Pages

Tuesday, March 12, 2013

Siapa Cikgu Yang Menghina Polis dan Pejuang Di Sabah?

Assalamualaikum dan Salam Ceria...

Hari ni aku tampil dengan entry baru, tapi lebih serius..:) Bukan buang tebiat ye..hehe Artikel ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, sekadar berkongsi supaya mereka yang lain lebih berhati-hati dalam meng'express' sesuatu pemikiran.

Kerjaya seorang cikgu atau guru adalah mulia dan sangat-sangat memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Namun, sekiranya benarlah apa yang dibaca aku tadi ni atas kerelaan hati penulisnya yang dipercayai seorang guru, memang runtun hati aku. Hal ni adalah berkaitan dengan berita seorang yang mengutuk dan menghina pejuang di Sabah yang kini sedang berusaha menjaga keamanan negara. Aku terbaca dari blog My Pro Niaga dalam artikel INI. Terus aku ke FB orang yang dimaksudkan. Dan ketika ini, FB tersebut masih aktif dan aku sempat baca beberapa status yang dipost. Berikut merupakan beberapa gambar printscreen yang dimaksudkan yang sempat aku ambil.






Aku ingatkan FB ni dah tak aktif lepas tersebar pasal cerita ni, tapi bila malam tadi aku bukak, masih aktif dan pagi ini pun masih boleh dilihat.. Ada juga komen dari beliau yang agak mengejutkan aku. Cuba lihat bulatan merah.. Angkuh atau bergurau?


Kadang- kadang terfikir jugak , adakah FB beliau ni di hack oleh someone yang ada niat tak biat dan nak mencemarkan nama beliau? Jika betul akaun dihack, aku harap beliau segera melaporkan kepada pihak yang berkenaan..

 


Walaubagaimanapun, sekiranya betul beliau dengan rela hati menulis sebegini, aku memang sedih. Sebagai rakyat sesebuah negara, sepatutnya kita perlulah tanamkan semangat patriotik. Memang, ada sesetengah perkara yang tidak memuaskan hati kita. Tak salah untuk berasa begitu, cuma, cara dan kaedah meng'express'kan tu perlulah menggunakan medium yang sesuai dan lebih berhemah. Tambahan pula, beliau dikatakan seorang guru, jadi bila timbul hal macam ni, cerminan perspektif masyarakat luar ,nak tak nak akan kaitkan juga dengan profesion guru. Jadi tak langsung, institusi guru juga yang terpalit dan tercalar. Kalaulah niat beliau sekadar nak kan publisiti murahan or berguarau, aku rasa ini bukan tempatnya. Tapi sejak cerita ini tersebar, memang famous FB tersebut. Mula-mula aku masuk follower hanyalah 72 orang, tapi pagi tadi dah mencecah 400 lebih..  Walau apa pun, jika hal ini benar, harap-harap beliau lebih berhati-hati dalam menulis selepas ini.... Kesian dekat anak dan isteri di rumah..



Kepada warga FB yang lain, walaupun berasa panas hati bila membaca status beliau, harap anda juga bersabar dan menjaga kata-kata dan tidak menggunakan bahasa yang kasar, walaupun jika membacanya memang menyakitkan hati. Yang penting sama-sama kita doakan agar beliau terdetik di minda untuk fikir adakah tindakan beliau ini betul atau sebaliknya.



Hati menjerit: Sebagai bakal guru, aku rasa sebak bila ada guru lain yang berbuat begini. Menyatakan ketidak puasan hati dan kritikan bukan satu kesalahan,cuma bahasa, cara dan pendekatan haruslah sesuai dan berhemah. Semoga terbuka hati beliau untuk lebih bersopan dalam meluahkan pendapat.

9 si kacak dan si cantik berkata-kata...:

Unknown said...

Ini la yg dikatakan peribahasa ZUL ... "kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga" ~ kalau betul ini adalah tulin bukan kena hack atau apa mohon la en MOHD LOTFI NOR ni bawak2 sedo diri sikit... tak da sapa nak buat perang, mati tu sebagai satu permainan, dan kalau memang dia kena Hack... semoga orang yang menghack fb si MLN ni kembali kepangkal jalan =='

zaxx said...

betul tu mama... moga2 yg terlibat tu insaf..

Unknown said...

zul tapi masalahnya ramai lagi yg mcm ni kot.. cuma dia sorang jer yg terlepas pandang how sad... bukan jer dikalangan guru... hurm...

ejulz said...

betul tu.. xtau apa niat dia post macam tu.. tkut ada yg guna gmbr atau hack..

Lisa Sheila said...

macam-macam ye ragam manusia ni ... lebih baik diam dari berbicara ... tambah-tambah lagi cakap benda2 yang x masuk dek akal dan memudaratkan camni ... means, memudaratkan diri sendiri juga..apapun, kita sama2 doakan semoga terbuka pintu hati cikgu ni ... kalau akaun kena hack xtau la plak ... huhu...

neway, salam kenal... jemput singgah dan follow blog lisa ... :)

Anonymous said...

orang macam ni biasanya ada masalah jiwa, sakit mental. mungkin tekanan ataupun ubat yang diambil menyebabkan kepala dia jadi biul, halusinasi, paranoid, bipolar dan sebagainya. sekarang ni zaman internet, orang gila pun boleh guna fb, buat blog dsb.

Lovely Lieyza said...

eeeeeeiiii..geram nyer...memalukan warga cikgu jer... mana pegi nya adab dan ilmu yg tlah dipelajri...??? letak kat mana?? lutut ke??

MAAF! CIKGU TIDAK DIDIDIK SEPERTI INI! JADI... baik letak jawatan jadi cikgu if pragai macm nie...xda smngt patriotik langsung...

maaf lah...ter emo lak... geram sgt... ~~ hihi

MyProNiaga | Blog said...

Guru yang dimaksudkan telah pun direman :)
Ada masalah mental rupanya.

entry >> http://my.proniaga.net/2013/03/guru-hina-anggota-keselamatan-op-daulat.html

IMA SALSUZAIMA said...

alahai.tak tau nak cakap apa.lbih baik sy brdiam je.hurmmm