Pages

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Wednesday, August 21, 2013

Rasa itu Macam-macam Ada...

Assalamualaikum dan Salam Syawal....

Bersawang...aku tahu..
Hajat hendak update something pasal my past birthday..:) THANKS to all insan yang wish besday kat aku.. Siap ada yang nyanyi lagu lagi, terasa macam juri Vokal Bukan Sekadar Mulut Terjuih je... Love All of you guys... Muah!!!
 Tapi hati terasa nak mengomel benda lain dulu..


Tak tau kenapa, hari ni banyak betul benda yang datang ketuk pintu minda aku... Nasib baik datang berketuk, tak de la terjah semberono macam si cirit merebut jamban...huhuh.. Tapi aku gagahkan jua melayan kerenah mereka berputar-putar dalam ruang lobi minda ni... Banyak pelawat minda yang datang, menghasilkan rasa yang bermacam-macam. Walau terasa nak peribliskan semua tu, mengelak mungkin, tapi aku kena terima,fasa aku dah menapak selangkah, aku kena matang..hiihiii..

Rasa Marah, Simpati, Emosi, Tercapai Didetik dalam Hati.


Aku bukan nak ditakuti, cukup sekadar dihormati. Dipijak kepala aku tak suka, tapi dipijak belakang badan, tonyoh-tonyoh ,urut-urut badan, yang tu aku suka. Bukan aku tak nak meroyan, tapi kesian. Biar aku pendam sendiri, asal dapat puaskan hati. Hajat hendak beri peluang, agar ruang penuh apa yang kurang. Tapi macam tak ada hasil, makin panas dan terkebil-kebil. Lalu menyapa bisik kecil dalam hati, biar kau rasa balasan nanti. Walau bukan asbab dari  diri ini. Bisik nakal itu tak lah diniat sepenuh hati, kerna sayang masih berdiri,  tapi tak sangka benar terjadi. Harap bertiup angin luar, biar keluar jembalang, datang penawar.

Rasa Dihimpit, Tersepit, Mengepit.... Kiri Rasa Dicubit.. Kanan rasa digigit...Aww sakit..



Duduk tengah,kiri mencuit, kanan menjerit. Aku tersepit, saksi mengepit. Terowong itu panjang, bukan lalu hanya sekarang.. jalan pecah ditampal, paku sepah dibuang. Dua terowong diselia, agar tiada terkecewa. Tiada apa yang terbinasa, Adat orang baru,masih tidak tahu. tengok hari esok, adakah masih berkokok.. atau aku hanya tunduk. Meniti terowong sepi terhenjut-henjut...

Rasa Mahu, Tapi Tidak Tahu

Mahu,tapi bukan malu,hanya tidak tahu. Yang baik bukan mudah dijumpa,bukan senang disua.. Adat hati mahu yang gaya. Tapi mampu tak izinnya. Satu keperluan, tapi tidak mahu beban. Asal boleh jalan, hati tak keruan. Tunggu lubuk, baru ditunjuk, mana yang terjelupuk.

Rasa selesa, tak mahu diduga.

Adat hati, sudah suka, jatuh cinta. Sudah selesa, tak mahu diduga. Bukan lari, tapi tak berani. Hati masih tak berdiri. Lagi baik pening kepala, daripada pening jiwa. Tapi semua bukan ditangan, dapat titah, harus melangkah.

Rasa Sayang, Datang Rindu, Terjah Pilu...



Hati ada rasa. Bila cinta, dibisik sayang, disiul rindu.. Tapi dia tidak hadiri. Kekangan menjadi. Setia tetap abadi. Terus menanti. Sehari... dua hari... seminggu.. perlu terus menuggu? Hingga tiba yang keseribu? Hati jadi pilu, Jiwa jadi lara.. Bila pelangi dinanti, yang tiba hanyalah mimpi. Hiba rasa, ditunggu tak tiba, papan tanda yang menjelma. Dilarang kaki disua, terus cantas, terus pintas.. Ada apa? Mahkamah sudah mula bicara? Tunggu masa hukuman bermula? Untuk kesekian kalinya...

P/s: Warna warni dunia hadir dengan pelbagai jenis rasa, yang ada untuk dirasai semua, walau bukan apa yang dipinta... 

P/s lagi: Kalau rasa pening kepala baca entry ni, aku susun sepuluh jari mohon maaf. Mood tengah jem,huhuu...




Monday, October 22, 2012

Kempunan Seorang Pengapit Pengantin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Pengantin Baru Along & Kak Zu

Pagi itu keadaan hingar bingar bungar bongar bengar ( kata imbuhan kasi naik feel skit,ahha)..biasala, ramai orang. Kenduri, mestila ramai.. kalau sorang-sorang takla dinamakan kenduri, tiduri mungkin... Kepenatan melalak lagu tiga kupang malam tadi masih lagi terasa, tapi aku cabaikan semua tu..eh silap, abaikan sebenarnya..hihii.. karoke kenduri memang hapening. Setakat dua tiga lagu aku masih gagah lagi.. ye la..kena la stamina kuat,nanti nak wat konsert lagu jong jong inai secara marathon nam blas kali tak la semput...

****************

Dengan langkah penuh gaya Jovian Mandagie, aku belek-belek bilik pengantin yang dah dipulun buat hiasannya yang ekspress malam tadi. ala, biasa-biasa je...cocok tang sini, cocok tang situ..dah siap!! yang penting ada tempat pengantin nak buat anak.eh silap lagi, maksudnya nak tidoooo..:P haha... Tugas pagi tu aku Ambik port basuh pinggan jap..menolong lah konon..tapi aku rasa menolong tengok dengan mata galak lagi menggoda yang menyumbang jam terbanyak...ngee..:)

Lepas dah agak cukup jam, aku pun bergerak la pegi punch kad kerja tempat lain lak, keja tido namanya... hajat di hati memang la nak menidurkan diri atau ditiduri.eh? haha tapi tetiba je dapat satu panggilan "On Call" katanya...

"Emi, siap-siap cepat.. pengantin tak ada pengapit ni... dah nak berarak ni ...cepat jadi pengapit...ajak kakak jadi pengapit perempuan!"

"Ish..aku kan pemalu.. jadi pengapit tak reti..jadi pengepit aku terer la!" bebel aku dalam hati sambil mencari kakak untuk jadi teman pengapit. 

"Jom kakak, tukar baju! Pengapit kena la vouge gak!! " jerit aku tak mengalah... diva kena jaga saham..hahah

****************

Dengan ritma rempitan ala-ala Adnan Sempit kami berdua memotorkan diri kami menuju ke rumah aku untuk tukar baju.. derrr.. nama pun rempit, mestilah 120 km/jam (okeyh aku melebih-lebih, 20 km/j je mungkin..:P) 

Kami lalu kat satu tapak pekan sehari yang baru je abis. Peniaga-peniaga sedang sibuk mengumpat, basuh kain, tukar pampers anak sambil main batu seremban.. ( ok ni aku tipu lagi..:P) Peniaga sibuk mengemas barang-barang mereka untuk pulang.. Kami pun melalui kawasan itu dan tiba-tiba............ Proooooooooooottttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!...

eh salah sound effect daaa... semula yer... Kami pun melalui kawasan itu dan tiba-tiba.... Sretttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!! Pranggggggggg!!! Dummm! DUmmm!! Kebabommm!!! POn Pon Pon..!!! Ting TOng!!! Tilam Tilam Tilam!!! (pergh aku ngarut lagi..sebenarnya bunyi yang pertama tu je yg betol.. haha)

Aku melambung walaupun aku bukan Mail Lambung...kakak yang aku boncengkan tadi turut mengikut jejak langkahku itu.. katanya aku idola dia..eh jadah pe ni? hahah  Motor yang tadi elok memutarkan tayar atas jalan raya secara tegak tiba-tiba memutarkan tayarnya atas badan aku.. eh silap.. tiba-tiba memutarkan tayar nya secara menyerong...aduhhhhhh!!! sakitnyerr!!! 

Ok fine! Aku tak nampak dari jauh tali melintang khemah peniaga yang aku ingat dah siap-siap mengemas barang mereka.. Aku teka yang sorang ni pergi menyusukan anak tu yang lambat kemas khemah... khemah dah tak ada, tapi tali pengikat masih ada. Maka, bila dah dekat, baru perasan dan mula lah aksi ala matrik mengelak tali tersebut!! canggih!! aku berjaya mengelak..tapi..........................

Adoiii!! Kakak menjerit, dahinya terlangagr tali itu..ok maap, aku lupa warning.. tali tu pun berjaya mencium dahi kakak..aku teka tali tu memang gatal, miang dan sebagainya... puaslah nafsu tali tu gamaknya... uh! maka, impak dan natijahnya..tersangkutlah kami dan tertiaraplah motor itu..maka kami pun terpaksa melakukan aktiviti baring membaring atas jalan raya.. nikmatnya!!!!!

Dengan kesakitan yang dialami, kami gagahkan juga untuk bangun dan aku mula menegakkan motor... lantas aku menelefon maksu...

"Emi eksiden,tolong ganti jadi pengapit..kepala akak pening dah,tak larat nak jadi...k bai!"

Aiseh man... tak kesampaian aku nak merasa jadi pengapit.. mungkin belum ada jodoh..ye la.. orang kata sapa jadi pengapit, ada berkat nak dapat jodoh... orang kata la... eh? tapi kalau yang ganti tu dah kawin??? yeaaaaaaaa kawin dua!! hahaah... 

P/s: peristiwa ni berlaku dua tahun lepas... entry ni mengimbau kembali saat kenduri di rumah dulu.... tak sabar nak kenduri 3 hb 11 ni untuk abang sulong aku... untuk belah perempuan dah lepas sabtu aritu.. tahniah buat Along...semoga berkekalan ke akhir hayat... tak sabar nak dapat anak sedara ni..:) Kepada semua reader, maafkan Zaxx sebab lama tak update sebab agak bizi wat preparation..:)


My Family...:) Aku terasa makin berisi..:'(





Thursday, August 30, 2012

cinta itu racun: berbaloikah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Aidilfitri....


Satu Syawal telah berlalu...  Di saat orang ramai meraikan Hari Raya dengan gembira , Zaxx in da House pun tak lupa maeraikannya sampaikan amik cuti raya sampai dua minggu lebih. Nah, blog ni cuti sampai entry pun ikut cuti, mengalahkan cuti-cuti Malaysia mahupun cuti bersalin Cik Senah..eh? Tapi semestinya tak ada kaitan dengan cuti-cuti cinta...hewww..

Lama menyepi bukan bermaksud membawa diri, cuma sedang merenung  masa depan yang entah apa akan terjadi. Adakah yang sudi? Menerima diri ini? Untuk dijadikan Suami? eh lagi? Carutan apakah ini?
* dah macam puisi la pulak...huhuhu.. Ni mesti terkena badi Cik JPEG yang pro bab-bab puisi ni.. :) Virus...

Cinta itu Racun...Racun itu bahaya... Kalau kita makan racun ikta akan mati..  Abes, kalau bercinta,kita akan mati jugak la? Eh..tidak!! bukan itu maksudku..huhu... Cuma apa yang aku maksudkan sebagai racun adalah sesuatu yang rumit dan boleh menyebabkan sesuatu di luar jangka serta berbahaya... Bahasa mudahnya boleh memberi kesan luar jangka la,samaada baik atau buruk. Cinta itu kan anugerah, dah tentu la ia memberi seribu satu kenikmatan. Bercinta memang mudah, skopnya pun luas...tapi bagaimana menguruskan cinta tu yang susah.. bab tu la yang aku kaitkan dengan istilah 'racun' tu... Jika tersilap langkah, macam-macam boleh berlaku. Namun, cinta itu sangat-sangat SUBJEKTIF. Kalau macam soalan peksa  tu, tiada pilihan jawapan yang exact, kita yang perlu mengisi jawapan kita sendiri dan selalunya akan banyak berkaitan dengan persepsi dan tafsiran kita sendiri.. Ye la, even orang kata kat kita macam ni.....


" Kau suka mamat tu Joyah? Dia tu mana ada klasssssssss!! ee yeuww!! " kata Minah sambil menunjukkan jari kelingkingnya ke arah Randy Pangalelamajnun (bukan nama sebenar).

Kita tetap akan jawab macam ni...


" aku tak memandang klasssssss Minah. yang penting,janggut kontot dia tu membuatkan aku cair... Macam susu cair atas air batu campur..yummy.." Joyah membalas sambil mata merenung tajam janggut pilihan hatinya itu...

Itu normal... Cinta kan SUBJEKTIF.... :)



Walaubagaimanapun, memang cinta itu buta, walaupun pemainnya kebanyakan celik fizikal. Hanya buta bila hati sudah angau, segala kritikan dan teguran diterima hinggap sekejap macam langau... Cuma pujian yang dapat terus menetap lama ibarat warganegara sebuah  negara.

Ekceli,aku ni tak berani nak ulas pasal cinta, kang orang tanya pengalaman, berpeluh nak jawab ,hahaha (maksudnya aku single la ni, xfaham2, hahaha..:P) Tapi ini sekadar berkongsi pengalaman orang lain yang ditafsir ikut persepsi sendiri..cewah!!..:)

1. Kerana cinta, seseorang tu sanggup mengalah. Biarlah tiap-tiap kali gaduh, yang pujuknya dia sorang je, si sorang lagi hanya tunggu untuk dipujuk,dibelai manja, di usap-usap kepala.. eh? Bila part ikut kata, tentu-tentu kena ikut yang sorang lagi tu je.. " My word is an order!! your word is... erm I suka I buat." Jadah...!!! Come on ,cuba bertegas sikit! Tak suruh banyak,sikit je.. At least, dapat buatkan dia rasa diri tu perlu dihargai... Tapi takpa, cinta tu kan SUBJEKTIF, awak suka, awak terima....:)

2. Kerana cinta, seseorang yang innocent, hati murni, sangat baik, suka menolong, boleh terpaut pada cinta suami orang. Nah, ni la bukti, cinta itu buta.. Walaupun diri sangat baik dari segi peribadi, bila bab cinta kita boleh kalah. Aku tak bermaksud orang yang bercinta suami/isteri orang itu jahat, dan tak jugak menggalakkannya, itu kan soal jodoh. Cumanya, diharapkan kalau boleh elak,elakkan . takut nanti-nanti mendatangkan masalah lain pulak.. soal silaturrahim kan bukan perkara kecik.. kalau dah bergaduh sesama tetangga,bukan senang nak pulih semula.. Tapi takpa, cinta tu kan SUBJEKTIF, awak suka , awak yang kena pilih..:)

3. Kerana cinta, seseorang itu terpaksa berduka dan bersedih bila si dia bertukar arah.. Curang... Bukan curang kalau yang belum berkahwin, proses membuat pilihan mungkin..:) Bila dah diabai, mestilah sedih, bila dah sedih, terseksalah hati..  Tapi tak pa, cinta tu kan SUBJEKTIF, awak suka, awak kena la sanggup..:)

4. Kerana cinta, seseorang tu boleh berubah. Berubah kearah kebaikan, itu berkat! Tapi kalau sebaliknya? Adakah musibat? ataupun penamat? Bila berubah perangai, itu susah...  tapi cinta tu kan SUBJEKTIF, awak suka, awak la pembuat keputusannya...

Namun ada satu cinta yang hakiki, cinta yang bukan racun, tapi penawar.. Penawar kepada semua racun yang disebut tadi.  Cinta kepada yang Maha Esa.. Satu-satunya cinta teragung., cinta abadi..yang dapat menyembuhkan luka lara panahan racun-racun asmara yang sementara itu..

P/s: Pari-pari Putih mohon jangan bimbang dah..ni new entry untuk kamu..:) Tak tau napa tajuk ni yang dipilih,huhuhu.. Sekali sekala entry skema,mohon jangan bosan.. :)




Tuesday, August 7, 2012

Kek coklat, Aku, Kau dan Cinta & Chocolate Cake Recipe


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Ramadhan...

Sekadar gambar hiasan...


"Aimi seorang gadis yang lemah lembut pada dasarnya, tetapi tiba-tiba bertukar tegas dan lantang apabila ditindas atau dipermainkan terutamanya oleh sang lelaki. Dia mempunyai minat yang mendalam terhadap kek coklat. Selain menyukai rasa yang dianggap tiada tolok bandingnya, Aimi juga begitu menghargai hiasan kek coklat yang dianggapnya sebagai seni yang tiada berpenghujung sehinggakan dia sanggup bekerja di sebuah kedai kek selepas mendapat ijazahnya semata-mata minatnya tyang mendalam terhadap kek coklat. Zul pula seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat pembekal barangan hiasan dalaman. Dia adalah anak yang sangat manja dengan emaknya, kerana emaknyalah menjadi peneman hidup setelah bapanya meninggal dunia empat tahun lalu. 

Lain pula dengan Zul, dia sangat tidak menyukai kek coklat dan segala benda yang berkaitan coklat. Coklat dan Zul seperti musuh ketat, tapi bukan bagi ibunya yang sememangnya pengemar tegar  kek coklat, sama seperti Aimi . Suatu hari, Zul ke kedai kek tempat  Aimi bekerja dan membeli sebiji kek coklat hasil buatan Aimi khas sempena hari lahir ibunya. Kena dengan selera ibunya mungkin, ibu Zul seakan ketagih dengan kek coklat Aimi dan meminta Zul membelinya setiap kali pulang dari kerja. Zul pada mulanya seakan menolak kerana terpaksa berhadapan dengan "musuh ketatnya" iaitu kek coklat. Namun,dek kerana sayangnya terhadap ibunya, Zul akur dan menurut permintaan ibunya. 

Bermulalah kisah perkenalan Zul dan Aimi  yang sering kali disulami dengan pertelingkahan kerana masing-masing mempertahankan pendapat mereka. Aimi bertegas dengan keenakan dan seni kek coklat manakala Zul  sering kali mempersoalkan kelebihan kek coklat serta sentiasa merendah-rendahkan keunikan kek coklat dengan mengaitkannya dengan kesan terhadap kesihatan. Apakah kesudahan kisah mereka? Adakah kek coklat mampu menjadi pengikat dua hati yang sering bertelagah ini? Ikuti kisah menarik Aimi dan Zul  dalam "Kek coklat, Aku, Kau dan Cinta"...."

Kehidupan sebagai seorang penulis sememangnya menarik. Penulis ibarat pengarah yang boleh mencipta  satu kisah yang dicoret sendiri. Begitulah keseronokan sebagai seorang penulis. Wah terasa skema pulak ayat..huhu erm korang!!!  Amacam..ok tak sinopsis yang aku reka kat atas tu? Sesungguhnya aku sedang berangan menjadi seorang penulis novel,tapi apakan daya,profesion tok mudim jugak yang aku sandang..tidak mengapa..:)

Ekceli aku bukan la nak promote novel terbaru aku tu. Bukan kan novel, cerpen pun aku tak mampu nak buat dek kerana virus kemalasan yang melanda.heheh. Apa yang nak dikongsikan dalam entry kali ni ialah kek coklat! Dah lama rasanya tak kongsi post entry berkaitan resepi, so oleh sebab entry-entry lain masih dalam pembikinan, aku bagi korang satu resepi yang memang selalu aku wat. Senang pun senang.. Boleh la mencuba untuk raya nanti..:) Tapi aku memang jarang la sukat by gram,so aku just bagi nisbah ikut cawan je ye.. saiz cawan tu ala-ala cup orang minum kopi kat kedai makan tu.. Apa? kat kedai makan korang selalu order kopi guna jug air? Ok itu aku tak leh nak cakap pe la.. kalo guna jug air, mungkin kek tu nanti bersaiz Doraemon jadinya, hahah..

SIMPLE CHOCOLATE CAKE RECIPE

Bahan/ Ingredients:

1 Cawan Mentega / 1 cup butter
1Cawan gula kastor/ 1 cup castor sugar
1 Cawan tepung gandum / 1 cup flour
4 biji telur/ 4 egss
1 sudu besar esen vanila/ 1 table spoon vanilla essent
1 sudu besar serbuk penaik/ 1 table spoon baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat/ 1 tea spoon soda bicarbonat
3 sudu besar serbuk koko/ 3 table spoon cocoa powder

Cara/ method:

1. Panaskan oven .Ayak bahan kering bersama iaitu tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat.
   ( Preheat the oven. Sieve dry ingredients- flour, cocoa powder, baking powder and soda bicarbonate)

2. Putarkan mentega dan gula sehingga kembang.
   ( Mix butter and castor sugar until they rise)

3. Masukkan esen vanila dan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan mentega dan gula tadi. Putarkan .
   ( Add vanilla essence and eggs one by one into the mixture of butter and sugar. Mix them again.)

4. Masukkan bahan kering yang telah diayak tadi dan putarkan sehingga sebati.
    ( Add the dry ingredients that had been sifted and mix them well)

5. Tuang adunan kedalam acuan dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 hingga 30 minit.
  ( Pour the batter into the mould and bake at 180 degree celcius for about 20 to 30 minutes)

6. Untuk toping, boleh la cairkan coklat dan tuang ke atas kek yang telah sejuk atau buat sos coklat sendiri- masakkan coklat, serbuk koko, susu pekat, sedikit mentega dan sedikit air.
(for topping, melt chocolate and pour to the cool cake or make your own chocolate sauce by cook mixture of chocolate, cocoa powder, condense milk , a little butter and a little water)

Tips:

1. Masa membakar kadangkala bergantung kepada jenis oven yang digunakan. Sentiasa periksa kek selepas dibakar selama 20 minit dengan mencucuk kek menggunakan garfu atau pencungkil gigi. Sekiranya tiada sisa kek melekat pada garfu atau pencugkil gigi tadi, itu menandakan kek sudah masak. Jika tidak, teruskan membakar. Jangan bimbang sekiranya setelah lebih 30 minit, kek masih melekat pada garfu atau pencungkil gigi setelah dicucuk. Ini mungkin fungsi setiap oven adalah berbeza.

( Baking time is sometimes depends on the types of oven used. Always check the cake after 20 minutes of baking by insert fork or toothpick. If it will come out clean,that show that the cakes is already cook. If not, keep on baking. Dont worry to exceed 30 minutes of baking, this may due to the different function of different types of oven.)

2. Hentak acuan yang telah berisi adunan kek untuk mengeluarkan udara.
(tap the mould that contain the batter to remove air bubbles)

3. Resepi ini adalah basic resepi yang boleh dipelbagaikan.. Contohnya nak buat kek perisa strawberry. Tukar je serbuk koko dengan perisa strawberry. Bahan lain adalah sama, cuma perlu diingat, sekiranya perisa adalah jenis cecair macam esen vanila, tambah tepung sebanyak suku cawan unutk kekalkan tekstur.. kalau perasa jenis serbuk dan guna 3 sudu macam serbuk koko, resepi tetap sama. adjust tepung je untuk dapatkan kosistensi yang sama ( yang ni xda english translation, aku tetiba kemalasan nk translate,huhuhu)

Ok selamat mencuba.. Bapak2 pun leh try..mudah je..:) Resepi ni aku panggiil konsep 1:1:1 sebab bahan utama nisbah dia satu cawan kepada satu cawan..senang nak ingat..:) Nah, aku sajikan dengan beberapa cubaan membunuh diri..eh silap..cubaan membuat kek menggunakan resepi yang sama ni..:)



















sempena hari bapa..Klik SINI









Yang ni 3 kek the latest..last week punya..




Kantoi ada bayang tangan,hahah



Ni khas untuk bakal kakak ipar..:)



P/s: Teringin lak nak buat betol-betol "Kek Coklat, Aku , Kau dan Cinta" huhuhuhu....

Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesdsay

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Tuesday, June 26, 2012

HUNDRED

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masih kekal dalam ingatan saat  pertama kali terlanjur... (masing-masing mesti fikir aku ni dah tiada kedaraan kan? coi!! tak habis ayat lagi la.) .. maksud aku, terlanjur menulis blog. It was a long,long time ago... Once upon a time, there was a young boy who had an inspiration to write his blog (nada story telling) ..bla.bla..bla..it was on 2009.. sedar tak sedar dah empat tahun berblogging ( reader: wow,4 years? but why your blog nampak amatur sangat,dengan bilangan follower yang ter"amat" banyak tu?) hahah.. satu soalan yang jujur dan sinis,:P. dan aku akan jawab: " aku ni low profile!!", ya itu dia ,satu jawapan bajet artis dan sungguh nak mencover diri..haha!! ok fine,AKU TAK FAMOUS!!! ngee...

Jujurnya, masa mula-mula berblogging tu, aku anggap blog ni macam diari sendiri..rahsia kite-kite aje.huhu.. (ni kes malu nak ngaku entry tak bagus la nie,hahah). Itu pasal tak terniat pun nak sharing adress blog. Namun begitu, setelah agak berkurun lamanya, rasa nak share je, at least kalo ada time tu dilema ke, need pendapat orang lain ke,leh la diorang komen ( hakikatnya, tak ramai pun yang komen,haha, tak percaya? cuba la cek setiap entry. >> dengan harapan reader akan betul2 cek dan terbaca lah semua entry,ahha licik!!) But really thanks kepada kengkawan yang mengajar and sama-sama berblogging dulu terutamanya sifu aku FARIS AZMI (aku bagi link facebook dia,coz aku dah try cari link blog dia,but somehow, tak jumpa lak. tapi bagi facebook pun takpe kan korang? hhehe) Weh Faris, aku promote ang nie..ang tunggu je la nanti ada la orang masuk minang,:P *ada gak dalam blog ni aku wat entry khas untuk sifu aku ni.. klik SINI. Sifu aku ni la yang dah banyak ajar aku..:)

Kalau dulu enrty kebanyakan nya berkisar tentang luahan hati, almaklumla, konon-konon diari.:) dan yang peliknya, aku suka sangat guna istilah-istilah kiasan yang aku rasa kadang-kadang bila reader baca (kalau baca,haaha) diorang mesti tak faham. Contohnya, Mata putih(byakugan), sharingan la.. huhu actually tu merujuk kat cermin mata aku..huhuhu nak baca klik SINI dan SINI. Nampak sangat terlalu terpengaruh ngan NARUTO ni..hehhe 

Entry bertajuk hundred ni sebenarnya sebagai menghargai blogger-blogger yang sudi jenguk blog ni dan kepada yang sudi follow,really appreciate it. walaupun kalau nak compare ngan blogger lain, mencapai 100 follower bukan lah sesuatu yang hebat pun,huhu tapi bagi aku (yang baru nak aktif semula,tapi tak tau bertahan sampai bila,haha) ianya sangat-sangat dihargai..:) So, sempena mencapai follower 100 , zaxx dengan ini nak bagi la sedikit gift yang tak seberapa kepada follower yang ke- 100. Jadi, yang bertuah tu adalah CIK YAYA.. Kepada Cik Yaya, zaxx nak mintak detail awak,so senang la urusan penghantaran gift tu..:) Untuk reader, ni klik SINI untuk jenguk blog Cik Yaya.

Okeyla, sampai sini je untuk entry kali ni.. kita jumpa lagi diwaktu dan hari yang sama (eh dah macam pengacara TV lak,:P) sebelum berpisah, sedikit trivia mengenai blog Zaxx in Da House nie..:)

1. Follower pertama adalah Shah Mk (http://ahmk89.blogspot.com/).Rakan universiti kat UPSI tapi berlainan jurusan.

2. Follower ke 100 adalah seperti dalam entry>> CIK YAYA (http://tentangyaya.blogspot.com/

3. Entry yang ke- 100 adalah entry khas bertajuk KEKASIHKU sempena hari ibu . (http://zaxx-in-da-house.blogspot.com/2010/05/kekasihku.html)

4. Terdapat entry-entry berkaitan dunia masakan dan resepi, jugak gambar-gambar kek n makanan sebab pemilik blog ni suka memasak,haha
berminat, leh jenguk SINI

5. Entry bertajuk cinta itu SUB'STRACT...(subjective + abstract)merupakan entry paling banyak pageview, tapi tak de komen langsung,hahah tak tau kenapa, orang zaman sekarang suka bercinta kot,walaupun pemilik blog ini masih lagi belum ketemu cintanya..:) (ini serius promote diri..cess,haha)

6. Entry pertama adalah bertajuk Hajimemashite!!! dan kebetulan tajuk ni lebih kurang dengan first entry blogger FATIN LIYANA (klik sini). 

Reader: eleh,nak tumpang glemer la tu..FL dah start blog awal dari ko Mr. 
 Zaxx( Jan 2009) ,ko baru start July 2009,..ko tiru!!
Mr. Zaxx: hahah..oh ye ke? hihihi tak perasan, (tapi ikhlasnya memang aku time tu tak tiru FL pun..jujur ni..) 
#suka tengok first entry blogger2 feymes, sbg inspirasi nak jadi macam diorang..:)

7. Seperti blogger lain, blog ni gak beberapa kali ditukar layout, tapi layout terkini (jeans denim) ni dah lama tak ditukar,coz rasa cam unik je walaupun ada berhajat nak tukar. (rasa gelap la blog,hhuu) 

8. Semasa entry ni ditulis, blog ni tak ada header  cun melecun macam kebanyakan blogger yang paparkan kecantikan dan kehenseman masing-masing sebab pemilik blog ni low profile.( ye la tu,hakikatnya pemalas nak edit-edit gambar dan malu nak pampangkan muka yang kurang hensem sikit je dari mentadak,:P)

9. Semasa entry ni ditulis gak, blog ni ada 156 post termasuk entry ni(tak termasuk yang tertunggak sebab malas nak menaip,haha)

10. Pemilik blog ini seorang yang kacak,hensem dan tampan. Sekian (haha,ini bohong!:P)


p/s: trivia tambahan>> 

11. Reader blog ni dan semua blogger luar sana adalah penulis yang cambest!!! Keep on blogging,.

"to write is to share" (tagline entry first aku..rindoo dan kelakor bila baca entry-entry lama,hingusan sangat..huhuh). dah rindu,aku pun layan la gambor-gambor zaman paleolitik ni,haha


berebut nak posing

konon-konon artis ler tu



selalu celebrate besday ngan kengkawan... (banyak noise lak gambo ni..)