Pages

Sunday, June 23, 2013

Oh Ini Rupanya Pesta Buih...

Assalamualaikum...

Jamuan makan family main bakar-bakar ayam aritu memang meriah, sebab aku pulun duk main tiup buih belon dengan anak-anak kecil a.k.a sepupu sepapat aku. Belon Buih dari Jakarta tu memang asyik, aku tiup perlahan-lahan,dia kuar kecik kecik beribu-ribu lemon. Aku hembus kuat-kuat macam aku teran kentut, dia kuar besar gedabak! Asyik,memang asyik. Sepupu aku tu berkejaran , gigih memecahkan buih-buih tu ibarat sang raksasa menerajang bangunan. Terserlah keribenaan aku . Ala, apa salahnya, nak bermesra dengan sepupu made in Indon kan...

Ni brilliant ke malas? aku jawab brilliant,sebab aku pun selalu buat macam ni,haha credit to:  Asydia.blogspot



Itu kisah buih sabun. Napa aku terkenang momen tu? Sebab aku terbaca cerita tentang buih yang menarik perhatian aku.Serius.. 

Sumber: UTUSAN ONLINE


47 remaja Islam ditahan ketika sertai parti buih

KUALA LUMPUR 22 Jun - Seramai 47 remaja Islam termasuk tiga pelajar tingkatan lima ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika asyik berhibur dalam parti mandi buih di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng di sini malam tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu, pihaknya menahan seramai 38 lelaki dan sembilan perempuan yang berusia lingkungan 17 ke 30 tahun.

Menurutnya, tiga daripada remaja perempuan terbabit berusia 17 tahun dan masih bersekolah.

"Ketika serbuan dilakukan kesemua mereka sedang menari sambil mandi buih dengan berpakaian seksi," katanya ketika ditemui selepas operasi yang turut disertai oleh anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Wan Jaafar, setiap pelanggan yang menyertai pesta itu dikenakan bayaran sebanyak RM40 seorang.

Beliau berkata, pihaknya melakukan intipan di restoran berkenaan setelah mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan maksiat itu. - UTUSAN ONLINE

 Tidak pedihkan mata.. *iklan syampu ... (tapi pedihkan hati) sumber: Utusan Online



Oh ini rupanya pesta buih...  Patutla dulu-dulu bila kengkawan sebut pesta buih,diorang gelak-gelak. Aku suspek diorang kutuk aku hensem macam Eman Manan. Rupanya diorang gelak pasal parti buih. Serius dulu aku tak tau * sacarstic  Aku mati-mati ingat pesta buih tu tentatif programnya macam seperti berikut:


8.00 malam- Para peserta berkumpul dan membuat pendaftaran serta diberi name tag bertulis "Tukang buih"
8.10 malam- Pihak penganjur mengedar sebakul baldi berisi sesuatu kepada peserta
8.30 malam- Penganjur menabur sabun cap TROJAN kelantai
8.40 malam- Lantai disembur sejumlah air guna pili bomba
8.50 malam- peserta bersedia di garis permulaan sambil memegang berus 
8.51 malam- peserta dilepaskan, masing masing duk pulun menyental baju kotor dengan buih sabun sehingga bersih
9.15 malam- pertandingan tamat. Peserta dengan baju putih berkilaau terbanyak diisytihar pemenang dan diberi hadiah washing machine dan bekalan sabun Trojan selama setahun

Ternyata telahan aku tersasar jauh sejauh taman larangan dalam hati ini. Muda mudi zaman sekarang mudah terpengaruh dengan trend yang dirasakan cool, tapi hakikatnya hot!! Hot sebab memang menge'hot'kan hati para masyarakat especially mak dan ayah mereka. Pemilik restoran tu pun aku pelik, jual makanan ke jual buih? Kalau buih teh tarik tu takpela ..Sedap! Kan kan.. Aku lebih rela tentatif pesta buih tu seperti fantasi aku reka di atas,sebab aku pun tak tau la hakikatnya tentatif sebenar macam mana kan... Any idea?? Tak kan takat menari-nari dalam buih je,ye tak? Okey fine, aku yang berprasangka buruk.huhuhu..


Ingat lagi sabun Trojan? Aku dulu masa kecik, siap hafal dialog iklan Trojan, tapi sekarang dah lupa, sebab aku sekarang ngah menghafal dialog akad nikah je..eh?? hahah



P/s: Pesta buih bagi kami zaman kengkanak dulu adalah time main air, sabun dan berus- menyental ruang depan rumah nenek. Abis basah lantai. Penat main gelongsor kaki, kitorang main pulau-pulau dilautan. Ni kawasan pulau aku..tu kawasan kau..Tengah-tengah,laut..Konon. Tapi entah kenapa satu hari aku termain jadi ikan duyung berenang dilautan.. Geli kan? hahah Nasib baik kat Malaysia tak ada kerang saiz gergasi,kalau tak mau aku memakaikan beliau ke dada ini..! eh? K bai..:p

Saturday, June 22, 2013

Macam Mana Nak Menyanyi Macam Penyanyi Omputeh??

Assalamualaikum dan Salam Au Cak...Muah2..

Bukak channel ni ada nyanyian, tengok channel tu pun nyanyian.. Zaman lo ni penuh dengan nyanyian kan.. Dolu-dolu masa aku kecik-kecik, kalau nak tengok konsert atau program nyanyian kat TV kadang-kadang je. Tak Muzik-muzik, Sinaran Pasport Kegemilangan. Tak pun sekali sekala tengok Hiburan Minggu Ini (HMI). Dan Kadang-kadang gak je ada Konsert macam Konsert Unplugged Ziana Zain ditayang kat TV. Entah kenapa aku dulu peminat kakak angkat kening ni.hahah...

kak Zzz...

Tu dulu, tapi sekarang lain. tengok situ, Mentor. Jenguk sini, Idola Kecil. Tu belum lagi bukak Astro..lagi la banyak programnya. Nak lagi best godek-godek internet.. Tengok kat Youtube, taip je apa yang nak. Maybe sekarang memang trend semua orang nk famous, nak jadi penyanyi.. Ada yang sekadar suka-suka tapi ada gak yang nak serius dalam bidang nyanyian katanya... Nak kalahkan Kak Melah la tu..huhuu.. Aku suka tengok video cover version kat youtube. Ada yang kelakar, ada yang ohsem dan ada yang wat aku cairrrrr...!! Teringin gak nak post video macam tu , tapi apakan daya suara aku hanya sesuai nyanyi lagu "laju,laju..aku nak kawin dengan anak raja..." cewah!! Korang macamne? tak teringin ke nak kongsi video korang? But wait!! Sebelum korang nak menyumbangkan suara emas korang tu, apakata tengok dulu video ni. Mana tau dapat inspirasi macam ne nak nyanyi ala-ala penyanyi omputeh ..:)




p/s: Aku dah tertarik dengan video-video dari channel Nigahiga. Try check it out video ohsem yang wat bulu-bulu ketiak menari-nari sambil korang gelak..:P





Thursday, June 6, 2013

Kamera Mu, Kameraku Jua?? Segmen: Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree

Assalamualaikum dan Salam Peluk Cium Muah-muah...


Dah hadap gambar kat atas tu? Kacak kan? Hahaha..Ok, poyo!.. Aku bukan la kaki kamera untuk dua-dua part: - tukang tangkap gambar atau sebagai model menjuih mulut depan kamera. Sebabnya, aku memang tak pandai dalam skil snap-snap gambar  dan aku bukanlah fotogenik, FOTOGEDIK mungkin, haha. Kalau korang rasa nak dapat gambar yang asalnya orang duduk atas kerusi tapi bila snap jadi merangkak atas pokok, bolehla try service aku..haru...hihi. Serius! Aku hanya pandai snap gambar blackout je.. senang, hitam, gelap gelita! Bab posing pun aku fail!! Ajarla pose hidung kembang dengan tangan meliuk ke, punggung angkat 20 darjah ke,  kaki silang tikar mengkuang ke, nescaya aku hanya mampu berdiri tegak dengan muka tanpa perasaan,ngee..:)

Orang kata gambar mampu menceritakan segalanya.. Betul, aku setuju! Walaupun bukanlah gambar tu dok bercerita guna mulut pot pet pot pet macam Mami Jarum tu hokey..tapi melalui gambar kita dapat ketahui peristiwa, kisah dan story mory sebalik gambar tu. Sebab tu la, salah satu cara orang nak rakam satu detik indah atau memori just dengan snap picture. Aku dulu masa kecik-kecik memang anti kamera. Ntah apa yang aku duk takutkan pun aku tak tau. Gamaknya aku ingat kamera tu kuarkan cahaya (flash) macam X-ray kot, lari takut sel darah hilang bila kena flash tu.. Pergh,saintis giler aku walaupun time tu kanak-kanak kan,hahaha.  Dan kerana kesindroman aku tu la, kurangnya gambar aku masa kecik-kecik..Ala ruginya korang tak dapat nak tatap gambar aku tomey-tomey...:)

tadika time..tomey tak macam kak ton??


Tapi bila dah semakin besar mungkin selepas minum Tongkat Ali, kamera dengan aku dah tak jadi musuh. Au pun mula berjinak-jinak,meow-meow dalam dunia modelling...cewah! Kalau dulu, masih lagi guna kamera kodak ( actually filem untuk kamera,tapi sebab masa tu famous jenama KODAK,so bila nak beli menatang filem tu mesti panggil kodak..:)). Bila ada kamera,memang heaven la kalau bawak pergi rombongan. Kira korang ala-ala jutawan kampung la. Boleh snap sana sini.. Tapi time tu kan masih budak hingusan, duit pun tak berapa nak ada. Duit habis beli sticker digimon buat kumpul untuk dapat hadiah.haha. So, zaman guna kamera tu adalah zaman paling sesuai dengan ungkapan "sharing is caring". Yela, bila ada rombongan or event, pakat-pakat kongsi duit beli kodak. Lepas tu , siap kira bilangan snap setiap sorang,nak bagi adil katanya. Tapi owner kamera untung la sikit, sebab kodak biasa ada percuma dua snap,so yang free tu owner kamera la yang punya. Tu la ,sape suruh tak ada kamera sendiri.. Aku tak mampu beb. Nanti nak kena kongsi duit pulak bila nak mencuci gambar..huhu..

best dapat buat rombongan dengan family..:)


Bila dah mampu sikit, dapatla beli kamera kodak sendiri, tapi abang aku punya. Cuma aku leh gak guna dan nak menunjuk-nunjuk bawak masa rombongan.haha. Yang paling heaven dan marvellous nya kamera kodak ni adalah sense of SURPRISE yang begitu tinggi. Korang mesti ada pengalaman, bila dah tangkap gambar, tertanya-tanya macam mane la rupenye gambar tu nanti. Ye la , nak tau kena la cuci dulu, nak cuci kena hantar kat kedai uncle Konica tu dulu. Nak tak nak kena la gak tunggu beberapa hari,bandar bukan nya dekat nak pergi ulang alik jalan kaki. So menunggu la... dan yang paling surprisenya bila apa yang dibayangkan tak seperti yang diharapkan... hewww~~~ Gambar yang diharapkan meletops macam cover majalah, tapi yang keluar macam iklan wajah sebelum guna Fair & Lovely,hahah.. Tu ok lagi, at least ada la bentuk mukanya, yang paling hampeh bila gambar blurr sebab kan efek cahaya matahari..OK dah bazir beringgit-ringgit for one pic! Boleh aku wat tambah sticker digimon dua keping hokey!! 

But, thats the fun of using kamera kodak.Ingat lagi aku adik beradik excited nak buat gambar konon-konon kat oversea la. Kitorang ada tanam pokok anggur kat tepi rumah dan ianya menjadi! So ada la daun-daun anggur dan buah-buah nya, kecik-kecik je. Kami pun pakat pakai baju sejuk masing-masing dan bergambar depan pokok anggur tu. Time ni jarang lagi anggur ada orang tanam. and guess what, untuk dapat efek salji,, kitorang amik gabus (polisterine), leraikan butir-butir dia dan sorang jadi penabur salji!! hahah Klasik!!..:) Tapi dah boleh agak, bila snap tak de pun nampak macam oversea, salji bagai sebab kamera kodak biasa,tak dapat nk fokus macam DSLR.huhu.. dan lagi satu efek yang famous time tu adalah efek yang aku gelar upside down. Korang susun kerusi or meja bagi terbalik atas lantai, pastu korang bagi jadi macam korang melekat kat dinding ala-ala spiderman..syok!! hahah

Macam ni mungkin rupa masa bergambar dengan anggur..:) -gambar hiasan



Sekarang ni dah berlambak kamera digital yang canggih manggih.. tu belum compare dengan DSLR lagi.. bab function memang superb la kalau nak dibandingkan kamera kodak. Tapi no more sense of surprise. Ye la. dah ada skrin, so bila tak kena je, delete!! Wahh..ada jerawat kat hidung!! OH my, punggung tak cukup tonggek!! so? Delete la...huhuhu.. Tapi at the same time, teknologi ni berguna sebab kita boleh dapatkan yang terbaik dan tak perlu nak spend untuk unsure picture..:)

P/s: Nanti kalau aku jadi tukang tangkap gambar guna DSLR, bila orang tengah syok posing juih bibir kedepan, mata dibulat biar galak dan muka wat comel ala kiyomi, aku tunggu setengah minit, aku nak cakap.... "ALAMAK, KODAK ABIS!!!" hahahah Klasik!!

* Entry ini ditulis sempena segmen Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree. Boleh menang kamera digital tu..:) masyuk JOM JOIN!!
Maaf Encik Nabeel Fikree, teredit tajuk entry..:) mohon jangan sumpit ye..heheh




Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013