Pages

Tuesday, June 26, 2012

HUNDRED

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masih kekal dalam ingatan saat  pertama kali terlanjur... (masing-masing mesti fikir aku ni dah tiada kedaraan kan? coi!! tak habis ayat lagi la.) .. maksud aku, terlanjur menulis blog. It was a long,long time ago... Once upon a time, there was a young boy who had an inspiration to write his blog (nada story telling) ..bla.bla..bla..it was on 2009.. sedar tak sedar dah empat tahun berblogging ( reader: wow,4 years? but why your blog nampak amatur sangat,dengan bilangan follower yang ter"amat" banyak tu?) hahah.. satu soalan yang jujur dan sinis,:P. dan aku akan jawab: " aku ni low profile!!", ya itu dia ,satu jawapan bajet artis dan sungguh nak mencover diri..haha!! ok fine,AKU TAK FAMOUS!!! ngee...

Jujurnya, masa mula-mula berblogging tu, aku anggap blog ni macam diari sendiri..rahsia kite-kite aje.huhu.. (ni kes malu nak ngaku entry tak bagus la nie,hahah). Itu pasal tak terniat pun nak sharing adress blog. Namun begitu, setelah agak berkurun lamanya, rasa nak share je, at least kalo ada time tu dilema ke, need pendapat orang lain ke,leh la diorang komen ( hakikatnya, tak ramai pun yang komen,haha, tak percaya? cuba la cek setiap entry. >> dengan harapan reader akan betul2 cek dan terbaca lah semua entry,ahha licik!!) But really thanks kepada kengkawan yang mengajar and sama-sama berblogging dulu terutamanya sifu aku FARIS AZMI (aku bagi link facebook dia,coz aku dah try cari link blog dia,but somehow, tak jumpa lak. tapi bagi facebook pun takpe kan korang? hhehe) Weh Faris, aku promote ang nie..ang tunggu je la nanti ada la orang masuk minang,:P *ada gak dalam blog ni aku wat entry khas untuk sifu aku ni.. klik SINI. Sifu aku ni la yang dah banyak ajar aku..:)

Kalau dulu enrty kebanyakan nya berkisar tentang luahan hati, almaklumla, konon-konon diari.:) dan yang peliknya, aku suka sangat guna istilah-istilah kiasan yang aku rasa kadang-kadang bila reader baca (kalau baca,haaha) diorang mesti tak faham. Contohnya, Mata putih(byakugan), sharingan la.. huhu actually tu merujuk kat cermin mata aku..huhuhu nak baca klik SINI dan SINI. Nampak sangat terlalu terpengaruh ngan NARUTO ni..hehhe 

Entry bertajuk hundred ni sebenarnya sebagai menghargai blogger-blogger yang sudi jenguk blog ni dan kepada yang sudi follow,really appreciate it. walaupun kalau nak compare ngan blogger lain, mencapai 100 follower bukan lah sesuatu yang hebat pun,huhu tapi bagi aku (yang baru nak aktif semula,tapi tak tau bertahan sampai bila,haha) ianya sangat-sangat dihargai..:) So, sempena mencapai follower 100 , zaxx dengan ini nak bagi la sedikit gift yang tak seberapa kepada follower yang ke- 100. Jadi, yang bertuah tu adalah CIK YAYA.. Kepada Cik Yaya, zaxx nak mintak detail awak,so senang la urusan penghantaran gift tu..:) Untuk reader, ni klik SINI untuk jenguk blog Cik Yaya.

Okeyla, sampai sini je untuk entry kali ni.. kita jumpa lagi diwaktu dan hari yang sama (eh dah macam pengacara TV lak,:P) sebelum berpisah, sedikit trivia mengenai blog Zaxx in Da House nie..:)

1. Follower pertama adalah Shah Mk (http://ahmk89.blogspot.com/).Rakan universiti kat UPSI tapi berlainan jurusan.

2. Follower ke 100 adalah seperti dalam entry>> CIK YAYA (http://tentangyaya.blogspot.com/) 

3. Entry yang ke- 100 adalah entry khas bertajuk KEKASIHKU sempena hari ibu . (http://zaxx-in-da-house.blogspot.com/2010/05/kekasihku.html)

4. Terdapat entry-entry berkaitan dunia masakan dan resepi, jugak gambar-gambar kek n makanan sebab pemilik blog ni suka memasak,haha
berminat, leh jenguk SINI

5. Entry bertajuk cinta itu SUB'STRACT...(subjective + abstract)merupakan entry paling banyak pageview, tapi tak de komen langsung,hahah tak tau kenapa, orang zaman sekarang suka bercinta kot,walaupun pemilik blog ini masih lagi belum ketemu cintanya..:) (ini serius promote diri..cess,haha)

6. Entry pertama adalah bertajuk Hajimemashite!!! dan kebetulan tajuk ni lebih kurang dengan first entry blogger FATIN LIYANA (klik sini). 

Reader: eleh,nak tumpang glemer la tu..FL dah start blog awal dari ko Mr. 
 Zaxx( Jan 2009) ,ko baru start July 2009,..ko tiru!!
Mr. Zaxx: hahah..oh ye ke? hihihi tak perasan, (tapi ikhlasnya memang aku time tu tak tiru FL pun..jujur ni..) 
#suka tengok first entry blogger2 feymes, sbg inspirasi nak jadi macam diorang..:)

7. Seperti blogger lain, blog ni gak beberapa kali ditukar layout, tapi layout terkini (jeans denim) ni dah lama tak ditukar,coz rasa cam unik je walaupun ada berhajat nak tukar. (rasa gelap la blog,hhuu) 

8. Semasa entry ni ditulis, blog ni tak ada header  cun melecun macam kebanyakan blogger yang paparkan kecantikan dan kehenseman masing-masing sebab pemilik blog ni low profile.( ye la tu,hakikatnya pemalas nak edit-edit gambar dan malu nak pampangkan muka yang kurang hensem sikit je dari mentadak,:P)

9. Semasa entry ni ditulis gak, blog ni ada 156 post termasuk entry ni(tak termasuk yang tertunggak sebab malas nak menaip,haha)

10. Pemilik blog ini seorang yang kacak,hensem dan tampan. Sekian (haha,ini bohong!:P)


p/s: trivia tambahan>> 

11. Reader blog ni dan semua blogger luar sana adalah penulis yang cambest!!! Keep on blogging,.

"to write is to share" (tagline entry first aku..rindoo dan kelakor bila baca entry-entry lama,hingusan sangat..huhuh). dah rindu,aku pun layan la gambor-gambor zaman paleolitik ni,haha


berebut nak posing

konon-konon artis ler tu



selalu celebrate besday ngan kengkawan... (banyak noise lak gambo ni..)







Friday, June 22, 2012

Bila Jari Berkata-kata Hikmat 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terasa nak berkata-kata hikmat pulak
tapi bukan hikmat jurus mentadak kesepian
apatah lagi jurus ikan masin berlipat-lipat...
Inilah dia,bila jari berkata-kata hikmat..:)

"Berkawan biar beribu...
Walaupun friendlist dalam facebook kita dah cecah beribu, tapi pencarian sahabat tetap perlu diteruskan sampailah berjuta, berbilion dan seterusnya...
Bersahabat itu indah walaupun terkadang ada ranjaunya..."- (Zul Ak, 2012)




one of the best things is to hang out with frenzs... :)


P/s: Walau seteruk mana pun kawan itu, asalkan dia pernah kita istilahkan dia sebagai kawan,kita perlulah menghargainya...:)


 

Wednesday, June 20, 2012

wordless wednesday #3


Tuesday, June 19, 2012

Aku dan Matematik


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Matematik dan kehidupan memang tak dapat nak dipisahkan. Ibarat handphone dengan jari. Sehari tak call atau mesej tak sah (itu aku). Hak hak! Kat handphone pun ada matematik jugak la. Tu yang nombor-nombor segala bagai tu, kan matematik tu. Mesti ingat lagi kan zaman-zaman purba masa kita kecik-kecik dulu, belajar mengira..

"Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk!!!". Eh tu kiraan Sang Kancil menipu Buaya la! sang Kancil sangat pandai.Jadi girls yang kat luar tu,jadilah sang kancil supaya tak mudah ditipu "buaya".ahakzs..:) (teringat dulu-dulu lepas balik sekolah pagi, mesti ada citer ni kat telebision,tapi aku suka lagi kisah Sang Kancil dengan Monyet kes makan cili tu, sebab tiap kali aku tergigit cili bila makan meggi,teringat kat monyet tu..eh ayat ni macam nak kata aku ni monyet jerk!! ok aku silap. Bukan aku yang gigit cili,tu kawan aku! Damn!! ) 

Gelak? gelak la puas-puas,memang buruk pun lukisan ni. Standard la gambar wat masa tadika (betol-betol ayat cover,padahal baru je buat tadi,hahahak!) Aku tak pandai melukis. Sekian

***********

Petang kelmarin aku main jadi cikgu-cikgu. (korang mesti time kecik-kecik dulu pun pernah main kan. Lantak la kalau ajar ABC je pun,yang penting kita la cikgu masa tu. Kau murid,kau diam! (sambil tunjuk pembaris kat muka kawan korang). Petang itu jugak la aku jadi Cikgu Matematik kepada anak murid aku- makhluk berspesies homosapeins (cikgu,kena saintifik,haha) bergelar sepupu pompuan derejah 5 (sebutan darjah orang dulu-dulu). Ok fine. Yang ni bukan main-main la. Bukan cobaan, betol-betol! (ayat mula-mula saja je wat statement main cikgu-cikgu,saje je bagi korang flashback sikit.:) eh apsal aku kuat mengfeleshbek je nih?)

"Tajuk hari ini ialah Pecahan. Soalan simple je okeyh. Sila lorek 9/4 pada gambar rajah di bawah!" kata aku dengan bangganya sebagai cikgu. Sepupu aku terus kira sembilan bahagian dalam gambar tu! Lantas aku menyapanya dengan berkata: "eh, tak boleh senang-senang kira sembilan biji gitu, kena faham konsep! konsep okey! (sambil sambil jari telunjuk tunding otak! okey itu kerek!!)
Warna yang dipilih adalah secara rawak okeyh. bukan sengaja. Sebarang persamaan adalah kebetulan semata-mata ( aku ckp mcm ni sebab tak nak hak jantan tu duk fikir kalo bulat tu ada dua biji je,he.he)


Atas sebab keprofesionalan aku sebagai cikgu konon-konon, aku pun berkata kepada sepupuku itu secara panjang lebar.( Sepupu aku ni jenis lambat sikit nak panas,jadi aku kena terangkan satu persatu- dia tak bodo okeyh!!) Dengan sikit mukadimah,pantun-pantun dulu ,kemudian kata-kata aluan serta pendahuluan, isi dan penutup serta ditambah sedikit peribahasa untuk menyokong hujah (okey ni serius terlebih), aku pun terangkan la pasai jenis pecahan (wajar, tak wajar dan pecahan bercampur) dan cara nak convert bentuk dari pecahan bercampur kepada tak wajar dan sebaliknya ( rasa macam banyak je perkataan 'dan',huhuhu). Jadi ,dapatlah dia tukarkan kepada pecahan bercampur ( 2 1/4)- dibaca dua satu perempat. TIba-tiba masa nak pi lorek gambar, aku jadi blur macam budak darjah satu tengok kucing jantan dok naik atas kucing betina. kata budak itu dalam hati " buat apakah kalian berdua itu? seperti seronok sahaja perbuatan itu." he.he.he.. sudah,sudah,jangan nak mengarut. OK. Aku jadi terkedu seketika, macam mana nak lorek ni? part satu per empat tu tau la lorek satu ja, tapi yang dua ni aku nak tibai cakap pe? takkan dua je nak lorek? (korang tak faham ea dilema aku ni? ok,sila rujuk gambar). 
tak faham lagi dilema aku? Ok abaikan,sila ke ayat terakhir dan klik nuffnang sebelum kuar,hahaha (cisss!)

Ok sebagai guru, aku kena yakin,jangan cakap tak tau.Jadi penyelesaiannya....


" Ha, lorekla. Kira sembilan, lorek sembilan bahagian!!(sama macam mula-mula dia buat yang aku duk kata sambil tunding jari ke otak tu!)." damn..

Serius sengal aku tu aku terasa ada kat otak ibarat plak yang melekat kat gigi.. sebenarnya camna nak terangkan ea? korang tau? hahah korang pun tak tau kan.(ayat nk cover diri aku) 

# sebenarnya boleh je nak diterangkan konsep pecahan wajar dan tak wajar tu. bila dah dapat tukaran kepada nombor bercampur 2 1/4 tu, kena la tambah penerangan kepada nombor bulat 2 (dua). nombor bulat yang bukan pecahan mewakili satu entiti yang penuh.contohnya, sebiji kek diwakili 1 (satu), dua biji kek diwakili 2 (dua). sebab kalau pecahan baru lah dipecah-pecahkan , contoh separuh kek= 1/2 kek.  jadi dalam kes ni,  1 bulatan mewakili satu entiti, 1= 4/4 so lorek empat bahagian pada bulatan pertama,oleh sebab ada dua entiti penuh,kenala lorek dua bulatan. haa..korang faham tak? (aku yang menulis ni agak lama nak tangkap pe yang aku tulis ni,haha serius sengal!)


Ini skema jawapan.


Ini jawapan aku

Ini plak jawapan aku..huahahaha (gelak bangga) ada gambar roda beskal siap ngan dynamo (bukan jenama pencuci,tapi alat yang diletak kat basikal bagi nyala lampu tu, derejah enam korang belaja) dan pizaa. 
Korang: Pizaa? mana? 
Aku: tu yang ujung tu..
Korang: Pizza ada panda??? grr..
Aku: rilex, creative is fun! ahhah

Ni jawapan yang dikira nak membodek cikgu kasi bagi bintang banyak-banyak! ala dulu korang pun suka kan kalo cikgu raik (tanda) buku korang lepas tu bagi bintang kan.. makin banyak bintang maka konon-kononnya tanda makin pandai la korang. sampai ada kadang-kadang kita duk tambah sendiri bintang sebab tak mau kalah ngan kawan sampai letak spoloh bintang!! nampak sangat tak logik bintang korang tu!!!  hahah (Giler ar flashback lagi.hhahah) Tapi agak-agak la kalo jawapan aku seperti di atas kan berapa bintang yang bakal aku dapat??? ( sampai senyum nakal dan bayangkan bintang lalu nyanyi lagu twinkel khanna,eh silap lagu twinkel-twinkle little star...)



Asal la tetiba banyak lak katun aku wat ni? hahah saje je praktis guna paint.jeles tengok kawan aku wat tesis dia guna paint,cantik lak tu, tu yang jeles tu,kalo hasil macam aku ni (tadika style) takda aku nk jeles wei..haha btol tak miss pyqa? hehe


Moral: Matematik itu indah,jangan bencinya... (aku tak benci matematik la wei!!)

p/s: ada lagi kisah bab matematik ni, tapi perut tak breakfast lagi, nak makan dulu la
p/s lagi: sebenarnya aku dah abes menaip kul 9 tadi lagi,tap disebabkan nak jugak wat kekatun (istilah untuk katun yang banyak,:P) tu, haa kul 11 lebih baru siap,jadi sila abaikan p/s aku yang mula-mula tu.. aku tak breakfast lagi okeyh!!! 







Monday, June 18, 2012

Selamat Hari Bapa to my Beloved papa...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya ada papa..
Papa saya hensem
Papa saya kadang-kadang garang,
Tapi saya sayang papa saya.
Papa saya sangat concern kat kami adik beradik
Baru pergi keluar dalam sejam,papa terus call
"ada kat mana dah?"
Bila lambat balik rumah,papa call lagi
"tak balik lagi? "
Tapi saya sayang papa saya.
Terus begegas balik
Papa selalu suruh urut
Saya pulak selalu muncung
Konon-konon dapat la excuse tak payah urut,
Tapi,saya sayang papa saya.
Saya urut jugak (lepas dengar papa kata"nanti dapat upah")
Papa saya sakit gastrik
Tapi tetap kuat kerja
Sampai saya dapat masuk universiti
Namun saya,selalu buat papa marah
Tapi saya sayang papa saya
Saya belajar sampai berjaya tamat dan grad.
Saya sayang papa saya
Tapi saya tak ada duit nak belikan kereta mahal,
Tak mampu nak belikan rumah besar,
Tapi saya sayang papa saya,
Saya buatkan kek khas untuk papa.
SELAMAT HARI BAPA diucapkan kepada papa saya,AKMEN BIN MALEK BATUBARA... semoga papa terus sihat dan semoga anak ini tidak nakal lagi, love u papa!

Ini Papa saya.Papa saya hensem.Sekian..:)


Ini kek yang saya buat untuk papa saya.Ia HORROR. Sekian lagi

Ini ikan keli yang dimaksudkan tapi ada kawan yang kata ia macam BERUDU. Sekian lagi dan lagi... :)


P/s: sweet tengok facebook my fren yang upload hadiah father's day dia-sepinggan telur dadar,so cute.;-)
P/s lagi: yang ada warna kelabu kat kek tu sebenarnya ikan keli.simbolik untuk penternakan ikan keli yang papa buat tu.;-)


Ini telur kawan dadar kawan saya.


Saturday, June 16, 2012

BULU KAKI KU MALU...



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tajuk entry yang apakah??? Walaupun terasa macam picisan je,tapi aku nak jugak tulis. Engkau apa kisah..wahahah..

Bulu kaki, kat mana nak jumpa bulu kaki ini? (mestilah kat kaki, takkan kat dada, nanti tak la namanya bulu kaki,jadi bulu dada la pulak kan..)

Abang Mamak:  Itu bulu dada juga kasi seksi sama saya tau?
Mr.Zaxx: ergh!! Sempat gak kau nak interfrem ek..nah.. (zergggghh zssszsss- bunyi apakah ini??)
Abang Mamak: Ayoyoyo...banyak dengki juga kamu, apa pasal cukur sama bulu dada saya?? Uwaaa sudah ilang itu seksi maaa...

Mr. Zaxx: Padan muka kau!!! .. ( sambil nyanyi.. nasha hey to nehi...eh ada kena mengena ke?)

Ergh, over la pulak aku ni, tadi kata bulu kaki, ni bulu dada abang mamak lak jadi bahan. Lupakan abang mamak yang kehilangan bulu tu, kita berbalik pada topik kita yang bakal hangat dibincangkan (nada pengerusi majlis rancangan Hujah..:P)

Nah ni dia bulu kaki..( Mr Orang: bulu kaki ke badan monyet ni? ) eh sibuk je..
 
bulu kaki kan nie..errk bukan bulu lain kan,huhu ( risau je gambar dari pakcik google ni terkurang sesuai) haha
 
Sebenarnya, apa yang membuat aku terdetik nak menulis pasal bulu kaki ni bukanlah sebab aku peminat setia encik bulu ( bulu tu je yang jadi peminat aku sebab tu la dia tumbuh merimbun je ni..adess). Tapi alkisahnya..tersebutlah kisahhh haa aaaa aaa (nada syair).dah-dah hentikan karutan ini, bosan dah pembaca nak membaca karut marut kau ni, cepat sambung( hehe sorry ye, terover lagi)..

Pagi itu,aku menolong papa ku (puji la aku rajin,hahah) di kolam ikan kelinya.. tolong pindahkan ikan keli yang saiz dah gedabak- kuat makan tau keli-keli ini.. untuk dijadikan induk persenyawaan.( kira proses nak dapatkan anak la.ala macam kita belajar sains dulu tu.. mak ayah ehem2 dapat anak.gitu la..faham?? apa? Tak faham? Nak demo? Tetttttttttttt makluman,ini bukan blog lucah,hahahah)

So, disebabkan kawasan kolam tu agak lama ye tidak ditumpaskan rumput-rumput liar, makanya aku pun main langgar je la rumput itu, langgar tau,bukan pijak( puji la aku baik) ahha gila pujian betol kau..  apa yang menariknya (bagi aku menarik tapi kalau bagi engaku tak menarik,ada aku kisah? Tetap nak cakap menarik jugak,heheh) ada la sejenis rumput ni yang ada buah kecik-kecik tu, yang kalo kita lalu buah tu melekat kat seluar kita .. ala yang tu.yang tu la. aku pun tak tau nak explain rupa dia macam mana , nama plak aku tak tau..lupa nak tanya tumbuhan tersebut.haha gila,tumbuhan leh bercakap kah? J dan nak tau, buah tu pun melekat la kat aku( memangla dah kau lalu kat dia mesti la melekat,lain la kau terbang ke,konfirm tak melekat..:P) tapi bukan kat seluar tau, dia dengan bangga nya melekat kat bulu-bulu kaki aku yang berimbun tu ( aku pakai short, sebab tu tak lekat kat seluar- moral of the story,tutuplah aurat anda...:)  sekali  tengok kelakar, sekali tengok, comel la plak bila bulu-bulu tu berjaya memerangap buah-buah itu ibarat ikan yang terkena jaring, umpama lalat terkena labah-labah dan seperti Thor terkena penumbuk hulk ( dalam avengers-mesti melekat kat dinding,haha). Aduh pujangga nya la peribahasa segala bagai,hehhe
 
 
bedebush..amik ko thor..:P
 

Tapi bukan sebab perlekatan buah ke bulu kaki itu yang aku nak sangat tulis ni, sebenarnya ada simboliknya,huhu ( simbolik la sgt,:P) tetiba time tu aku tersedar, rupanya aku ni dah besar,in fact dah semakin gedabak dan gemokkkkkkk haha. Bulu kaki merimbun,sah-sah la aku ni bukan lagi budak-budak, tapi jujurnya aku nak war-warkan disini, aku masih lagi terasa macam budak-budak. Aku selalu anggap semua perkara leh jadi gurauan, aku selalu tak serius, selalu ambik mudah sesuatu benda , selalu sambil lewa, ( brapa banyak selalu daaaa) selalu curik-curik ratah ikan yang mama baru siap goreng, selalu stalk fb orang, selalu bersin,selalu main tepuk amai-amai, selalu ketawa sambil mnagis ( eh serius ni tak de kena mngena,hahah) kiranya selalu wat tak kisah la tu, even masa study kat universiti pun macam tu. Some things yang penting (penting la sebab kengkawan lain semua sibuk pasal tu,kau sorang je wat dek ala-ala cool), aku la orang yang last-last amik tahu, bukan maksudnya aku biarkan orang lain uruskan,Cuma aku ni bab nak concern satu pekara tu lambat sangat panasnya. Lagi satu,aku ni selalu nak fun je, enjoy la konon, kadang-kadang tak pun rasa serius nak fikir pasal masa depan..teruk kan?

 Yang ni lagi tak boleh blah, aku serius rasa aku ni muda lagi,ala ibarat budak-budak sekolah tu.. aku kan comel hahah ( bajet muka baby face,padahal masa ikut akak pegi beli baju kat kedai pakaian perempuan pekerja kat situ claim aku ni pakwe akak aku,bila aku gebang cakap umur 19, masing-masing jerit: ee tak nampak 19,macam 30 an je..erkk tua sangat ke muka aku? Coii!!) tapi betol la. Aku selalu nk rasa muda lagi,kalo pegi kedai, mesti nak panggil abang or kakak kat cashier tu,padahal tau dah muka pun nampak baru lepas SPM,siot je aku kan,haha .habisla kalo aku tau korang tua dari aku, even beza setahun, sebulan mahupun sehari, aku akan anggap aku muda sepoloh taun dari korang..hahah kau mampu? Ee gedik..itula perumpamaannya yang menunjukkan aku ni tak sedor diri dan perasan budak-budak lagi.hehe lepas ni kena la aku selalu pandang-pandang hutan amazon kat kaki aku ni, in case kalau aku bajet aku muda lagi,hukhukhuk..   so, bila dah sedor umur tu tua,akan seriusla pemikiran aku ni untuk memikirkan masa depan kan kan kan.. bukan nak fikir enjoy je..huhuhu

Adess aku rasa panjang pulak entry ni.mesti kamu-kamu semua bosan sudah,,hahah ye..okey2. akhir kata, BULU KAKIMU BUKAN BULU KAKIKU,KALAU BULU KAKIMU ITU BULU KAKIKU MESTI BULU ITU BERADA DI KAKIKU BUKAN DIKAKIMU YANG BERBULU ITU...hahahah

p/s: puas menggodek pakcik google.tak ketemu plak gambor artis nampak bulu kaki,haha padan muka tak jumpa..selamat ko dari disaman,hahah

Wednesday, June 13, 2012

Wordless wednesday...

p/s: lg bje jam je nk abes hari rabu...tp dikira wordless wednesday gak en..(pdhal aku menulis gak ni..xde maknanya wordless nye,hahah)

Monday, June 11, 2012

Jom eja. K. E. K.. Bunyinya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dah eja ke perkataan tadi? Bagus.pandai murid sekalian..nah upah! Sebatang kapas korek telinga! Hahaha (gelak devil) Eh,apa? Nak suh mr.zaxx eja plak?k cpat.eja pe?
Mr.orang: n.a.k p.e.n.u.m.b.u.k. K.e..bunyinya?
Mr.zaxx: nak penumbuk ke??eh ok2.mr zaxx gurau je td.nah adiah yg btol! Samsung galaxy s3..dah,g main jejauh..hew..nyaris kna tmbuk.haha
Dah2,hentikan drama ini.
Mr.zaxx br je balik dari selesaikan misi sulit ni.(bajet mcm fbi la konon, fbo ad la-for bebudak only.haha)
Br je siapkan kek pmtaan akak yg tsayang( syg la skang,sbb nk bodek blnje wayang.uhuk uhuk.haha,noty sgt.) kak ngah mtak wat kan.. Nak bwk ke sekolah katanya.Tapi serius,sbelum direvealkn gmbr nya,nk bg warning. Ia nya huduh! :p..
Its a chocolate kek yg dilimpahi toping coklat n aising pink,konon nk nampak gegurl la.untuk akak en.haha
P/s:hjat nk wt yg simple,tp lastly jd serabut jek ak tgk kek ni.haha

Saturday, June 9, 2012

Bila Si Amatur Menjual Kek...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

uh...Siapakah si amatur itu..?? Salam Sabtu kepada semua..:) Pagi-pagi sabtu ni kat sini ada pekan sari (or pekan sehari), macam pasar malam,tapi dibuka waktu pagi. So, ari ni byk la makanan yang terhidang,huhu burger, keropok, kentang goreng,alkisahnya,macam-macam ada..:) bila makan banyak jenis ni teringat la kat kek yang baru-baru ni aku buat... sebenarnya ada kawan mama yang order (waa bajet hebat la..) ..terkezut la gak coz sebelum ni wat kek pun untuk suka-suka n makan sendiri je..so bila tak sedap ke, telan sendiri je la,huuhu.. Kek tu diminta sempena hari IBU, walaupun dh lepas tapi katanya nak sambut ramai-ramai sempena perkahwinan ank buah beliau..kira ramai la yang balik,tu yang nk sambut sekali..

Sebenarnya,risau gak coz ye la amatur, takut tak sedap,tak cantik dan segala bagai kelemahan.. tapi terima jga..nk try..huhuhu Sebelum ni pernah gak wat untuk kengkawan adik n akak.. tapi simple-simple je  yg mampu, not look profesional langsung keknya,hahaha So lepas berpulun dari petang sampai agak-agak malam, terhasil la kek coklat yang tak seberapa ni,huhuhu.. (sedap ke tak aku pun tak tau responnya, lupa nak tnya lepas tu..huhuhu)
 
 
macam horror je kan dgn bintik2 tu...huhuhu

ni kek untuk ckgu kpd adik mr . zaxx..tulisan cikgu tu pun nmpk amatur sgt,haha

cupcake ni eksperimen jer...huhuuu kelakar lak rupe dia..
p/s: sedang berangan ala mat jenin, nak ada cafe yang sekeliling ada part of glass yang terisi dengan lots of cakes and pastry, pastu kt tgkat atas cafe ada spa n facial center,huhuhu

Amboi,gelapnya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Gelap? Apa yang gelapnya? Black out kah? tu la bil orang suruh bayar tak mau bayar,hahah... Eh tak la... Sebenarnya Mr.Zaxx rasa layout blog Mr.Zaxx yang sekarang nie,agak gelap dan suram je kaler warna nya,.. ada rasa tak? Apa? Ada rasa masin? ish ish..tu dah lain tu,huhuhuuh

Mr.Zaxx sebenarnya suka layout denim ni,sbb nampak macam seluar jeans kan,hehehe..konon-konon nampak rock la,hahah. tapi tah kenapa rasa suram plak warnanya.... bila tengok kebanyakan blog sekarang, orang ramai guna layout yang simple and more bright..putih,cream kaler...nampak clean je..nak baca entry pun tenang je,heheheh contoh: Hazwan Hairy ( bro, mintak izin guna blog buat contoh...:) hikhikhik)


Header blog Bro Hazwan Hairy...

BTW, papepun walau apa layout yg Mr.Zaxx guna, hope pembaca setia membaca dan melawat blog yang tak seberapa nie. (jap,ada ke pembaca setia aku ni hehe)... kepada semua yg melawat, Mr.Zaxx ucapkan ribuan trima kasih...:)

p/s: dulu.masa first buat blog,sgt malu nk expose entry..huuhuh...

Thursday, June 7, 2012

Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500

ASsalamualaikum dan Salam Sejahtera..

mau join? klik SINI..:)

Eh,eh! Belum apa-apa kt caption gambar tu dah tulis mau join? haha..join pe plak ni? tertanya-tanya ek? 
sebenarnya, tadi duk blogwalking,ternampak segmen dari miss Z ni.. untuk blogger yang follower bawah 500. Waa..bangga sekejap sebab memenuhi syarat (erkk..mr.zaxx ,brapa follower awak??) 
Erm,..segan la nak gtau..hihihii.. ada 54 orang je, sikit kan...:) Ternyata aku ni  Tak Kurang FOFULAR,hahahha...

saya tag semua follower sy dan juga sesiapa je yang membaca entry ni..:)

Kepada yang berminat, leh la klik Link kat header miss Z tu yer..:) 

p/s: terasa ketidak fofularan itu..huuhuhu

stress penyebab ulser mulut??



assalamualaikum dan salam sejahtera

hai he haba? hihat he?
uitt bahasa apa pulak dah ni?
maaf ye.mulut saya sakit..
tu yang cacat sikit bahasa nye..hihii

ulser mulut memang memedihkan..
bukan saja pedih tapi juga menyebabkan kita dituduh miang,haha
kenapa?
ye la..nak menahan pedih dalam mulut tu sampai terkenyit-kenyit mata ha..
haha
tu yang orang fikir miang tu
yela..kat wanita ala-ala makcik pun nak dikenyitnya.hihihi
sakit la sayang,...bukan sengaja,..:)

masa masih lagi study, aku memang slalu kena ulser mulut
pecah-pecah kt bibir,lidah gitu...
pedihnya tak terkira,tambah-tambah bila nak makan.
adoiii..sakit..
aku pernah jumpa doktor dulu,akibat tak tahan sangat..
nak tau doktor tu cakap pe?
awak ni mungkin kurang minum air dan buah-buahan..
oo ye ke.. k doktor memang pandai! aku memang kurang bab-bab tu, haha
pastu doktor tambah..
atau mungkin awak ni stress...
STRESS?? oo leh gak ke jadi ulser mulut sebab stress? huhuh
macam kelakar n nak gelak je.. tp dia doktor ke aku doktor?
mau disuntik bertubi-tubi nanti, hahah
tp kan lepas dari tu , aku try search kat tenet..
waa btol la..memang stress pun leh sebabkan ulser..
oo patutla aku selalu kena ulser mulut..selalu stress rupanya! huhu
bila fikir balik,aah la btol!!! hahaha
so pada anda diluar sana,
kurangkan stress,
elakkan ulser mulut..:) hihihii

kalo dh kena ulser mulut ni kengkawan aku selalu la tiba-tiba jadi tok bomoh..
ye la,masing-masing nk bg petua..huuhu trima je la..
ada yang suruh letak mentega,
ada yang suruh letak garam (memang masyuk>> pedih,huhu)
dan ada yang cadangkan letak sejenis ubat namanya BONJELA..
papepun, cuba la mana yang patut ye..:)

ni raksasa mulut,bukan ulser mulut,huhuhuhu

ni la rupenye makhluk bernama ulser mulut ye.. banyakkan minum air masak tau
 
Bonjela, sejenis gel yang diguna bila kena ulser mulut.rasa dia ala-ala sarsi..huhuhu

Monday, May 28, 2012

RESEPI: refreshing fruit medley

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Salam Isnin. bagi yang bekerja tu teruskan la bekerja dalam keadaan yang baik ye, jangan stress.. tak elok untuk kesihatan. bagi Mr.Zaxx yang sememangnya seorang pengaggur semestinya la tak bekerja kan,hehe.. hari ni nak berkongsi dengan anda satu resepi ringkas yang boleh anda cuba. Rasanya lama jugak Mr.Zaxx tak buat entry resepi..so kali ni sempena bahang masterchef malaysia,terimalah resepi ringkas dari Mr.Zaxx..Tada.. :)

BAHAN-BAHAN:

1.buah buahan kesukaan (mr zaxx guna buah epal hijau n merah, tembikai,laici,nanas,sengkuang cina dan pelam, nak senang beli je koktail buah yang dalam tin tu..:))
2. nata de coco ( mr.zaxx guna yang berperisa laici)
3. air sprite
4. ais

CARA-CARA:

1. Potong dadu semua buah-buahan tadi( kalau yang dalam tin biasanya dah siap potong..)
2. masukkan buah-buahan kedalam bekas kesukaan. tambah nata de coco dan sedikit air nya. 
3. kemudian tambah air sprite dan letakkan ais. kalau nak lagi sedap, masukkan air laici dalam tin tu..:)
4. langkah empat ni sangatlah mudah.. bukak mulut dan... ngap la..heheh

selamat mencuba..:)



Thursday, May 24, 2012

candle light bath...

assalamualaikum dan salam sejahtera

tau tak apa tu candle murid-murid? oh bagus ..lilin.. tau tak light tu ape? oh bagus jugak,.. cahaya.. eh sejak bila kamu semua ni jadi pandai..oo sebab banyak makan hati eak..( makan hati? ada kena mengena ke?) ye la makan hati tu merajuk, terasa , sebab mak ayah korang tak nak belikan patung upin ipin versi pakai bikini kan? lucah la kamu walaupun kamu baru budak hingusan..( erkk memang berhingus pun..ee melekit kau...) lepas dah makan hati terpaksa la wat extra study supaya dapat membodek mak ayah korang belikan patung tu kan,kan,kan, hahaha dasar!! plan korang tak menjadi,sebab mak ayah korang tak nak beli bukan sebab korang malas belaja tapi sebab diorang yang nakkan patung tu.. ahah mengarut? eh ce tanya ce tanya kat diorang.. gerenti..gerenti.. pipi korang merah.. haha best kan penampor free,ahahah.. tak payah nak pakai blusher segala bagai,hikhikhik...

oh my english!! eh silap.. oh my mr zaxx..pe dh ko mencarut ni? cepat balik ke dunia asal... bedebush!!
ok mai sambung.. k murid-murid tau tak apa tu bath? ye pandai lagi..mandi kan.. so sila sambung semua perkataan tadi.. candle light bath>>> lilin cahaya mandi @ mandi cahaya lilin.. wah gempak english korang..hahah

eh pe sebenarnya aku nak citer ni? huhuhu mengarut je lebih.. okeyh2 .. sila serius.. ok2 korang pernah dengar candle light dinner kan..ala makan malam ala-ala romantik gitu.. dilimpahi cahaya lilin yang suram-suram cerah yang macam dalam rumah hantu tu.. sambil-sambil makan sambil-sambil suap,last- last tersalah suap kat hidung.. tu takpe lagi kalo tersuap waiter kat situ? sape nak jawab..hehe..
tu candle light dinner.kalo candle light bath camne plak? mudah je, mandi ala-ala romantik disirami cahaya lilin.. bunyi macam best tapi ala-ala lucah pun ada kan.. eh brapa kali perkataan lucah ko nak sebut mr zaxx? tak takut ke kna remove blog? hahah tettttttttt..jangan risau.masih menjaga adab ketimuran.. ewah..lelaki melayu terakhir gitu..hukhukhuk...

ni nak habaq mai..semalam... merasa la pengalaman ber candle light bath ni.. waa kelas ko mr.zaxx.. wat kt hotel ke? mahal tak? ishhh ... ko ni cik gayah... aku mana la mampu,kat umah je.. pasang lilin masa nak mandi, sambil pose-pose maut ala model victoria secret..opss.. pastu mandi.. gitu je.. tu pun sebab mentol lampu bilik air terbakar..di ulangi terbakar tau..bukan tak bayar bil letrik ea.. kalau la tak kerana terbakar mentol tu tak da kejadahnya aku nak ber candle light nyer hahah.. kaburrrrr ... nak tonyoh benda lain nanti tertonyoh benda lain..salah urat kan susah...matiiii...:p..
kalau tuan-tuan, puan-puan ingin mencuba candle light bath,silalah... kalau tak nak tunggu mentol tu terbakar, tembak je kasik pecah..ala macam pak sedar angkat korang wat kt dalam tv tu..
Mr.Kacang: haichooo!! uhuk uhuk...sape lak sebut pasal aku ni..eeeeee...~ heww...

kalau macam ni la keadaannya cik gayah.. bukan nya mandi nanti,..konfirm tertidoq..







sekadar gambar hiasan..tak berniat nak menaikkan nafsu sesiapa ye..hahah

inikah pakcik sedara angkat korang tu? sila jawab!!! hehhe


Wednesday, May 23, 2012

wordless wednesday #1

pss:// wordless wednesday tu adalah entri di mana pada hari rabu semua blogger membuat satu post gambar tanpa meletakkan apa-apa description untuk menjelaskan gambar tersebut. (eh korang dah tau eak.. suka aku la nak gtau gak..uwekkk..:) hehe)

Tuesday, May 22, 2012

boros: penyakit psikologi?

assalamualaikum dan salam sejahtera...


bertemu kembali dalam rancangan... motivasi pagi..cewah!!! ada bau-bau angan-angan ye di situ, heheh mentang-mentangla tajuk entri ala-ala slot motivasi gitu. heheh


ok sila kembali serius. :)
boros bukanlah sejenis kuih yang enak dimakan, apatah lagi boros sesungguhnya bukanlah makanan pun. boros sebenarnya adalah satu sikap yang dimiliki manusia di mana mereka membelanjakan kewangan mereka secara membuta tuli, dalam erti kata lain secara tidak berhemah.


kenapa tiba-tiba je topik ni jadi pilihan untuk entri kali ni? sebabnya adalah... segan la nak cakap! huhuhu
MR orang: ala sebab mr.Zaxx seorang yang boros kan.kan..kan..?
Mr.Zaxx: thanks to info yang tersangatla betol tu encik orang..dushhh!



 erm ye..aku ni pun leh dikategorikan sebagai orang yang boros.. camne nak tau kita ni boros? senang je.. bila ada duit yang agak menebalkan wallet or purse anda ( atau dalam bank anda), biasanya bagi student u bila time dapat PTPTN atau duit biasiswa la kan.hheeh.. bila dah ada duit, berbelanja tu jadi mcm satu perkara yang mudah, dan bila dah hujung-hujung semseter mulala terfikir, duit aku tu aku guna beli apa ye? tak nampak pun barang yang aku beli.. rasa-rasa nya banyak lagi duit aku ni.tapi mana perginya??? 
haaa kalau situasi ni anda pernah alami,mungkin anda dah terkena virus BOROS!! huhuu


boros mungkin terjadi apabila seseorang tu tak dapat nak mengasingkan antara keperluan dengan kehendak..
betul.. macam aku la.. keperluan biasanya macam makan hari-hari, barang-barang peribadi dan bahan-bahan keperluan untuk study... tapi bila dah ada duit, macam-macam benda tetiba je sesuka hati dilist dalam list KEPERLUAN.. 


" Baju tu cantik,tapi mahal la.. takpe , kan satu KEPERLUAN untuk aku nampak hensem"
" Alaaa... dah lama tak makan McD (walaupun baru semalam menelan seketul burger McD), satu KEPERLUAN la untuk perut aku merasa fast food tu.."

"Aku nak awek..so satu KEPERLUAN la untuk aku berhabis untuk dia kan,kan,,"
 contohnya.. hehe bab awek tu memang terang-terangan bukan aku,haha sape la yang nak kat diri ini kan..( sempat lagi promote,haha)






so adakah boros ni penyakit psikolog? hmm mungkin... boros berlaku bila kita tak dapat menahan nafsu untuk berbelanja dengan sesuka hati. Jadi untuk mengawalnya, had kan batasan anda, cuba pujuk diri untuk tahan godaan bila melihat barang-barang yang bukan keperluan. jangan mudah tergoda dengan diskaun.. mungkin harga nya lebih murah, tapi kalau bukan keperluan, lebih baik tundakan hasrat tu dulu.. elakkan pemikiran seperti ini > " kalau aku tak beli hari ini, nanti abis pulak" ayat ni boleh digunakan bila kita nak membeli barang KEPERLUAN je..kalau yang kehendak tu.. baik lupakan la..nanti konfirm akan dibeli jugak.. ( aku selalu guna ayat tu,,sebab tu la boros)





Lagi satu, cuba ingat saat anda kekeringan atau bahasa saintifiknya menghadapi masalah kewangan. dengan harapan leh jadi satu motivasi untuk kita menghargai setiap sen yang kita ada.. (tp aku cuba gak,,tak berapa nak jadi.mybe sebab aku ni hati batu kot,haha) 
kalau di ingat, saat smester 2 saat paling la tak berduitnya.. sebab ptptn ditolak untu wang pendahuluan yang dapat masa nak masuk u dulu..  masa tu la merasa makan tomyam telur tiap2 hari, makan roti gantikan nasi.. memang stok untuk berjimat la.. duit dalam wallet ada rm2 je memang perkra biasa masa tu.huk huk huk.. tp nasib baik ada gak akak yang tolong.. yang terpaksa harung sensorang tu lagi la kesian kan....:(


Paling penting, kita kenalah pandai membezakan KEPERLUAN dengan KEHENDAK. bila dapat bezakan, perbelanjaan pun jd lancar, kalau berabis pun , untuk keperluan.. tapi berjimat bukanlah bermaksud kedekut tau.. hihiii...  untuk maklumat tambahan leh baca info kat link ni..
http://berita-harian-online.com/elak-boros-usah-juga-kedekut/



pss: jom sesama kita usahakan berjimat... kan masing-masing nak kawen,kena la berjimat heheh