 22, 2011

hari jadi @ hari lahir???



opps!!
tajuk di atas dalam maksudnye..
dua2 istilah tu berbeza kan murid-murid?
yaaaa.... cikgu..heheh
hari jadi bile kali pertama persenyawaan berlaku..
hari lahir bile dah cukup masa dan bersalin..
gitu...
^.^

heppy besday to serra..
my classmate..
dah lama xwat kek..
for her besday tetibe wat...
skandal????
oh mestilah!!
hahaha
no u are wrong...
xtually her bestie yg mintak watkan..
alang2 dah ada barang2 so aku pun pulun la wat
hasilnya.....
taraaaaaaaaaaaaaaaaaa...
so bad kan..hahah


uh menakutkan je kan..
dgn ada rekahan macm tanah nak runtuh,..
owh watch out guys!
hahahah

anyway,da lame x berperang kat dapur,,,
cenggini la,..
ce cite..ce cite..hahah
bakor je la...
huuuuuuuuu...


Monday, August 30, 2010

resepi chocolate pancake : eM@R 2


satu lagi menu yg mudah untuk dibuat
yg ni rekaan saya sendiri
inspirasi mase tgk cheft selebriti..
sesuai untuk minum petang or sbg pencuci mulut coz ianya manis..
heheh
selamat mencuba..

bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu gula
1 sudu teh garam
8 biji kurma
2 biji epal merah
1 biji telur
air suam
sedikit minyak masak

sos:
4 sudu serbuk koko
5 sudu gula
1 cawan susu
air
sedikit tepung jagung

cara-cara:

1. masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula, garam, telur dan air.
kacau sebati.. jika pekat boleh tambah air.. masukkan sedikit hirisan kurma.
2. panaskan kuali dengan sedikit minyak (supaya pancake x lekat).. tuang adunan tepung td ke atas kuali panas.. ( bentuk leper seprti roti canai)
3. angkat bila sudah agak garing..

4 sos: masukkan serbuk koko, gula, susu dan air kedalam periuk, panaskan di
atas api perlahan..
5.masuk sedikit tepung jagung yang telah dilarut dalm sedikit air supaya sos jd pekat..

6. untuk hidangan, potong epal kecil2 dan hiris kecil buah kurma.letak hirisan kurma dan epal atas pancake yang digoreng td.. kemudian tuang sos coklat di atas pancake... sedia
untuk dimakan.


Thursday, August 26, 2010

resepi simple fruit salad : eM@R 1






resepi eM@R (easy meal @ramadhan yg pertama:
resepi ni adalah dari jamil
dier wat time kami buka puasa ala2 western..
so simple.. tp aku sgt suke..
hihii

bahan-bahan:

3 biji epal merah
5 biji epal hijau
1 biji lobak merah
1/4 biji kobis
sedikit serbuklada hitam
mayonis
secubit garam
sedikit gula.

cara-cara:

1. epal dipotong dadu.
2. lobak dan kobis dihiris nipis-nipis
3. campurkan epal,lobak dan kobis serta gaul dengan mayonis
4. tabur sedikit serbuk lada hitam, garam dan gula...
5. gaul sebati dan sedia untuk dimakan.

Easy meal @ RAmadhan Contest....


-sorry, my editing just a simple one..xreti,hehehe-

Ramadhan tiba lagi untuk tahun ini..
semoga barakah dan rahmat dikecapi bersama..
insyaallah..
sempena bulan ramadahn ni,
jom kite berkongsi juadah di bulan yang mulia ini..
dengan suka citanya
saya memperkenalkan easy @ ramadhan..
walaupun puasa tinggal lebih kurang 2 minggu jer lagi..
masa yg tinggal nie kite leh guna untuk berkongsi resepi..

easy @ ramadhan nie adalah satu medan untuk blogger berkongsi resepi
bulan ramadhan yang mudah dan boleh dibuat oleh semua orang..
sesuai dgn konsep easy,
supaya org ramai terutama pelajar boleh mencuba..
sesuai untuk berbuka atau bersahur...

dan dikesempatan ini,
teringin gak saya nak wat contest untuk slot nie..
kpd blogger yg sudi,
join la yer..
ada hadiah,tp tunggu...surprise.heheh..

caranya:

mudah jer.. kpd yg berminat, sila tinggalkan komen pada page ni..
tinggalkan url blog anda di ruangan komen...
then leh antar resepi ( kalo leh beserta gambar menu) ke e-mel saya..
resepi tersebut akan saya post kan di blog ini...
resepi seeloknya diberi bahan dan sukatan serta cara-cara membuat...

pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti resepi,
originaliti,kesesuaian
dan popular.. (makin byk komen blogger lain kat page resepi anda,
makin byk markah bonus diberi..)

tarikh tutup sehingga 20 hb september 2010...
so ader mase lg...
sudi2 la try yer..
my email: zaxx4zul89@gmail.com.



Thursday, August 12, 2010

Resepi: sup bebola daging




menu first sahur bulan puasa nie..
hasil tunjuk ajar jamil
jom try!!!

BAHAN-BAHAN:

satu paket bebola daging (sejuk beku)
satu paket rempah tumis sup tulang
satu paket sup bunjut
dua ulas bawang merah
seulas bawang putih
6 biji cili padi
dua inci halia
3 biji kentang ( dipotong 12)
sebiji lobak merah ( dipotong kecil)
dua sudu teh garam
3 sudu sos tiram
1 1/2 sudu serbuk lada hitam
4 cawan air
2 kiub pati daging
1 kiub pati ayam

CARA-CARA:

1. tumis rempah tumis sup tulang dan sup bunjut sampai naik bau
2. kemudian tumis pula hirisan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. tumis sampai agak garing
3. masukkan kentang dan lobak.goreng bersama
4. kemudian masukkan sos tiram dan air.
5. masukkan kiub ayam dan daging serta serbuk lada hitam.
6. selepas agak mendidih,masukkan bebola daging
7. tambah garam dan jika mahu lebih rasa, boleh tambah sedikit lagi sos tiram.
8. biarkan mendidih untuk beberapa minit
9. sedia dihidang dan dimakan!!! kalau ader bawang goreng dan daun sup,leh ditabur di atasnya. selamat mencuba!!!



Wednesday, August 11, 2010

resepi: dadih coffe choc



thanks to all my friends yg sudi jd tukang rase untuk resepi ni
just first time try wat
kepada yg xsempat merasa tu
ader rezeki aku wat lg...
sudi2 la jd tukang rasa resepi2 aku yer..heheh

RESEPI:
(sukatan bahan disertakan dalam cara-cara membuat)
DADIH:

1. Panaskan 3000 ml air. selepas mendidih masukkan 3 senduk gula pasir ( ikut kemanisan yg disukai). biarkan gula melarut.

2. Selepas beberapa ketika,tambahkan satu tin susu cair. selepas agak mendidih,masukkan pula satu paket dadih segera perasa coklat.

3. kacau dan biarkan mendidih. selepas mendidih, sejukkan sebentar dan bolehlah dituang dalam acuan. sejukkan dalam peti sejuk untuk hasil yang lebih nikmat.huhuu...

SOS COFFE CHOC:

1. Panaskan sedikit susu cair ( ambil dalam satu cawan susu cair dari susu yang dididihkan untuk membuat dadih). tambah dua sudu gula pasir (ikut kemanisan ).

2. Masukkan serbuk koko ( anggaran 4 sudu, kalau nak pekat leh tambah lagi). campur sedikit air ( siki jer kalau pekat sangat). tambah sedikit( satu sudu teh) serbuk kopi.

3. larutkan dua sudu tepung jagung dengan air suam. masukkan larutan tepung jagung ini kedalam campuran sos soklat td.

4. kacau sehingga pekat. jika sos agak cair,leh tambah serbuk koko atau larutan tepung jagung.

5. sos boleh dituang ke atas dadih yang separa beku.

notes: for me dalam beresipi nie, kreativiti xterhad,so jgn tkut untuk cuba modified ikut citarasa kita, mana tau kita leh cipta resepi yg leh jd masterpieces. untuk dadih nie, aku sebenarnya ada gak terfikir bebrapa idea. antaranya, dadih buahan, guna dadih perasa non-milk macam laici, limau n campur buahan segar cam epal, nanas, anggur.. kire macam jeli or puding buah la.. idea lain, dadih lapis, tp ni just cara bekukan jer, wat lapisan dadih setiap lapisan lain perasa.then bekukan peringkat demi peringkat.

Thursday, July 22, 2010

iron chef??? diet or gemok???






lama dah x berblog..
cuti semester,so blog pun bercuti la..
kui..kui..kui..
ckap pasal cuti, uh bile dikenang..
waa i want back my 2 month holiday,...
rase nak cuti lg..coz nak wat mcm2 benda..
cuti jer nama dua bulan tp duk umah tgk tv,makan,,
pastu tgk t balik,..makan plak..
aduish mana la x GEMOK!!!

cuti tu ader la gak menyerang dapur mama..
yeee haaa... maka bersepah la dapur tersebut
dan mama mulai menggunakan teknik feveret..
ya itu dua leter tyme..haha
xder la,mama aku mane suke leter k..
luv u mama..hehe

so dah masuk dapur,mcm la tringin nak wat
nsb baik bajet time cuti xbyk,
so wat mane yg mampuu jer..
tambh2 dah ader pembakar yg baru...hahah
ya jom lihat ...
what;s next recipes???

dikategori mengikut plan asal & hasil:

1. ASAL: tart jem strawbery..... HASIL: tart yang keras mcm kayu dicampur sos coklat melimpah ruah...haha

2. ASAL: pizza.. HASIL: pizza dengan warna kehitaman..wahaha salah guna keju.abes hangus..

3. ASAL: bihun hailam HASIL: bihun goreng versi basah..citt terkurang kuah lak..

4. ASAL: mee soba japanese HASIL: mee sup versi kicap berperisa kuah megi ayam.hahah

5. ASAL: char kuey teow HASIL: kuey teow goreng udang...xreti aku nak wat

6. ASAL; kuey teow kungfu HASIL: kuey teow goreng kicap,kuah perisa ayam

7. ASAL: puding roti HASIL: roti lembik yang manis melampau


hahaha itulah cubaan yang dilakukan... namun,hampa!!!
hahahaha....
tp papepun dah try en...
so nak tak nak makan jer la...hiihihii
nak kongsi resepi, tp wat mase nie xsempat nak menaip..
len kali la kot....
jom jalan2 carik makan
biar kembung perut!!


Saturday, May 8, 2010

creamy bread fast...

lagi2 resepi... untuk breakfast sesuai kot.hihiii..simple je..

cara-cara:
1. roti disalut dgn sikit kaya, ditabur sedikit serbuk milo n sedikit serbuk choclate..
2. then, letakkan ice cream kat atasnye..yg kat pic di atas, ice cream tu dah cair.hahaha

maggie jamborii...



another story of the recipes .. heheh.. duk umah x explore dapur xsah... teringin nak ,makan meggie..kat kolej lama dah xmakan... so ade lak meggi kat dapur..maka alkisahnye.terciptalah resepi hasil campuran cacarmarba aku..hahhah

bahan: meggi (aku gune perasa ayam), ikan bilis, sayuran ( aku gune timun, ngan bunga kobis), cili padi, lada hitam,kicap, sos tiram, tomato,cili merah, garam, gula, bawang merah, sos cili




cara-cara:

1. rendam meggie dalam air panas hingga sedikit lembut.jgn biar terlalu lama, takut terlampau lembut. toskan.
2. goreng ikan bilis hingga garing.
3. tumis bawang, cili padi dan lada hitam. naik bau, masukkan bunga kobis. tambahkan kicap, sos tiram dan sos cili. masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula, kemudian masukkan perencah meggi ayam. boleh tambahkan kiub pati ayam sebagai perasa ( tp mase nie kiub abes,tu yg aku xmasukkan)
4. tambahkan timun, tomato dan meggi yang dah direndam td. gaul hingga sebati..terpulang samada nak berkuah atau kering.kalau nak berkuah boleh tambahkan sedikit air. biarkan sebati, siap!!!
5. bile hidangkan tabur cili merah potong n ikan bilis goreng..mmm.. jom makan!!

Monday, March 1, 2010

emi style malay tenpura




cuti hari tu teringin nak cube wat tenpura... aritu tgk
kat japanese festival, n sempat usha2 chef kat situ... try gak keneng resipi..hiihihi...

tp yg aku wat ni bukan guna bahan yang sepatutnya,aku just gune pe yg ader kat dapur mama jer..xpe balun jer.hahahah

resepi: mula 2 kene bancuh tepung nak salut... aku guna pelbagai jenis tepung yg ader kat dapur tu..time tu adrlak byk tepung,aku pun tibai la campur semua,... yg ader tepung gandum, yg ni byak guna, tepung lain cume letak sikit.. cam tepung beras, tepung jagung,n tepung goreng pisang adabi.. pastu aku masukkan sikit lada hitan tumbuk, sikit rempah kari, jintan skit,,garam, bawang merah n putih sikit ( yg dah ditumbuk lumat) ,telur n air...masuk beberapa ketul ais untuk dpat sakutan yg rangup!! bahan dalam aku guna timun n bunga kobis jer.time tu xder dedaging cam ayam, sotong or udang...
so, bancuh bahan sampai sebati, pastu salut timun n bunga kobis, n goreng dalam minyak yg tol2 panas...goreng kejap jer sampai kekuningan...

pas aku try ni, aku gak pernah try wat untuk salut sotong n fish cake n fish ball... untuk sotong sebab gune sotong besar,aku xsuka ngat..aku kurang minat makan sotong besar... tp untuk fish cake aku suke.. teksture fish cake ngan kulit saluit garing mmg sedap dimakan dgn sos..yummy!! selamat mencuba

Friday, February 12, 2010

air kelapa gula merah


satu lagi resepi mudah dan cepat. cuma masukkan air kelapa,gula merah,sedikit susu pekat, isi kelapa , ais ketul dan sedikit gula ,garam. blender campuran td. siap....

bandung coconut iced


resepi mudah yang boleh menyegarkan tekak anda... masukkan air kelapa dan air gula. tambah perasa sirap dan susu pekat. boleh ditambah sedikit susu tepung. masukkan isi kelapa dan sedikit garam. tambah bebrapa ketul ais dan blender semua campuran tadi.. siap!!

Wednesday, February 10, 2010

milo coconut blended


another drink resepi... juga direka mase cuti sem lepas... senang sgt nak wat kebetulan hari tu pergi amik buah kelapa kat tepi rumah yang ketinggiannya ala2 tinggi atap jer.. aku panjat ngan kerusi,petik guna tangan pun leh.huuhu.. tp nak berlagak pro..guna la parang.. hahha aku tgk jer sebenarnya..papa yang kupas sume...

resepi: air kelapa, isi kelapa, serbuk milo, air gula, sedikit susu pekat, ais , susu tepung(optional). semua bahan ni dimasukkan dalam blender dan dikisar... pastu tuang dalam gelas , tambah ais ketul, n isi kelapa,pastu tabur serbuk milo..dah siap..heheh..ala2 milo blended tapi ada campuran kelapa...
selamat mencuba..

Friday, January 29, 2010

red roses dessert...

resepi percubaan.. testing n experimental.cuba2 juga dalam cuti sem lepas... tp sambutan x hangat.hahha.. ader bahan yg memng xkena mnyebabkan keseluruhan rase agak fail..aku pun x mkan abis.huhuhu..tp kalo leh modified, i think will be better..

bahan:
~ buah lai
~susu sejat
~gula
~pewarna merah ( leh guna sirap)
~secubit garam
~air
~daun pandan
~susu tepung
~sedikit tepung jagung


cara2:
1. kupas buah lai, kemudian dipotong dadu
2. masak buah td dengan campuran air,gula, pewarna merah, dan daun pandan.. masak sehingga agak lembut dan warna merah meresapi buah td. selepas agak masak, toskan dan sejukkan.
3. masak pula untuk kuah, iaitu campuran susu cair, sedikit gula, susu tepung, sedikit garam ,tepung jagung dan sedikit air.masak sehingga agak pekat.
4. untuk hidangan, tuang kuah keatas buah lai yg telah dimasak..tambahkan ais untuk nikmat yg lebih ketara.

# komen: buah lai yg diguna masa wat resepi ni agak rapuh. jd bila masak terasa sangat lembut dan agak mual untuk dimakan.. jd untuk penambahbaikan, mungkin boleh ditambah buah lai segar tanapa dimasak sekiranya tidak suka tekstur lembut buah lai yag dimasak...