Pages

Showing posts with label par-pari putih. Show all posts
Showing posts with label par-pari putih. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

Ini Bukan Kisah Seram: Segmen Bloglist Tambah Follower PariPariPutih

Assalamualaikum..

Aukk..Aukk ..Aukkk..( bunyi anjing)
Malam yang sepi...
Sepi.
Sepi...sepi..sepi sekali...
Sekian...

Ok,fine, tak seram..Kan dah bagitau kat tajuk. Ini bukan kisah seram..hahaha
(yes, abis dah pendahuluan..:P)

Lama dah tak join segmen. Kali ni nak join segmen akak sempoi yang memang sempoi abes la aku nak habaq mai. Aku selalu panggil dia mama. Nak panggil darling, aku risau aku yang di fyling kick hendaknya..:) Mau muka secomel Kak Ton ini bakal makin comel ala-ala Gwiyomi lepas dilanyak..auwww...

pari pari putih



Blogger Pari Pari Putih ni memang sangat la sporting mortingnya. Walaupun aku tak pernah jumpa feet to feet ( kaki ke kaki.eh ada ke?:P) , tapi aku dapat rasa aura friendly, sporting dan "kekaktonan" (istilah masa kini untuk kecomelan) beliau. Tapi apakan daya, tak berpeluang lagi nak ketemu sidia, dibawah sinaran lampu jalan, bertemankan mentadak kehausan Ali Cafe... Ouch.. Masa aku bersanding mungkin baru ketemu..ececeh..:P

So, jom ramai-ramai join segmen ni. Klik je kat banner tu..Kasi gegar itu blog mama vouge ni ha..:)
yee haa..gwiyomi sikit.. yeah!..:)

Saturday, August 4, 2012

Segmen : Aku Nak Join Lam ''Video Raya PPP'' Ko Hade ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Salam Ramadhan ya karemm..:)

Sejak bergelar artis ni, hidup terasa sedikit berubah. Tambah-tambah bila menjelangya bulan ramadhan.. Kalau dulu perniagaan budu ku di bazar Ramadhan biasa-biasa saja, tapi dengan title artis ni, makin bertambah pula sambutannya.. Terima kaasih kepada BUDU ZAXX CamBagusJe... 

Syawal tahun ni jugak membawa kelainan..Pertama kali beraya sebagai artis.. Rasa teruja tu mestila ada, tak sabar rasanya nak dapat kad raya daripada peminat. Harap-harap terselitla duit kertas kaler merah barang sekeping dua dalam kad tu.. Walaupun artis, tapi aku pun bukanla kaya mana, baru menapak la katakan, moga-moga dapatlah diguna untuk kaber (cover) duit topap nak mesej raya kat kengkawan... 

Musim raya dah dekat ,jadi aku pun tak terlepas dijemput untuk merakam rancangan sempena raya ni.. Walaupun tak dala banyak, tapi 7 show tersebut membuatkan jadual bulan Ramadhan aku padat, terpaksa MC jual budu...  Terbaru, aku sempat habiskan rakaman " Raya je,jangan jadi hantu raya musim ke-2". Program ni memang menarik sebab semua artis perlu membawa hantu raya peliharaan masing-masing untuk diwawancara berkenaan kehidupan cinta mereka.. Comel juga nama-nama beliau, ada Mariaxew Arcalimpe, Botox dan tak lupa nama klasik seperti Zaxx .( oh Semacam ada konspirasi nak samakan aku dengan hantu raya lah tu) Tapi aku bersikap profesional apabila pengacara memanggil nama Zaxx yang ditujukan kepada hantu raya tersebut tetapi mukanya menghadap aku.. Tidakkah itu mencabar kelelakianjantanan namanya? 




sesi pengambaran. macam tak kena dengan saiz dan kostum... zaxx ke tu? :P



Itu sedikit sebanyak cerita job waktu bulan puasa. Tapi apa yang paling best, aku ditawarkan menjadi artis untuk Video raya PPP dengan tema KO HAde?? Aku pun jawab Ada aku kesah? tatkala menerima tawaran itu.. Sapa taknak bila penerbit terkenal offer join show dia.. PPP ni bukan la Persatuan Propa Pro.. tapi ni nama penerbit tu.. Pari-pari putih.. korang kenal kan..ala ni ha blog beliau..SINI... terjah la.leh jadi artis show ni..:)

Semoga aku dapat bergandingan dengan artis terkenal macam Zul de Maxis, Aimiredo Syafiqah, MK Syahir AF18, dan sebagainya... oleh sebab PPP mintak ajak artis-artis lain, au pun ajak la diorang ni untuk memeriahkan sama.. Pe kitorang perlu buat? Just ucapkan selamat hari raya adilifitri ramai-ramai,pastu abesla rakaman.. APakah???

rakan artis yang turut serta> Pop KOrn (ala-ala Kpop la)
                                        > Syakira Waka Waka  Rahman
                                        > Sheep Shawn (penternak berjaya)

Aduh..nampaknya tu semua hanya angan-angan kalau aku menjadi semakhluk bernama artis.. Mohon muntah selepas baca..hahahaha

P/s: PPP gambar nanti akan di PM yer... :) hik hik