Pages

Sunday, April 7, 2013

Jin Pun Diiklankan?


Assalamualaikum dan Salam Pekaboo...





Hari ini hari Ahad... Bukan hari Khamis atau malam Jumaat. Tapi aku tetap nak citer pasal kisah seram... Seramm ker?? Awrrr... Aku dah la penakut..
Mestilah seramm.. Citer pasal jin la dek non oi... Jin..aummm...bukan Jins Samsudin okeyh...

Dunia perniagaan sekarang memang makin maju. Marketing menggunakan teknologi memang meledak-ledak macam gunung berapi meletop. Tengok je la medium FACEBOOK, memang satu medium yang baik untuk iklankan produk anda. Memang boleh buat duit la.. Ikut pengalaman kawan aku, dia buat online bisnes ni je tapi boleh kumpul RM10 ribu  ++ last year. Kalau aku dapat duit banyak tu, mohon sesape angkat tangan, aku nak masuk minang.eh? Ok ngarut..:P 

Selain FACEBOOK, blog dan web pun berguna untuk pasarkan produk korang. Tambah-tambah yang ada shopping cart dan order form, lagi memudahkan urusan.. Dan satu lagi medium pengiklanan yang berkesan adalah web-web or forum iklan macam Mudah.my, Lelong, Cari Gold, Majalah.com dan banyak lagi. Ala, macam blogger la, nak ping entry kat web ping macam BUSUK.org, Carimember , Pingje.com dan macam-macam lagi la...

Semalam, tengah duk bosan melayan feeling menenung masa depan, aku pun belek-belek la web Majalah .com, web pengiklanan yang agak fofular gak. aku suka cek-cek kat sini,kot-kot ada barang-barang murah. Tengah syok menekan-nekan iklan, tertarik tengok satu iklan ni. Bukan iklan " Tawaran istimewa!! Percutian 5 hari 4 malam bersama Jozan..!!"... apatah lagi iklan "Ubat Kuat sekuat pencuci Kuat Harimau!!"..tidak..tidak.. tapi ini iklan gempak punya.Lain dari yang lain.. 


Haa..lain kan.. Jin sebagai pelaris!!! Biasa aku tengok iklan pasal baju,peplum, pinjam wang, kolegen marin, dan macam-macam produk la. tapi ni first time aku tengok iklan jual JIN.. aiyooo... ada gak ye yang promote macam ni..ingat seluar jeans..rupanya jin betul-betul.. Bukan cobaann!! Ketahuilah ye audiens sekalian terutamanya yang beragama ISLAM meminta pertolongan jin sebegini boleh syirik. Harap dijauhkan..biarlah kita mencari rezeki yang HALAL dari sumber dan kaedah yang juga HALAL. Baru berkat dunia akhirat. Nasib baik komen-komen untuk iklan ni positif dan menasihati yang lain supaya tidak terjebak..



Tapi si pengiklan ni tetap dengan pendirian nya. Cuba baca..



Mungkin betol pendapat seorang pengomen ni, Lanina 2. Mungkin pengiklan ni bukan beragama ISLAM, so yang lain yang beragama ISLAM jangan pulak terpengaruh ye. Sebab tu aku blurr kan email pengiklan ni...mohon dijauhi..




Komen-komen lain....



Minda Speaking: Rezeki yang halal menghasilkan kebahgiaan dan keberkatan. So, mohon sangat diri ni dijauhi dari anasir-anasir khurafat dan syirik macam ni.. Dari mintak kat jin baik mohon pada Allah...






11 si kacak dan si cantik berkata-kata...:

MK Syahir said...

mohon gua nak order 1 balang ye..harap2 dapat diskaun namplohratus persen..muehehe

zaxx said...

hak hak hak... MK, ni kira kiloo la..dua kilo singgit,hahah

baby comel said...

weh, aku harap la jin2 tu g sekolah. ape la ngok sgt nak berjin jin tu eh. sabor jelah. awak, mohon jaga diri. sat g kita masuk minang awak eh =) kekekeke

paripariputih said...

Erk... hahahha ini mcm pun hado ke?? tapi aku caya mmg ramai jer org yg guna kan jin2 ni utk lariskan jualan derang kan?? bwk2 le bertobat... kita klw nak lariskan jualan tak perlu semua tu janji kita ikhlas, tak menipu, layanan baik pada pelanggan dan paling penting klw peniaga makanan... camcam mana letak 10 jin pun klw makanana ala2 rasa sup kaki aku...hurm x kan jugak berjaya kot.. klw berjaya pun mungkin utk masa yg singkat... so renung-renungkan dan selamat beramal :P

adzairdawati makdara said...

mcm2 org guna nak lariskan peniagaan masyaallah..

Aku Penghibur said...

masyaAllah entah pe2 orng sekarang.. adehhhh sepatut nye berusaha dan yakin dengan Allah

Anonymous said...

[p]7 million, European sales of 44 . For that reason, his organization was once real [url=http://www.uggbootsuksales.co.uk]cheap ugg boots online uk[/url] uggs for less at a negative balance condition . But [url=http://www.uggbootsuksales.co.uk]ugg boots online[/url] see new smile which smell is crucified cry . How many shoes is it possible say that about? There isn't any break-in period, and they feel like [url=http://www.uggbootsuksales.co.uk]cheap ugg boots uk[/url] you are wearing nice slippers inside public . With favourable value and most recent tendency look, it is relatively well liked in 2010 . The [url=http://www.uggbootsuksales.co.uk]ugg boots sale uk[/url] christian louboutin sale showcased a revolutionary 180 degree Visible Air Unit . That transcribed piece of content is without a doubt repaid with the doctor just who then simply ratings the application [url=http://www.uggbootsuksales.co.uk]ugg boots uk[/url] designed for dependability and even makes the application finalized . As a color seeming rather understated and clean, it perfectly fits the theme embraced by sheepskin boots designers . Among numerous editions from them, sand is an eternal focus and sought-after color.[/p]

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

benda2 khurafat semua tu. tak boley di bawak main.. kan tak pasal-pasal terpesong.

azstory311 said...

siap pakai jin utk pelaris.. huh, kalau aku biarlah xde pelanggan,perniagaan kurang maju.. dari bersekongkol dengan jin..

perniagaan xmaju, perniagaan maju itu semua ujian Allah..^__^

boni kacak said...

rezeki macam ni tak berkat.. memang ada yang sediakan pelaris.. tetapi, apa hukumnya rezeki yang kita dapat tu :)

shida said...

aish..mcm tak caye bnda2 yg xnmpak ni, tp still ada lg kan di zaman terlebih moden nie.. hurm...
semoga orang islam tak terpengaruh dgn bnda syirik nie..~~