Assalamualaikum ...
Pernah tengok ninja perempuan terbang? Tak pernah? Bagus!! Nah, aku bagi tengok! Aku tak tau la ni video baru or dah lama. Aku dapat dari SINI. Tapi sebelum tu, jangan la mengharap ninja tu cun melecun macam Maria Ozawa ..:P
OK. Tuan-tuan dan Puan-puan, inilah sindrom anak muda a.k.a pelajar sekolah zaman sekarang... "Lu langsir, Wa gantung lu kat Tingkap! " Eh, silap. Maksud aku.. "Lu langsi, Lu mati!!". Pantang silap sikit, maka berhamburanlah hikmat Rasengan Tujuh Petala Langit Biru Mawi AF, tak pun jurus Seksikan Kainmu di ABPH.. Ok aku ngarut.. Maksudnya, bila ada je salah sikit yang tak berkenan di hati,mulalah melenting. Bukan dengan mulut je. Nah kau, dengan kaki-kaki , tangan, siku, kepala lutut, tumit, buku lali dan macam-macam lagi la anggota badan yang boleh diguna. Nasib baik la pankreas dan ginjal tak boleh bawak keluar, kalau tak mau nya dibantai kawan tu dengan Hikmat Gabungan Ginjal Pakreas Menari Harlem Shake...
Wahai adik-adik sekalian..
Hari ni abang nak ulang kembali kata-kata abang pada entry lepas kat SINI
" Take a few seconds for a thinking session to avoid a forever regret"
" Take a few seconds for a thinking session to avoid a forever regret"
Memang la bila baca ayat di atas, some will say..eleh poyo je.. Tapi bila direnung, beberapa saat inilah yang boleh jadi penyelamat anda untuk mengelak dari melakukan kesilapan yang boleh mengakibatkan impak negatif pada masa depan anda. Fikir sebelum bertindak, baru tingkah tak terlajak.
Aku tak taulah punca pergaduhan student dalam video tu.. Jadi banyak la tafsiran boleh dibuat bagi aku yang menonton. Mungkinkah masing-masing berebut tandas sebab kebetulan terasa nak cirit bersama? Atau mereka tak merestui hubungan cinta hamster perliharaan mereka gara-gara tak sanggup menjadi besan? Semuanya masih menjadi misteri... Lagipun, aku tok pehe sangak ghapo dio hok diore kechek...( tak faham sangat apa yang diorang cakap)...
Tapi aku tertarik baca status sorang kawan yang share video ni. Sila baca sambil wat muzik latar macam ni..jeng jeng jeng...
OMG ( Oh Mukaku Gataldigigitnyamuk)!! Kalau betullah bergaduh sebabkan insan bernama JANTAN!! Kau memang kesian.. Aku tak kata salah untuk mencintai. Tapi adik-adik yang tersayang, berbaloikah kalian memperjuangkan kecintunan anda tu dengan cara sebegini? Alangkah elok dan molek kiranya anda simpan tenaga tu untuk berkhidmat kepada sekolah wat masuk acara lompat kijang ke, rentas desa ke. Kan ada gak pekdah.
Walaupun bukanlah konfirm diorang bergaduh sebab pakwe,tapi nasihat aku la , tak perlu sampai macam tu sekali adik-adik ye.. Kalau betul la si dia tu mencintai kamu, takkan dia mencintai dua orang dalam satu masa,. Ke adik-adik yang tangkap lentok bertepuk sebelah tangan? Kalau ye, rentikanlah, sebab kat tempat abang ni ada satu kes berlaku, student perempuan bergaduh sebab rebut pakwe. Dah penat masing-masing bukak bunga silat, pulun sana , pulun sini, tapi bila ditanya kat si lelaki tu, terus dijawab... " Aku tak cinta pun dua-dua!! " Haaa, azab la korang berdua. Jantan tak dapat, tapi gantung sekolah yang menanti.. Apa lagi boleh buat? Nganga jela..
Mind speaking: Walaupun ada cara tulisan aku berbentuk humor atau mengarut, tapi dengan seriusnya aku nak tegaskan kepada adik-adik pelajar luar sana... Berfikirlah sejenak sebelum membuat apa-apa keputusan.
Emosi+ Keputusan= kehancuran. TETAPI,
Rasional+ Keputusan= keselamatan.
Aku cukup risau bila nak menghadapi dunia pendidik ni sebab aku sedar, pelajar dulu dengan peajar sekarang , banyak bezanya. Faktor zaman dan persekitaran barangkali. Terfikir jugak, dulu-dulu kalau gaduh macam mane la gayanya ye? Adakah gaduh guna OH SOM macam dalam video parody ni?
