berorganisasi memang bukan perkara yang mudah.. benar... suatu komitmen yang jitu sangat diperlukan dan kerjasama dari setiap ahli amatlah dititikberatkan bagi menjamin kejayaan sesuatu pelaksanaan....
bagi aku sendiri utuhnya sebuah organisasi itu pertama terletak kepada pucuk pimpinannya kerana merekalah yang memandu arah dan hala tuju sesebuah organisasi itu... segala keputusan dan pendekatan didokong oleh apa yang di fikirkan betul oleh pemimpin tersebut.
seterusnya, peranan ahli juga memberi impak terhadap sesebuah organisasi. ahli yang dapat bekerjasama dengan baik bersama pemimpinnya tanpa niat menjatuhkan pemimpin mereka dapat menjamin kemntapan organisasi. menjatuhkan di sini bermaksud dengan niat sengaja mahu menyebabkan pemimpin itu tidak diterima orang ramai terutama ahli yang lain bukan disebabakna oleh prestasi buruk pemimpin itu, tetapi atas dasar peribai mahu menangguk di air keruh seperti mahu dipilih sebagai pemimpin seterusnya.
apa yang aku perkatakan ini bukanlah merujuk kepada isu pemimpin global kerana ilmu didada ini tidak ckup untuk aku memerpekatakn mengenainya, tapi ini lebih berfokus kepada kumpulan organisasi kecil seperti kumpulan gerak kerja tugasan mahupun pengendalian majlis...
Friday, October 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 si kacak dan si cantik berkata-kata...:
Post a Comment