Pages

Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Siapa Cikgu Yang Menghina Polis dan Pejuang Di Sabah?

Assalamualaikum dan Salam Ceria...

Hari ni aku tampil dengan entry baru, tapi lebih serius..:) Bukan buang tebiat ye..hehe Artikel ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, sekadar berkongsi supaya mereka yang lain lebih berhati-hati dalam meng'express' sesuatu pemikiran.

Kerjaya seorang cikgu atau guru adalah mulia dan sangat-sangat memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Namun, sekiranya benarlah apa yang dibaca aku tadi ni atas kerelaan hati penulisnya yang dipercayai seorang guru, memang runtun hati aku. Hal ni adalah berkaitan dengan berita seorang yang mengutuk dan menghina pejuang di Sabah yang kini sedang berusaha menjaga keamanan negara. Aku terbaca dari blog My Pro Niaga dalam artikel INI. Terus aku ke FB orang yang dimaksudkan. Dan ketika ini, FB tersebut masih aktif dan aku sempat baca beberapa status yang dipost. Berikut merupakan beberapa gambar printscreen yang dimaksudkan yang sempat aku ambil.






Aku ingatkan FB ni dah tak aktif lepas tersebar pasal cerita ni, tapi bila malam tadi aku bukak, masih aktif dan pagi ini pun masih boleh dilihat.. Ada juga komen dari beliau yang agak mengejutkan aku. Cuba lihat bulatan merah.. Angkuh atau bergurau?


Kadang- kadang terfikir jugak , adakah FB beliau ni di hack oleh someone yang ada niat tak biat dan nak mencemarkan nama beliau? Jika betul akaun dihack, aku harap beliau segera melaporkan kepada pihak yang berkenaan..

 


Walaubagaimanapun, sekiranya betul beliau dengan rela hati menulis sebegini, aku memang sedih. Sebagai rakyat sesebuah negara, sepatutnya kita perlulah tanamkan semangat patriotik. Memang, ada sesetengah perkara yang tidak memuaskan hati kita. Tak salah untuk berasa begitu, cuma, cara dan kaedah meng'express'kan tu perlulah menggunakan medium yang sesuai dan lebih berhemah. Tambahan pula, beliau dikatakan seorang guru, jadi bila timbul hal macam ni, cerminan perspektif masyarakat luar ,nak tak nak akan kaitkan juga dengan profesion guru. Jadi tak langsung, institusi guru juga yang terpalit dan tercalar. Kalaulah niat beliau sekadar nak kan publisiti murahan or berguarau, aku rasa ini bukan tempatnya. Tapi sejak cerita ini tersebar, memang famous FB tersebut. Mula-mula aku masuk follower hanyalah 72 orang, tapi pagi tadi dah mencecah 400 lebih..  Walau apa pun, jika hal ini benar, harap-harap beliau lebih berhati-hati dalam menulis selepas ini.... Kesian dekat anak dan isteri di rumah..



Kepada warga FB yang lain, walaupun berasa panas hati bila membaca status beliau, harap anda juga bersabar dan menjaga kata-kata dan tidak menggunakan bahasa yang kasar, walaupun jika membacanya memang menyakitkan hati. Yang penting sama-sama kita doakan agar beliau terdetik di minda untuk fikir adakah tindakan beliau ini betul atau sebaliknya.



Hati menjerit: Sebagai bakal guru, aku rasa sebak bila ada guru lain yang berbuat begini. Menyatakan ketidak puasan hati dan kritikan bukan satu kesalahan,cuma bahasa, cara dan pendekatan haruslah sesuai dan berhemah. Semoga terbuka hati beliau untuk lebih bersopan dalam meluahkan pendapat.

Tuesday, June 19, 2012

Aku dan Matematik


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Matematik dan kehidupan memang tak dapat nak dipisahkan. Ibarat handphone dengan jari. Sehari tak call atau mesej tak sah (itu aku). Hak hak! Kat handphone pun ada matematik jugak la. Tu yang nombor-nombor segala bagai tu, kan matematik tu. Mesti ingat lagi kan zaman-zaman purba masa kita kecik-kecik dulu, belajar mengira..

"Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk!!!". Eh tu kiraan Sang Kancil menipu Buaya la! sang Kancil sangat pandai.Jadi girls yang kat luar tu,jadilah sang kancil supaya tak mudah ditipu "buaya".ahakzs..:) (teringat dulu-dulu lepas balik sekolah pagi, mesti ada citer ni kat telebision,tapi aku suka lagi kisah Sang Kancil dengan Monyet kes makan cili tu, sebab tiap kali aku tergigit cili bila makan meggi,teringat kat monyet tu..eh ayat ni macam nak kata aku ni monyet jerk!! ok aku silap. Bukan aku yang gigit cili,tu kawan aku! Damn!! ) 

Gelak? gelak la puas-puas,memang buruk pun lukisan ni. Standard la gambar wat masa tadika (betol-betol ayat cover,padahal baru je buat tadi,hahahak!) Aku tak pandai melukis. Sekian

***********

Petang kelmarin aku main jadi cikgu-cikgu. (korang mesti time kecik-kecik dulu pun pernah main kan. Lantak la kalau ajar ABC je pun,yang penting kita la cikgu masa tu. Kau murid,kau diam! (sambil tunjuk pembaris kat muka kawan korang). Petang itu jugak la aku jadi Cikgu Matematik kepada anak murid aku- makhluk berspesies homosapeins (cikgu,kena saintifik,haha) bergelar sepupu pompuan derejah 5 (sebutan darjah orang dulu-dulu). Ok fine. Yang ni bukan main-main la. Bukan cobaan, betol-betol! (ayat mula-mula saja je wat statement main cikgu-cikgu,saje je bagi korang flashback sikit.:) eh apsal aku kuat mengfeleshbek je nih?)

"Tajuk hari ini ialah Pecahan. Soalan simple je okeyh. Sila lorek 9/4 pada gambar rajah di bawah!" kata aku dengan bangganya sebagai cikgu. Sepupu aku terus kira sembilan bahagian dalam gambar tu! Lantas aku menyapanya dengan berkata: "eh, tak boleh senang-senang kira sembilan biji gitu, kena faham konsep! konsep okey! (sambil sambil jari telunjuk tunding otak! okey itu kerek!!)
Warna yang dipilih adalah secara rawak okeyh. bukan sengaja. Sebarang persamaan adalah kebetulan semata-mata ( aku ckp mcm ni sebab tak nak hak jantan tu duk fikir kalo bulat tu ada dua biji je,he.he)


Atas sebab keprofesionalan aku sebagai cikgu konon-konon, aku pun berkata kepada sepupuku itu secara panjang lebar.( Sepupu aku ni jenis lambat sikit nak panas,jadi aku kena terangkan satu persatu- dia tak bodo okeyh!!) Dengan sikit mukadimah,pantun-pantun dulu ,kemudian kata-kata aluan serta pendahuluan, isi dan penutup serta ditambah sedikit peribahasa untuk menyokong hujah (okey ni serius terlebih), aku pun terangkan la pasai jenis pecahan (wajar, tak wajar dan pecahan bercampur) dan cara nak convert bentuk dari pecahan bercampur kepada tak wajar dan sebaliknya ( rasa macam banyak je perkataan 'dan',huhuhu). Jadi ,dapatlah dia tukarkan kepada pecahan bercampur ( 2 1/4)- dibaca dua satu perempat. TIba-tiba masa nak pi lorek gambar, aku jadi blur macam budak darjah satu tengok kucing jantan dok naik atas kucing betina. kata budak itu dalam hati " buat apakah kalian berdua itu? seperti seronok sahaja perbuatan itu." he.he.he.. sudah,sudah,jangan nak mengarut. OK. Aku jadi terkedu seketika, macam mana nak lorek ni? part satu per empat tu tau la lorek satu ja, tapi yang dua ni aku nak tibai cakap pe? takkan dua je nak lorek? (korang tak faham ea dilema aku ni? ok,sila rujuk gambar). 
tak faham lagi dilema aku? Ok abaikan,sila ke ayat terakhir dan klik nuffnang sebelum kuar,hahaha (cisss!)

Ok sebagai guru, aku kena yakin,jangan cakap tak tau.Jadi penyelesaiannya....


" Ha, lorekla. Kira sembilan, lorek sembilan bahagian!!(sama macam mula-mula dia buat yang aku duk kata sambil tunding jari ke otak tu!)." damn..

Serius sengal aku tu aku terasa ada kat otak ibarat plak yang melekat kat gigi.. sebenarnya camna nak terangkan ea? korang tau? hahah korang pun tak tau kan.(ayat nk cover diri aku) 

# sebenarnya boleh je nak diterangkan konsep pecahan wajar dan tak wajar tu. bila dah dapat tukaran kepada nombor bercampur 2 1/4 tu, kena la tambah penerangan kepada nombor bulat 2 (dua). nombor bulat yang bukan pecahan mewakili satu entiti yang penuh.contohnya, sebiji kek diwakili 1 (satu), dua biji kek diwakili 2 (dua). sebab kalau pecahan baru lah dipecah-pecahkan , contoh separuh kek= 1/2 kek.  jadi dalam kes ni,  1 bulatan mewakili satu entiti, 1= 4/4 so lorek empat bahagian pada bulatan pertama,oleh sebab ada dua entiti penuh,kenala lorek dua bulatan. haa..korang faham tak? (aku yang menulis ni agak lama nak tangkap pe yang aku tulis ni,haha serius sengal!)


Ini skema jawapan.


Ini jawapan aku

Ini plak jawapan aku..huahahaha (gelak bangga) ada gambar roda beskal siap ngan dynamo (bukan jenama pencuci,tapi alat yang diletak kat basikal bagi nyala lampu tu, derejah enam korang belaja) dan pizaa. 
Korang: Pizaa? mana? 
Aku: tu yang ujung tu..
Korang: Pizza ada panda??? grr..
Aku: rilex, creative is fun! ahhah

Ni jawapan yang dikira nak membodek cikgu kasi bagi bintang banyak-banyak! ala dulu korang pun suka kan kalo cikgu raik (tanda) buku korang lepas tu bagi bintang kan.. makin banyak bintang maka konon-kononnya tanda makin pandai la korang. sampai ada kadang-kadang kita duk tambah sendiri bintang sebab tak mau kalah ngan kawan sampai letak spoloh bintang!! nampak sangat tak logik bintang korang tu!!!  hahah (Giler ar flashback lagi.hhahah) Tapi agak-agak la kalo jawapan aku seperti di atas kan berapa bintang yang bakal aku dapat??? ( sampai senyum nakal dan bayangkan bintang lalu nyanyi lagu twinkel khanna,eh silap lagu twinkel-twinkle little star...)



Asal la tetiba banyak lak katun aku wat ni? hahah saje je praktis guna paint.jeles tengok kawan aku wat tesis dia guna paint,cantik lak tu, tu yang jeles tu,kalo hasil macam aku ni (tadika style) takda aku nk jeles wei..haha btol tak miss pyqa? hehe


Moral: Matematik itu indah,jangan bencinya... (aku tak benci matematik la wei!!)

p/s: ada lagi kisah bab matematik ni, tapi perut tak breakfast lagi, nak makan dulu la
p/s lagi: sebenarnya aku dah abes menaip kul 9 tadi lagi,tap disebabkan nak jugak wat kekatun (istilah untuk katun yang banyak,:P) tu, haa kul 11 lebih baru siap,jadi sila abaikan p/s aku yang mula-mula tu.. aku tak breakfast lagi okeyh!!!