Pages

Showing posts with label blogger kacak. Show all posts
Showing posts with label blogger kacak. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Adakah aku kacak?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Salam Ramadhan...

Bila baca tajuk, korang mesti perasan ianya berbentuk soalan kan? Sebab apa? Sebab ada tanda soal. Kalau ada tanda seru tentu-tentu tu ayat seruan, apatah lagi kalau ada tanda noktah, mestilah bermaksud ayat penyata. Jika ada tanda tangan, err... yang tu aku tak pasti nak dikata ayat apa. Ayat-ayat cinta mungkin... Ok noktah!!! Ini bukan entry kelas bahasa Melayu..:)

Oleh sebab ianya ayat berbentuk soalan, maka setiap soalan perlulah ada jawapan ye tak. Kalau aku yang jawab sendiri, mungkin ada yang mengatakan aku ini perasan, ambik kain masuk bakul sendiri. EH kenapa mesti kain? Kenapa tidak stoking ataupun anak tudung? Itu, sukar  untuk aku hendak menjawabnya.  Berbalik ke pokok utama persoalan ini, lebih afdal la kalau aku bagi korang yang jawab soalan itu.. OK. Soalannya aku ulang.. "Adakah aku kacak???" sila jawab!!! EH, takpelah, aku tau korang mesti jawab YA kan untuk soalan tu..  Toce, toce... :P ( Mohon ampun, penyakit bajet terlebih datang menyerang, hahah). Sekian.. dah tu je,just nak bagitau aku kacak... hahah

P/s: Entry ni tak abes lagi la..hikhikhik. Cepat! baca sampai abes..:P

Ekceli (actually), kelmarin, semasa sedang melawat rumah sendiri kat Zaxx In da House ni, ternampak mesej dari seorang brader kat chatbox. Lalu tanpa ragu-ragu mahupun was-was ibarat memakai sabun Zaitun. Tau kan sabun tu.. Ala,yang ada lagu best tu..
" Zaitun, ku kenali kesucianmu, aneka jenis, barangan bermutu...Zaitun.." wah tak sangka aku hafal lagu zaman kecik-kecik dulu...


Bila je klik link brader itu, maka keluarlah seperti di bawah.....

  


eh2..tu kan zaxx..hihihihi



Dah tengok? 5 blogger kacak wajib terjah.. Senah oi.."WAJIB" ok bukan sunat atau harus.. So Senah baik ko balik, ko terjah aku.. Kalau sudi follow sekali...hahaha.. Aku suka jugak blog ko "Di sini Senah Mengumpat" .. Banyak informasi terkini disukai ramai...:P.. walaupun ko guna nickname Quenn Arrabella Neelopa, tapi aku tau,..tu blog ko kan..Nama tak  nak ngalah...

Dah henti merepek..hihii.. Buat Abg Pezol, thanks banyak-banyak.. :) Terharu rasanya.. Review blog tu pun dah terharu, ditambah pulak dengan perkataan kacak tu.. Rasa macam menang award plak..OK ter'over,' mintak maap..hik hik hik.. Tapi tang kacak tu rasanya abg Pezol lagi kacak..Kan korang kan ,kan,kan..:) So to all Zaxx-in-da-house reader..Jom kita terjah blog Abg Pezol kat SINI or Klik Banner di bawah, leh tengok si kacak yang lain dan baca entry-entry abg Pezol..  Mana tau ada yang nak buat calon suami ke, calon abg ipar ke,calon orang gaji ke.. Eh silap.. Itu Zaxx leh la jadi orang gaji,hahah... 
Jom jom jom kita terjah-terjah..



P/s: Seronok berblog ni, dapat kenal ramai geng-geng yang sporting morting.. APAKAH aku dapat lagi aktif selepas ini?hew..

Readers: JAP!!! Nak tanya...
Zaxx: oh? tanya apa?
Readers: Sabun zaitun tu sabun apa?
Zaxx: HAHAH..cute la korang... ingatkan nak tanya apa rahsia aku kekal kacak... Nah, tengok sendiri video ni...


Aduh..serius aku carik youtube lepas aku taip lirik lagu zaitun ni tau... Betol plak aku bagi lirik tu,hahah Rindu zaman kecik-kecik.. :(  Kalau nak tengok sabun menari, klik link kat bawah.. Ianya Zaitun..heheh