Pages

Thursday, June 6, 2013

Kamera Mu, Kameraku Jua?? Segmen: Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree

Assalamualaikum dan Salam Peluk Cium Muah-muah...


Dah hadap gambar kat atas tu? Kacak kan? Hahaha..Ok, poyo!.. Aku bukan la kaki kamera untuk dua-dua part: - tukang tangkap gambar atau sebagai model menjuih mulut depan kamera. Sebabnya, aku memang tak pandai dalam skil snap-snap gambar  dan aku bukanlah fotogenik, FOTOGEDIK mungkin, haha. Kalau korang rasa nak dapat gambar yang asalnya orang duduk atas kerusi tapi bila snap jadi merangkak atas pokok, bolehla try service aku..haru...hihi. Serius! Aku hanya pandai snap gambar blackout je.. senang, hitam, gelap gelita! Bab posing pun aku fail!! Ajarla pose hidung kembang dengan tangan meliuk ke, punggung angkat 20 darjah ke,  kaki silang tikar mengkuang ke, nescaya aku hanya mampu berdiri tegak dengan muka tanpa perasaan,ngee..:)

Orang kata gambar mampu menceritakan segalanya.. Betul, aku setuju! Walaupun bukanlah gambar tu dok bercerita guna mulut pot pet pot pet macam Mami Jarum tu hokey..tapi melalui gambar kita dapat ketahui peristiwa, kisah dan story mory sebalik gambar tu. Sebab tu la, salah satu cara orang nak rakam satu detik indah atau memori just dengan snap picture. Aku dulu masa kecik-kecik memang anti kamera. Ntah apa yang aku duk takutkan pun aku tak tau. Gamaknya aku ingat kamera tu kuarkan cahaya (flash) macam X-ray kot, lari takut sel darah hilang bila kena flash tu.. Pergh,saintis giler aku walaupun time tu kanak-kanak kan,hahaha.  Dan kerana kesindroman aku tu la, kurangnya gambar aku masa kecik-kecik..Ala ruginya korang tak dapat nak tatap gambar aku tomey-tomey...:)

tadika time..tomey tak macam kak ton??


Tapi bila dah semakin besar mungkin selepas minum Tongkat Ali, kamera dengan aku dah tak jadi musuh. Au pun mula berjinak-jinak,meow-meow dalam dunia modelling...cewah! Kalau dulu, masih lagi guna kamera kodak ( actually filem untuk kamera,tapi sebab masa tu famous jenama KODAK,so bila nak beli menatang filem tu mesti panggil kodak..:)). Bila ada kamera,memang heaven la kalau bawak pergi rombongan. Kira korang ala-ala jutawan kampung la. Boleh snap sana sini.. Tapi time tu kan masih budak hingusan, duit pun tak berapa nak ada. Duit habis beli sticker digimon buat kumpul untuk dapat hadiah.haha. So, zaman guna kamera tu adalah zaman paling sesuai dengan ungkapan "sharing is caring". Yela, bila ada rombongan or event, pakat-pakat kongsi duit beli kodak. Lepas tu , siap kira bilangan snap setiap sorang,nak bagi adil katanya. Tapi owner kamera untung la sikit, sebab kodak biasa ada percuma dua snap,so yang free tu owner kamera la yang punya. Tu la ,sape suruh tak ada kamera sendiri.. Aku tak mampu beb. Nanti nak kena kongsi duit pulak bila nak mencuci gambar..huhu..

best dapat buat rombongan dengan family..:)


Bila dah mampu sikit, dapatla beli kamera kodak sendiri, tapi abang aku punya. Cuma aku leh gak guna dan nak menunjuk-nunjuk bawak masa rombongan.haha. Yang paling heaven dan marvellous nya kamera kodak ni adalah sense of SURPRISE yang begitu tinggi. Korang mesti ada pengalaman, bila dah tangkap gambar, tertanya-tanya macam mane la rupenye gambar tu nanti. Ye la , nak tau kena la cuci dulu, nak cuci kena hantar kat kedai uncle Konica tu dulu. Nak tak nak kena la gak tunggu beberapa hari,bandar bukan nya dekat nak pergi ulang alik jalan kaki. So menunggu la... dan yang paling surprisenya bila apa yang dibayangkan tak seperti yang diharapkan... hewww~~~ Gambar yang diharapkan meletops macam cover majalah, tapi yang keluar macam iklan wajah sebelum guna Fair & Lovely,hahah.. Tu ok lagi, at least ada la bentuk mukanya, yang paling hampeh bila gambar blurr sebab kan efek cahaya matahari..OK dah bazir beringgit-ringgit for one pic! Boleh aku wat tambah sticker digimon dua keping hokey!! 

But, thats the fun of using kamera kodak.Ingat lagi aku adik beradik excited nak buat gambar konon-konon kat oversea la. Kitorang ada tanam pokok anggur kat tepi rumah dan ianya menjadi! So ada la daun-daun anggur dan buah-buah nya, kecik-kecik je. Kami pun pakat pakai baju sejuk masing-masing dan bergambar depan pokok anggur tu. Time ni jarang lagi anggur ada orang tanam. and guess what, untuk dapat efek salji,, kitorang amik gabus (polisterine), leraikan butir-butir dia dan sorang jadi penabur salji!! hahah Klasik!!..:) Tapi dah boleh agak, bila snap tak de pun nampak macam oversea, salji bagai sebab kamera kodak biasa,tak dapat nk fokus macam DSLR.huhu.. dan lagi satu efek yang famous time tu adalah efek yang aku gelar upside down. Korang susun kerusi or meja bagi terbalik atas lantai, pastu korang bagi jadi macam korang melekat kat dinding ala-ala spiderman..syok!! hahah

Macam ni mungkin rupa masa bergambar dengan anggur..:) -gambar hiasan



Sekarang ni dah berlambak kamera digital yang canggih manggih.. tu belum compare dengan DSLR lagi.. bab function memang superb la kalau nak dibandingkan kamera kodak. Tapi no more sense of surprise. Ye la. dah ada skrin, so bila tak kena je, delete!! Wahh..ada jerawat kat hidung!! OH my, punggung tak cukup tonggek!! so? Delete la...huhuhu.. Tapi at the same time, teknologi ni berguna sebab kita boleh dapatkan yang terbaik dan tak perlu nak spend untuk unsure picture..:)

P/s: Nanti kalau aku jadi tukang tangkap gambar guna DSLR, bila orang tengah syok posing juih bibir kedepan, mata dibulat biar galak dan muka wat comel ala kiyomi, aku tunggu setengah minit, aku nak cakap.... "ALAMAK, KODAK ABIS!!!" hahahah Klasik!!

* Entry ini ditulis sempena segmen Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree. Boleh menang kamera digital tu..:) masyuk JOM JOIN!!
Maaf Encik Nabeel Fikree, teredit tajuk entry..:) mohon jangan sumpit ye..heheh




Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013





7 si kacak dan si cantik berkata-kata...:

Unknown said...

Perghhhhhh! Jul panjang sungguh segment kali ni la la la la good luck semoga tersangkut.. ok ^_^ la la la la jom jom bila nak jumpa akak ni la la la la al

zaxx said...

huk huk...entry 2 in 1 heheh nk mengomel smbil join sgemen..:)
jom jom jom nnk jumpa nk jumpa..hihhii

Sop said...

good luck
pnjang tul entry nyer :)

Ahmad Sabree said...

hehehe.. nasibb baik bukan jenis suke join segmen .. nice entry ..
follow blog super duper owesome ni..
belajar kat UPSI ke..?
pernah pg sane ..time tuu ade persembahan teater musical .. superb tauw.. nak belajar kat sane tak kesampaian ..

Shawn Razaleigh said...

comei lah kakton. awrrrr

goodluck weh

boni kacak said...

aku minat betul dengan dslr, tapi tak berkemampuan nak pakai lagi.sob2. sedihkan cerita aku ni..hehehe

Hafiz Hafizol said...

ALLL THEEE BEST !!!~! :)