Pages

Showing posts with label wondergirls. Show all posts
Showing posts with label wondergirls. Show all posts

Sunday, July 22, 2012

Berapa Banyak Dosaku...



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Salam Ramadhan buat semua yang beragama Islam... Mengintai detik-detik sebagai seorang manusia yang kini bakal berusia 23 tahun pada bulan depan sememangnya banyak perkara yang telah dilakukan dalam hidup. Sudah tentu banyak juga kesalahan dan khilaf yang dilakukan. Dikesempatan ini, bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ingin ku mohon ampun dan maaf kepada anda semua, atas segala kealpaan dan kekhilafan yang dilakukan, terutama sepanjang perkenalan mahupun sepanjang menjadi blogger.. Salam Al-Mubarak dan Selamat berpuasa.

 
Hidup perlu sentiasa muhasabah diri.. ( cover version dari zaxx..:P)


Kalau bercakap tentang kesalahan dan kekhilafan, aku rasa kalau nak senaraikan, waduh.. panjang sih.. tak tertulis rasanya.. Bila dikenang zaman kainak-kanak dulu, memang banyak kemaksiatan yang dilakukan,huhuhu... (kenakalan la tu, bukan maksiat seperti yang disangka,hhaha) keji tau berprasangka buruk..:P

Muka poyo zaman tedika...


1. Memecahkan telur ayam kampung encik papa yang akan dimakan bersama madu pagi esoknya, tanda protes sebab gaduh ngan abang aku

2. Mengoyakkan buku muzik abang aku depan matanya, betul-betul pagi sebelum dia pegi sekolah,gara-gara sakit hati...

3. Menggigit bahu abang aku semasa bergaduh sehinggakan puan mama letak sirap bagi aku takut dan tak pukul-pukul abang lagi...

4. Memulas  troter motor semasa puan mama sedang membetulkan tudung sementara menunggu si kakak siap pakai kasut untuk kesekolah, sehingga melambung motor dan melecur kaki puan mama terkena ekzos...

5. Meminta kembali semua guli yang ditagang (ditaruhkan) semasa kalah bermain guli dengan sedara mara..(patut la aku leh kumpul bertin-tin  Milo guli..:P)

6. Meminta puan mama membawa ke kedai semula sekiranya aku mendapat tahu puan mama pergi ke kedai semasa aku sedang tidur, dengan ayat" pergi balik, pergi balik"...

7. Sentiasa mengambil buku-buku mewarna sedara mara dan mengaku itu koleksi sendiri..choii sangat

8. Mencubit lengan makcik aku dengan kuat sampai berkesan kira-kira berpuluh-puluh cubitan, dengan alasan nak tengok power ke tak tangan tu macam Wondergirls. eh silap Wonderwoman la.. (aku dicabar okeyh,huhuhu)

9. Memberitahu puan mama ada latihan lakonan, hakikatnya pergi main panggang ikan kat sungai belakang umah kawan...

10. Memberitahu Puan Mama lepas tusyen nak lepak umah kawan, tapi pergi lepak ngan kengkawan panjat bukit belakang kampung, konon-konon nak wat jungle trakking la sangat.. dengan kawasan ladang sawit yang merimbun dan sunyi tu, dah la pergi lelaki campur perempuan...nasib baik time tu nafsu serakah ala-ala baby lagi, hahaha kalau tidak..ergh... tak dapat diselamatkan haha ..mau jadi magsa Jiwa Taiko,:p


Bila diingat, aku ni memang nakal,mungkin sebab waktu tu aku lah yang paling kecik... hopefully list-list tu dikira kenakalan la,bukan kejahatan..huk huk huk... anyway..tu waktu kecik-kecik, dah besor ni bukan la kata takda kesalahan, malah lagi banyak walaupun tanpa disedari... Paling aku kesalkan adalah mengguris perasaan kengkawan and my parents... So, kengkawan sekalian yang terbaca entry nie. aku mintak ampun dan maaf ye.. tak berniat nak lukakan hati korang- korang... anggapla tu kealpaan aku.Ampun maaf dipinta..:( Kepada mama n papa...salam kemaafan dari anakanda...