Pages

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Friday, February 14, 2014

Kisah Seram Pulau Misteri.... (Pari pari Putih)

Assalamualaikum...

Ini kisah seram..
Ini rumah hantu..
Lama tak berpenghuni...
Berbulan-bulan ditinggalkan...
Tapi ini bukan Villa Nabila..
Ini Villa Zaxx In da House yang dah jadi haunted.. 


KISAH SERAM PULAU MISTERI..

Banjoo bukan nama sebenar. Budak lelaki yang nakal, degil, terejal tapi tetap suka main Barbie. Dia tak heran orang nak kutuk atau hina. Sebab bagi Banjoo, PINK itu menawan.. Tengok, cerita pasal Banjoo pun dah seram..ngee..

Banjoo suka merayau.. Katanya nak timba pengalaman.. Luas perjalanan, luas pemandangan gamaknya.. Tapi yang penting, luas segi empat sama tetap panjang darab lebar.. Eh? Ada kena mengenakah?

Satu hari, Banjoo dengan yakin pergi melakukan rutin hariannya, merayau tanpa batasan. Kali ini pada hematnya biarlah jauh sedikit.. Makin mencabar katanya. Puas ke hutan dia terjah, Banjoo serbu pula LEGOLAND. Oleh sebab kurang mampu tatkala bonus gaji cuci longkang tempoh hari belum diterima, dia hanya berjaya mengerling dari jauh saja bangunan lego yang baginya indah permai itu.

Hampa rasa, Banjoo terus berlari-lari anak Awan Nano, mencari Destinasi Cinta eh, destinasi yang lain..Tiba-tiba... "Tiba-tiba, langkahku terhenti... sejuta...".. eh itu lirik lagu kamelia.. silap-silap.. Ok semula.. 

Tiba-tiba, Banjoo terjatuh ke dalam satu lubang yang dalam..sangat dalam.. berukuran 5 jari kelingking jika tidak silap. Banjoo pengsan, tidak sedarkan diri .. eh ada ke pengsan tapi sedar diri.. kan.. Sebangunnya Banjoo, dia dapati dia berada di sebuah pulau yang luas.. 

Hairan dan bingung.. Banjoo menangis sambil menyairkan lagu Bahagiamu Deritaku.  
Sehari berlalu, sebulan, setahun, dan bermacam-macam se lagi la... Banjoo terperangkap di atas pulau itu.. Bosan bosan bosan... Banjoo sudah bosan.. bo bo bo bosan.. lagu Stacy itu selalu dialunkan.. 

Suatu hari keajaiban berlaku.. Banjoo terjumpa satu blog bernama Pari-pari Putih semasa Banjoo melayari internet menggunakan handphone jenama Coconut Shake berpencawangkan pokok kelapa.. Line tak clear sangat tapi boleh la nak godek-godek facebook, nak berselfie post kat instagram.. Ok la dari takde kan kan... 

Dek kerana terlampau asyik membaca blog tersebut, Banjoo lupa yang dia masih tinggal di pulau itu sengsorang... Tak kawen la ko Banjooo... Dan akhirnya.. Banjoo live happily ever after dengan blog yang awesome itu.. Sekian...
Eh, tang mana yang seramnye???
Ermmm... ntah.. part Banjoo main barbie kot..TEHHEEE...:P

p/s: Entry ini sebagai support blogger kesayangan aku, my virtual mama,heheh.. kak PPP.. Sory citer di atas agak mengarut..sebab memang dah niat nak mengarut je,hahah Kak..macam biasa , wa suka cacamarbakan GA,so wa letak banner after citer wa k..tajuk entry pun wa kasi tukar..jangan mara..:P hihi

Pada sesiapa yang nak join, cepat-cepat..ada sehari lagi... Zaxx pun terlewat join coz agak bizi.. jom pakat join laju-laju..:) Tekan ja banner ni..

http://www.paripariputih.com/2014/01/ga-pertama-2014-paripariputih.html

Maaf..tulisan wa macam kanak-kanak..hihikhk


Sunday, April 7, 2013

Jin Pun Diiklankan?


Assalamualaikum dan Salam Pekaboo...





Hari ini hari Ahad... Bukan hari Khamis atau malam Jumaat. Tapi aku tetap nak citer pasal kisah seram... Seramm ker?? Awrrr... Aku dah la penakut..
Mestilah seramm.. Citer pasal jin la dek non oi... Jin..aummm...bukan Jins Samsudin okeyh...

Dunia perniagaan sekarang memang makin maju. Marketing menggunakan teknologi memang meledak-ledak macam gunung berapi meletop. Tengok je la medium FACEBOOK, memang satu medium yang baik untuk iklankan produk anda. Memang boleh buat duit la.. Ikut pengalaman kawan aku, dia buat online bisnes ni je tapi boleh kumpul RM10 ribu  ++ last year. Kalau aku dapat duit banyak tu, mohon sesape angkat tangan, aku nak masuk minang.eh? Ok ngarut..:P 

Selain FACEBOOK, blog dan web pun berguna untuk pasarkan produk korang. Tambah-tambah yang ada shopping cart dan order form, lagi memudahkan urusan.. Dan satu lagi medium pengiklanan yang berkesan adalah web-web or forum iklan macam Mudah.my, Lelong, Cari Gold, Majalah.com dan banyak lagi. Ala, macam blogger la, nak ping entry kat web ping macam BUSUK.org, Carimember , Pingje.com dan macam-macam lagi la...

Semalam, tengah duk bosan melayan feeling menenung masa depan, aku pun belek-belek la web Majalah .com, web pengiklanan yang agak fofular gak. aku suka cek-cek kat sini,kot-kot ada barang-barang murah. Tengah syok menekan-nekan iklan, tertarik tengok satu iklan ni. Bukan iklan " Tawaran istimewa!! Percutian 5 hari 4 malam bersama Jozan..!!"... apatah lagi iklan "Ubat Kuat sekuat pencuci Kuat Harimau!!"..tidak..tidak.. tapi ini iklan gempak punya.Lain dari yang lain.. 


Haa..lain kan.. Jin sebagai pelaris!!! Biasa aku tengok iklan pasal baju,peplum, pinjam wang, kolegen marin, dan macam-macam produk la. tapi ni first time aku tengok iklan jual JIN.. aiyooo... ada gak ye yang promote macam ni..ingat seluar jeans..rupanya jin betul-betul.. Bukan cobaann!! Ketahuilah ye audiens sekalian terutamanya yang beragama ISLAM meminta pertolongan jin sebegini boleh syirik. Harap dijauhkan..biarlah kita mencari rezeki yang HALAL dari sumber dan kaedah yang juga HALAL. Baru berkat dunia akhirat. Nasib baik komen-komen untuk iklan ni positif dan menasihati yang lain supaya tidak terjebak..



Tapi si pengiklan ni tetap dengan pendirian nya. Cuba baca..



Mungkin betol pendapat seorang pengomen ni, Lanina 2. Mungkin pengiklan ni bukan beragama ISLAM, so yang lain yang beragama ISLAM jangan pulak terpengaruh ye. Sebab tu aku blurr kan email pengiklan ni...mohon dijauhi..




Komen-komen lain....



Minda Speaking: Rezeki yang halal menghasilkan kebahgiaan dan keberkatan. So, mohon sangat diri ni dijauhi dari anasir-anasir khurafat dan syirik macam ni.. Dari mintak kat jin baik mohon pada Allah...






Saturday, January 29, 2011

fenomena facebook....



facebook memang sudah jadi satu fenomena melanda satu dunia..
macam wabak la plak..
eh btol la..
ni virus yg sangat hebat..

mengalahkan virus-virus cinta...
huhuu
bayangkan...
atuk,nenek,mkcik, pakcik, adik kita..
huh..semua dah ader facebook..
uncle jual paper lama pun  tak mau mengalah...
pakcik apam balik pun sama..
hhiihihi
pokok pangkalnye... ada akar..
eh silap..
pokok pangkalnya ramai la umat di dunia yg fana ni
ada akaun bank..eh silap lg
akaun facebook atau nama komersial nya FB

tak kesah la kalo semua nak berfesebuk pun..
yang penting jgn salah guna,
jangan leka,
jangan wat untuk kejahatan...
kalo tak..
dengan kuasa bulan..akan menghukummu...hahaha

aku pun salah seekor..
eh asyik silap jer..salah seorang fan of fb ni..
melalui fb, kite dapat tau pe kengkawan kite wat..
ada yang tengah sembelit, sakit idung, terkentut dalam skala besar..
oh macam2 ada.. ini serius..haaha
ada gak yg promote bisnes..


tadi baru je tersengaja bukak satu blog,
taktau la dah lame ke benda ie..
tapi aku bru je tengok,
haha
tentang fb..maksudnya yg berkaitan fb..
isinya..tentang lawak2 fb..
kreatif sungguh org ini yg merekanya,...hahah
malas nk citer byk..
kalo minat, ketuk je pintu blog nie:
LAWAK FACEBOOK

kat sini aku post beberapa pic yg agk menarik:
FACEBOOK ZAMAN MELAKA
WELCOME TO FACEBOOK

SAILORMOON MANDI


KISAH KAMBING DAN LEMBU





SEMUT DAN LIPAS


FACEBOOK DI ZAMAN DULU-DULU


*kalo x clear,leh tgk kt link blog kat atas td...





Saturday, May 8, 2010

Dunia dikuasai A.I- Summer Wars





Apa tu A.I??? bukan ai or cinta tp artificial intelligence. Bayangkan dunia masa akan datang semuanya bergantung kepada suatu sistem yang menyimpan pelbagai data dan kod yang merangkumi pelbagai perkara.. dari sistem lalulintas, perpaipan, pentadbiran malah ketenteraan dan keselamtan juga.. itulah yang berlaku dalam anime yang aku tgk bertajuk summer war.

Dunia maya yang dipanggil OZ menyimpan semua data tersebut dan menjadi pusat komunikasi seluruh dunia. Sekali aku tgk Oz nie dah macam Facebook lak. Ye ar semua org mengakses facebook sekarang ni… tp yang emnjadikan huru-hara nya apabila ada org yang mencipta A.I dan membuat ujian dalam OZ nie… so segala kod dan data dapat diakses oleh A.I tu.. kire mcm hack ar.. dunia jadi kelam kabut .. lalulintas jd terabur, sistem kawalan kucar-kacir sehinggalah kemuncaknya bila nuclear diaktifkan…

Untuk menghalang semua ini, Natsuki dan Kenji berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan dunia, dibantu oleh kawan2 dan saudara mereka yang juga turut sama berjuang.dan of coz, ending mestila heppy ending n diorang dapat melawan semua rintangan ini dengan jayanya...

bukan jer citer ni tentang perjuangan menentang A.I tu tp gak diselitkan dengan semangat dan impian untuk membuktikan kemampuan diri serta untuk diiktiraf.. apa yg aku tertarik dlm citer ni ialah keluarga natsuki yang sgt besar!!! hahah...mereka bersaudara tinggal bersama dalam sebuah rumah yang besar..dah macam istana,huhuhu... agaak2nya kalau dalam golongan melayu leh ke ye tinggal dalm keluarga besar macam ni (selain kerabat diraja ar)..coz kdg2 kalo tinggal sekelurga besar nie, mcm2 ragam akan berlaku en..teringin gak nak tinggal dalam keluarga yang besar camni..


kalau teringin nak tgk gak cube try link kat bawah nie..

megaupload:
part 1
part 2

synopsis dari animenewsnetwork:

Plot Summary: When timid eleventh-grader and math genius Kenji Koiso is asked by older student and secret crush Natsuki to come with her to her family’s Nagano home for a summer job, he agrees without hesitation. Natsuki’s family, the Jinnouchi clan, dates back to the Muromachi era, and they’ve all come together to celebrate the 90th birthday of the spunky matriarch of the family, Sakae. That’s when Kenji discovers his “summer job” is to pretend to be Natsuki’s fiancĂ© and dance with her at the birthday celebration. As Kenji attempts to keep up with Natsuki’s act around her family, he receives a strange math problem on his cell phone which, being a math genius, he can’t resist solving. As it turns out, the solution to the mysterious equation causes a hijacking of the social networking site through which most of the world's social and business traffic flows.