Pages

Showing posts with label naomi campbell. Show all posts
Showing posts with label naomi campbell. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Doraemon.

Assalamualaikum... Ada orang tak? 

Ang.. Ang .. Ang...

animasi legend.. tetap feymes sampai sekarang...

Ehem..aku bukan nak berdialek kedah tau.. Yang kedah tu bunyinya hang,hang, hang... kan lain. hikhik 
Ang ang ang tadi tu lagu yang feymes zaman-zaman aku berhingus kuning kehijauan dulu-dulu..

Masa tu, robot biru nama Doraemon ni memang la feymes. Pergi la kat mana-mana semua pakat kenal la.
Tak caya tanya uncle jual ABC tu kenai tak Doraemon? Konfirm dia jawab, "Hang ingat aku ni out dated ke tak kenai menatang biru tu?" sambil pulun bukak kotak berisi komik Doraemon berjilid-jilid bilangannya dengan hidung kembang semangkuk..

Tu belum lagi korang tanya Mak Cik Senah jual kacang kuda naik beskal tu, nescaya dengan topeng Doraemon pun dia pakai.. sambil goyang-goyang punggung dengan menjerit.. "Dora the explorer!! Eh silap.. Doraemon, Doraemon kaulah suri dihatiku!!! " Punyala kipas susah mati (die hard fan)..huk huk huk..

Aku memang minat giler Doraemon ni. Bukan sebab dia comel, apatah lagi mukanya tak la sehensem aku,eh? hahah... tapi sebab dia best.. Dulu-dulu pulun kumpul duit nak beli komik-komik dia. RM4.50 okeyh.. time tu bagi budak hingus meleleh macam aku memang mahal la. Ala-ala sanggup menyeselim (slim) kan perut nak beli komik, tapi bagitau kengkawan, aku tengah diet, nak body macam Naomi Campbell,cewah..

Awatla tetiba aku nk citer pasal Doraemon ni? Ekceli (actually) semalam dalam kebosanan menunggu Neldya Senrose  datang mendodoi aku di kala malam bulan mengembang sipi-sipi, aku belek la majalah komik yang abang aku bawak balik (KREKO). Majalah ni dah jadi macam majalah sisipan mingguan adik beradik kitorang sebab kami semua giler komik. Kalau dulu majalah sisipan kami sekeluarga adalah DARA.
Ok,yang tu aku tipu,hehe

Kreko atau nama panjangnya Komik Remaja. aku remaja lagi okeyh.hehe


Dalam Kreko tu ada satu artikel info tentang Doraemon ni, Menarik lak aku baca coz baru aku tau Doraemon pun ada latar belakang yang unik,huhu.. Jom pakat-pakat baca Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Doraemon. Jom Jom Jom...:)

1. Apa maksud nama Doraemon?
- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?? huhuhu

2.Tarikh Lahir Doraemon?
- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan. Cuba teka umur aku masa Doraemon lahir berapa? hikhik

3.Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
- Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!. Ok kod pengeluaran aku plak adalah..em..em..ok next..:P

4. Apa Warna Asal Doraemon?
- Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel "kesedihan". Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu. Patutla kot pepatah Inggeris guna 'in blue' untuk merujuk kesedihan. Lepas ni bila frust menonggeng putus cinta,aku tak nak dah nangis selak-selak, takut jadi biru,.hahha

5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?
- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa). Kolagen rumpai laut je Doraemon belum kuarkan. eh? haha

6.Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?
- 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112. Tengok! Angka 1293 ada dimana-mana.. eh saiz underware aku pun 129.3meter..eh?:P

7.Di mana butang On/Off Doraemon?
- Pada bahagian ekornya  berbentuk bulat berwarna merah.. Butang aku lak terletak kat sini (sambil jari tunjuk pengembangan hidung)...

8.Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?
- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama,tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal. Dan kenapa aku dan Aaron Aziz dikatakan adik beradik? Ya, kerana kami berdua hensem..Ok, poyo!.haha

9. Doraemon pernah bersekolah?
- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni. Gelek Dangdut sekali sekala. haha

10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?
- Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya. Ooo rupanya Doraemon pun berprestasi buruk macam Nobita,huhu

Tu je antara info-info yang aku dapat petik dari Kreko tu. Tapi ada gak yang aku macam tak berapa berkenan dalam citer Doraemon bila ada usaha nak ubah zaman silam. Laci Masa tu kan boleh pergi ke zaman lepas atau zaman depan.  Tapi walau macam mana pun, tetap tak berubah kan kan. Sejarah adalah rujukan masa lepas untuk ikhtibar hari ini. Kita tak boleh merubah masa lepas, tapi kita boleh membentuk masa depan. kan kan kan..

Minda Speaking: Industri animasi Malaysia pun dah banyak berkembang. Kalau dulu animasi 2D macam Sang Wira memang jauh dibanding dengan anime 2d Jepun macam Doraemon ni. Tapi sekarang, kehadiran bakat-bakat yang menghasilkan animasi makin bermutu, macam Upin Ipin, Bola Kampung dan banyak lagi memberi sinar baru bagi industri animasi ni. Sebagai rakyat Malaysia aku bangga dengan perkembangan dunia animasi Malaysia hari ni. Moga standard dan kualiti makin bertambah, setanding dengan animasi antarabangsa yang lain.




Sunday, July 15, 2012

Oh My Pos Malaysia!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Pos Malaysia.. Korang mesti dah dapat agak kan fungsinya. Ala semua orang tau Pos Malaysia ni diguna untuk kita menghantar apa saja dokumen atau barang ke mana-mana alamat. (cuma penghantaran ke Planet Nameck je belum di buka lagi...ahaks.:p) 

Dulu-dulu, kalau nak hantar surat, tak kisah la kat aweks ke, sedara ke..even ke majalah (hantar gambar posing-posing maut ala-ala Naomi Campbell , dengan mulut terjuih, konon-konon sexy laa eeuw, HAHA!) Masa tu memang berharap gambar keluar magazine ruangan kenalan pastu ada la aweks2 yang cambest cun menghantar surat berkenalan..huhu sweeeeett!!! Bila dah keluar magazine, mula la lekat hobi baru...
 
Mak: Hobi kau apa sekarang ni Meon?
Meon: Tunggu Abang Posmen mak..euuw..(sambil buat muka blushing!!)
Mak: Kejadah kau..kau menunggu surat apa? Surat saman sebab kau ditangkap khalwat dengan kambing Pak Seman malam semalam?

Kan dah cakap, korang mesti duk pulun tunggu abg posmen punyalah,hahah Tambah-tambah kalau aweks yang balas tu cun melecun macam Neelofa or ganteng macam Remy Ishak...fulamak!! layanzz..haha.. Ok enough dengan carutan panjang lebar aku ni. huhuhu

Xtually, sesaje je nak citer pasal Pos Malaysia ni sebab nak gtau, setakat ni aku puas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.. Dulu, mula-mula guna Pos Malaysia ni coz nak masuk pertandingan . Ye la senah oi..dulu mana ada lagi Fesebuk yang leh masuk online contest like- mengelike macam Contest Brader Retis Hazwan Hairy tu,hehehe Korang tolong undi ea header-header cantik menawan kengkawan blogger kita..Bagi support tau..:) Pernah la menang rice cooker dari Seng Heng, patung Doraemon gedabak, tetikus Storm Rider..Tu masa zaman-zaman kecik-kecik aku dulu.. sekarang dah jarang masuk contest...huhuu

Lagi satu Pos Malaysia ni berguna sangat2 time aku nak hantor dokumen-dokumen penting macam sijil persatuan, borang PTPTN or kalau aku nak pos barang.. sesuai untuk wat online bisnes gak.. Pernah gak aku pos Coklat dari Zaxx Choc (klik kalo nak tengok,heheh). Tapi coz it is for the first time, aku tak alert untuk elak coklat dari cair..heww~ tapi hopefully skang dah tau sikit2 cara nya,hehe.. 

owh ok2..aku dah terpesong jauh ni,hahah xtually (dah dua kali xtually bai!!) aku nk say thanks kat Pos Malaysia coz barang yang aku pos untuk blogger yang jadi follower ke- 100 aku dah selamat sampai kat tuan punya Cik Yaya...teruja gak coz cik yaya siap wat satu entry khas..:) terharu..siap wat review blog lagi,hehe tq cik yaya.. oleh sebab aku xleh nk copy gambar tu (kuat tol security blog cik yaya,haha ), kalo korang nk tgk pe la barang yang tak seberapa dari aku tu (tp ikhlas okey..:P) klik kt SINI.. (link blog CIk YAya).. 

P/s: Thanks to all readers yang sudi menjenguk blog zaxx yang ala-ala suam-suam kuku je kefeymesannya..hahaha anyway..tq guys.. kalau ada rezeki leh la bagi lagi gift ,tapi tak taulah untuk follower ke brapa...ahakz..:) Tak sangka gak follower dah nk dekat 200 walaupun baru je dapat cik yaya as 100th follower..:)