Pages

Showing posts with label blogwalking. Show all posts
Showing posts with label blogwalking. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

"CONTEST KE 3 HAZWAN HAIRY"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebagaimana tajuk nukilan di atas, isi-isi nya tentulah berkisah tentang contest atau peraduan hendaknya. Alkisah, pada suatu hari hamba terdetik di hati untuk turut serta menyibukkan diri menyertainya. Arakian, hamba pun menulislah alkisah bait-bait ayat ini.... Tuan tuan hamba sekalian, jika mahu turut serta, sudi-sudilah menghulurkan jari dan menekan di SINI. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, mana tahu tuan hambalah pemenangnya..bukankah tuah ayam nampak di kaki,tetapi tuah manusia siapa yang tahu? :)

Maka, alkisahnya, pertandingan ini bukanlah memerlukan tuan hamba beradu tenaga ibarat menentang si badang. Hanyalah perlu melirik kisah sendiri... Maka dengan itu, hamba juga hendaknya tidak mahu menulis panjang bukan kerana mata pena sudah tumpul, tetapi mata hati yang tumpul, ketandusan idea rupanya... Tuntasnya, ini sahajalah yang hamba dapat nukilkan...Terimalah, Pantun sebagai warisan bangsa yang tidak lekang dek panas oven, dan tak lapuk dek hujan asid..
Blogwalking satu kegemaran
Mendapat info dan juga kenalan
Jadi peneman di kala bosan
Pelbagai kisah jadi santapan

Hazwan Hairy blogger kesukaan
Blognya ringkas, berinformasi dan santai
Info padat dan tips-tips berkesan
Selalu update untuk tatapan ramai...

p/s: Ayat klasik hamba yang tunggang langgang.. ampun dan maaf dipinta :)