Pages

Tuesday, September 11, 2012

Semoga Kau Jadi Kontraktor Berjaya...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sesi temuduga yang diberitahu mengambil masa selama 2 jam itu memungkinkan kami membuat plan baru! Uh, dua jam tu lama, dah macam temuduga sang calon dengan bakal mak mentua je. Ye la , soalan pelbagai kan.. Nak serah anak sendiri mestila soal siasat beria..:)

Harap ini bakal menantu mak aku..:P


" Kau pandai lipat kain tak? Kalau tak pandai, biar mak lipatkan kau"

" Kau pandai masak? Isteri mesti kena pandai masak, baru suami merasa air tangan isteri! Jangan kau bagi air basuh tangan kau sudah!! Tu bukan air tangan! Tu stok nak kena makan tangan!"

" Kau dah sunat ke? Tak sunat camne nak jadi suami orang! Meh mak sunatkan..eh lari plak dia ni!!"

"Sila baca doa qunut!!"

Ok. Dah macam siri bank soalan mertua kepada bakal menantu lak. Soalan last tu mesti ramai calon suami berdebar..eh? hahah
 Biarkan Mak mertua melayan menantunya,kita teruskan dengan cerita kita tadi....


Sambil menunggu sesi temuduga maksu selesai, kami bertiga merelakan mulut kami dinodai ayam-ayam hot &spicy itu.. hmm sedap, sebab lapar.. Kami melayan kerenah ayam-ayam itu yang bergelumang dalam mulut masing-masing sambil digeletek gigi -gigi kami.. Nikmat rasa nya. Asyik sungguh aksi itu hingga tak perasan atok beruban , berspek dan berjanggut putih leka memerhati kami.. Nak sikit ke atok Kennel?

************


Dua jam yang terasa lama tu memang lama. Namun, kami isi waktu itu dengan sesi menelaah kereta-kereta yang asyik lalu lalang sambil diselitkan dengan aktiviti gosip menggosip.. Makcik aku dari tadi cuba meyakinkan kami kereta yang lalu itu ialah Kereta Hyundai Elantra yang kakak mereka mahukan.. Masakan kami mahu percaya... 


 " Ha, tu kan kereta yang Ina nak tu? ye la kok (akak) ingat dia tunjuk aritu!" sambil dengan megah menunjukkan ke arah kereta Proton Wira silver yang memecut laju dihadapan kami.. Apakah?

*************

Kelibat gadis berkurung hijau yang dinantikan itu tiba-tiba muncul.. Uh patutlah lama temuduga...rupanya kerja yang terus dapat..dua jam tu termasuk sesi tunjuk ajar..ok,tahniah! Sebelum pulang, kami sempat menjalankan aktiviti wajib, singgah menyinggah.. Konon-konon mahu membeli barang. Ok dalam wallet ada beberapa keping kertas merah je.. Harap-harap sehelai cukup untuk melayan nafsu aku..

Sambil berlari-lari anak, aku yang bagaikan dirasuk aura Mak Jemah bergegas ke arah bahagian alatan dapur kedai itu.

"Wah, kelabu mata mak!! Situ periuk, Sini loyang acuan kek!! Eh , ada dulang cantik!! Arghhh...." Aku seakan histeria, konon-konon bajet chef la.. padahal baru je berjinak-jinak dapat tempahan kek ,dah berfantasi...Ok, bukan fantasi tapi bervisi..

Langkah aku diteruskan ke bahagian permainan. Alngkah indahnya kalau malam-malamku dipeluk Barbie..eh?  Aku capai satu mainan sebagai hadiah untuk besday anak jiranku esok. Rasanya dah cukup, satu hadiah dan satu kek yang aku buat khas untuknya.. Syukur! Misi selesai!.



Sambil melayan perasaan, Aku ternampak seorang budak lelaki lengkap berpakaian baju melayu merah hati. Masih dalam mood raya barangkali.. aku sempat bercanda dengannya dengan berkata..
" Dik, belilah  mainan tu.. Nah yang murah pun ada, dua ringgit je.hihhii. beli beli beli, Mai beli mainan, yang sedang-sedang saja, yang penting, ianya murah!" Aku alunkan lirik itu ikut melodi iklan vokal bukan sekadar rupa- mai beli otak-otak.. 

Tanpa balasan , budak itu terus meng"ignore"kan aku.. erh!! aku pun memblahkan diri dan menunggu makcik-makcik ku di kauter bayaran...

" Ni satu berapa?"kata seorang budak sambil menunjukkan mainan broza (jengkaut)
 eh? budak tadi la..
"RM4.90" jawab apek kedai yang muka bukan ala-ala PSY Gangnam 

Sambil belek duit..budak tadi pergi ke tempat mainan semula..  Aku ikut! Lagak macam paparazzi.. Dia tenung mainan yang lain..  Meletakkan broza kuning tadi.

"Adik ada brapa duit?" Tanya aku ala-ala seorang Perompak!
"Ni, 3 ringgit, ada lagi syiling singgit dalam poket.." Uh, aku tiba-tiba tegoda oleh aura simpatinya..
"Ambik ni dua hinggit..Pegi bayar! Amik broza tadi!" 




Drama sebabak dengan adik kecil tadi aku ceritakan kepada maksu ku.. bukan niat nk meriakkan diri (sambil cuba menguncupkan lubang hidungku yang mula berkembang ke saiz double XL). Tapi sekadar untuk berkongsi cerita.

"Awok (kamu) bagi dia duit la tadi ea?"
" Aah, Sian plak..huhuhu"

"Eh, tu kan dia?"

Mata kami berdua terpaku ke satu susuk manusia yang sedang asyik bermain broza.. Budak lelaki tadi yang duduk atas lantai luar kedai di lot hujung tu leka bermain..lagak macam seorang kontraktor sedang mengaut tanah..

"Suka sangat dia main,huhuhuu.. Emi, dia sorang je ke? Mak dia mana?"

Persoalan maksu tu tiba-tiba membuatkan otak aku berfikir ligat.. Aah la, tadi kat kedai memang nampak dia seorang diri je..Ahhh mungkin mak dia atau ayah dia ke kedai lain. aku cuba berfikir positif!.

 Enjin Kereta dihidupkan, tapi mata aku tetap setia melihat gelagat si budak itu.. Tiba-tiba dia berlalu pergi berjalan seorang diri sambil membawa broza kuning itu disebelah tangannya. Langkahnya diteruskan tanpa teman.. Aku tiba-tiba sayu.. Gelandangan kah dia???

Aku harap telahan aku salah.. " Semoga Kau menjadi kontraktor yang berjaya.." hanya ungkapan itu aku mampu doakan andai benar kamu keseorangan.....

p/s: Bersyukur sebab masih ada lagi family yang menyinari hidup ini....

49 si kacak dan si cantik berkata-kata...:

Unknown said...

ha ha ha sengal tul soklan2 cepu mas yg kat atas tu kan??

Alo lo lo so suweet kalau aku tak dok duit/glendangan ko nak tolong aku tak?? ke ko flyingkick aku jauh2 ha ha ha???

Tak sangak aku mulia sungguh hati ko ye ZUL AK ni yg buat Cik Senduk tambah sayam kat ko ni kan?? ha ha ha ko hade....

Semoga setiap perubatan baik ko tu akan dibalas dengan benda baik jugak insyallah (part kena puji tu sila kuncupkan lobang idung ko yg bersaiz apa tadi xxl ek?? ha ha ha)

>..<

Unknown said...

ramai kanak2 terbiar sekarang...
moga budak tu mendapat kehidupan yang lebih baik jika benar dia keseorangan...

Ikhwan Suhaimi said...

Bace entry ni smbil tgah layan lagu rapuh by agnes * actualy bukan agnes..tapi cover by ade 2mamat ni. And U know what... tnpa disedari ada air mata yang megalir. BEST NYE ENTRY NI!

Noor Atikah Ramli said...

mohon belikan ika broza jugak :)

baik sumgoh zul nie yea ^^
semoga sentiasa dirahmati. aminn

Kak Bunga said...

mula2 lawak...bila dah ujung2 sayu pulak baca...huhuhu...eh eh tu kek zaxx yang deco ke?

Zul De Alexis said...

abg nanti anak kita abg beli kn byk2 taw..jgn biar dia terbiar..nangis sambil lap air mata.. baeknya abg sambil peluk...auch! sweet...


semoga adik tu menjadi insan yg berguna suatu hari nnt..:)

Unknown said...

@ZUL DE ALEXIS weh! weh! weh! aku ko nak campak ke mana?? ha ha ha >..<

Korn Ahmad said...

*baca komen ni dgn nada ala2 suwit..
abam zaxx.. nak broza jugeks.. plish plish plish.. ala nak broza jgk...

Korn Ahmad said...

huh baca komen ni dengaan nada agak serius 70 percent..
ransanganmindakanak2masanilahyangmenentukancita2merekananti.semogabudaktuberjayadengancita2nya.agaktersentuhceritanievenadekelakarsikitmula2tu.
*Sorry x sempat nak tekan space bar mase komen.. =P

Unknown said...

alahai sweetnye citer ni :)

boni kacak said...

hehehe.. rasa budak tu lari daripada rumah la..hahaha

zaxx said...

PPP: hrp2 cik senduk terus antar rombongan meminag.hehe kalo PPP gelandangan, wa wat bibik angkat..nak tak? hehehe

miz ruha: amin moga2..:)

ikhwan: thanks ikhwan..:) nah tisu..lap airmata tu..:)

zaxx said...

cik rongoks: amin...:) semoga kta smua diberkati..:)

zatil:huhuhu aah zaxx yang wat kek tu kelmarin..:)

zul de alexis; ok2 abam.. kita beli pe je mainan untuk anak kita..heheh
amin, smga adik itu bahgia..:)

zaxx said...

Korn: hohoho ada peratus gak ek komen..hehehe nah2 aku bagi 50 broza..mhon korek lobang jamban dalam2..hehe

ermm btol2... bila minat dipupuk, brulah timbul cita2..:)

bella: sweet mcm bella.hehe

zaxx said...

boni: aku agak mcm tu gak,hehehe harap2 dia cuma merayau sorang diri dan akan pulang kerumah.bukan gelndangan..amin..:)

Mr.She said...

sedihnya :(

faizal mohd said...

harap budak tu bukanlah anak gelandangan.

ko amekla zaxx wat adik angkat. :)

zaxx said...

mr. she: kan..kalau btol2 dia gelndgan lagila sedih..:(

faizal: hpfully la dia bukan gelandangan..
jom2 aku bg ko jdkan dia adik angkat ea.heheh

nursuriani said...

huhuhuhuhuhu best! :)

zaxx said...

sue: waa thanks sudi bca.;-)

N.N said...

hahahah broza... :) untung budak tu dpt broza kuning dri abg zaxx :)

zaxx said...

pilot lover:nk ke?meh alamat.hehe

zaxx said...

pilot lover:nk ke?meh alamat.hehe

Aimacomel said...

comel dak budak tu?? =)
baik hati hang kan, semoga dia besar nti jadi org baik cam hang gak :)

THE AUTHOR said...

Bentuk penulisan yang baik!! Best baca!!

Dua jam menunggu dan aktiviti ronda2 banyak cerita ..hehehhe
Aku pun harap budak tu jadi kontraktor!!

Unknown said...

apa yang jadi kat budak tu ? siannya sorang2, agak2 umur dia berapa ?

anamizu said...

todia soklan maut2 semua atas tuh.. hahaha

sakit peruttt mak jemah bace tau.. kelakor la.. hahaha *opsss over plak


hurmmm kesian bdk tu.. semoga masa depan dia lebih baik T__T

zaxx said...

babycomel: budak tu comel macam ang gak..cuma dia bukan baby la,heheheh

ahnif: thnks bro,..:)thanks gak wat segmen terjah tu..:)

cik pensil: lepas je balik dr kedaitu xtau apa jd pda dia..tp ahrap2 la dia just merayau sengsorang and still ada family..area umur dlm 7 tahun..

zaxx said...

anamizukaito: hahah soalan mncabra bakal menantu tu..:P
semoga budak tu jd yg terabik..Amin..:)

vendoline said...

baru pasan header baru.hehe nak kek barbie tu leh tak..tp versi zombie

dariilhamkehati said...

huhuhu, ayat2 byk yang lawak2 rupanya citer sedih larr ...

zaxx said...

edy:hikhikhik..header hasil sumbgan Razanah Anis..:) nak kek zombie? kena wat darah2 la,hahah

cweet pinky: hihihi tu la,, mmg xreti nak wat citer sedih,hihihi

Cikgu Ma said...

tak nak arr jd calon menantu banyak sangat kena intebiu..hehe

salam kenal..dr segmen hanif idrus =)

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/09/hanif-idrus-segmen-menerjah.html

hnahdy said...

nak kapal terbang. semoga suatu hari nanti dapat jadi pilot :)

NN said...

alamak2... tersedih pulak baca entri ni ... :p

Unknown said...

semoga adik tu boleh mengubah kehidupan dia.. hurmm sedih plak baca entry ni..

Emi said...

Amboi panjangnya entry..hehe

Everything's Everythings said...

wahhh baiknya hati kau..
inshaAllah harap2 ad la parents dia dkt2 situ, dan semoga dia jadi kontraktor yg berjaya juga xD

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

kesiannya.. nape tak amik bwk balik uma..

tuanseliper said...

sedey wa bce .*nanges laju2.

Anonymous said...

emmm kesiannya..hope dia dilindungi oleh Allah swt.. insyaAllah

aliza said...

dofollow sini..

apahal la soklan jadi kontraktor susah sangat ni? ni mesti nak piksa lain tapi terbaca buku lain..

zaxx said...

cikgu ma: hikhik..ala jgn la gitu..mohon cepat minang zaxx..eh? hahah

hnahdy: ahhaha nah kapal selam,moga2 jd ponyelam nnti.:) hikhik

nurul ain: alololo jgn sedih2 ye..nah tisu..:)

fiza suhaimi: amin..semoga adik tu dpt 5A upsr..:) eh ada lg ke upsr psni?? hihii

zaxx said...

emi: hahah aah la terppnjg lak.mualnya ingt nk wat tiga ayat je.ahahh

evrything: aah harap2 dia just jlan sengdorang semntara tunggu parents dia.>:)

kawai daisya: hahah ala xmuat keta nk bawak bali,hehehe

zaxx said...

bai baizura: alolo yunk jgn nages laju2..slowkan sikit...tak sempat nk lap air mata tu.heheh

zaxx said...

maya must wani; amin..:)

aimaniman:hahaha tu la,dh mcm soklan PHD lak,haha

Potia Casadelarossa said...

lebiu nelopah... ekekeke

zaxx said...

potia: haha neelopah tu titew punye..jgn nak amik,hahahah

Miss Butterfly said...

gigih plak gua bace blog ang pagi2 nih .



EMI tu nama panggilan ang ke oih ? hahaha