Pages

Thursday, April 11, 2013

Sekolah Bukan Tempat Bertinju: Siapa Salah? Pembuli, Mangsa Buli atau Penonton?


Assalamualaikum...

Jambu @ Gangster?

Mak kita selalu pesan, pergi sekolah belajar.. 
Ayah pulak nasihat, nak jadi orang berguna kena belajar pandai-pandai..
Ni bukan kisah dongeng, ini hakikat. Sapa yang tak setuju, angkat tangan!

Kalau dah nama nya sekolah mesti la tempat untuk menuntut ilmu..
Ok fine, boleh la jugak sambil-sambil tu datang nak citer pasal bola kat Tv semalam, atau pasal gaun Rozita Che Wan yang Seksa Seksi kat ABPH 2012 ataupun nak promote jual Kolagen rumpai laut mahupun peplum. tapi MESTI ingat,niat utama ke sekolah adalah untuk apa ya murid-murid? ya betol. jawapannya, sekolah adalah tempat belajar bukan tempat untuk KURANG HAJAR!

Semalam memang hangat kisah student kena belasah. 
"Ketua tingkatan dibelasah tiga pelajar", "Lan Todak menggananas", "Samseng Sarip Dol belasah ketua tingkatan","Ubat kuat penyelamat malam pertama", dan macam-macam lagi tajuk berita  yang panas.. 
ok fine yang last tu aku tambah.. Ngade kan..huhuh..



Sebenarnya, isu buli dan belasah membelasah ni dah lama terjadi kat sekolah, tapi mungkin kali ni sebab ada insan yang "bijak", bukan saja merakam, malah menyebarkan video tu, memang azab la pelakunya pasni. Dulu-dulu tak ada lagi handphone kamera nak rakam-rakam, so lagenda belasah membelasah hanya didengar dari mulut ke mulut je (bukan CPR).

kes belasah membelasah ni men seriaukan aku..erkk..


Kali ni kes memang hangat. Sampaikan ada blog khas updating pasal perkembangan kes ni kat SINI. Nak tau update latest,terjah je blog ni. Bukan tu je, FB khas rentetan kes ni pun ada kat SINI. Try skodeng page ni, nescaya korang akan perasan bahwa dikatakan ketua tingkatan yang dibelasah tu sebab report kat cikgu kes bawak handphone kat sekolah. Haruslah,dia kan ketua tingkatan!


Ok fine. Besar sangat ke kesalahan tu? Sampai melayakkan kaki, kepala lutut, tangan, siku dan segala bagai hikmat samseng tu dihadiahkan kat badan anak orang? Kadang- kadang aku terfikir, perkara yang pelik-pelik akan berlaku bila emosi yang merajai fikiran. Come on, kadang-kadang jugak benda remeh temeh je boleh jadi penyebab aktiviti patah mematahkan tulang temulang.

facebook jugak dapat nama..huhuhu


Aku konfirm pembuli ni mesti menyesal bila dah berlaku, sebab bila diorang sendiri fikir balik, mesti terasa..oi berbaloi ke aku belasah orang macam nak mati just because a small matter? (for me). Nasihat aku untuk jiwa-jiwa muda luar sana, kawal emosi, fikir dua kali, baru buat apa yang dikehendaki.. Ni kalau dah jadi macam ni,sapa yang susah? Menurut status page PDRM (SINI) tiga pelajar yang berkaitan telah pun dibuang sekolah..

Maklumat lengkap dan info lanjut mengenai pembuli tu boleh korang cekidaut (check it out) kat  SINI, dan SINI selain blog dan Fb page yang aku link kan tadi. Kata orang, benda buruk cepat je tersebar dan tak boleh nak disorok, ala, ibarat bangkai raksasa yang dikalahkan Ultraman, busuk nya bau seluruh bandar. Sampaikan ada yang dah hack FB suspek dan dapatkan phone number sekali.. 

Hakikatnya, dalam kes ni, sape salah? Pembuli, Mangsa buli atau penonton? Jawapan terletak pada tafsiran anda sendiri.. Pembuli semestinya bersalah sebab dah terang-terangan melakukan serangan fizikal pada mangsa. Mangsa? Dalam kes ni, mungkin mangsa hanya jalankan tugas memberitahu tentang handphone yang dibawa. Penonton? Sapa tak suka dapat tengok drama Ong Bak free kan? Tapi kena fikir gak, berbaloi ke kesyokan menonton tu kalau efek selepas tu contohnya cedera parah ataupun mungkin kematian yang berlaku? Pada aku, tu semua dapat saham sebab tak ada usaha membantu meleraikan kalau terjadi apa-apa yang tak diingini.. Tapi, ada hikmah jugak siapa yang merakamkan video ni, at least ada pendedahan untuk dunia luar tahu apa yang terjadi. Semoga lepas ni tak dah dengar kes-kes seperti ni. 

Tertarik dengan entry Prince of Noob kat SINI. Satu ayat yang aku suka--->

Dan kepada kaki2 buli, sila baca di sini, mungkin budak yang anda buli tu satu hari nanti akan jadi bos anda bila dah dewasa nanti, so stop bullying. Jangan diikutkan sangat perangai budak2 korang yang baru nak up tu, perjalanan kehidupan masih jauh.

Ok, cuba pejam mata, bayangkan anda seorang bos, dan bila anda buka mata, anda lihat pekerja anda di depan mata dan guess what, dia adalah PEMBULI yang buli anda dulu.. Ok, what next? ITS REVENGE TIME!!! *#$%@^(*&^#%#@^##%^&@&#^#&&##&#$#&& (Babak ni telah dicensored, harap maklong). Betullah,itu lumrah, rata-rata , walau tak banyak ,mesti akan ingat dan mungkin ada yang masih berdendam. Tapi untuk kebaikan, lupakan yang buruk, tanamkan benih-benih kebaikan. Bukak buku baru... 

Mind speaking: Harap-harap bakal anak murid aku nanti baik-baik belaka, nakal takpe, jangan gangster.. Dan yang paling penting, comel macam Kak Ton..:) Kepada adik-adik luar sana, " Take a few seconds for a thinking session to avoid a forever regret" 
 Moga-moga aku dijauhi la perkara seperti ni.. Cikgu pun dibantai...Cikgu Zaxx tak kawin lagi OK..:)





13 si kacak dan si cantik berkata-kata...:

nur sha said...

nice . suka red quote tu ;)

nae nematoda said...

dari dulu sampai sekarang , kes buli mmg tak pernah selesai...semakin teruk ada la , walaupun pihak polis dan sekolah dh masuk campur..

Unknown said...

Kemahengggg dari isu kes kena buli sampai ke isu skirt cik ita hang dok cover ek Zul ekekeke aku ingat aku nak lantik ko jadi penolong kanan FBI aku la ekekekek... harap2 jangan le budak2 ni membudayakan trend 'KAKI BULI' ni.. tak de pekdahnya... klw nak berfb ke sosial ke hape ke nak ckp ngan aweks ke kat hangpong tu tunggu lepas balik sekolah... ko nak ikat hp kat telinga 24 jam pun x dop sape nak marah kbai... budak2 skrg bukan budak2 zaman dulu.. nak salahkan sapa ek.. mak pak?? hurm entohle... kang x pasal2 mak pak dia pun kena trajang..... man todak le katakan bukan dia kira pung kan... la la la la la

Ooh Deo said...

esok yg dibuli tu jadi bos, tak pun pangkat lagi besar.. time tu la pembuli di buli secara psychology..hehehe

Ooh Deo said...

ohya, i'm thinking, jika pelajar terbabit di buang sekolah, kemana pula diorang nk pegi? kalau yang akal cerdik mungkin akan berubah dan insaf, kalau yg cetek akal, takke join mafia? hmmm..

bicara mak dara said...

anak mak dara juga adalah salah seorang mangsa yg dibuli di sekolahnya. syukur alhamdullilah setelah kami buat report polis sorang buli tu kena tendang dr sekolah dan sorang lagi kena gantung sekolah. tp bapak dia dah transer dia kat sekolah di johor. jgn dia gi buli budak sekolah kat johor plk sudah lah...

Anonymous said...

hehehe..1st time komen kat sini..kelakar lak baca entri owner ni..

Nick Nashram said...

aku pun xtau nak kata apa budak zaman skng ni..orang suruh p sek utk belajar..bukan jadi samseng..adoii

Unknown said...

tu la bebudak ni...nak tunjuk samseng sgt...tapi 3 belasah sorg apa barang...yg ketua kelas tu pun badan kecik je...boleh la korg nak buli2 dia...

Unknown said...

zul rupanye,, ekeke.

muka si laki/pembuli tu kan dah mcm pondan saya tengok. hahaha..
harap pembuli2 ni semua dapat hukuman setimpal dgn apa mereka dah buat.

Yana Sakura said...

smaga zaxx dpt sklh bagus2 ank muridnye nnt..hee.. =)

tkot tgk kes2 cmni..smpai patah riuk tulang si mangsa..actually,yg pembuli tu bdn besar an..utk tnjkkn kekuatn dorg yg 'berbadan besar' tuh dia p tibai dak kecik neh..haish..sabor je lha..mcm2 ley jd skunk nie..

tuanseliper said...

mohon cikgu mentabah dlm menagajar mendidik ank2 murid ye cikgu :p

Si Matatajam said...

Kesiannya bebudak yg jadi mangsa buli tu -.-