Pages

Monday, September 24, 2012

Nama Dia Maria Ozawa...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya update blog, saya suka update blog... hari-hari saya update blog..(ok ini tipu).. huhu
Ampun maaf sebab lama dah menyepikan diri yang sememangnya dikenali sebagai Teruna Sepi. Harap-harap nama glamer tu kekal yang depan je (teruna)..yang belakang tu mohon hilang (sepi)... Jom kawen..eh?..ok ngarut!

Berbalik kepada apam balik..eh? salah2..berbalik kepada perkara kita hari ni.. Maria Ozawa..bukan nama awek aku..apatah lagi nama bibik aku..ye la..aku mana la mampu nak upah bibik... upah driver ngan pengawal peribadi mampu la,haha.. hmm habis tu sapa sebenarnya Maria Ozawa ni? Ok.. sebelum aku berlipur lara lebih lanjut..elok kiranya aku wat peringatan kepada para pembaca..harap jangan digoogle search kan perkataan Maria Ozawa tu..AMARAN KERAS!!!...  sebab resultnya nanti aku tak nak jamin,,tak ditanggungjawabkan, apatah lagi bila safe search mode anda dalam mood OFF! 



ini bukan Maria Ozawa, harap maklum..:) (sumber google )

Ok2..ini bukan entry lucah..harap maklum.. Maria Ozawa atau Miyabi tu sebenarnya seorang pelakon lucah terkenal di Jepun (ni dapat dari google,mohon jangan syak aku pernah tengok,hahahah) Sebenarnya apa yang menarik aku nak cerita pasal si dia ni adalah tentang satu berita kat akhbar yang aku baru je terbaca tadi..kisahnya begini...* sambil awan-awan angan-angan keluar macam dalam citer kartun tu..:)

Sedang aku asyik leka,membelek helai-helai akhbar Harian Metro, tiba-tiba mata,telinga, bibir, kening, bulu mata, lubang hidung, taik gigi, daki..bla..bla..ok penat!!! semua anggotalah senang.. terpaku melihat tajuk berita "Belajar Kenali Maria Ozawa"... Terus aku baca tiap bait kata dalam tu.. (eh tadi kata tak kenal Maria Ozawa,tapi teruja lak nak baca,hahah)

" Dalam kata pengantarnya, penerbit berkata, buku berkenaan memuatkan gambar Miyabi untuk membantu pelajar mempelajari pola pemikiran baru membabitkan aspek pembelajaran kerjasama, aktif dan mandiri. Penerbit juga yakin buku latihan itu akan membolehkan pelajar berfikir kritik mencari sendiri maklumat sambil meningkatkan perkembangan minda" ( copy paste dari harian Metro...) klik SINI

Gambar Maria Ozawa diletakkan bersama dengan gambar hamster, harimau, dan aktor indonesia Dude Herlino.... Persoalannya.. apa kaitan Maria ozawa dengan pembelajaran kerjasama, aktif dan mandiri (pe ni eak?) ?? Ok. Adakah dengan guna gambar hot tu dapat menggalakkan kerjasama antara kawan untuk mencari maklumat tentang nya dan aktifkan diri mereka untuk membuka mata luas-luas?? serius aku rasa jawapannya TIDAK!!... Apatah lagi untuk merangsang minda..ehem..nanti bukan minda yang terangsang,,tapi menantang lain yang terangsang... harap faham,malas nak jelaskan menatang apakah yang terangsang itu..hikhikhik... anyway, cara meletakkan gambar tersebut ternyata tidak rasional,malah dapat menjebakkan pelajar dengan dunia porno.. Buku latihan tu pun telah ditarik balik serta merta.. heww..macam-macam dunia akhir zaman ni..:(
Bila bercakap pasal maria, aku teringat kisah aku masa jalani praktikal kat sebuah sekolah menengah tahun lepas.. semasa relief (kelas ganti) untuk student form 5, aku masuk kelas tu sebab cikgu yang mengajar cuti, so ayat biasa , 

 "Ok,cikgu kamu tak da,sila buat kerja masing-masing, jangan bising. Siapkan kerja sekolah kamu yang ada, basuh kain,kemas rumah, siram bunga, cuci jamban..(ok ni aku tambah!:p)..."

Tak sampai lima minit, aku dilanda kebosanan tahap 15 ratus.. ergh.. aku mana leh duk diam, so aku pun pegi la kat satu group dak laki yang landing baik bawah kipas belakang kelas.. diorang ajak duduk..aku pun join (actually aku ngah panas, nk duk bwah kipas!:P) sesambil tu diorang ajak main teka-teki...

"cikgu, sapekah pakwe baru neelopa?" aku selamba jawab " Zul akmen!!!" 
diorang tepuk tangan dan berkata "Pandainye cikgu!! dia hensem kan kan.." (Ok buat kali kenamblas aku tipu..:p)

ok sambung..diorang dah bagi macam-macam teka teki.. Siott la..tercabar aku bila ada teka teki aku tak dapat jawab, sambil diorang tertawakan cikgu kacak nie,hahah... ok turn aku lak,...

" Maria ada 5 orang adik beradik, Nana, Nunu , NoNo, Nini... siapakah lagi seorang nama dalam adik berradik tu????" soal aku penuh ketakburan.. jelas kelihatan bulu-bulu hidung yang baru direbonding tu akibat keluasan lobang hidung yang tiba-tiba berlaku...

Masing-masing tak dapat jawab, berkerut dahi dan segala benda yang boleh dikerut termasuklah perut... dan aku dengan bangganya memberi jawapannya yang sebenar... jap2..korang tau ker jawapannya?? heheh


ok jawapannya ialah Maria la..kan 5 orang adik beradik,dah sebut 4 orang so balancenya maria la,hahah ..ketawa aku sambil mengambil posisi ala mengejek mereka.. tetiba sorang tu lantas bersuara..

"maria pe? maria ozawa ek cikgu?? " sambil tertawa dan disambut hilai histeria kawan yang lain..

Aku berlagak innocent... " Sape tu Maria Ozawa??" tersebut kuat sampai budak perempuan yang kusyuk wat keja kat depan menoleh sambil senyum... hahah

"ala cikgu. takkan tak tau.. nak saya tunjuk ke sape dia?? hahahah"

" tak tau la saya..sape tu???"
"Nanti kami tunjuk ye...haha"
  Ntah macam mana terlepas kata-kata ini


" eleh..mcam la cikgu tak tau sapa dia.... terkenal kot! " 
" haaaaaaa kantoi!!! cikgu tengok!! nakkkk!!!"
"eh tak la...ckgu pernah dengar je orang citer!!"

Malu aku..sejak tu, tiap kali jumpa group diorang..meesti diorang tegur...
" assalamualaikum cikgu!!" sambil ada ayat penyambungnya....

"barang baik ada? ahhaha "


citt ..damn! 

tengok..student pun tau pe tu maria ozawa..tu belum didedahkan pada buku latihan..ni bila dah kat buku latihan pun diletakkan gambar dia, student kenal,kita nak salahkan sape???

Mohon ampun..harap aku bertaubat..hewwwwwwww....

p/S:  cerita ini sekadar perkongsian..harap tidak salah faham bahawa zaxx meggalakkan pornografi or sebagainya.. manusia tidak terlepas dari kesilapan..harap zaxx insaf..:) 

Tuesday, September 11, 2012

Semoga Kau Jadi Kontraktor Berjaya...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sesi temuduga yang diberitahu mengambil masa selama 2 jam itu memungkinkan kami membuat plan baru! Uh, dua jam tu lama, dah macam temuduga sang calon dengan bakal mak mentua je. Ye la , soalan pelbagai kan.. Nak serah anak sendiri mestila soal siasat beria..:)

Harap ini bakal menantu mak aku..:P


" Kau pandai lipat kain tak? Kalau tak pandai, biar mak lipatkan kau"

" Kau pandai masak? Isteri mesti kena pandai masak, baru suami merasa air tangan isteri! Jangan kau bagi air basuh tangan kau sudah!! Tu bukan air tangan! Tu stok nak kena makan tangan!"

" Kau dah sunat ke? Tak sunat camne nak jadi suami orang! Meh mak sunatkan..eh lari plak dia ni!!"

"Sila baca doa qunut!!"

Ok. Dah macam siri bank soalan mertua kepada bakal menantu lak. Soalan last tu mesti ramai calon suami berdebar..eh? hahah
 Biarkan Mak mertua melayan menantunya,kita teruskan dengan cerita kita tadi....


Sambil menunggu sesi temuduga maksu selesai, kami bertiga merelakan mulut kami dinodai ayam-ayam hot &spicy itu.. hmm sedap, sebab lapar.. Kami melayan kerenah ayam-ayam itu yang bergelumang dalam mulut masing-masing sambil digeletek gigi -gigi kami.. Nikmat rasa nya. Asyik sungguh aksi itu hingga tak perasan atok beruban , berspek dan berjanggut putih leka memerhati kami.. Nak sikit ke atok Kennel?

************


Dua jam yang terasa lama tu memang lama. Namun, kami isi waktu itu dengan sesi menelaah kereta-kereta yang asyik lalu lalang sambil diselitkan dengan aktiviti gosip menggosip.. Makcik aku dari tadi cuba meyakinkan kami kereta yang lalu itu ialah Kereta Hyundai Elantra yang kakak mereka mahukan.. Masakan kami mahu percaya... 


 " Ha, tu kan kereta yang Ina nak tu? ye la kok (akak) ingat dia tunjuk aritu!" sambil dengan megah menunjukkan ke arah kereta Proton Wira silver yang memecut laju dihadapan kami.. Apakah?

*************

Kelibat gadis berkurung hijau yang dinantikan itu tiba-tiba muncul.. Uh patutlah lama temuduga...rupanya kerja yang terus dapat..dua jam tu termasuk sesi tunjuk ajar..ok,tahniah! Sebelum pulang, kami sempat menjalankan aktiviti wajib, singgah menyinggah.. Konon-konon mahu membeli barang. Ok dalam wallet ada beberapa keping kertas merah je.. Harap-harap sehelai cukup untuk melayan nafsu aku..

Sambil berlari-lari anak, aku yang bagaikan dirasuk aura Mak Jemah bergegas ke arah bahagian alatan dapur kedai itu.

"Wah, kelabu mata mak!! Situ periuk, Sini loyang acuan kek!! Eh , ada dulang cantik!! Arghhh...." Aku seakan histeria, konon-konon bajet chef la.. padahal baru je berjinak-jinak dapat tempahan kek ,dah berfantasi...Ok, bukan fantasi tapi bervisi..

Langkah aku diteruskan ke bahagian permainan. Alngkah indahnya kalau malam-malamku dipeluk Barbie..eh?  Aku capai satu mainan sebagai hadiah untuk besday anak jiranku esok. Rasanya dah cukup, satu hadiah dan satu kek yang aku buat khas untuknya.. Syukur! Misi selesai!.



Sambil melayan perasaan, Aku ternampak seorang budak lelaki lengkap berpakaian baju melayu merah hati. Masih dalam mood raya barangkali.. aku sempat bercanda dengannya dengan berkata..
" Dik, belilah  mainan tu.. Nah yang murah pun ada, dua ringgit je.hihhii. beli beli beli, Mai beli mainan, yang sedang-sedang saja, yang penting, ianya murah!" Aku alunkan lirik itu ikut melodi iklan vokal bukan sekadar rupa- mai beli otak-otak.. 

Tanpa balasan , budak itu terus meng"ignore"kan aku.. erh!! aku pun memblahkan diri dan menunggu makcik-makcik ku di kauter bayaran...

" Ni satu berapa?"kata seorang budak sambil menunjukkan mainan broza (jengkaut)
 eh? budak tadi la..
"RM4.90" jawab apek kedai yang muka bukan ala-ala PSY Gangnam 

Sambil belek duit..budak tadi pergi ke tempat mainan semula..  Aku ikut! Lagak macam paparazzi.. Dia tenung mainan yang lain..  Meletakkan broza kuning tadi.

"Adik ada brapa duit?" Tanya aku ala-ala seorang Perompak!
"Ni, 3 ringgit, ada lagi syiling singgit dalam poket.." Uh, aku tiba-tiba tegoda oleh aura simpatinya..
"Ambik ni dua hinggit..Pegi bayar! Amik broza tadi!" 




Drama sebabak dengan adik kecil tadi aku ceritakan kepada maksu ku.. bukan niat nk meriakkan diri (sambil cuba menguncupkan lubang hidungku yang mula berkembang ke saiz double XL). Tapi sekadar untuk berkongsi cerita.

"Awok (kamu) bagi dia duit la tadi ea?"
" Aah, Sian plak..huhuhu"

"Eh, tu kan dia?"

Mata kami berdua terpaku ke satu susuk manusia yang sedang asyik bermain broza.. Budak lelaki tadi yang duduk atas lantai luar kedai di lot hujung tu leka bermain..lagak macam seorang kontraktor sedang mengaut tanah..

"Suka sangat dia main,huhuhuu.. Emi, dia sorang je ke? Mak dia mana?"

Persoalan maksu tu tiba-tiba membuatkan otak aku berfikir ligat.. Aah la, tadi kat kedai memang nampak dia seorang diri je..Ahhh mungkin mak dia atau ayah dia ke kedai lain. aku cuba berfikir positif!.

 Enjin Kereta dihidupkan, tapi mata aku tetap setia melihat gelagat si budak itu.. Tiba-tiba dia berlalu pergi berjalan seorang diri sambil membawa broza kuning itu disebelah tangannya. Langkahnya diteruskan tanpa teman.. Aku tiba-tiba sayu.. Gelandangan kah dia???

Aku harap telahan aku salah.. " Semoga Kau menjadi kontraktor yang berjaya.." hanya ungkapan itu aku mampu doakan andai benar kamu keseorangan.....

p/s: Bersyukur sebab masih ada lagi family yang menyinari hidup ini....

Thursday, September 6, 2012

Tahniah, kerjaya baru awak senang je.. terjah menerjah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

*Bukan sekadar gambar hiasan.

Setelah bersusah payah mengisi borang kerja hari tu.. akhirnya berjaya jugak mengepos borang itu  dengan kapasiti setem 10sen lima belas keping yang ditampal dengan susunan bentuk love..eh? sweet kan...alamak lupa nak suruh korang semak..leh tengok borang tu kat SINI. :)

Tadi pagi , inbox email tetiba penuh.. satu persatu  aku belek tajuk email dari atas sampailah bawah... 

"Respon permohonan menternak tapir untuk bekalan susu  ".. uh yang ni nanti la bukak.. aku scroll lagi ke bawah... 

" Laling, kita dah dapat anak baru!!! Comel, macam maknya, Si Comot!" ah, kucing je pun, later!! 

Skroll lagi, ternampak satu iklan mencuit cecelah hempedu sipi-sipi nak terkena pankreas... " Contest Jom Rebut Peluang Mandi Bersama Neelopa Punya Itik! Citt aku baru excited nak klik, baca betol-betol rupanya itik je, Cancel... 

Tiba-tiba mata aku terperosok kat satu tajuk email ni... " Permohonan kerja anda berjaya!"

Dengan sepantas kura-kura aku mengelik tajuk email tu..(* kura-kura ni pantas ke ?) Teruja nak membacanya sampaikan aku tersedak serbuk biskut yg aku sedut perlahan-lahan tadi..biasala penganggur, bab makan kena la berjimat... makan pun serbuk biskut je..:( Dengan penuh hati-hati umpama menantang minyak yang penuh... (kenapa mesti minyak je yang ditatang..aku nak tukar leh?) Dengan berhati-hati umpama menatang air nescafe yang penuh, aku pun membaca satu persatu dengan kuat isi intipati email itu sambil mengikut rentak lagu Gangnam Style... 

"Tahniah, anda berjaya menjadi sebahagian daripada geng cambest kami, Tak perlu bersusah payah, tak perlu kira bulu hidung kambing Zul De alexis, Tak perlu nak menggerudi inul depan Mas Idayu, apatah lagi nak mejuihkan bibir agar mirip Exora Ecah (sepupu Izara Aishah), tak perlu semua tu.. anda hanya perlu lakukan aktiviti terjah menerjah!! Nah, tugas pertama anda bersama rakan sekerja yang kacak ibarat Aaron Ajis dan si cantik manis persis Salina Gomen. Tugasan: Menerjah gosip skandal Korn El. Jr dengan Neelopa walaupun dah berkasih-kasihan dengan Gadis rama-rama..."

Uh!. Ini rupanya kerja aku.. Ah,dah toksah memilih sangat.aku rembat je la.. terjah pun terjah la labu oi... Dah,aku nak pi salun ni..Nak wat rambut ketak-ketak macam Abg Nas Melodi... Amik feel la katakan..Zasss.. Terjah sama dia!!!

P/s: entry ini sempena  Segmen : " Hanif Idrus Segmen Menerjah" .jom join..sila klik banner kt atas tu atau klik link kat bawah ni...


Tuesday, September 4, 2012

Berdebar... Sedang Isi Borang Kawen..eh silap! Borang Carik Kerja...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

"Jangan ku dipandag hina,kerna aku sorang bapak ayam...lalalal..Eh?"... aku salah lirik.. Mohon dengar semula kawan2...

"Jangan ku dipandang hina, kerna aku sorang penganggur... ooohooo nasibku..aku..penganggur!!"

Jadah! Lagu ni aku asyik ulang tayang. Lagak macam Astro gamaknya... Tapi apa aku pedulik, tu lagu tema aku... Sang penganggur.. atau istilah sedap Kawan-kawan----> tanam anggur! Ok fine..kalaulah... anggur mahal okeyh... kaya aku.!

*************** 

aku masih setia menatap majalah BETINA itu (maaf, nama majalah agak keras tapi dalamnya ada info sangat berguna..) Ok..Iklan kerja tu menggoda aku...
" Sertai kami.. Hanya isi borang ini dan dijamin anda akan dipanggil bekerja dengan kami..  hasil lumayan, tak perlu pengalaman, cukup ada susuk menawan..."

eerh,..macam iklan nk jual body je.. arh peribliskan semua tu..Aku nak kerja.!!. 
Mulalah sesi belek membelek borang... uh.. soalan mencabar... satu-satu aku belek dan isi... semangaT!!

Soalan 1: 
 ini soalan: Nama penuh awak.. 
Ini pemahaman aku: Masa ngko lahir .mak ko bagi nama apa kt ngko?
Jawapan: nah surat beranak aku * sambil gunting part nama je pastu amik dua butir nasi kasi tepek kat borang .. harap-harap pihak tuan dapat la baca nama saya--> Abdul Junior Bin Abdul.. ~senyum bangga..
eh,korang ingat tak feymes ke nama aku ni.. nah tengok.. siap ada lagu lagi...


Soalan 2: 
ini soalan: Umur awak...
ini pemahaman aku: brapa banyak taun ko dh hidup? atau lebih sopan, berapa bangka kah ngko?
Jawapan: Kasi trill sikit..mintak tuan tolong guna kalkutator dan kira.. * sambil gunting part tarikh lahir dr surat branak..ciss kena lagi main nasi..erh.. hmm muda lagi aku rupanya.. doblas taun (tq sempoa,penat aku kira)

Soalan 3: 
ini soalan: orang mana
ini pemahaman aku: erm.. maksudnya ni datang dari planet mana la kot...
jawapan: eh aku orang ke? tapi sah-sah bukan orang utan.. ok aku jujur..aku dulu asal planet Nameck,tapi sejak planet tu diguna untuk citer Dragon Ballz ada tujuh biji semuanya..terpaksa la berpindah dan menetap di Pahang... ala kampung lelaman Dato Siti tu..:)

Soalan 4:
ini soalan: Perangai pelik awak yang orang tak tahu..
ini pemahaman aku: Jadah benda bengong yang aku wat tapi orang taktau.. ala macam merisik neelopa tapi ditolak tu..eh?
jawapan: takda la pelik mana, tapi aku suka mandi.. eh? hahah ok2..aku serius.. aku sebenarnya suka guling-guling, pastu bangun lompat-lompat,kemudian lari setempat,seterusnya jalan kawad, next bla..bla..bla.. pastu, bbla...akhirnya tido..ok memang tak peli..next question!

Soalan 5:
ini soalan: blogger kesukaan awak
ini pemahaman aku: suka camne ek? suka untuk dikawen kan ke? belasah je la
jawapan: ni ha ,aku suka dengan minah ni, comel... mohon masuk minang aku segera.. DILLA namanya.. harap-harap dapat la kami kahwen nanti diandam MAK ANDAM ni sambil dinikahkan TOK KADI ini, Lembu disembelih PAKCIK ni, dimasak CHEF ni. pastu di nyanyikan lagu oleh ARTIS ni sambil-sambil dijoget oleh PENARI TANGGO sorang ni.. eh? tema garden tau wedding kami..Garden sawit mungkin..aku kan duk Felda.haha

Soalan 6:
Ini soalan: Kenangan yang tak dapat dilupakan time kecik-kecik
Pemahaman aku: eh ?apsal palk tanya pasal time kecik-kecik? keja jaga budak ke hapa?
JAwapan: Kenangan nya ialah aku tetiba jadi fanatik fan Ziana Zain..Sekian..Mohon jangan tanya kenapa..hahah

Soalan 7:
ini soalan: Bila start blogging
pemahaman aku: tarikh mula-mula tangan aku gatal nak taip-taip entry bagai
Jawapan: BAru semalam..au newbie..mohon tunjuk ajar..hahaha  keletuk!!! adess ok..mohon hentikan lukukan itu.. ekceli start taun 2009 kalo tak silap..mohon cek entry first aku,hahha

Soalan 8:
ini soalan: citer sikit pasal blog awak
ini pemaham aku: sinopsis blog la kot
jawapan: Blog aku tak BEST...janagn baca. ahhah
eh2..korang tak baca btol-btol? smpai ati..isk isk... Blog aku ni just biasa-biasa je..sekadar mencoret apa yang terlintas di minda..eh puitits.hahah

Soalan 9:
ini soalan: Tujuan buat blog
ini pemahaman aku: Jadah pe ko ngada nak berblogging ni?
Jawapan: Aku wat blog sebab nak carik jodoh..mohon buat aku jadi calon menantu..eh? ahahah macam aku cakap tadi..sekadar berkongsi apa yang terlintas di kentut..eh?

Soalan 10:
ini soalan : Komen sikit pasal blog Rien
Ini pemahaman aku: Rien ni ke majikan aku nanti? mesti cantik..mohon buat aku jadi suami.hahah
Jawapan: Singgah blog rien macam singgah KLCC eh? haha ok2 gurau..:P Blog Rien cute mute.. DODOL tu yang penting..canteek..mohon wat kan dodol untuk zaxx.heheh

Okeyh.. dah selesai.. nanti malam tepat jam 11.59 aku hantar kat pejabat pos..mohon pak gad ada..eh? agak-agak kerja apa la tu kan.. Harap-harap lumayan la..nak kumpul duit nak beli anak orang..eh silap..nak nikah anak orang..hikhihhik.. aku tertawa sambil menyelak helaian majalah itu seterusnya..eh? Inikah RIEN? Bakal Majikan aku? COmel... sambil jampi borang kerja yang diisi tadi, moga-moga dapatla aku kerja tersebut.. Sekian.



P/s: Ini segmen mari berkenalan dari blogger RIEN.. Jom join..ramaikan kenalan, mana tau lekat sorang dua jadi teman hidup,..eh? hahah tekan je Banner tu ye..Adios...:)