Pages

Showing posts with label barbie. Show all posts
Showing posts with label barbie. Show all posts

Friday, February 14, 2014

Kisah Seram Pulau Misteri.... (Pari pari Putih)

Assalamualaikum...

Ini kisah seram..
Ini rumah hantu..
Lama tak berpenghuni...
Berbulan-bulan ditinggalkan...
Tapi ini bukan Villa Nabila..
Ini Villa Zaxx In da House yang dah jadi haunted.. 


KISAH SERAM PULAU MISTERI..

Banjoo bukan nama sebenar. Budak lelaki yang nakal, degil, terejal tapi tetap suka main Barbie. Dia tak heran orang nak kutuk atau hina. Sebab bagi Banjoo, PINK itu menawan.. Tengok, cerita pasal Banjoo pun dah seram..ngee..

Banjoo suka merayau.. Katanya nak timba pengalaman.. Luas perjalanan, luas pemandangan gamaknya.. Tapi yang penting, luas segi empat sama tetap panjang darab lebar.. Eh? Ada kena mengenakah?

Satu hari, Banjoo dengan yakin pergi melakukan rutin hariannya, merayau tanpa batasan. Kali ini pada hematnya biarlah jauh sedikit.. Makin mencabar katanya. Puas ke hutan dia terjah, Banjoo serbu pula LEGOLAND. Oleh sebab kurang mampu tatkala bonus gaji cuci longkang tempoh hari belum diterima, dia hanya berjaya mengerling dari jauh saja bangunan lego yang baginya indah permai itu.

Hampa rasa, Banjoo terus berlari-lari anak Awan Nano, mencari Destinasi Cinta eh, destinasi yang lain..Tiba-tiba... "Tiba-tiba, langkahku terhenti... sejuta...".. eh itu lirik lagu kamelia.. silap-silap.. Ok semula.. 

Tiba-tiba, Banjoo terjatuh ke dalam satu lubang yang dalam..sangat dalam.. berukuran 5 jari kelingking jika tidak silap. Banjoo pengsan, tidak sedarkan diri .. eh ada ke pengsan tapi sedar diri.. kan.. Sebangunnya Banjoo, dia dapati dia berada di sebuah pulau yang luas.. 

Hairan dan bingung.. Banjoo menangis sambil menyairkan lagu Bahagiamu Deritaku.  
Sehari berlalu, sebulan, setahun, dan bermacam-macam se lagi la... Banjoo terperangkap di atas pulau itu.. Bosan bosan bosan... Banjoo sudah bosan.. bo bo bo bosan.. lagu Stacy itu selalu dialunkan.. 

Suatu hari keajaiban berlaku.. Banjoo terjumpa satu blog bernama Pari-pari Putih semasa Banjoo melayari internet menggunakan handphone jenama Coconut Shake berpencawangkan pokok kelapa.. Line tak clear sangat tapi boleh la nak godek-godek facebook, nak berselfie post kat instagram.. Ok la dari takde kan kan... 

Dek kerana terlampau asyik membaca blog tersebut, Banjoo lupa yang dia masih tinggal di pulau itu sengsorang... Tak kawen la ko Banjooo... Dan akhirnya.. Banjoo live happily ever after dengan blog yang awesome itu.. Sekian...
Eh, tang mana yang seramnye???
Ermmm... ntah.. part Banjoo main barbie kot..TEHHEEE...:P

p/s: Entry ini sebagai support blogger kesayangan aku, my virtual mama,heheh.. kak PPP.. Sory citer di atas agak mengarut..sebab memang dah niat nak mengarut je,hahah Kak..macam biasa , wa suka cacamarbakan GA,so wa letak banner after citer wa k..tajuk entry pun wa kasi tukar..jangan mara..:P hihi

Pada sesiapa yang nak join, cepat-cepat..ada sehari lagi... Zaxx pun terlewat join coz agak bizi.. jom pakat join laju-laju..:) Tekan ja banner ni..

http://www.paripariputih.com/2014/01/ga-pertama-2014-paripariputih.html

Maaf..tulisan wa macam kanak-kanak..hihikhk


Tuesday, September 11, 2012

Semoga Kau Jadi Kontraktor Berjaya...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sesi temuduga yang diberitahu mengambil masa selama 2 jam itu memungkinkan kami membuat plan baru! Uh, dua jam tu lama, dah macam temuduga sang calon dengan bakal mak mentua je. Ye la , soalan pelbagai kan.. Nak serah anak sendiri mestila soal siasat beria..:)

Harap ini bakal menantu mak aku..:P


" Kau pandai lipat kain tak? Kalau tak pandai, biar mak lipatkan kau"

" Kau pandai masak? Isteri mesti kena pandai masak, baru suami merasa air tangan isteri! Jangan kau bagi air basuh tangan kau sudah!! Tu bukan air tangan! Tu stok nak kena makan tangan!"

" Kau dah sunat ke? Tak sunat camne nak jadi suami orang! Meh mak sunatkan..eh lari plak dia ni!!"

"Sila baca doa qunut!!"

Ok. Dah macam siri bank soalan mertua kepada bakal menantu lak. Soalan last tu mesti ramai calon suami berdebar..eh? hahah
 Biarkan Mak mertua melayan menantunya,kita teruskan dengan cerita kita tadi....


Sambil menunggu sesi temuduga maksu selesai, kami bertiga merelakan mulut kami dinodai ayam-ayam hot &spicy itu.. hmm sedap, sebab lapar.. Kami melayan kerenah ayam-ayam itu yang bergelumang dalam mulut masing-masing sambil digeletek gigi -gigi kami.. Nikmat rasa nya. Asyik sungguh aksi itu hingga tak perasan atok beruban , berspek dan berjanggut putih leka memerhati kami.. Nak sikit ke atok Kennel?

************


Dua jam yang terasa lama tu memang lama. Namun, kami isi waktu itu dengan sesi menelaah kereta-kereta yang asyik lalu lalang sambil diselitkan dengan aktiviti gosip menggosip.. Makcik aku dari tadi cuba meyakinkan kami kereta yang lalu itu ialah Kereta Hyundai Elantra yang kakak mereka mahukan.. Masakan kami mahu percaya... 


 " Ha, tu kan kereta yang Ina nak tu? ye la kok (akak) ingat dia tunjuk aritu!" sambil dengan megah menunjukkan ke arah kereta Proton Wira silver yang memecut laju dihadapan kami.. Apakah?

*************

Kelibat gadis berkurung hijau yang dinantikan itu tiba-tiba muncul.. Uh patutlah lama temuduga...rupanya kerja yang terus dapat..dua jam tu termasuk sesi tunjuk ajar..ok,tahniah! Sebelum pulang, kami sempat menjalankan aktiviti wajib, singgah menyinggah.. Konon-konon mahu membeli barang. Ok dalam wallet ada beberapa keping kertas merah je.. Harap-harap sehelai cukup untuk melayan nafsu aku..

Sambil berlari-lari anak, aku yang bagaikan dirasuk aura Mak Jemah bergegas ke arah bahagian alatan dapur kedai itu.

"Wah, kelabu mata mak!! Situ periuk, Sini loyang acuan kek!! Eh , ada dulang cantik!! Arghhh...." Aku seakan histeria, konon-konon bajet chef la.. padahal baru je berjinak-jinak dapat tempahan kek ,dah berfantasi...Ok, bukan fantasi tapi bervisi..

Langkah aku diteruskan ke bahagian permainan. Alngkah indahnya kalau malam-malamku dipeluk Barbie..eh?  Aku capai satu mainan sebagai hadiah untuk besday anak jiranku esok. Rasanya dah cukup, satu hadiah dan satu kek yang aku buat khas untuknya.. Syukur! Misi selesai!.



Sambil melayan perasaan, Aku ternampak seorang budak lelaki lengkap berpakaian baju melayu merah hati. Masih dalam mood raya barangkali.. aku sempat bercanda dengannya dengan berkata..
" Dik, belilah  mainan tu.. Nah yang murah pun ada, dua ringgit je.hihhii. beli beli beli, Mai beli mainan, yang sedang-sedang saja, yang penting, ianya murah!" Aku alunkan lirik itu ikut melodi iklan vokal bukan sekadar rupa- mai beli otak-otak.. 

Tanpa balasan , budak itu terus meng"ignore"kan aku.. erh!! aku pun memblahkan diri dan menunggu makcik-makcik ku di kauter bayaran...

" Ni satu berapa?"kata seorang budak sambil menunjukkan mainan broza (jengkaut)
 eh? budak tadi la..
"RM4.90" jawab apek kedai yang muka bukan ala-ala PSY Gangnam 

Sambil belek duit..budak tadi pergi ke tempat mainan semula..  Aku ikut! Lagak macam paparazzi.. Dia tenung mainan yang lain..  Meletakkan broza kuning tadi.

"Adik ada brapa duit?" Tanya aku ala-ala seorang Perompak!
"Ni, 3 ringgit, ada lagi syiling singgit dalam poket.." Uh, aku tiba-tiba tegoda oleh aura simpatinya..
"Ambik ni dua hinggit..Pegi bayar! Amik broza tadi!" 




Drama sebabak dengan adik kecil tadi aku ceritakan kepada maksu ku.. bukan niat nk meriakkan diri (sambil cuba menguncupkan lubang hidungku yang mula berkembang ke saiz double XL). Tapi sekadar untuk berkongsi cerita.

"Awok (kamu) bagi dia duit la tadi ea?"
" Aah, Sian plak..huhuhu"

"Eh, tu kan dia?"

Mata kami berdua terpaku ke satu susuk manusia yang sedang asyik bermain broza.. Budak lelaki tadi yang duduk atas lantai luar kedai di lot hujung tu leka bermain..lagak macam seorang kontraktor sedang mengaut tanah..

"Suka sangat dia main,huhuhuu.. Emi, dia sorang je ke? Mak dia mana?"

Persoalan maksu tu tiba-tiba membuatkan otak aku berfikir ligat.. Aah la, tadi kat kedai memang nampak dia seorang diri je..Ahhh mungkin mak dia atau ayah dia ke kedai lain. aku cuba berfikir positif!.

 Enjin Kereta dihidupkan, tapi mata aku tetap setia melihat gelagat si budak itu.. Tiba-tiba dia berlalu pergi berjalan seorang diri sambil membawa broza kuning itu disebelah tangannya. Langkahnya diteruskan tanpa teman.. Aku tiba-tiba sayu.. Gelandangan kah dia???

Aku harap telahan aku salah.. " Semoga Kau menjadi kontraktor yang berjaya.." hanya ungkapan itu aku mampu doakan andai benar kamu keseorangan.....

p/s: Bersyukur sebab masih ada lagi family yang menyinari hidup ini....