Pages

Thursday, March 14, 2013

Kek Yang Buat Anda Kata WOW!

Assalamualaikum dan salam pagi syahdu..

Mood masih dalam kesedihan. Dugaan datang dan pergi. Hanya doa dan ketabahan yang mampu diiring. Dengan minda asyik terus berputar, aku sedar.. Walau apa pun yang terjadi,kehidupan tetap perlu diteruskan. Bila sedih dan kusut, aku cuba nak hiburkan diri. Doa tetap dipanjatkan.. 
Bila sedih, aku suka lakukan apa yang aku minat. Menyanyi, melukis , baking.. Tapi bab nyanyi memang tak ada mood..:( Nak melukis takda bahan, terus hilang mood.. So sekarang baking je la jadi peneman. Kebetulan masih lagi menerima order. Tapi jujurnya, apa yang berlaku tetap sedikit sebanyak mengganggu. So hasil baking ari ni tak berapa memuaskan hati..

Sambil melayan perasaan,aku sempat mengoogle melihat kek-kek yang cantik dan amazing bagi seorang yang baru dalam bidang ni. bila lihat kek-kek ni,sedikit terubat rasa serabut di minda.. Maaf sebab banyak celoteh. Jom kita lihat sama-sama..

1. Kek Sotong Kurita

Kek ni nampak real..tapi aku rasa macam menakutkan je.huhuhu.. tapi detailing cantik..


2. Kek Kamera DSLR Nikon

Kek yang marbeles bak kata orang dulu-dulu..:) Aku pernah try wat kek kamera, tapi tak de detail macam yang ni.. :)

3. Kek Kereta Saiz Sebenar

Sekali tengok memang macam kereta betul. Saiz sebenar, kek ni kalau wat kenduri satu kampung pun cukup..Cop!! Aku nak gigit part tayar.haha


4. Kek Stadium

Detailing yang kemas sangat. Cantik.. kalau tengok sekali imbas tak perasan pun ini kek. Gud Job..:)


5. Kek Akuarium

Apa yang aku tertarik dengan kek ni adalah efek air dalam akuarium tu.. Aku tak pasti samada tu air betul or efek,tapi memang cantik walaupun simple.


6. Kek harta karun

NI harus bagi kat Captain Hook, lanun laut tu..haha Sapa nak harta? Tapi tak boleh jual, kena ngapp je..yummy..:)


7. Kek Penyu 

Kek ni molek letak kat pantai kat Terengganu, pastu ramai-ramai nyanyi " Kita tengok, penyu telor"..:) realistik sangat hasil ni.. mabeles mabeles!


 8. Kek Bumblebee Transformers Cake Boss

Ni salah satu kek kegemaran aku dalam Cake Boss. Saiz besar dan detailing mekanikal yang menjadi. Bukan je kemas, tapi ada efek gak. Ada kuar bunga api,asap, sayap boleh bergerak!! One word---> SUPERB!!


9. Kek Pengantin Perempuan Saiz Sebenar

Pergh, kek ngan pengantin dah seiras. Kalau aku dibuat kek macam ni, rasa tak sanggup lak nak potong. Bayangkan.. potong kapala dia..haha macam kena penggal lak..:P Harap- harap pengantin lelaki tak tersalah sarung cincin ke kek tu ,,hihihihi



10. Kek Orang Miang (zaxx)

Ok fine..ni bukan kek,hahahaha... sekadar gambar orang miang...bhuahahah...:P



Coret hati: Tak tau kenapa, tetiba minat dalam baking ni timbul. Moga-moga dapat kembangkan lagi untuk kepuasan diri sendiri.:) Bagi yang nak tengok kek-kek yang amazing, korang boleh tengok kat Cake Boss, search kat Youtube pun ada..:)
 

 



Hidup Itu Dugaan

Assalamualaikum..


Semalam..
Siang..
Pagi...
Syukur..Syukur..Syukur...
Doaku makbul
Agar tidak terlanjur....
Alhamdulillah...

Solusi..
Masih dicari..
Minda-minda ligat berlari..
Demi satu rangkaian solusi...

Semalam..
Malam..
Kerisauan menjelma..
Hidup itu dugaan...
Perlu ditempuh walau ranjaunya berliku..
Tohmahan,cercaan...
Rencah meniti keinsafan...
Semoga calaran bakal hilang..
Aman dan sejahtera..

Coret hati: Dugaan yang datang sebagai ujian kehidupan. Allah tidak akan membebankan hamba-Nya dengan beban yang tidak tertanggung. Usaha, doa dan tawakkal sebagai bekalan dan teman...

Wednesday, March 13, 2013

Detik Telah Tiba

Assalamualaikum...




Mata..
Terlelap jua..
Namun, adakah lena?
Masih kerap terjaga..

Subuh itu..
Telah Berlalu..
Tanda tibanya hari baru..
Hari ini..
Detik ini..
Dapat ku firasatkan sesuatu...
Yang bakal berlaku..

Redha, aku redha..
Aku punya tenaga.
Tapi tak punya daya...
Merintih minta diambil nyawa...
Tapi itu dosa...

Kini aku sedar..
Aku bukan kanak-kanak ria..
Aku seorang dewasa..
Pilihan mula menjelma..
Adakah aku bisa?
Memilih yang sinar?


Tuesday, March 12, 2013

Perasaan Kekesalan Itu

Assalamualaikum..



Senyap.
Diam.
Sunyi.....

Minda makin berat...
Fikiran berputar ligat...
Solusi?

Terus diam,
Terus sunyi....

Aku bukan nujum...
Untuk meramal masa depan,
Aku hanyalah pengemis,
Yang meratap dan meminta,
Hadirnya sinar dalam gelita....

Sepi, aku makin sepi..
Di sini seorang diri...
Apakah esok bakal seperti hari sebelum ini?
Soalan yang hanya mampu aku biarkan..
Berjawapan hanya tinggal penantian...

Hati kian resah
Minda kian gelisah...
Tidak mampukah???
Mencari dan mengubah?
Tersepit antara serba salah ..
Musibah atau maruah??

Langkah masa kian laju..
Aku hanya mampu menuggu..
Menanti apa yang bakal berlaku..
Andai aku terpalit, aku tahu..
Itu takdir penentu..
Pada insan yang membatu...

Ya Allah,
Pada Mu aku memohon,
Ampunkan segala kekhilafan,
Tunjukkanlah jalan kebenaran,
Moga diri tidak lagi Kegelapan...

coret hati: Moga dapat ku lelapkan diri malam ini, Hanya keampunan yang ku harapkan...


Siapa Cikgu Yang Menghina Polis dan Pejuang Di Sabah?

Assalamualaikum dan Salam Ceria...

Hari ni aku tampil dengan entry baru, tapi lebih serius..:) Bukan buang tebiat ye..hehe Artikel ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, sekadar berkongsi supaya mereka yang lain lebih berhati-hati dalam meng'express' sesuatu pemikiran.

Kerjaya seorang cikgu atau guru adalah mulia dan sangat-sangat memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Namun, sekiranya benarlah apa yang dibaca aku tadi ni atas kerelaan hati penulisnya yang dipercayai seorang guru, memang runtun hati aku. Hal ni adalah berkaitan dengan berita seorang yang mengutuk dan menghina pejuang di Sabah yang kini sedang berusaha menjaga keamanan negara. Aku terbaca dari blog My Pro Niaga dalam artikel INI. Terus aku ke FB orang yang dimaksudkan. Dan ketika ini, FB tersebut masih aktif dan aku sempat baca beberapa status yang dipost. Berikut merupakan beberapa gambar printscreen yang dimaksudkan yang sempat aku ambil.






Aku ingatkan FB ni dah tak aktif lepas tersebar pasal cerita ni, tapi bila malam tadi aku bukak, masih aktif dan pagi ini pun masih boleh dilihat.. Ada juga komen dari beliau yang agak mengejutkan aku. Cuba lihat bulatan merah.. Angkuh atau bergurau?


Kadang- kadang terfikir jugak , adakah FB beliau ni di hack oleh someone yang ada niat tak biat dan nak mencemarkan nama beliau? Jika betul akaun dihack, aku harap beliau segera melaporkan kepada pihak yang berkenaan..

 


Walaubagaimanapun, sekiranya betul beliau dengan rela hati menulis sebegini, aku memang sedih. Sebagai rakyat sesebuah negara, sepatutnya kita perlulah tanamkan semangat patriotik. Memang, ada sesetengah perkara yang tidak memuaskan hati kita. Tak salah untuk berasa begitu, cuma, cara dan kaedah meng'express'kan tu perlulah menggunakan medium yang sesuai dan lebih berhemah. Tambahan pula, beliau dikatakan seorang guru, jadi bila timbul hal macam ni, cerminan perspektif masyarakat luar ,nak tak nak akan kaitkan juga dengan profesion guru. Jadi tak langsung, institusi guru juga yang terpalit dan tercalar. Kalaulah niat beliau sekadar nak kan publisiti murahan or berguarau, aku rasa ini bukan tempatnya. Tapi sejak cerita ini tersebar, memang famous FB tersebut. Mula-mula aku masuk follower hanyalah 72 orang, tapi pagi tadi dah mencecah 400 lebih..  Walau apa pun, jika hal ini benar, harap-harap beliau lebih berhati-hati dalam menulis selepas ini.... Kesian dekat anak dan isteri di rumah..



Kepada warga FB yang lain, walaupun berasa panas hati bila membaca status beliau, harap anda juga bersabar dan menjaga kata-kata dan tidak menggunakan bahasa yang kasar, walaupun jika membacanya memang menyakitkan hati. Yang penting sama-sama kita doakan agar beliau terdetik di minda untuk fikir adakah tindakan beliau ini betul atau sebaliknya.



Hati menjerit: Sebagai bakal guru, aku rasa sebak bila ada guru lain yang berbuat begini. Menyatakan ketidak puasan hati dan kritikan bukan satu kesalahan,cuma bahasa, cara dan pendekatan haruslah sesuai dan berhemah. Semoga terbuka hati beliau untuk lebih bersopan dalam meluahkan pendapat.

Wednesday, March 6, 2013

Aku Seorang Murid Sekolah Rendah..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Peluk Cium Muah Muah..:)

Musim persekolahan telah bermula... Musim mengawan?? Oh itu jangan ditanya..:) Sensitip katanya.. Kadang-kadang tersenyum sendiri bila mengenang zaman persekolahan dolu-dolu. Innocent sangat zaman tu. Dengan rambut sikat belah tengah disalonkan oleh Puan Mama, ditambah dengan tacapan bedak dua tompok dah cukup menunjukkan aku seorang murid yang baik..ececece..:) Sila rujuk gambor untuk bukti kukuh..

OK fine, tak cute..:P


Hari demi hari, dari belajar ABC sampailah dah pandai makan ABC ..eh? hahaha... Kenangan menjadi seorang murid tu tak kan pernah hilang dari ingatan. Pudar sikit-sikit macam lagu Rossa tu mungkinla... Tapi semua mesti setuju yang zaman jahiliah,eh silap, zaman persekolahan adalah satu masa yang sangat-sangat best dan mengasyikkan kan kan kan..:)

Dulu-dulu masa jadi murid sekolah rendah, main tu satu kemestian.. HAK BERMAIN HAK KAMI katanya... Aku sebenarnya bukan la jenis yang suka merayau, konon-konon berlagak macam anak dara sunti la,tak boleh keluar rumah..coi!! Tapi betol la, sampaikan masa darjah 3 baru aku tahu rumah kawan-kawan aku kat mana, padahal kalau melangkah, tak abis baca sifir dua lagi dah sampai ke destinasi...

Nostalgia sangat..dulu-dulu permainan yang biasa dimain semuanya permainan yang kalau budak-budak zaman sekarang maybe will say---> KOLOT..  Guli, congkak, gasing, kayu songket, layang-layang, main pondok-pondok, tenteng, baling tin dan main kahwin-kahwen.. permainan last yang main kawen-kawen tu sampai bersanding je OK, part malam pertama tak ada.. Harap maklong,hahaha...

Jom lawan main guli jom jom..:P (dengan harapan dapat curik guli korang..:P) Sumber image: Google

Permainan ni la yang menjadi teman aku dan kawan-kawan sampaikan aku boleh kumpul 3 tin milo besar berisi guli saja.. Teruja? Ini rahsianya... Teknik main diktator,kalau kalah aku mintak balik guli yang aku tagang, kalau menang,aku sapu semua guli orang,hahahah..OK kejam..:P Sekarang?Permainan banyak berubah..Almaklumla,zaman dah maju.. Semua hujung jari je..:)

Dulu main guli..... Sekarang??  main snooker...
Dulu main baling tin.... Sekarang?? main bowling...
Dulu main bedil dan senapang kayu... Sekarang?? main paintball...
Dulu main patung kertas...Sekarang?? main patung barbie....
Dulu main kawen-kawen.. Sekarang?? main kapel -kapel..eh?? haha

Kalau part jadi murid-murid innocent ni, aku pun tak terlepas dari main gaduh-gaduh..ala budak-budak... kalau tak pernah gaduh ngan kawan-kawan nanti tak normal pulak..ala-ala alien gitu.. spseies unik..dulu-dulu kalau gaduh, mesti nak mengejek.. "Kau macam Giant!! Kau macam tenuk!! Kau macam Aaron Aziz!!" Eh yang ejekan last tu kalau marah, memang pelik,hahah Aku ingat lagi aku gaduh dengan jiran sebelah umah, padahal dia la best friend aku ,satu-satunya kawan first aku masa tadika.. bila dia tak datang sekolah,aku akan nangis.. tapi boleh pulak bila dah sekolah rendah, gaduh-gaduh. Siap ketuk kepala dia lagi. Kejam aku kan... 

Kat sekolah, aku ni takda la pandai mana, sekadar reti baca sifir 3 je..eh? hahah.. Bila time buat kerja sekolah, jarangla miss buat, tapi ad satu peristiwa yang masih aku ingat. Aku terlupa siapkan kerja sekolah Bahasa Melayu. Bila cikgu dah masuk kelas baru teringat. Punya la jahat, aku cakap tertinggal kat rumah. cikgu bagi peluang..Fuh..lega.. Ye la kalau tak, aku kena buat keja tu kat longkang depan kelas..malu beb!! Mana nak letak muka ni? Nak sorok dalam poket, poket kecik..Tapi tak baik kan menipu. Nanti student aku plak menipu, nak salahkan siapa? Hew.. tapi tu pengalaman dulu-dulu, jangan tiru aksi ini ye anak-anak..

 Paling best masa sekolah rendah adalah hari penyampaian hadiah kecemerlangan.. Bukan sebab aku dapat hadiah, Bukan jugak sebab aku dapat jadi penyampai anugerah ala-ala Grammy Award tu.. dan bukan jugak sebab dapat makan free..huhuh.. tapi sebab time peyampaian hadiah kecemerlangan mesti ada persembahan... Masa ni la kau nak melaram..bukan pakai gaun kembang pink sambil pusing-pusing macam princess, tapi ,melaram buat persembahan.. Aku ingat lagi, masa darjah satu tak ada,sebab tangan patah,tak dapat hadir. Darjah dua nasyid, darjah tiga berlakon sketsa pengemis, darjah empat tarian (lenggok-lenggok okeyh,hahah) ,darjah lima jadi burung.. darjah enam? hmm lupa la, jadi Hariz dalam Ombak Rindu kot,haha... Tapi memang happening la, masing-masing praktis just nak bagi yang TERBAIK!! (Nada Boboiboy)... Agak-agak zaman sekarang ada lagi ke ye persembahan-persembahan macam ni? Bestnya dapat tengok gelek-gelek..eh? ngee...


Macam ni la kot gamaknya keadaan masa hari kecemerlangan..Abaikan pic last kanan bawah..:P Sumber image: Google


Bila hari sukan lagi syok.. sebab masa sekolah rendah ada acara-acara riang ria kanak-kanak ribena.. Ingat lagi, acara lari ikat kaki, terompah gergasi, bawak bola dalam sudu.. eh? dah macam sukaneka.. Aah, betol... sebab tu hari sukan ni happening.. Kat sekolah menengah mana ada acara-acara macam ni kan... tak ke kau terkejut kalau tiba-tiba pergi sekolah menengah, acara padang peringkat kebangsaan ada terompah gergasi, lari ikat kaki versi 15 tahun ke atas..Wah,..rekod.huhuhu...




harap acara ini diolimpikkan.:) Sumber image : Google


Apapun, bagi aku zaman sekolah rendah or kanak-kanak memang beshhhhh... Tak perlu nak fikir banyak benda.. "Lesen kereta takda lagi!" , "Gayah, ko dah masak nasik untuk laki ko ke?", "Pergh, belanja kawen rm40 000? Mana nak cekau duit!!"...

"Tapi, yang kecik tetap akan membesar, Yang remaja jadi dewasa, yang dewasa jadi tua.. 
Itu lumrah. Sebab kita bukan dalam dunia Neverland Peterpan. Namun, semoga bukan fizikal sahaja yang membesar dan berkembang, malah kematangan , kebaikan dan keimanan juga membesar seiring..."

Bobe Bobe: Entry ini tercetus sebab kerinduan pada student-student masa jadi cikgu ganti aritu..cewahh..:)

cuba lihat tulisan kat papan hitam tu.. thats mine,hahaha 




Cuba teka yang mana cikgunya?? Jawapan: semua dalam gambar adalah pelajar.. hahah Bajet..:P