Pages

Wednesday, August 21, 2013

Rasa itu Macam-macam Ada...

Assalamualaikum dan Salam Syawal....

Bersawang...aku tahu..
Hajat hendak update something pasal my past birthday..:) THANKS to all insan yang wish besday kat aku.. Siap ada yang nyanyi lagu lagi, terasa macam juri Vokal Bukan Sekadar Mulut Terjuih je... Love All of you guys... Muah!!!
 Tapi hati terasa nak mengomel benda lain dulu..

Tak tau kenapa, hari ni banyak betul benda yang datang ketuk pintu minda aku... Nasib baik datang berketuk, tak de la terjah semberono macam si cirit merebut jamban...huhuh.. Tapi aku gagahkan jua melayan kerenah mereka berputar-putar dalam ruang lobi minda ni... Banyak pelawat minda yang datang, menghasilkan rasa yang bermacam-macam. Walau terasa nak peribliskan semua tu, mengelak mungkin, tapi aku kena terima,fasa aku dah menapak selangkah, aku kena matang..hiihiii..

Rasa Marah, Simpati, Emosi, Tercapai Didetik dalam Hati.

Aku bukan nak ditakuti, cukup sekadar dihormati. Dipijak kepala aku tak suka, tapi dipijak belakang badan, tonyoh-tonyoh ,urut-urut badan, yang tu aku suka. Bukan aku tak nak meroyan, tapi kesian. Biar aku pendam sendiri, asal dapat puaskan hati. Hajat hendak beri peluang, agar ruang penuh apa yang kurang. Tapi macam tak ada hasil, makin panas dan terkebil-kebil. Lalu menyapa bisik kecil dalam hati, biar kau rasa balasan nanti. Walau bukan asbab dari  diri ini. Bisik nakal itu tak lah diniat sepenuh hati, kerna sayang masih berdiri,  tapi tak sangka benar terjadi. Harap bertiup angin luar, biar keluar jembalang, datang penawar.

Rasa Dihimpit, Tersepit, Mengepit.... Kiri Rasa Dicubit.. Kanan rasa digigit...Aww sakit..

Duduk tengah,kiri mencuit, kanan menjerit. Aku tersepit, saksi mengepit. Terowong itu panjang, bukan lalu hanya sekarang.. jalan pecah ditampal, paku sepah dibuang. Dua terowong diselia, agar tiada terkecewa. Tiada apa yang terbinasa, Adat orang baru,masih tidak tahu. tengok hari esok, adakah masih berkokok.. atau aku hanya tunduk. Meniti terowong sepi terhenjut-henjut...

Rasa Mahu, Tapi Tidak Tahu

Mahu,tapi bukan malu,hanya tidak tahu. Yang baik bukan mudah dijumpa,bukan senang disua.. Adat hati mahu yang gaya. Tapi mampu tak izinnya. Satu keperluan, tapi tidak mahu beban. Asal boleh jalan, hati tak keruan. Tunggu lubuk, baru ditunjuk, mana yang terjelupuk.

Rasa selesa, tak mahu diduga.

Adat hati, sudah suka, jatuh cinta. Sudah selesa, tak mahu diduga. Bukan lari, tapi tak berani. Hati masih tak berdiri. Lagi baik pening kepala, daripada pening jiwa. Tapi semua bukan ditangan, dapat titah, harus melangkah.

Rasa Sayang, Datang Rindu, Terjah Pilu...

Hati ada rasa. Bila cinta, dibisik sayang, disiul rindu.. Tapi dia tidak hadiri. Kekangan menjadi. Setia tetap abadi. Terus menanti. Sehari... dua hari... seminggu.. perlu terus menuggu? Hingga tiba yang keseribu? Hati jadi pilu, Jiwa jadi lara.. Bila pelangi dinanti, yang tiba hanyalah mimpi. Hiba rasa, ditunggu tak tiba, papan tanda yang menjelma. Dilarang kaki disua, terus cantas, terus pintas.. Ada apa? Mahkamah sudah mula bicara? Tunggu masa hukuman bermula? Untuk kesekian kalinya...

P/s: Warna warni dunia hadir dengan pelbagai jenis rasa, yang ada untuk dirasai semua, walau bukan apa yang dipinta... 

P/s lagi: Kalau rasa pening kepala baca entry ni, aku susun sepuluh jari mohon maaf. Mood tengah jem,huhuu...

Monday, August 5, 2013

“Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!”

Assalamualaikum. Salam Al-Mubarak...

Puasa dah makin bergerak pantas. Sangat pantas. Rasanya baru semalam aku dan housemate kelam kabut bangun sahur sebab dah pukul 5.15pagi. Padahal semalamnya kami masing-masing beria nak bangul awal sahur kat brader ane kedai mamak!! Ok ,tu memori first sahur.. tak nak ingat! haha..

Countdown raya tahun ni tak macam raya-raya lepas! Kalau dulu, mood semestinya GEMBIRA! Sebab duk pulun imagine berapa banyak la kertas merah, hijau dan biru yang bakal aku dapat ini tahun. Hello, walaupun dah bangka, aku tetap dapat duit raya, sehinggalah last raya. Jeles tak? hihihi.. Tapi this year, aku sedih, sebab first time kerja tetap,tapi jauh dari umah dan baru je posting. So, aku tak merasa lagi na berbuka dengan family, dan paling tragis, tak dapat nak merasa gaji first sempena raya..isk isk isk..so, kekanak kat rumah sekalian,next year la tuntut duit raya ea..ahahah Ok tak alasan aku mengelak bagi duit raya hahah

Ok raya ni nak duit raya? Jom masuk segmen masyuk kat Fuh.my ni..memang gempak..Just teka berapa jumlah syiling raya yang berjaya toyol-toyol kumpulkan itu..hahaha...

Ok ,setelah aku mesyuarat dengan ahli nujum seluruh papua new guine, maka aku mengumumkan jumlah syiling itu adalah...jeng jeng jeng.... RM 284.77

so, sape nak try nasib,jom join..mana tau ada rezeki..:) just klik je banner tu.

Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.My, Media-Siber, Gempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanty.My, FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net, Aynoranur.Com, AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi, BeritaKaki, Khairul Asrol, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat, MoneyClub2u, PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.MyBoniKacak.ComFizGraphic.ComKisahEmasPutih.Com dan BulanPurnama.net
Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.My, Media-Siber, Gempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanty.My, FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net, Aynoranur.Com, AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi, BeritaKaki, Khairul Asrol, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat, MoneyClub2u, PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.My, BoniKacak.Com, FizGraphic.Com, KisahEmasPutih.Com dan BulanPurnama.Net - See more at: http://fuh.my/pertandingan-mega-raya/#sthash.qho1PyQE.dpuf