Pages

Monday, May 28, 2012

RESEPI: refreshing fruit medley

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Salam Isnin. bagi yang bekerja tu teruskan la bekerja dalam keadaan yang baik ye, jangan stress.. tak elok untuk kesihatan. bagi Mr.Zaxx yang sememangnya seorang pengaggur semestinya la tak bekerja kan,hehe.. hari ni nak berkongsi dengan anda satu resepi ringkas yang boleh anda cuba. Rasanya lama jugak Mr.Zaxx tak buat entry resepi..so kali ni sempena bahang masterchef malaysia,terimalah resepi ringkas dari Mr.Zaxx..Tada.. :)

BAHAN-BAHAN:

1.buah buahan kesukaan (mr zaxx guna buah epal hijau n merah, tembikai,laici,nanas,sengkuang cina dan pelam, nak senang beli je koktail buah yang dalam tin tu..:))
2. nata de coco ( mr.zaxx guna yang berperisa laici)
3. air sprite
4. ais

CARA-CARA:

1. Potong dadu semua buah-buahan tadi( kalau yang dalam tin biasanya dah siap potong..)
2. masukkan buah-buahan kedalam bekas kesukaan. tambah nata de coco dan sedikit air nya. 
3. kemudian tambah air sprite dan letakkan ais. kalau nak lagi sedap, masukkan air laici dalam tin tu..:)
4. langkah empat ni sangatlah mudah.. bukak mulut dan... ngap la..heheh

selamat mencuba..:)



Thursday, May 24, 2012

candle light bath...

assalamualaikum dan salam sejahtera

tau tak apa tu candle murid-murid? oh bagus ..lilin.. tau tak light tu ape? oh bagus jugak,.. cahaya.. eh sejak bila kamu semua ni jadi pandai..oo sebab banyak makan hati eak..( makan hati? ada kena mengena ke?) ye la makan hati tu merajuk, terasa , sebab mak ayah korang tak nak belikan patung upin ipin versi pakai bikini kan? lucah la kamu walaupun kamu baru budak hingusan..( erkk memang berhingus pun..ee melekit kau...) lepas dah makan hati terpaksa la wat extra study supaya dapat membodek mak ayah korang belikan patung tu kan,kan,kan, hahaha dasar!! plan korang tak menjadi,sebab mak ayah korang tak nak beli bukan sebab korang malas belaja tapi sebab diorang yang nakkan patung tu.. ahah mengarut? eh ce tanya ce tanya kat diorang.. gerenti..gerenti.. pipi korang merah.. haha best kan penampor free,ahahah.. tak payah nak pakai blusher segala bagai,hikhikhik...

oh my english!! eh silap.. oh my mr zaxx..pe dh ko mencarut ni? cepat balik ke dunia asal... bedebush!!
ok mai sambung.. k murid-murid tau tak apa tu bath? ye pandai lagi..mandi kan.. so sila sambung semua perkataan tadi.. candle light bath>>> lilin cahaya mandi @ mandi cahaya lilin.. wah gempak english korang..hahah

eh pe sebenarnya aku nak citer ni? huhuhu mengarut je lebih.. okeyh2 .. sila serius.. ok2 korang pernah dengar candle light dinner kan..ala makan malam ala-ala romantik gitu.. dilimpahi cahaya lilin yang suram-suram cerah yang macam dalam rumah hantu tu.. sambil-sambil makan sambil-sambil suap,last- last tersalah suap kat hidung.. tu takpe lagi kalo tersuap waiter kat situ? sape nak jawab..hehe..
tu candle light dinner.kalo candle light bath camne plak? mudah je, mandi ala-ala romantik disirami cahaya lilin.. bunyi macam best tapi ala-ala lucah pun ada kan.. eh brapa kali perkataan lucah ko nak sebut mr zaxx? tak takut ke kna remove blog? hahah tettttttttt..jangan risau.masih menjaga adab ketimuran.. ewah..lelaki melayu terakhir gitu..hukhukhuk...

ni nak habaq mai..semalam... merasa la pengalaman ber candle light bath ni.. waa kelas ko mr.zaxx.. wat kt hotel ke? mahal tak? ishhh ... ko ni cik gayah... aku mana la mampu,kat umah je.. pasang lilin masa nak mandi, sambil pose-pose maut ala model victoria secret..opss.. pastu mandi.. gitu je.. tu pun sebab mentol lampu bilik air terbakar..di ulangi terbakar tau..bukan tak bayar bil letrik ea.. kalau la tak kerana terbakar mentol tu tak da kejadahnya aku nak ber candle light nyer hahah.. kaburrrrr ... nak tonyoh benda lain nanti tertonyoh benda lain..salah urat kan susah...matiiii...:p..
kalau tuan-tuan, puan-puan ingin mencuba candle light bath,silalah... kalau tak nak tunggu mentol tu terbakar, tembak je kasik pecah..ala macam pak sedar angkat korang wat kt dalam tv tu..
Mr.Kacang: haichooo!! uhuk uhuk...sape lak sebut pasal aku ni..eeeeee...~ heww...

kalau macam ni la keadaannya cik gayah.. bukan nya mandi nanti,..konfirm tertidoq..







sekadar gambar hiasan..tak berniat nak menaikkan nafsu sesiapa ye..hahah

inikah pakcik sedara angkat korang tu? sila jawab!!! hehhe


Wednesday, May 23, 2012

wordless wednesday #1

pss:// wordless wednesday tu adalah entri di mana pada hari rabu semua blogger membuat satu post gambar tanpa meletakkan apa-apa description untuk menjelaskan gambar tersebut. (eh korang dah tau eak.. suka aku la nak gtau gak..uwekkk..:) hehe)

Tuesday, May 22, 2012

boros: penyakit psikologi?

assalamualaikum dan salam sejahtera...


bertemu kembali dalam rancangan... motivasi pagi..cewah!!! ada bau-bau angan-angan ye di situ, heheh mentang-mentangla tajuk entri ala-ala slot motivasi gitu. heheh


ok sila kembali serius. :)
boros bukanlah sejenis kuih yang enak dimakan, apatah lagi boros sesungguhnya bukanlah makanan pun. boros sebenarnya adalah satu sikap yang dimiliki manusia di mana mereka membelanjakan kewangan mereka secara membuta tuli, dalam erti kata lain secara tidak berhemah.


kenapa tiba-tiba je topik ni jadi pilihan untuk entri kali ni? sebabnya adalah... segan la nak cakap! huhuhu
MR orang: ala sebab mr.Zaxx seorang yang boros kan.kan..kan..?
Mr.Zaxx: thanks to info yang tersangatla betol tu encik orang..dushhh!



 erm ye..aku ni pun leh dikategorikan sebagai orang yang boros.. camne nak tau kita ni boros? senang je.. bila ada duit yang agak menebalkan wallet or purse anda ( atau dalam bank anda), biasanya bagi student u bila time dapat PTPTN atau duit biasiswa la kan.hheeh.. bila dah ada duit, berbelanja tu jadi mcm satu perkara yang mudah, dan bila dah hujung-hujung semseter mulala terfikir, duit aku tu aku guna beli apa ye? tak nampak pun barang yang aku beli.. rasa-rasa nya banyak lagi duit aku ni.tapi mana perginya??? 
haaa kalau situasi ni anda pernah alami,mungkin anda dah terkena virus BOROS!! huhuu


boros mungkin terjadi apabila seseorang tu tak dapat nak mengasingkan antara keperluan dengan kehendak..
betul.. macam aku la.. keperluan biasanya macam makan hari-hari, barang-barang peribadi dan bahan-bahan keperluan untuk study... tapi bila dah ada duit, macam-macam benda tetiba je sesuka hati dilist dalam list KEPERLUAN.. 


" Baju tu cantik,tapi mahal la.. takpe , kan satu KEPERLUAN untuk aku nampak hensem"
" Alaaa... dah lama tak makan McD (walaupun baru semalam menelan seketul burger McD), satu KEPERLUAN la untuk perut aku merasa fast food tu.."

"Aku nak awek..so satu KEPERLUAN la untuk aku berhabis untuk dia kan,kan,,"
 contohnya.. hehe bab awek tu memang terang-terangan bukan aku,haha sape la yang nak kat diri ini kan..( sempat lagi promote,haha)






so adakah boros ni penyakit psikolog? hmm mungkin... boros berlaku bila kita tak dapat menahan nafsu untuk berbelanja dengan sesuka hati. Jadi untuk mengawalnya, had kan batasan anda, cuba pujuk diri untuk tahan godaan bila melihat barang-barang yang bukan keperluan. jangan mudah tergoda dengan diskaun.. mungkin harga nya lebih murah, tapi kalau bukan keperluan, lebih baik tundakan hasrat tu dulu.. elakkan pemikiran seperti ini > " kalau aku tak beli hari ini, nanti abis pulak" ayat ni boleh digunakan bila kita nak membeli barang KEPERLUAN je..kalau yang kehendak tu.. baik lupakan la..nanti konfirm akan dibeli jugak.. ( aku selalu guna ayat tu,,sebab tu la boros)





Lagi satu, cuba ingat saat anda kekeringan atau bahasa saintifiknya menghadapi masalah kewangan. dengan harapan leh jadi satu motivasi untuk kita menghargai setiap sen yang kita ada.. (tp aku cuba gak,,tak berapa nak jadi.mybe sebab aku ni hati batu kot,haha) 
kalau di ingat, saat smester 2 saat paling la tak berduitnya.. sebab ptptn ditolak untu wang pendahuluan yang dapat masa nak masuk u dulu..  masa tu la merasa makan tomyam telur tiap2 hari, makan roti gantikan nasi.. memang stok untuk berjimat la.. duit dalam wallet ada rm2 je memang perkra biasa masa tu.huk huk huk.. tp nasib baik ada gak akak yang tolong.. yang terpaksa harung sensorang tu lagi la kesian kan....:(


Paling penting, kita kenalah pandai membezakan KEPERLUAN dengan KEHENDAK. bila dapat bezakan, perbelanjaan pun jd lancar, kalau berabis pun , untuk keperluan.. tapi berjimat bukanlah bermaksud kedekut tau.. hihiii...  untuk maklumat tambahan leh baca info kat link ni..
http://berita-harian-online.com/elak-boros-usah-juga-kedekut/



pss: jom sesama kita usahakan berjimat... kan masing-masing nak kawen,kena la berjimat heheh





Sunday, May 20, 2012

Konvokesyen UPSI kali ke- 14.


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Alhamdulillah ,tanggal 8 MEI 2012 maka rasminya aku telah pun tamat pengajian di UPSI. Sesi konvokesyen kali ke- 14 ni ada keistimewaannya sendiri sebab dilakukan di Dewan baru yang terletak di kampus baru UPSI. Kiranya batch kami ni perasmi dewan baru ni la..heheh


Untuk konvokesyen ni, ada 3 kegembiraan yang aku dapat..yang tak dapat dilupakan..:)
PERTAMA, semestinya kegembiraan berjaya tamatkan pengajian and mendapat keputusan yang alhamdulillah ok..and bangga gak coz penerima anugerah tertinggi untuk kecemerlangan bagi sesi konvokesyen kali ni iaitu anugerah pelajaran di raja adalah classmate aku. dulu masa sem 1 and sem 2 mmg slalu ngan dia and banyak gak grouping ngan dia..( ayat tumpang glemer,haha)  tahniah SUFFYAN DAIM.. apa pun,jujurnya masa perarakan graduan tu aku hampir-hampir menitiskan air mata..:) sebak plak hehe
 
KEDUA, sebab dapat berkongsi kejayaan dan kegembiraan dengan family coz family aku datang time tu walaupun papa tak dapat datang sebab masalah kesihatan.. sedih gak tengok ada kawan-kawan yang family tak dapat datang, mybe sebab jauh..kawan- kawan rapat aku gak ada yang familynya tak dapat datang, so kami sbg kawan secara sukarela jadi family kamu semua..:) jangan sedih-sedih ye... (sambil bagi-bagi part.. ha ko jadi ayah, ko jadi mak..aku nak jd anak bongsu,,:P)


dan yang KETIGA sebab dapat berjumpa dengan KAWAN-KAWAN... sungguh semangat nak jumpa.sampaikan stay kat UPSI seminggu sebelum konvo lagi... semestinya rindu kat kengkawan aku..:) antara kawan-kawan yang memang melekat di hati adalah kengkwan kat UPSI ni..memang stok tangkap leleh la kalo time nak berpisah balik tempat masing-masing..tapi ingin ditegaskan ye..aku bukan mat air mata..hahahaha apatah lagi mat bunga.eh ada kena mngena ker?kuikuikui
i will never forget the SWEET MEMORY with all of you...
punyalah excited sampaikan kitorang wat satu sesi photoshot khas untuk konvo, pulun pakai jubah lepas amik kt bilik jubah..padahal konvo sebnar lum lagi hehe...

and seperti besa ,aktiviti wajib bila dah gathering... LATIHAN pitching Vokal la.. 
karok oh karok..
kali ni berjaya menghasut jurulatih kami untuk join sekali..at least ada la transport percuma , heheheh



Walau apa pun..kegembiraan jelas terpancar pada setiap wajah para graduan.heheh dan satu yang pasti, lautan bunga leh dilihat pada hari kejadian..budak-budak upsi ni memang minat bunga gamaknya..heheh.. agak berbeza dengan suasana kat Konvo uitm yang aku pergi baru-baru ni.. xberapa bayk bunga yang kelihatan..huhuhu.. tapi..banyak bunga ke tak yang penting masing-masing dah selesai konvo, huhuhu (aik, nada mcam tak dapat banyak bunga je,hahah) so..gudluck for the future guys!!>:)

psss: hahaha.. aiseh ...jeles lak tengok si AFIS BAHTOK dengan bunga yang reramai tu,haha tu la untung ramai skandal..hikhikhik...:P gud job! heheh


bersama famili tersayang..:) <3 muah2
ni kengkawan rapat yang sgt2 sporting..miss u allz..:)
sesi fotografi..:)
geng-geng suka suki...:)
ni la Afis Bahtok dengan bunga-bunganya yang ramai tu..:)

bajet pose untuk cover majalah la..hakhakhak


pss: makluman, abg baju hijau dan kakak berspek tu prop semata-mata ye,heheh (elok je they all tu pose kt blakang tu yer,hihik)

Saturday, May 19, 2012

pendatang baru..bukan mahkluk bernama alien..

assalamualaikum dan salam sejahtera..

agak lama menyepi dari menyumbang entri-entri baru.. sibuk sikit kebelakangan ni.. almaklumla menganggur..eh..menganggur pun sibuk ke.hahah.. nampak sangat menipunya,hehe.. sebenarnya sibuk dengan konvokesyen minggu lepas..:)

okla.. berbalik ke cerita utama.. tajuk macam suspen je.. ni filem baru ke? oh tidak.. huhuhuu.. bukan filem yang baru..tapi orangg yang baru.. 
entri ni nak perkenalkan orang tu la... ehem-ehem.. tuan-tuan dan puan-puan... silakan berkenalan dengan orang baru ini.. bukan alien, bukan juga pendatang asing... ya inilah.. orang yang dialognya hanya satu>>>> uwek uwaaa... (bunyi menangis tau,bukan bunyi orang muntah,haha)... 

ini dia AMEERA ALISHA

fokus yang baby tu tau..bukan bapak baby tu,hehhe


ni la pendatang baru tu. sepupu yang baru diahirkan semalam tanggal 18 mei 2012... semoga sihat sokmo ye alisha..jd gadis cantik yang solehah tau..AMIN..


psssss: bila la aku plak nk dapat baby ye...:)

untuk jadikan entri ni lebih berinformasi la orang kata,hehe ni ada sedikit petikan dari buku yang aku baca baru-baru ni hasil tulisan PN AMINA NOOR, dalam Petua Awet Muda dan Langsing yang berkaitan dengan baby..:) 


Cara memegang Bayi ketika Menyusu:


Dukung kepala bayi dengan lengan atau tangan anda menjadikan kepala dan tubuh bayi dalam satu garis lurus. tunggu sampai mulut bayi terbuka lebar. dekatkan bayi ke dada sentuhkan puting payudara ke bibir bahagian bawahnya.bila bayi mendapat sebahagian besar puting payudara dalam mulutnya, bererti cara menyusu sudah selesa.


kedudukan terbaik sewaktu menyusu:


1. punggung ibu tegak
2. lengan ibu menyangga punggung bayi
3. kepala bayi disangga dan lurus dengan tubuhnya
4. bayi menyusu pada seluruh puting payudar, bukan hanya pada hujungnya sahaja
5. tubuh bayi tegak menghadap ke arah ibunya, terus menempel
6. kedudukan lain yang juga baik adalah membaringkan bayi di atas pangkuan dengan alas selimut digulung atau bantal..

ni antara petua-petua dari buku tersebut.. 

pss: dlm gmbar tu papa baby tu tau..bukan sedang menyusukan baby tu.hhehe