Pages

Showing posts with label maria ozawa. Show all posts
Showing posts with label maria ozawa. Show all posts

Saturday, April 13, 2013

Lepas Ketua Tingkatan Dibelasah, Kini Pelajar Perempuan Pulak Bergaduh Ala-ala Ninja Terbang?

Assalamualaikum ...

Pernah tengok ninja perempuan terbang? Tak pernah? Bagus!! Nah, aku bagi tengok! Aku tak tau la ni video baru or dah lama. Aku dapat dari SINI. Tapi sebelum tu, jangan la mengharap ninja tu cun melecun macam Maria Ozawa ..:P




OK. Tuan-tuan dan Puan-puan, inilah sindrom anak muda a.k.a pelajar sekolah zaman sekarang...  "Lu langsir, Wa gantung lu kat Tingkap! " Eh, silap. Maksud aku.. "Lu langsi, Lu mati!!". Pantang silap sikit, maka berhamburanlah hikmat Rasengan Tujuh Petala Langit Biru Mawi AF, tak pun jurus Seksikan Kainmu di ABPH.. Ok aku ngarut.. Maksudnya, bila ada je salah sikit yang tak berkenan di hati,mulalah melenting. Bukan dengan mulut je. Nah kau, dengan kaki-kaki , tangan, siku, kepala lutut, tumit, buku lali dan macam-macam lagi la anggota badan yang boleh diguna. Nasib baik la pankreas dan ginjal tak boleh bawak keluar, kalau tak mau nya dibantai kawan tu dengan Hikmat Gabungan Ginjal Pakreas Menari Harlem Shake...

Wahai adik-adik sekalian..

Hari ni abang nak ulang kembali kata-kata abang pada entry lepas kat SINI

" Take a few seconds for a thinking session to avoid a forever regret"

Memang la bila baca ayat di atas, some will say..eleh poyo je.. Tapi bila direnung, beberapa saat inilah yang boleh jadi penyelamat anda untuk mengelak dari melakukan kesilapan yang boleh mengakibatkan impak negatif pada masa depan anda. Fikir sebelum bertindak, baru tingkah tak terlajak.

Aku tak taulah punca pergaduhan student dalam video tu.. Jadi banyak la tafsiran boleh dibuat bagi aku yang menonton. Mungkinkah masing-masing berebut tandas sebab kebetulan terasa nak cirit bersama? Atau mereka tak merestui hubungan cinta hamster perliharaan mereka gara-gara tak sanggup menjadi besan? Semuanya masih menjadi misteri... Lagipun, aku tok pehe sangak ghapo dio hok diore kechek...( tak faham sangat apa yang diorang cakap)...

Tapi aku tertarik baca status sorang kawan yang share video ni. Sila baca sambil wat muzik latar macam ni..jeng jeng jeng...



OMG ( Oh Mukaku Gataldigigitnyamuk)!! Kalau betullah bergaduh sebabkan insan bernama JANTAN!! Kau memang kesian.. Aku tak kata salah untuk mencintai. Tapi adik-adik yang tersayang, berbaloikah kalian memperjuangkan kecintunan anda tu dengan cara sebegini? Alangkah elok dan molek kiranya anda simpan tenaga tu untuk berkhidmat kepada sekolah wat masuk acara lompat kijang ke, rentas desa ke. Kan ada gak pekdah. 

Walaupun bukanlah konfirm diorang bergaduh sebab pakwe,tapi nasihat aku la , tak perlu sampai macam tu sekali adik-adik ye.. Kalau betul la si dia tu mencintai kamu, takkan dia mencintai dua orang dalam satu masa,. Ke adik-adik yang tangkap lentok bertepuk sebelah tangan? Kalau ye, rentikanlah, sebab kat tempat abang ni ada satu kes berlaku, student perempuan bergaduh sebab rebut pakwe. Dah penat masing-masing bukak bunga silat, pulun sana , pulun sini, tapi bila ditanya kat si lelaki tu, terus dijawab... " Aku tak cinta pun dua-dua!! " Haaa, azab la korang berdua. Jantan tak dapat, tapi gantung sekolah yang menanti.. Apa lagi boleh buat? Nganga jela..

Mind speaking: Walaupun ada cara tulisan aku berbentuk humor atau mengarut, tapi dengan seriusnya aku nak tegaskan kepada adik-adik pelajar luar sana... Berfikirlah sejenak sebelum membuat apa-apa keputusan. 
Emosi+ Keputusan= kehancuran.  TETAPI,
Rasional+ Keputusan= keselamatan.

Aku cukup risau bila nak menghadapi dunia pendidik ni sebab aku sedar, pelajar dulu dengan peajar sekarang , banyak bezanya. Faktor zaman dan persekitaran barangkali. Terfikir jugak, dulu-dulu kalau gaduh macam mane la gayanya ye? Adakah gaduh guna OH SOM macam dalam video parody ni?




Monday, September 24, 2012

Nama Dia Maria Ozawa...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya update blog, saya suka update blog... hari-hari saya update blog..(ok ini tipu).. huhu
Ampun maaf sebab lama dah menyepikan diri yang sememangnya dikenali sebagai Teruna Sepi. Harap-harap nama glamer tu kekal yang depan je (teruna)..yang belakang tu mohon hilang (sepi)... Jom kawen..eh?..ok ngarut!

Berbalik kepada apam balik..eh? salah2..berbalik kepada perkara kita hari ni.. Maria Ozawa..bukan nama awek aku..apatah lagi nama bibik aku..ye la..aku mana la mampu nak upah bibik... upah driver ngan pengawal peribadi mampu la,haha.. hmm habis tu sapa sebenarnya Maria Ozawa ni? Ok.. sebelum aku berlipur lara lebih lanjut..elok kiranya aku wat peringatan kepada para pembaca..harap jangan digoogle search kan perkataan Maria Ozawa tu..AMARAN KERAS!!!...  sebab resultnya nanti aku tak nak jamin,,tak ditanggungjawabkan, apatah lagi bila safe search mode anda dalam mood OFF! 



ini bukan Maria Ozawa, harap maklum..:) (sumber google )

Ok2..ini bukan entry lucah..harap maklum.. Maria Ozawa atau Miyabi tu sebenarnya seorang pelakon lucah terkenal di Jepun (ni dapat dari google,mohon jangan syak aku pernah tengok,hahahah) Sebenarnya apa yang menarik aku nak cerita pasal si dia ni adalah tentang satu berita kat akhbar yang aku baru je terbaca tadi..kisahnya begini...* sambil awan-awan angan-angan keluar macam dalam citer kartun tu..:)

Sedang aku asyik leka,membelek helai-helai akhbar Harian Metro, tiba-tiba mata,telinga, bibir, kening, bulu mata, lubang hidung, taik gigi, daki..bla..bla..ok penat!!! semua anggotalah senang.. terpaku melihat tajuk berita "Belajar Kenali Maria Ozawa"... Terus aku baca tiap bait kata dalam tu.. (eh tadi kata tak kenal Maria Ozawa,tapi teruja lak nak baca,hahah)

" Dalam kata pengantarnya, penerbit berkata, buku berkenaan memuatkan gambar Miyabi untuk membantu pelajar mempelajari pola pemikiran baru membabitkan aspek pembelajaran kerjasama, aktif dan mandiri. Penerbit juga yakin buku latihan itu akan membolehkan pelajar berfikir kritik mencari sendiri maklumat sambil meningkatkan perkembangan minda" ( copy paste dari harian Metro...) klik SINI

Gambar Maria Ozawa diletakkan bersama dengan gambar hamster, harimau, dan aktor indonesia Dude Herlino.... Persoalannya.. apa kaitan Maria ozawa dengan pembelajaran kerjasama, aktif dan mandiri (pe ni eak?) ?? Ok. Adakah dengan guna gambar hot tu dapat menggalakkan kerjasama antara kawan untuk mencari maklumat tentang nya dan aktifkan diri mereka untuk membuka mata luas-luas?? serius aku rasa jawapannya TIDAK!!... Apatah lagi untuk merangsang minda..ehem..nanti bukan minda yang terangsang,,tapi menantang lain yang terangsang... harap faham,malas nak jelaskan menatang apakah yang terangsang itu..hikhikhik... anyway, cara meletakkan gambar tersebut ternyata tidak rasional,malah dapat menjebakkan pelajar dengan dunia porno.. Buku latihan tu pun telah ditarik balik serta merta.. heww..macam-macam dunia akhir zaman ni..:(
Bila bercakap pasal maria, aku teringat kisah aku masa jalani praktikal kat sebuah sekolah menengah tahun lepas.. semasa relief (kelas ganti) untuk student form 5, aku masuk kelas tu sebab cikgu yang mengajar cuti, so ayat biasa , 

 "Ok,cikgu kamu tak da,sila buat kerja masing-masing, jangan bising. Siapkan kerja sekolah kamu yang ada, basuh kain,kemas rumah, siram bunga, cuci jamban..(ok ni aku tambah!:p)..."

Tak sampai lima minit, aku dilanda kebosanan tahap 15 ratus.. ergh.. aku mana leh duk diam, so aku pun pegi la kat satu group dak laki yang landing baik bawah kipas belakang kelas.. diorang ajak duduk..aku pun join (actually aku ngah panas, nk duk bwah kipas!:P) sesambil tu diorang ajak main teka-teki...

"cikgu, sapekah pakwe baru neelopa?" aku selamba jawab " Zul akmen!!!" 
diorang tepuk tangan dan berkata "Pandainye cikgu!! dia hensem kan kan.." (Ok buat kali kenamblas aku tipu..:p)

ok sambung..diorang dah bagi macam-macam teka teki.. Siott la..tercabar aku bila ada teka teki aku tak dapat jawab, sambil diorang tertawakan cikgu kacak nie,hahah... ok turn aku lak,...

" Maria ada 5 orang adik beradik, Nana, Nunu , NoNo, Nini... siapakah lagi seorang nama dalam adik berradik tu????" soal aku penuh ketakburan.. jelas kelihatan bulu-bulu hidung yang baru direbonding tu akibat keluasan lobang hidung yang tiba-tiba berlaku...

Masing-masing tak dapat jawab, berkerut dahi dan segala benda yang boleh dikerut termasuklah perut... dan aku dengan bangganya memberi jawapannya yang sebenar... jap2..korang tau ker jawapannya?? heheh


ok jawapannya ialah Maria la..kan 5 orang adik beradik,dah sebut 4 orang so balancenya maria la,hahah ..ketawa aku sambil mengambil posisi ala mengejek mereka.. tetiba sorang tu lantas bersuara..

"maria pe? maria ozawa ek cikgu?? " sambil tertawa dan disambut hilai histeria kawan yang lain..

Aku berlagak innocent... " Sape tu Maria Ozawa??" tersebut kuat sampai budak perempuan yang kusyuk wat keja kat depan menoleh sambil senyum... hahah

"ala cikgu. takkan tak tau.. nak saya tunjuk ke sape dia?? hahahah"

" tak tau la saya..sape tu???"
"Nanti kami tunjuk ye...haha"
  Ntah macam mana terlepas kata-kata ini


" eleh..mcam la cikgu tak tau sapa dia.... terkenal kot! " 
" haaaaaaa kantoi!!! cikgu tengok!! nakkkk!!!"
"eh tak la...ckgu pernah dengar je orang citer!!"

Malu aku..sejak tu, tiap kali jumpa group diorang..meesti diorang tegur...
" assalamualaikum cikgu!!" sambil ada ayat penyambungnya....

"barang baik ada? ahhaha "


citt ..damn! 

tengok..student pun tau pe tu maria ozawa..tu belum didedahkan pada buku latihan..ni bila dah kat buku latihan pun diletakkan gambar dia, student kenal,kita nak salahkan sape???

Mohon ampun..harap aku bertaubat..hewwwwwwww....

p/S:  cerita ini sekadar perkongsian..harap tidak salah faham bahawa zaxx meggalakkan pornografi or sebagainya.. manusia tidak terlepas dari kesilapan..harap zaxx insaf..:)