Pages

Showing posts with label toilet. Show all posts
Showing posts with label toilet. Show all posts

Monday, July 2, 2012

Tandas dan Lari Dari Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tandas atau bahasa sopannya jamban selalu dikaitkan dengan kotor,ee www jijik dan BUSUK!! Tapi tahukah anda entiti yang secara unibersal (universal) nya dipanggil toilet ni adalah sangat penting!! IMPORTANT you know! Sebab tandas merupakan tempat melampiaskan NAFSU!! Maksud aku, nafsu memerut atau lebih mesra dipanggil proses perkumuhan (buang air). Ayokk!! Korang fikir nafsu lain eak,hahah!!! Sang lelaki,sila jawab!:P

Tandas memang penting , bahkan dalam rumahtangga pun. Kenapa? Sebab, kerana tandas pun leh buatkan sang isteri melarikan diri dari rumah. Pelik? Tapi tu la yang terjadi kepada seorang suami isteri hasil bacaan aku pagi tadi kat akhbar Kosmo Online. Dengan tajuk "Tandas Dihias Sambut Kepulangan Isteri" memang menarik aku nak membacanya, ibarat magnet menarik besi, tertarik,melekat tak leh nak dipisah..cewahh!! Rupanya si isteri malu sebab rumah yang diduduki bersama suami ( rumah mertua) tak ada tandas. Kalau nak melakukan proses penyahtinjaan terpaksa ke kawasan lapang. Dan keluarga si isteri nak datang melawat, tu yang dia malu sampai lari diri dari rumah. Akhirnya,sebuah tandas dibina dan suami isteri tu hidup happily ever after!! wah, dah macam story telling dah.haha!! Klik SINI untuk baca lebih lanjut.


Gambar diambil dari KOSMO ONLINE.
See!! Kan aku dah cakap. Tandas tu penting. Yang busuk-busuk ni la korang paling nak pergi kalau time tu korang tengah on da way nak gi dating, tapi perut tiba-tiba wat proses mengejut, lubang usus tiba-tiba nak terbukak.. Mula la mencuak-cuak search GPS toilet terdekat kan,..kan..kan..Bila dah jumpa tandas, berlarian 100 meter dan KECEBURRR!!! arh lega..baru terasa nikmatnya yang tak terhingaga.heheh..Kalau kat highway yang R&R dia jauh lagi, camne eak?ermm... fikir sambil senyum sinis...huhuh

                                                              ***********

Kecik-kecik dulu, aku takut nak pergi tandas... Bukan malam je, siang pun. Kalau malam, alasan nya biasa la..takut! Dulu-dulu tinggal sekali dengan nenek. Rumah nenek tandasnya dekat luar. Luar tu pulak kat belakang rumah. Kat belakang rumah tu pulak tak ada lampu. Takda lampu pulak jadi gelap..Ok2 penat...senang citer,malam-malam tandas tu nampak macam rumah hantu, walaupun orang yang nak masuk kedalam tu pun ala-ala spesies hantu gak (aku la tu). Jadi, kala malam bulan mengambang je, mesti sedaya upaya menahan perut dari memproses tinja-tinja tu. Tapi, langit tak selalu cerah, rupanya hujan ditengah hari.. (gitulah perumpamaannya) Perut tetap meragam, jadi inisiatifnya...aku berak je kat longkang tepi rumah tempat air mengalir. Geli? Okeyh. Aku kecik lagi ek time tu..Jadi etika nya kurang la sikit,haha Takpe kan? Dimaafkan ye tak? huhuhu..

Yang tu bab malam, tapi bab takut pegi tandas siang hari pekejadahnya semua ini? Edisi siasat menyiasat akan membongkarkan kegiatan paranormal ini,heheh. Sebenarnya takut kat nenek aku..

 Pembaca: Eh apsal plak? Nenek ko tu hantu ke?
Aku: Ish..ada plak.. sebab nenek aku tu pembersih sangat.,,heheh

Nenek aku memang pembersih sangat orangnya. Kalau anak-anak dia atau cucu-cucu dia masuk ke tandas, lepas je keluar, wajib mandi. Katanya tandas tu kotor. Ok, alasan diterima. Tapi, sangatlah sedih kalau kita baru je lepas mandi, tiba-tiba sakit perut. Alamatnya nenek aku pun berkata.. " Hey ,take your bath again!" hahah.. Dan sikap nenek tu kekal sampai sekarang,cuma sekarang nenek kurang sikit ketegaran pembersihnya.. Jadi dah jadi macam satu peraturan untuk mandi lepas kamu BERAK!!! Ada satu kali tu, pakcik aku baru kawin, betol-betol petang lepas persandingan belah lelaki. Nak dijadikan cerita, isteri dia (menantu baru nenek) nak pergi la tandas. Masa tu kami ramai-ramai ada kat beranda belakang yang dekat dengan toilet. Pokde aku tanya la makcik baru aku tu..

Pokde: Nak kemana tu?
Makcik baru: Tandas... (kalau bahasa lainnya,berak!!)
Pokde: HAaa.. nanti lepas tu mandi ye.
Makcik baru: Eh... baru lepas mandi tadi, takyah la mandi lagi...heheh
Pokde: Tak boleh,kena mandi jugak..
Makcik: Kenapa?

Belum sempat Pokde menjawab, tiba-tiba, si nenek keluar dan ternampak makcik aku...dan soalan sama  seperti Pokde ditanya...

Nenek: Lepas berak pergi mandi, kotor tu.!!

Makcik pun dengan penuh redha dan pasrah mengangguk dan berlalu pergi ke tandas.yang diimpikan selama ini. Tapi sebelum masuk ke tandas Pokde sempat berkata.

Pokde: Tu la sebabnya kena mandi..mak ko tu pembersih orangnya. Peraturan baru untuk ko ni.hahahah
(sambil yang lain pun gelak)

Tapi takpe la, pembersih tu kan amalan mulia. Sekurang-kurangnya kami diajar untuk sentiasa jaga kebersihan. Thanks nenek, nanti belanjer sate ea..:)

Korang kalo nak baca entry best tentang toilet leh baca kat blog famous kegemaran aku ni. Blog brader Zack Zuhairi. Sila klik SINI Jepun memang terkenal dengan tandas yang bersih dan unik. Sampaikan ada restoran pun berkonsepkan tandas. Tapi,korang sampai hati ke makan dalam mangkuk yang berbentuk mangkuk tandas?? huhuuu


Gambar dari Pakcik Google: Anda sanggup? heheh tapi ni gambar kat Taiwan


P/s: Aku suka guna tandas cangkung sebab lagi puas bila wat aktiviti memerut. Sebab tu la bila pergi tandas awam, aku akan pilih yang hujung sekali coz biasanya kat hujung tu la adanya tandas cangkung ni. Tapi apakan daya , langit tak selalunya cerah, rupanya hujan di tengah hari (sekadar perumpamaan), tak semua tandas ada tandas cangkung. Jadi, aku dengan selambanya mencangkung kat tandas duduk tu. (jangan tiru aksi huduh ini!!)Tapi lepas tu aku jirus bersih-bersih tempat duduk tu, nanti naya lak kat orang lain. huhuhu... (p/s ni panjang bebenor,dah macam entry satu perenggan ,hahah!