Jamuan makan family main bakar-bakar ayam aritu memang meriah, sebab aku pulun duk main tiup buih belon dengan anak-anak kecil a.k.a sepupu sepapat aku. Belon Buih dari Jakarta tu memang asyik, aku tiup perlahan-lahan,dia kuar kecik kecik beribu-ribu lemon. Aku hembus kuat-kuat macam aku teran kentut, dia kuar besar gedabak! Asyik,memang asyik. Sepupu aku tu berkejaran , gigih memecahkan buih-buih tu ibarat sang raksasa menerajang bangunan. Terserlah keribenaan aku . Ala, apa salahnya, nak bermesra dengan sepupu made in Indon kan...
Ni brilliant ke malas? aku jawab brilliant,sebab aku pun selalu buat macam ni,haha credit to: Asydia.blogspot |
Itu kisah buih sabun. Napa aku terkenang momen tu? Sebab aku terbaca cerita tentang buih yang menarik perhatian aku.Serius..
Sumber: UTUSAN ONLINE
47 remaja Islam ditahan ketika sertai parti buih
KUALA LUMPUR 22 Jun - Seramai 47 remaja Islam termasuk tiga pelajar tingkatan lima ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika asyik berhibur dalam parti mandi buih di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng di sini malam tadi.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu, pihaknya menahan seramai 38 lelaki dan sembilan perempuan yang berusia lingkungan 17 ke 30 tahun.
Menurutnya, tiga daripada remaja perempuan terbabit berusia 17 tahun dan masih bersekolah.
"Ketika serbuan dilakukan kesemua mereka sedang menari sambil mandi buih dengan berpakaian seksi," katanya ketika ditemui selepas operasi yang turut disertai oleh anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menurut Wan Jaafar, setiap pelanggan yang menyertai pesta itu dikenakan bayaran sebanyak RM40 seorang.
Beliau berkata, pihaknya melakukan intipan di restoran berkenaan setelah mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan maksiat itu. - UTUSAN ONLINE
Tidak pedihkan mata.. *iklan syampu ... (tapi pedihkan hati) sumber: Utusan Online |
Oh ini rupanya pesta buih... Patutla dulu-dulu bila kengkawan sebut pesta buih,diorang gelak-gelak. Aku suspek diorang kutuk aku hensem macam Eman Manan. Rupanya diorang gelak pasal parti buih. Serius dulu aku tak tau * sacarstic Aku mati-mati ingat pesta buih tu tentatif programnya macam seperti berikut:
8.00 malam- Para peserta berkumpul dan membuat pendaftaran serta diberi name tag bertulis "Tukang buih"
8.10 malam- Pihak penganjur mengedar sebakul baldi berisi sesuatu kepada peserta
8.30 malam- Penganjur menabur sabun cap TROJAN kelantai
8.40 malam- Lantai disembur sejumlah air guna pili bomba
8.50 malam- peserta bersedia di garis permulaan sambil memegang berus
8.51 malam- peserta dilepaskan, masing masing duk pulun menyental baju kotor dengan buih sabun sehingga bersih
9.15 malam- pertandingan tamat. Peserta dengan baju putih berkilaau terbanyak diisytihar pemenang dan diberi hadiah washing machine dan bekalan sabun Trojan selama setahun
Ternyata telahan aku tersasar jauh sejauh taman larangan dalam hati ini. Muda mudi zaman sekarang mudah terpengaruh dengan trend yang dirasakan cool, tapi hakikatnya hot!! Hot sebab memang menge'hot'kan hati para masyarakat especially mak dan ayah mereka. Pemilik restoran tu pun aku pelik, jual makanan ke jual buih? Kalau buih teh tarik tu takpela ..Sedap! Kan kan.. Aku lebih rela tentatif pesta buih tu seperti fantasi aku reka di atas,sebab aku pun tak tau la hakikatnya tentatif sebenar macam mana kan... Any idea?? Tak kan takat menari-nari dalam buih je,ye tak? Okey fine, aku yang berprasangka buruk.huhuhu..
Ingat lagi sabun Trojan? Aku dulu masa kecik, siap hafal dialog iklan Trojan, tapi sekarang dah lupa, sebab aku sekarang ngah menghafal dialog akad nikah je..eh?? hahah
P/s: Pesta buih bagi kami zaman kengkanak dulu adalah time main air, sabun dan berus- menyental ruang depan rumah nenek. Abis basah lantai. Penat main gelongsor kaki, kitorang main pulau-pulau dilautan. Ni kawasan pulau aku..tu kawasan kau..Tengah-tengah,laut..Konon. Tapi entah kenapa satu hari aku termain jadi ikan duyung berenang dilautan.. Geli kan? hahah Nasib baik kat Malaysia tak ada kerang saiz gergasi,kalau tak mau aku memakaikan beliau ke dada ini..! eh? K bai..:p
11 si kacak dan si cantik berkata-kata...:
Jomla kita berparti buih hahahaha
nga jerebu2 n pns ni elokla jugak lol
Kbai kng ade y dtg hentam aku hahaha
hahaha ippah... jom jom jom...ko nak buih brezee ,fab ke trojan? tp trojan dh susah nk carik skarang,hahahaha
hehehehehe main buih , pedih mata, senang pergi ambil clorox, apa kata buat pesta al quran, tgk sapa yang boleh mengaji dengan baik :)
setuju dengan cadangan acik..:)
baik la cuci lantai rumah sendiri kan. pe hal la depa nk berbuih bagai sgt tu. ish ish..
baby: trend moden katanya..moden tang mana aku pun tak tau
gila nak main buih mcm tu?? wat pedih mata je haha..
tentatif program tu tak menahan. haha
masih tak faham apa tu pesta buih... praktikal jom..!!
(lempanggg...!!!)
jom kita berbuih-buih bro..hahaha
Asalamualaikum..
Akhirnya dapat jugak bw blog ni. Salam Ramadhan NAL ucapkan.
Post a Comment