Pages

Showing posts with label mak jemah. Show all posts
Showing posts with label mak jemah. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

Pandai Adobe Photoshop? Yes!! Anda boleh jadi Mak Andam..

Assalamualaikum dan Salam Peluk Cium Muahhhhhh mUahhhhh...

"Muka ngko ni tak banyak jerawat ha..tak payah la Mak Jemah tacap beria.. mak jemah tonyoh sikit-sikit  je la... nah tepung ubi..Kasi putih itu muka..."

"Nak mata galak?? ngko letak la eyecadow bling-bling .. kan cantik tu ha.. xpun, meh Mak Jemah wayering nak tambah spotlight kasi lagi bling..."

"Apa? Pipi pun ngko nak tacap lelebih? oo nak nampak tulang pipi katanya...Jap mak jemah toreh guna pisau yer..Ha.... kan dah nampak tulangnya tu.. awrrr!! putih gitew!!"

Wah, puas aku melakonkan watak Mak Jemah Si Makeup Artis depan cermin ni..Kelasssssss ko Jemah!! Agak-agaknya vouge tak aku jadi mak andam..(Mohon pengsan..:P)

abes dah sesi lakonan mak jemah,jom pegi sesi celoteh plak...Adobe Photoshop dan Solekan Mak Andam memang ada persamaan.. Kenapa? Sebab diorang adik beradik..eh? Haha itu tipu.. 

Kedua-dua nya memerlukan skill, teknik, kreativiti dan layer! eh? Layer? aah..  Menatang apa tu? Biskut raya ke? Tak..layer tu adalah lapisan, dan lapisan ni la yang penting bagi gambar diedit nmpak cantik dan solekan yang dibuat nampak smooth..  Aku baru la perasan peranan layer ni sepanjang menjadi bodyguard a.k.a peneman sepupu aku , seorang mak andam yang sedang memboyot perut.. bukan sebab kekenyangan makan sate tapir doploh cucuk, tapi sebab ada makhluk dalam perut tu..hikhik bakal anak sepupu aku la tu..Eh, kalau anak kepada sepupu kita panggil dia apa ek? (konfius jaP!) MUngkinkah dupupu? dwipupu? kupu-kupu? or Penyapu? eh??

Nah , korang tengok tah brape lapis tah satu muka tu ditonyoh ngan alat mekap... pernah aku tanya, biasa brapa lapis kalo solek-solek pengantin ni? dia jawab kadang-kadang sampai 6 lapis kalau kes muka yang ada artifak,huhuhu.. mak kaw, dah macam kuih lapis dah lapisan-lapisan dia...hahah.. ok, untuk kejelasan anda semua, ni zaxx ada paparkan sikit gambor yang digoogle, credit to blog CAHAYAMATACOLLECTION untuk gambar-gambar ni.. (aku tak sempat snap gambor time sepupu aku tu menyolek orang)



  
Ni layer first kaler oren... kasi tutup bahagian keliling mata

Ni layer kaler hijau lak,kasi tutup cela.. bukan nak kasi muka warna toyol k..:P

Ni lak tah layer ke brapa tah,huhuuh tapi pas pakai compact powder n loose powder katanya (btol tak ea,aku tibai je,haha)

Ha kan dah cakap, banyaknya layer untuk solekan ni.. Ni sebanarnya yang aku nak kaitkan dengan Adobe Photoshop tu..layer oh layer..:)

PAstu, dah penat menoyoh, mesti la nak tengok hasilnya kan... puh kanan puh kiri puh tengah-tengah...uish..panjangnya jampi.. taraaaaa..nah , tengok la sendiri hasil tangan sepupu aku tu..:) leh gak tengok kat SITI BRIDALZ..:)











Dah banyak menaip ni aku makin keliru, pe sebenarnya intipati entry nie,hahah xpe layan je..:P Kerjaya mak andam pun rupanya ada gak citer-citer menariknya.. aku yang lagak ala-ala wartawan pun menemubual le sepupu aku tu.. Waktu dia tengah sarat menganduung,still dapat tempahan,coz yang menempah tu nak sangat disolek dia.. ikutkan memang time tu no more order... nak dijadikan cerita, dia ni plak asyik keluar masuk hospital je.. masalah tu la ,ni la.. so satu hari tu, perut wat hal, kebetulan pagi tu lak ada order makeup sanding. Tapi disebabkan kesiankan si pengantin,digagahkan gak sampai mintak hold kat ambulans dua jam, tunggu jap ea abg drebar..huhuhuu... siap solek je,,trus meluncur laju pegi hospital... 

kelass kaw jah kan..huhuh siap leh hold ambulans..:) Disebabkan entry ni dh lama tertunggak..so baby dalam kandungan tu pun dh selamat dilahirkan..:) oh my dua pupu..:)



p/s: agaknya kalo aku la bersolek, mesti ala-ala rozita che wan kan..hehehe gini la kot gamaknya muka aku lepas di solek...------>
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SANTEEK!!!!!

Tuesday, September 11, 2012

Semoga Kau Jadi Kontraktor Berjaya...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sesi temuduga yang diberitahu mengambil masa selama 2 jam itu memungkinkan kami membuat plan baru! Uh, dua jam tu lama, dah macam temuduga sang calon dengan bakal mak mentua je. Ye la , soalan pelbagai kan.. Nak serah anak sendiri mestila soal siasat beria..:)

Harap ini bakal menantu mak aku..:P


" Kau pandai lipat kain tak? Kalau tak pandai, biar mak lipatkan kau"

" Kau pandai masak? Isteri mesti kena pandai masak, baru suami merasa air tangan isteri! Jangan kau bagi air basuh tangan kau sudah!! Tu bukan air tangan! Tu stok nak kena makan tangan!"

" Kau dah sunat ke? Tak sunat camne nak jadi suami orang! Meh mak sunatkan..eh lari plak dia ni!!"

"Sila baca doa qunut!!"

Ok. Dah macam siri bank soalan mertua kepada bakal menantu lak. Soalan last tu mesti ramai calon suami berdebar..eh? hahah
 Biarkan Mak mertua melayan menantunya,kita teruskan dengan cerita kita tadi....


Sambil menunggu sesi temuduga maksu selesai, kami bertiga merelakan mulut kami dinodai ayam-ayam hot &spicy itu.. hmm sedap, sebab lapar.. Kami melayan kerenah ayam-ayam itu yang bergelumang dalam mulut masing-masing sambil digeletek gigi -gigi kami.. Nikmat rasa nya. Asyik sungguh aksi itu hingga tak perasan atok beruban , berspek dan berjanggut putih leka memerhati kami.. Nak sikit ke atok Kennel?

************


Dua jam yang terasa lama tu memang lama. Namun, kami isi waktu itu dengan sesi menelaah kereta-kereta yang asyik lalu lalang sambil diselitkan dengan aktiviti gosip menggosip.. Makcik aku dari tadi cuba meyakinkan kami kereta yang lalu itu ialah Kereta Hyundai Elantra yang kakak mereka mahukan.. Masakan kami mahu percaya... 


 " Ha, tu kan kereta yang Ina nak tu? ye la kok (akak) ingat dia tunjuk aritu!" sambil dengan megah menunjukkan ke arah kereta Proton Wira silver yang memecut laju dihadapan kami.. Apakah?

*************

Kelibat gadis berkurung hijau yang dinantikan itu tiba-tiba muncul.. Uh patutlah lama temuduga...rupanya kerja yang terus dapat..dua jam tu termasuk sesi tunjuk ajar..ok,tahniah! Sebelum pulang, kami sempat menjalankan aktiviti wajib, singgah menyinggah.. Konon-konon mahu membeli barang. Ok dalam wallet ada beberapa keping kertas merah je.. Harap-harap sehelai cukup untuk melayan nafsu aku..

Sambil berlari-lari anak, aku yang bagaikan dirasuk aura Mak Jemah bergegas ke arah bahagian alatan dapur kedai itu.

"Wah, kelabu mata mak!! Situ periuk, Sini loyang acuan kek!! Eh , ada dulang cantik!! Arghhh...." Aku seakan histeria, konon-konon bajet chef la.. padahal baru je berjinak-jinak dapat tempahan kek ,dah berfantasi...Ok, bukan fantasi tapi bervisi..

Langkah aku diteruskan ke bahagian permainan. Alngkah indahnya kalau malam-malamku dipeluk Barbie..eh?  Aku capai satu mainan sebagai hadiah untuk besday anak jiranku esok. Rasanya dah cukup, satu hadiah dan satu kek yang aku buat khas untuknya.. Syukur! Misi selesai!.



Sambil melayan perasaan, Aku ternampak seorang budak lelaki lengkap berpakaian baju melayu merah hati. Masih dalam mood raya barangkali.. aku sempat bercanda dengannya dengan berkata..
" Dik, belilah  mainan tu.. Nah yang murah pun ada, dua ringgit je.hihhii. beli beli beli, Mai beli mainan, yang sedang-sedang saja, yang penting, ianya murah!" Aku alunkan lirik itu ikut melodi iklan vokal bukan sekadar rupa- mai beli otak-otak.. 

Tanpa balasan , budak itu terus meng"ignore"kan aku.. erh!! aku pun memblahkan diri dan menunggu makcik-makcik ku di kauter bayaran...

" Ni satu berapa?"kata seorang budak sambil menunjukkan mainan broza (jengkaut)
 eh? budak tadi la..
"RM4.90" jawab apek kedai yang muka bukan ala-ala PSY Gangnam 

Sambil belek duit..budak tadi pergi ke tempat mainan semula..  Aku ikut! Lagak macam paparazzi.. Dia tenung mainan yang lain..  Meletakkan broza kuning tadi.

"Adik ada brapa duit?" Tanya aku ala-ala seorang Perompak!
"Ni, 3 ringgit, ada lagi syiling singgit dalam poket.." Uh, aku tiba-tiba tegoda oleh aura simpatinya..
"Ambik ni dua hinggit..Pegi bayar! Amik broza tadi!" 




Drama sebabak dengan adik kecil tadi aku ceritakan kepada maksu ku.. bukan niat nk meriakkan diri (sambil cuba menguncupkan lubang hidungku yang mula berkembang ke saiz double XL). Tapi sekadar untuk berkongsi cerita.

"Awok (kamu) bagi dia duit la tadi ea?"
" Aah, Sian plak..huhuhu"

"Eh, tu kan dia?"

Mata kami berdua terpaku ke satu susuk manusia yang sedang asyik bermain broza.. Budak lelaki tadi yang duduk atas lantai luar kedai di lot hujung tu leka bermain..lagak macam seorang kontraktor sedang mengaut tanah..

"Suka sangat dia main,huhuhuu.. Emi, dia sorang je ke? Mak dia mana?"

Persoalan maksu tu tiba-tiba membuatkan otak aku berfikir ligat.. Aah la, tadi kat kedai memang nampak dia seorang diri je..Ahhh mungkin mak dia atau ayah dia ke kedai lain. aku cuba berfikir positif!.

 Enjin Kereta dihidupkan, tapi mata aku tetap setia melihat gelagat si budak itu.. Tiba-tiba dia berlalu pergi berjalan seorang diri sambil membawa broza kuning itu disebelah tangannya. Langkahnya diteruskan tanpa teman.. Aku tiba-tiba sayu.. Gelandangan kah dia???

Aku harap telahan aku salah.. " Semoga Kau menjadi kontraktor yang berjaya.." hanya ungkapan itu aku mampu doakan andai benar kamu keseorangan.....

p/s: Bersyukur sebab masih ada lagi family yang menyinari hidup ini....