assalamualaikum dan salam sejahtera...
bertemu kembali dalam rancangan... motivasi pagi..cewah!!! ada bau-bau angan-angan ye di situ, heheh mentang-mentangla tajuk entri ala-ala slot motivasi gitu. heheh
ok sila kembali serius. :)
boros bukanlah sejenis kuih yang enak dimakan, apatah lagi boros sesungguhnya bukanlah makanan pun. boros sebenarnya adalah satu sikap yang dimiliki manusia di mana mereka membelanjakan kewangan mereka secara membuta tuli, dalam erti kata lain secara tidak berhemah.
kenapa tiba-tiba je topik ni jadi pilihan untuk entri kali ni? sebabnya adalah... segan la nak cakap! huhuhu
MR orang: ala sebab mr.Zaxx seorang yang boros kan.kan..kan..?
Mr.Zaxx: thanks to info yang tersangatla betol tu encik orang..dushhh!
erm ye..aku ni pun leh dikategorikan sebagai orang yang boros.. camne nak tau kita ni boros? senang je.. bila ada duit yang agak menebalkan wallet or purse anda ( atau dalam bank anda), biasanya bagi student u bila time dapat PTPTN atau duit biasiswa la kan.hheeh.. bila dah ada duit, berbelanja tu jadi mcm satu perkara yang mudah, dan bila dah hujung-hujung semseter mulala terfikir, duit aku tu aku guna beli apa ye? tak nampak pun barang yang aku beli.. rasa-rasa nya banyak lagi duit aku ni.tapi mana perginya???
haaa kalau situasi ni anda pernah alami,mungkin anda dah terkena virus BOROS!! huhuu
boros mungkin terjadi apabila seseorang tu tak dapat nak mengasingkan antara keperluan dengan kehendak..
betul.. macam aku la.. keperluan biasanya macam makan hari-hari, barang-barang peribadi dan bahan-bahan keperluan untuk study... tapi bila dah ada duit, macam-macam benda tetiba je sesuka hati dilist dalam list KEPERLUAN..
" Baju tu cantik,tapi mahal la.. takpe , kan satu KEPERLUAN untuk aku nampak hensem"
" Alaaa... dah lama tak makan McD (walaupun baru semalam menelan seketul burger McD), satu KEPERLUAN la untuk perut aku merasa fast food tu.."
"Aku nak awek..so satu KEPERLUAN la untuk aku berhabis untuk dia kan,kan,,"
contohnya.. hehe bab awek tu memang terang-terangan bukan aku,haha sape la yang nak kat diri ini kan..( sempat lagi promote,haha)
so adakah boros ni penyakit psikolog? hmm mungkin... boros berlaku bila kita tak dapat menahan nafsu untuk berbelanja dengan sesuka hati. Jadi untuk mengawalnya, had kan batasan anda, cuba pujuk diri untuk tahan godaan bila melihat barang-barang yang bukan keperluan. jangan mudah tergoda dengan diskaun.. mungkin harga nya lebih murah, tapi kalau bukan keperluan, lebih baik tundakan hasrat tu dulu.. elakkan pemikiran seperti ini > " kalau aku tak beli hari ini, nanti abis pulak" ayat ni boleh digunakan bila kita nak membeli barang KEPERLUAN je..kalau yang kehendak tu.. baik lupakan la..nanti konfirm akan dibeli jugak.. ( aku selalu guna ayat tu,,sebab tu la boros)
Lagi satu, cuba ingat saat anda kekeringan atau bahasa saintifiknya menghadapi masalah kewangan. dengan harapan leh jadi satu motivasi untuk kita menghargai setiap sen yang kita ada.. (tp aku cuba gak,,tak berapa nak jadi.mybe sebab aku ni hati batu kot,haha)
kalau di ingat, saat smester 2 saat paling la tak berduitnya.. sebab ptptn ditolak untu wang pendahuluan yang dapat masa nak masuk u dulu.. masa tu la merasa makan tomyam telur tiap2 hari, makan roti gantikan nasi.. memang stok untuk berjimat la.. duit dalam wallet ada rm2 je memang perkra biasa masa tu.huk huk huk.. tp nasib baik ada gak akak yang tolong.. yang terpaksa harung sensorang tu lagi la kesian kan....:(
Paling penting, kita kenalah pandai membezakan KEPERLUAN dengan KEHENDAK. bila dapat bezakan, perbelanjaan pun jd lancar, kalau berabis pun , untuk keperluan.. tapi berjimat bukanlah bermaksud kedekut tau.. hihiii... untuk maklumat tambahan leh baca info kat link ni..
http://berita-harian-online.com/elak-boros-usah-juga-kedekut/
pss: jom sesama kita usahakan berjimat... kan masing-masing nak kawen,kena la berjimat heheh
Tuesday, May 22, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 si kacak dan si cantik berkata-kata...:
Post a Comment