Pages

Tuesday, April 2, 2013

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Doraemon.

Assalamualaikum... Ada orang tak? 

Ang.. Ang .. Ang...

animasi legend.. tetap feymes sampai sekarang...

Ehem..aku bukan nak berdialek kedah tau.. Yang kedah tu bunyinya hang,hang, hang... kan lain. hikhik 
Ang ang ang tadi tu lagu yang feymes zaman-zaman aku berhingus kuning kehijauan dulu-dulu..

Masa tu, robot biru nama Doraemon ni memang la feymes. Pergi la kat mana-mana semua pakat kenal la.
Tak caya tanya uncle jual ABC tu kenai tak Doraemon? Konfirm dia jawab, "Hang ingat aku ni out dated ke tak kenai menatang biru tu?" sambil pulun bukak kotak berisi komik Doraemon berjilid-jilid bilangannya dengan hidung kembang semangkuk..

Tu belum lagi korang tanya Mak Cik Senah jual kacang kuda naik beskal tu, nescaya dengan topeng Doraemon pun dia pakai.. sambil goyang-goyang punggung dengan menjerit.. "Dora the explorer!! Eh silap.. Doraemon, Doraemon kaulah suri dihatiku!!! " Punyala kipas susah mati (die hard fan)..huk huk huk..

Aku memang minat giler Doraemon ni. Bukan sebab dia comel, apatah lagi mukanya tak la sehensem aku,eh? hahah... tapi sebab dia best.. Dulu-dulu pulun kumpul duit nak beli komik-komik dia. RM4.50 okeyh.. time tu bagi budak hingus meleleh macam aku memang mahal la. Ala-ala sanggup menyeselim (slim) kan perut nak beli komik, tapi bagitau kengkawan, aku tengah diet, nak body macam Naomi Campbell,cewah..

Awatla tetiba aku nk citer pasal Doraemon ni? Ekceli (actually) semalam dalam kebosanan menunggu Neldya Senrose  datang mendodoi aku di kala malam bulan mengembang sipi-sipi, aku belek la majalah komik yang abang aku bawak balik (KREKO). Majalah ni dah jadi macam majalah sisipan mingguan adik beradik kitorang sebab kami semua giler komik. Kalau dulu majalah sisipan kami sekeluarga adalah DARA.
Ok,yang tu aku tipu,hehe

Kreko atau nama panjangnya Komik Remaja. aku remaja lagi okeyh.hehe


Dalam Kreko tu ada satu artikel info tentang Doraemon ni, Menarik lak aku baca coz baru aku tau Doraemon pun ada latar belakang yang unik,huhu.. Jom pakat-pakat baca Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Doraemon. Jom Jom Jom...:)

1. Apa maksud nama Doraemon?
- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?? huhuhu

2.Tarikh Lahir Doraemon?
- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan. Cuba teka umur aku masa Doraemon lahir berapa? hikhik

3.Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
- Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!. Ok kod pengeluaran aku plak adalah..em..em..ok next..:P

4. Apa Warna Asal Doraemon?
- Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel "kesedihan". Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu. Patutla kot pepatah Inggeris guna 'in blue' untuk merujuk kesedihan. Lepas ni bila frust menonggeng putus cinta,aku tak nak dah nangis selak-selak, takut jadi biru,.hahha

5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?
- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa). Kolagen rumpai laut je Doraemon belum kuarkan. eh? haha

6.Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?
- 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112. Tengok! Angka 1293 ada dimana-mana.. eh saiz underware aku pun 129.3meter..eh?:P

7.Di mana butang On/Off Doraemon?
- Pada bahagian ekornya  berbentuk bulat berwarna merah.. Butang aku lak terletak kat sini (sambil jari tunjuk pengembangan hidung)...

8.Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?
- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama,tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal. Dan kenapa aku dan Aaron Aziz dikatakan adik beradik? Ya, kerana kami berdua hensem..Ok, poyo!.haha

9. Doraemon pernah bersekolah?
- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni. Gelek Dangdut sekali sekala. haha

10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?
- Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya. Ooo rupanya Doraemon pun berprestasi buruk macam Nobita,huhu

Tu je antara info-info yang aku dapat petik dari Kreko tu. Tapi ada gak yang aku macam tak berapa berkenan dalam citer Doraemon bila ada usaha nak ubah zaman silam. Laci Masa tu kan boleh pergi ke zaman lepas atau zaman depan.  Tapi walau macam mana pun, tetap tak berubah kan kan. Sejarah adalah rujukan masa lepas untuk ikhtibar hari ini. Kita tak boleh merubah masa lepas, tapi kita boleh membentuk masa depan. kan kan kan..

Minda Speaking: Industri animasi Malaysia pun dah banyak berkembang. Kalau dulu animasi 2D macam Sang Wira memang jauh dibanding dengan anime 2d Jepun macam Doraemon ni. Tapi sekarang, kehadiran bakat-bakat yang menghasilkan animasi makin bermutu, macam Upin Ipin, Bola Kampung dan banyak lagi memberi sinar baru bagi industri animasi ni. Sebagai rakyat Malaysia aku bangga dengan perkembangan dunia animasi Malaysia hari ni. Moga standard dan kualiti makin bertambah, setanding dengan animasi antarabangsa yang lain.




19 si kacak dan si cantik berkata-kata...:

cweet pinky said...

hahahaha , best ! jarang tgk kamu update :D mai dtg blog CP hehehe , tgh carik bloglist nih ...

Shaqir Ir Manz said...

ahahaha... tak sangka, diorg buat kartun pon ada history bagai... memang keje org jepon ni sgt hebat :)

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

nice info

zaxx said...

cweet pinky: sedia makan2 ea.jap lg nk mlwat teratak blog kamu.hehe

zaxx said...

shakir ir manz: hehe mantap, tringn nk tau latar blakang upin ipin,mana tau diorg rupanya anak hariz ombak rndu.eh?haha

zaxx said...

dysha shahhir:tq2.sekadar sharing info yg dbaca.hehe

Ecah Shaimi said...

waaa...byk info pasal doremon nih..nice2

zaxx said...

ecah shaimi:hehe. da mcm biodata artis kan kan.haha

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

pasal nobita and shizuka , x da k ?
dari dulu , sampai skrg , diorang tak khawin-khawin...tringin nak tengok diorang naik pelamin hah :P

zaxx said...

Nang Nor zaimah: hahha...diorang kawen next year..jemput datang ye,..bawak la hadiah btol susu..hikhikhik..:)

paripariputih said...

Yang aku tahu pasal doraemon ni ialah dia terbitan dia sama tahun dengan aku lahir 1970.... jadi aku teka sepatutnya Doraemon tu pun dah tua and berkedut mcm aku gak Zul ekekekek >..<

zaxx said...

Pripariputih: hahah eh PP muda bergetah lg k..hihihihi

Mas Zull said...

assalamualaikum zaxx....menarik ni...:)

Aku Penghibur said...

wow baru tahu.. thanks sharing ..peminat setia cerita doraemon

hafiz hafizol said...

salam kenal :)

Mieza Jhaa K said...

minat betol citer ni..suka nyanyi lagu doraemon versi melayu..

boni kacak said...

aku dulu siap beli komik doraemon versi pengembaraan lagi.hehehe

baby comel said...

alahai.. wa dgn giant xleh dipisahkan..

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

doraemon sinonim dengan dorayaki ;) ntah betul tak hana eja. hahahaa